Multimedia University part 1

salam

Berpegang pada janji dan tulisan manisku pada entri terdahulu,aku akan ceritakan serba sedikit or mybe serba banyak dari awal pengalaman aku menjejakkan kaki di university multimedia sehinggalah ke penghabisanya. Mungkin entri kali ini juga akan bersambung dan panjang.Jadinya hanya kepada mereka-mereka yang benar2 tabah dan kuat imanya digalakkan membaca.Mungkin juga dalam tulisan kali ini akan menceritakan beberapa kisah yang tidak pernah diceritakan dan kepingin untuk korang ketahuinya.

Aku mulakan dengan mula-mula aku jejakkan kaki ke MMU. Ketika itu tahun 2005,masuk ke mmu melaka membuat foundation untuk course engineering.Biasalah awal-awal masuk universiti takde membe,aku terpikir juga macam manalah nk carik geng,nak ajak makan ngn sapa nanti, nak g kelas semua cmne kan.So dalam masa itu juga aku teringat pesanan murabbi2 sekolah dahulu yang pernah menitipkan kepada kami smua bahawa walau kemana kita melangkah kelak,pastikan perkara utama yang kita lakukan ialah mencari kawan yang berguna dan baik tingkah lakunya.Cikgu aku jugak pesan,supaya bila masuk universiti nanti join kelab islam untuk jaga dan sebagai satu tapak peringatan untuk kita.Ketika di zaman foundation satu tindakan drastik yang sampai sekarang aku x boleh terima akal aku lakukan ialah bila aku terdesak nk carik kawan untuk makan tengah hari.Harituh,aku turun dari bilik hostel nak pg makan,dalam pala otak duk pikir la sapa yang boleh aku ajak..masa duk turun tangga tuh,aku ade ternampak sorang mamat cina ni duk tengah tunggu lif,sumpah aku x kenal!..dengan selambanya aku pg jumpa dia ajak makan,nak jadikan cerita dia pon join sekali.haha..oh desperate sungguh~

lama kelamaan makin serasi dgn keadaan sekeliling mmu.Maklumla aku dari budak sekolah agama non goverment,kalau kat sekolah dulu budak2 pompuan ni semua tudung labuh,jalan semua tunduk2,kalau cakap ngn budak pompuan kat sekolah aku tuh ibarat macam ckp dengan menteri la pasal susah sgt nk ckpnya.haha..bila smpai mmu,nah kau..baju semua dh x macam baju dah,serupa macam balut plastik buah jerk..melekat kat bodi..haha..mana la aku tak terkejut..seb baik la join IU masa tuh,paling kurang ada la jugak pendinding diri.
Bercakap pasal Institusi Usrah (IU),aku join biro ekonomi sbb aku pk best la duk niaga2 ni pasal zaman sekolah dlu aku ade gak meniaga jual air,roti john masa ihtifal..So,dalam biro ekonomi ni la aku kenal member-member lain mcm hadi,maun,rahimi,ika,ida,piqah,mariam dan sapa2 lagi yang aku dh x ingat nama.Masa tuh biro kitorang agak femes la antara biro-biro dalam IU yg lain pasal biro aku ni la yg paling banyak b
uat meetin aku rasa..haha..kalau tak dtg meetin je si ketua biro dah stat tepon..so dtg je la walaupon dlm keadaan terpaksa..=p

Dah nama biro ekonomi,makan tugas utama biro ni menjana ekonomi la,masa tuh kami femes dengan jualan jagong rebusnya..dan ade skali tuh,aku cadangkan jual air sirap limau sebagai jualan,ye la aku baru masuk mmu kan,mana nk tau market camna..aku duk pk dlu masa sekolah jual air sirap ni la yg paling senang nk buat dan paling laku,alih2 x laku2 jual.hahaha..adoiya~..ituhla pengalaman serba serbi dlm IU ni.

Jamuan hari raya kalau tak silap

Jualan biro ekonomi bersama ahli biro ekonomi

Aku juga kenal Mr presiden dia masa tuh,aku panggil dia poksu pasal semua pon pggil org tua ni cmtuh..Dia ni bagus la aku tgk,sbb mmg perangai aku suka memerhati org..aku selalu bergurau dgn dia ckp aku nk gulingkan dia,nk jadi presiden usrah..haha..mana nk sangka kan,perancangan allah tuh maha hebat..:)..Sebenarnya juga,ketika mula-mula dalam IU ni la aku kenal member2 sekarang contohnya nizam,pejal,zack dan lain2..
Inilah poxsu J!..haha

Bercerita pasal hostel plak,aku masa mula2 duk hostel kat melaka dulu xde rumate.Bukan x de,ade tapi x penah jumpa..alih2 dh kua dari mmu.haha..so dalam satu sem jugak la aku duk sorang dan daod jadi rumate tak official aku pasal die slalu tumpang tdo bilik aku.Kisah si daod ni pon lawak juga,aku kenal mamat ni masa kat interview telekom kat UM dulu,kat mmu ni aku jumpa dia dalam tandas..haha..rupa2nya mamat ni duduk bilik bawak aku je..so dari situ la agak rapat ngn dia ni,pandai budaknya dan hensem..hahahaha..
Selepas tuh naim bin mukhtar masuk bilik aku jadi rumate aku,dia ni pon aku kenal masa kat interview telekom,asalnya mamat ni duduk kat EP pastu pindah masuk ostel duk ngn bilik aku.Kira bagus jugakla ade teman bersembang dan makan bersama.haha,naim ni bagus org nya,suka melawak dan bercerita.kalau duduk dgn dia mmg bnyak cerita la dan budaknya pon pandai.Aku seronok dapat rumate cam dia pasal tuh la sampai ke second year jd rumate aku.Taktau ah dia suka tak ngn aku kan.

Bersama rumate naim aka wahab

Dalam masa ni juga aku kenal member rapat aku kat mmu,nama dia tuan taufik.Mamat ni aku rasa paling banyak tau pasal aku la kot dan kawan baik aku kat mmu.Banyak juga rahsia dia aku pegang,kang kalau aku cerita kat sini terkejut beruk kowang semua..haha..tp aku x kan cerita lah..;D
Bersama teman baik, tuan taufik

Bercerita pasal kawan pompuan,aku mmg x banyak kenal..yang aku rapat pon dgn budak2 biro ekonomi je..even member2 dalam kelas aku pon aku x bnyak bersembang,mungkin derang akan ckp aku sombong kan,tapi aku mmg jenis tak pndai nk sembang ngn pompuan pasal dari sekolah dlu pompuan ni dh macam menteri..susah nk berkomunikasi.haha

orite la..ini sebanyak sedikit cerita masa alpha/foundation year kat MMU.next entri cerita pasal first year plak ye..:)