bab 1

bismillah

fikirnya mahu mencerita dan mnukilkan kisah dahulu kala. pengalaman hidup untuk berkongsi bersama teman pembaca tetapi mood hari ini terus bertukar dengan lambakan kisah kisah politik tanah air. Aku akui minat terhadap berita politik ini melangkaui minat terhadap gosip-gosip panas artis malaysia yang bajet "kool" .
Jujurnya aku belum pernah menjadi ahli mana-mana parti politik tetapi terus terang katakan yang aku lebih memilih pakat rakyat terutamanya pas sebagai rujukan siasah aku.

Hari ini aku cukup berkecamuk membaca berita politik lebih - lebih lagi melibatkan sebuah NGO yang sejak akhir akhir ini seperti mendapat aura dan roh baru dalam pertikaian politik malaysia. Ini satu gambaran yang baik bagi suasana masyarakat malaysia sebenarnya. Mereka ini dahulu memang tidak ambil endah dengan politik tanah air sehinggakan pernah kami sebagai anak buah di tegur oleh naqib kerana banyak bertanya perihal politik dalam usrah. kata naqib kami, "kita tidak beriman dengan politik" . ya udah, terus terusan sahaja "mazza ya'ni" menjadi silibus paling lama, paling lambat dan paling tak faham untuk di habiskan. Setiap kali join usrah, itu sahaja lah yang wajib kami miliki sebagai silibus sehinggakan kadang-kadang di buat bahan jenaka oleh teman. katanya kalau dalam usrah masih guna "mazza ya'ni" itu bermakna belum naik maqam. :P

Hari ini menonton di youtube satu video ceramah Ust Hadi, presiden PAS yang antara lain menyentuh dan menjawab persoalan yang paling kerap di tnya dan di timbulkan oleh mereka. kenapa pas dan DAP boleh bersama sedangkan itu kafir tetapi cukup sukar bersama UMNO sedangkan itu adalam muslim dan islam. Kata tok guru, ya DAP kafir dan sebab mereka kafir lah mereka tolak hudud. Dan ya umno itu islam tetapi mengapa si islam ini juga menolak hudud?  50 tahun lebih kita merdeka, bila masa yang umno penah tegaskan yang mereka akan melaksanakan hudud? apa usaha mereka laksanakan hudud? so kenapa marah sgt dengan DAP yang kafir dan menolak hudud tetapi tidak pada umno yg ISLAM tetapi tetap juga menolak hudud?. aku penin dan keliru bab yg ini.

Keduanya, mengatakan pas bersama pakatan rakyat adalah satu kesilapan besar kerana bersama gol-gol liberal dan kristian yang mahu menjadikan malaysia sebuah negara liberal. Mereka bersungguh marah dan mengecam pas atas alasan ini yang mana pakatan rakyat belum lagi mampu menjadikan malaysia liberal kerana belum mampu membentuk kerajaan sedangkan barisan nasional yang sudah berpuluh tahun memimpin dan berpuluh tahun menjadikan malaysia sebuah negara liberal. lihat anak muda hari ini, lihat masyarakat hari ini, lihat hiburan kita hari ini, lihat tahap sosial kita hari ini, kepada siapa mahu di salahkan semuanya ini? kalau bukan barisan nasional siapa lagi? mereka yang mengubal undang-undang, mereka pelaksana undang-undang. Pas dalam pakatan tegas mengatakan arak tetap haram, dan hudud adalah wajib di laksanakan walaupun mendapat reaksi yang negetif pada rakan pakatanya. Tetapi umno kata apa? oh arak kalau ada lesen boleh, xde lesen x boleh bniaga. hudud? zzzzzZZzzzz.. Kenapa masih berlembut dengan umno? kenapa tak menegaskan umno perlu keluar barisan nasional.

kami selaku pemerhati di luar ini bukan mahu memenangkan sesiapa tapi bersikap adil dalam melontarkan idea dan pemikiran. jgn di gelak di hina oleh msyarakat kerana kebodohan siasah kalian. Bila di kata begini, nanti jawabnya, oh nabi dahulu lebih teruk di hina dan di herdik. hey, lihat dahulu, apa yang kalian lakukan samakah seperti yang nabi lakukan? lihat sifat nabi terhadap org kafir. lihat cara dakwah nabi kepada mereka? kalian??? belum apa-apa sudah kata liberal. kafir harbi. dan sebagainya. huh!


