bismillah
fikirnya mahu mencerita dan mnukilkan kisah dahulu kala. pengalaman hidup untuk berkongsi bersama teman pembaca tetapi mood hari ini terus bertukar dengan lambakan kisah kisah politik tanah air. Aku akui minat terhadap berita politik ini melangkaui minat terhadap gosip-gosip panas artis malaysia yang bajet "kool" .
Jujurnya aku belum pernah menjadi ahli mana-mana parti politik tetapi terus terang katakan yang aku lebih memilih pakat rakyat terutamanya pas sebagai rujukan siasah aku.
Hari ini aku cukup berkecamuk membaca berita politik lebih - lebih lagi melibatkan sebuah NGO yang sejak akhir akhir ini seperti mendapat aura dan roh baru dalam pertikaian politik malaysia. Ini satu gambaran yang baik bagi suasana masyarakat malaysia sebenarnya. Mereka ini dahulu memang tidak ambil endah dengan politik tanah air sehinggakan pernah kami sebagai anak buah di tegur oleh naqib kerana banyak bertanya perihal politik dalam usrah. kata naqib kami, "kita tidak beriman dengan politik" . ya udah, terus terusan sahaja "mazza ya'ni" menjadi silibus paling lama, paling lambat dan paling tak faham untuk di habiskan. Setiap kali join usrah, itu sahaja lah yang wajib kami miliki sebagai silibus sehinggakan kadang-kadang di buat bahan jenaka oleh teman. katanya kalau dalam usrah masih guna "mazza ya'ni" itu bermakna belum naik maqam. :P
Hari ini menonton di youtube satu video ceramah Ust Hadi, presiden PAS yang antara lain menyentuh dan menjawab persoalan yang paling kerap di tnya dan di timbulkan oleh mereka. kenapa pas dan DAP boleh bersama sedangkan itu kafir tetapi cukup sukar bersama UMNO sedangkan itu adalam muslim dan islam. Kata tok guru, ya DAP kafir dan sebab mereka kafir lah mereka tolak hudud. Dan ya umno itu islam tetapi mengapa si islam ini juga menolak hudud? 50 tahun lebih kita merdeka, bila masa yang umno penah tegaskan yang mereka akan melaksanakan hudud? apa usaha mereka laksanakan hudud? so kenapa marah sgt dengan DAP yang kafir dan menolak hudud tetapi tidak pada umno yg ISLAM tetapi tetap juga menolak hudud?. aku penin dan keliru bab yg ini.
Keduanya, mengatakan pas bersama pakatan rakyat adalah satu kesilapan besar kerana bersama gol-gol liberal dan kristian yang mahu menjadikan malaysia sebuah negara liberal. Mereka bersungguh marah dan mengecam pas atas alasan ini yang mana pakatan rakyat belum lagi mampu menjadikan malaysia liberal kerana belum mampu membentuk kerajaan sedangkan barisan nasional yang sudah berpuluh tahun memimpin dan berpuluh tahun menjadikan malaysia sebuah negara liberal. lihat anak muda hari ini, lihat masyarakat hari ini, lihat hiburan kita hari ini, lihat tahap sosial kita hari ini, kepada siapa mahu di salahkan semuanya ini? kalau bukan barisan nasional siapa lagi? mereka yang mengubal undang-undang, mereka pelaksana undang-undang. Pas dalam pakatan tegas mengatakan arak tetap haram, dan hudud adalah wajib di laksanakan walaupun mendapat reaksi yang negetif pada rakan pakatanya. Tetapi umno kata apa? oh arak kalau ada lesen boleh, xde lesen x boleh bniaga. hudud? zzzzzZZzzzz.. Kenapa masih berlembut dengan umno? kenapa tak menegaskan umno perlu keluar barisan nasional.
kami selaku pemerhati di luar ini bukan mahu memenangkan sesiapa tapi bersikap adil dalam melontarkan idea dan pemikiran. jgn di gelak di hina oleh msyarakat kerana kebodohan siasah kalian. Bila di kata begini, nanti jawabnya, oh nabi dahulu lebih teruk di hina dan di herdik. hey, lihat dahulu, apa yang kalian lakukan samakah seperti yang nabi lakukan? lihat sifat nabi terhadap org kafir. lihat cara dakwah nabi kepada mereka? kalian??? belum apa-apa sudah kata liberal. kafir harbi. dan sebagainya. huh!
......
Please,pray for us. :)
13 years ago