......

muqadimah

bismillah


Manusia ini mmg sifatnya berbuat silap dan alpa. sebab itu tuhan maha pemurah dan luas kasih sayang menurunkan pesuruhnya untuk sentiasa memperingati kita. Dosa dan manusia kalau tidak keterlaluan boleh dikata seperti kereta dan kotoran. Sedang kereta berjalan sentiasa di dunia pasti akan tercalit kotoran, itu sudah pasti tak mungkin dapat di elak.Cumanya fungsi akal dan fikiran untuk sentiasa mencuci dan membuatkan ianya kelihatan bersih dan ceria. Cuma sesekali cuba sedaya upaya untuk meminimakan dosa yang di lakukan. Dosa ini kadangkala kita nampak dan kadangkala ia terlindung. Yang tampak cuba pastikan tidak berulang, yang terlidung pohonlah sentiada doa dari yang maha kuasa.

Aku ini juga bukan manusia hebat dan gagah. punya dosa dan juga pahala. Cuma tak pasti yang mana dahului yang mana. Doa agar timbangan baik melebihi nista. Insyallah tuhan itu maha pengampun sifatnya takkan sesekali menzalimi hambanya walau bergunung dosa di cipta, melebihi lautan dunia rahmat dan ampunanya.

aku yakin setiap dari kita pasti punya waktu-waktu seperti kata budak sekarang "zaman malaikat". mahu tahu zaman malaikat aku bila? ok..kita cerita dalam bab seterusnya nanti. ini sekadar muqadimah pembuka bicara


p/s: facebook seringkali mencabar nafsu dan akal waras manusia. berhati teman jangan terperangkap

pen kau dan aku 3

bismillah.

1.55 minit pagi. jumaat. batu belah.

Sudah lama rasanya tidak melalui proses penulisan seperti ini. menyendiri sendirian hening pagi, lari berjoget ligat jari menekan butang-butang abjad dan nombor yang kadang kala seperti sendiri bergerak tnpa ada yang memandu. teringat zaman-zaman gemilang berblogging dahulu dahulu. Mula menulis ketika alam persekolahan disambung di alam universiti dan sekarang subhanallah seperti tak percaya sudah pun berumah tangga. melayan karenah kawan-kawan yang menukil komentar pada setiap entri begitu mengujakan, terasa seperti di balas dan berbaloi setiap penulisan yang di sampaikan.

Dahulu, setiap perkara yang berlaku seharian mesti mahu menulis di blog, sepertinya mahu di kongsi kepada semua manusia seperti tak sedar yang sebenarnya seluruh alam dapat membaca dan membogelkan kisah kita. Alam maya mmg satu kotak gila yang tiada batasan utk di jadikan sempadan. Kotak ini besar sampai semua kita boleh memasukinya dan terus bergelumang dengan dosa bagi yang kurang celik dan bijak.

kini, semua tinggal kenangan, kawan juga semakin kurang berblogging, malas juga menjadi alasan utama kurang terhasil tulisan. ya, kalau menulis kerana mahu mencari redha manusia beginilah jadinya. Peminat semakin kurang lantas terus minat dahulu yang katanya mahu menjadikan medan  dakwah melalui penulisan juga semakin kabur dan terkubur. tapi sekarang sudah punya peminat baru yang setia membaca tulisan ini. aku pasti masih punya peminat yang seorang ini sampai akhirnya. atas kapasiti apa kepastian ini sebenarnya? kerana pen kau telah ku miliki dan tersimpan rapi dan pen aku juga telah ku serahkan seyakinya . moga allah lindungi dan rahmati kita semua.

p/s: ayuh kembali berblogging!

ayat kasih cinta dan sayang

bismillah

Alhamdulillah wa syukru lillah. Tiada kata yang lebih layak dan tinggi perlu untuk panjatkan dan halakan selain ucapan terima kasih tidak ternilai kepada tuhan pencipta insan yang telah mengurniakan kepada aku seorang lagi insan yang cukup hebat dan mulia. Terima kasih kepada tuhan pencipta cinta untuk mengurniakan kepada aku cinta seorang wanita solehah yang di dambakan oleh setiap teruna. Terima kasih kepada tuhan yang maha kasih dan sayang kerana melimpahkan dan meminjamkan sedikit kasih dan sayangnya pada seorang isteri untuk suaminya.

Alhamdulillah, tanggal 8 jun yang lalu aku selamat menjadi seorang suami mengalas tanggungjawab mengunung tinggi bagi membentuk seorang isteri menuju jalan ke syurga. Perasaan seusai selesai melafazkan kalimah keramat "aku terima nikah.." begitu mengetarkan hati dan jiwa seorang bujang selama bepuluh tahun seperti aku. Saat terungkap dan terlaksana akad tersebut, saat itu juga aku mngerti mengapa mengalas tugas sebagai suami bukan semudah di sangka. Mencari dan memberi nafkah kepada isteri boleh di anggap mencabar di saat aku masih bergelar seorang mahasiswa namun jauh melangkaui itu memimpin si isteri untuk terus mengimani dan menyelusuri jalan-jalan ke syurga lebih mencabar hakikatnya. Pada tuhan setiap kali doa ku pohon supaya hati kami terus dalam iman, hidup kami terus dalan iman dan mati kami juga terus bersama iman. Moga esok mati kami ke syurga juga di sebabkan iman. amin.

Sejak dahulu ketika masih bujang aku punyai impian, untuk memiliki seorang teman bagi sisa dunia ini yang tidak sekadar cantik rupa tapi jauh lebih penting dari itu punyai hati dan jiwa yang mulia. Subhanallah, aku di kurniakan seorang wanita yang sempurna bagi aku mungkin tidak pada mata orang. Kami masing2 tidak punyai pengalaman bercinta bahkan tempoh bertunang dan berkenalan kami juga di pandang pelik bagi sesetengah pihak. Namun, aku seringkali bermonolog sendirian berdoa supaya bila sudah halal bagiku untuk dia, semoga allah berikan nilai erti cinta dan kasih sebenar pada kami berdua. Alhamdulillah, aku berasa menikmati bagaimana gilanya seorang yang bercinta tapi ianya lebih indah dari itu kerana cinta kami terlaksana ketika hukumnya masih sempurna.

kepada kedua ayah dan emak, tiada lafaz dan kata yang boleh di samakan dan di nilaikan dengan apa yang telah kalian berikan. Moga allah telah menetapkan dan menyediakan ruang syurga untuk kalian berdua di sana. Kepada ayah dan ibu mertua, terima kasih atas kepercayaan dan hadiah ini. Insyallah akan di jaga dengan baik dan sempurna. Pohon doa dari kalian semua.

Kepada isteri tercinta, ingatlah suamimu ini bukan insan sempurna yang punyai diri lengkap semuanya. Perkahwinan ini menyempurnakanya. Saat aku sedang terleka dengan arus dunia, hulurkanlah dahan tanganmu menarikku kembali beringat ke alam selepasnya. Saat aku sedang tertangis duka, berikanlah senyum manismu mengubat hati lara. Saat aku sedang suka gembira, berikanlah jiwamu untuk kita berkongsi bersama. Tidak putus doaku semoga allah terus terusan memberi dan mendatangkan hari-hari gembira dan bahgia buat kita. Insyallah selagi iman menjadi lapisan utama, saat islam menjadi landasan kita dan saat amal menjadi pendinding bersama, akan aku berikan yang terbaik untuk kita. Moga allah berikan kesempurnaan buat kita. Amin


Pohon doa rakan untuk kami kuat dan hebat mengharungi alam perkahwinan ini.
p/s: Terima kasih kerana menerima manusia tidak hensem ini menjadi suamimu. :p



air yang dicincang takkan putus

bsmillah

tahu apa itu air? tahu apa itu air yang dcincang takkan putus?
engkau boleh berbalah, engkau boleh berbeza kata
kerana mmg sudah aku dan engkau dicipta atas beza sebenarnya
tapi jgn sekali itu melenyapkan satu perkara
engkau dan aku tak pernah bermusuh
kita punya satu ikatan yang tak sapa mampu runtuh
bila kawan menjadi sahabat dan sahabat menjadi teman
pasti air yang dicincang tak bisa putus.

antara dua



bismillah


Minggu ini alhamdulillah di beri kesempatan oleh tuhan untuk melawati tok ayah yang sakit sejak beberapa bulan lepas di hospitak KPJ perda, pulau pinang.

Usia tok ayah bukan lagi muda, sudah 91 tahun kata emak. Tok ayah orangnya pandai menjaga makan dan kuat bersenam. Beberapa tahun sebelum ini kami begitu bangga melihat keadaan kesihatan tok ayah. biarpun sudah tua, dia masih gagah mengangkat cangkul dan sabit. Namun kuasa Allah maha agung, hanya beberapa minggu selepas tok ayah mengadu sukar utk bercakap, tok ayah terus sukar menelan makanan dan akhirnya terlantar sakit. Tok ayah hanya mampu mengerakkn tanganya sahaja dan bila mahu berkomunikasi, sebatang pen dan kertas

menjadi mediumnya.


Melihat keadaan tok ayah di hospital menerbitkan sedikit keinsafan. Kalau aku di situ apa yang perlu aku fikirkan? saat tubuh bukan lagi menjadi satu kekuatan apa lagi yang boleh dilakukan.Subhanallah, kuasa allah itu maha besar aku yakin dan pohon didoakan agar dimudahkan urusan kami sekeluarga terutamanya tok ayah dan mak lang yang setia menjaga tok ayah.


Pagi ini, bersama mak dan ayah ke sambutan jubli perak tadika islam puchong. Rancangan asal, diminta untuk memberi sedikit ucapan selaku bekas pelajar di tadika tersebut namun tidak tahu di mana kesilapanya, perancangan sedemikian tidak berlaku. Melihat adik - adik tadika riang berlari mengamit memori lampau. Ketika masih bertadika suci dan indah semuanya. Tidak pernah terfikir untuk mengumpul wang, mencari rezeki atau berkahwin. Sudah lebih kurang 20 tahun sistem tadika ini aku tinggalkan dan sesakali cuba berka
ta kepada diri, selama 20 tahun selepas aku keluar tadika ini apa yang mampu aku sumbangkan pada guru-guru itu? ya, setiap huruf dan nombor yang cikgu perkenalkan akan aku smpaikan dan manfaatkan dengan niat mudah-mudahan mengalir pahala yang berterusan.

4 hari yang penuh makna, melawat atauk yang sakit di mamah usia tua mendatangkan keinsafan dan melihat kanak-kanak riang mengamit memori indah dan suci dahulukala.


perosak dunia!

bismillah


Saat pagi ku buka mata, kelihatan engkau rakus membunuh dan di bunuh. Telinga kedengaran bising tembakan dan tangisan. Hidung terlalu busuk menghidu hanyir darah. Lantas itu mahu sahaja aku butakan mata,pekakkan telinga dan hilangkan segala deria. Apa sudah terjadi pada dunia?

Aku terdiam lantas berfikir siapa engkau dan siapa mereka. Mengapa engkau di bunuh oleh mereka dan mengapa engkau membunuh mereka. Aku melihat engkau dan mereka serupa. Punya mata, telinga, jantina juga punya diri yang sempurna. Engkau dan mereka bukan beza antara binatang dan manusia. Bukan binatang yang perlu dikorban utk mendapat pahala. Bukan juga tumbuhan yang enak di mamah utk segagah tenaga. Itu manusia! buka mata engkau dan lihat mereka. Lihat mata mereka saat hujung pedangmu sampai ke lehernya. Lihat air mata yang tersisa di pipinya. Dengarkan rayuanya.

Apa engkau sudah bukan manusia yang lengkap di jadi tuhan dengan belas dan kasih?
Apa engkau bukan manusia yang tidak mampu lagi menzahirkan simpati?
Engkau ini siapa akhirnya sebenarnya nanti?

Kini aku sedar yang engkau bukan lagi manusia.Ya, benar jasad dan fizikal kita sama, tapi naluri engkau bukan lagi bermakna. Engkau bukan bernaluri haiwan, mereka salah mengatakan demikian. Haiwan itu lebih mulia dari engkau. Engkau adalah syaitan jadian. Dirimu penuh dendam dan hatimu hitam. Akal fikiranmu tiada dan engkau sehina makhluk dunia. Tidak, aku tidak bersama engkau. Sudah habis bicara dan kata menasihatimu. Engkau hanya layak di hina dan dilaknat olehnya. Setiap titisan darah yang terhasil dari pedangmu wajib di sucikan hanya dengan darah engkau sahaja. Mereka tidak bersalah dan aku bersamanya.

Malam ini aku tidur. Sebelumnya akan ku angkat tangan memohon kepada yang esa. Tanganku lembut memang tak pernah bersenjata apatah lagi meratah manusia. Tapi kali ini, tangan yang biasa ini akan lama menadah meminta supaya engkau terhina dan di lenyapkan dari dunia. Sudah ramai menjadi magsa sejak keberadaan engkau di sini. Biar engkau lenyap dan menerima padah di alam sana. Aku menadah juga meminta agar segenap kekuatan engkau musnah, Biar tuhan bersama bagi yang teraniaya. Aku bukan bersama engkau tapi demi mereka rakyat syria!

Kepada mereka yang teraniaya, aku faham dan mengerti keadaanmu saudara. Engkau insan terpilih tuhan untuk mati mulia. Bergembiralah saat senjata musuh didadamu, gembiralah saat pedang musuh di lehermu, gembiralah saat jasadmu dipisah dari nyawa kerana ia akan bertemu tuhan maha pencipta. Apa lagi yang lebih gembira selain meninggalkan dunia caca merba dengan penuh bahgia dan mulia. Apa lagi yang lebih sempurna selain syahid mulia.Engkau benar-benar peroleh mulia dan kasih dari tuhan kita. Moga syurga dan bidadari menantimu di sana. kasihku pada engkau tak pernah padam duhai saudara. Doaku tidak putus bagimu di sana. Sejahteralah saudaraku di syria .


lupa

bismillah

Aku sering dilanda satu perasaan bersalah setiap kali terlupa hari jadi atau tarikh-tarikh penting kawan-kawan. Aku perlu akui fesbuk begitu membantu untuk aku tak terlepas mengucapkan selamat pada kawan-kawan. Ada juga kawan-kawan yang begitu sensetif perihal perkara sebegini, tapi bagi aku ianya tidaklah begitu penting atau aku sahaja yang merasakan begitu?

Aku juga akui yang aku mmg mengambil remeh soal ini, sebab apa aku ambil remeh? sebab aku rasa tak penting lah. Jangan kata hari jadi kawan-kawan, hari jadi mak aku sendiri pon aku x ingat. Apa aku tak ambil berat tentang hari jadi mak aku? memang. selama ini hari jadi mak, kakak aku yang selalu beriya-iya ingatkan kami, dia jugalah yang bersungguh-sungguh membeli hadiah dan kad. Aku cuma perlu turunkan tanda tangan dan ucapan. Perempuan memenag selalunya complicated bukan?

Satu hari dalam perjalanan pulang dari shah alam ke klang, mak aku berbual dengan aku.

" mak kan langsung tak kisah dan betul-betul x kisah tentang hari jadi ke hadiah ke ape ke" kata mak memulakan bicara.

"bagi mak, korang adik beradik x perlu susah-susah nk beli hadiah atau apa, cukuplah selepas solat titipkan doa untuk mak dan ayah. Itu lebih berharga dari segalanya" jelas mak lagi.


Nah, selepas mendengar itu, aku kurang berasa bersalah. Insyallah selagi aku bernyawa, tak pernah lagi sehari pon aku lupa mendoakan kesejahteraan mak dan ayah usai habis solat. Iya memberi hadiah ketika harijadi itu mmg dituntut tapi mendoakan ibu dan ayah kita itu jauh lebih dituntut. Persoalanya kalau tidak sembahyang, macam mana mahu mendoakn ibu kita?


jeng jeng jeng

Kata magisku hanya padamu.

"zack, jom kita keluar malam ni" ajak farah padaku.

"nak kemana?"soalku spontan

"Erm, i nak minta u temankan i la. I stress ni, u temankan i jalan-jalan, lepas tu kita boleh pergi tengok wayang. plsss? u kan carring" jelas farah sambil merayu manja.

Aku terfikir ini peluang aku. Mungkin doa aku selama ini dimakbulkan tuhan.Ya, sebelum ini aku bersungguh memohon pada tuhan supaya dikurniakan aku peneman hidup.Biar tidak cantik asal ia seorang wanita yang boleh menjadi penghibur di saat aku lara dan sentiasa di sisi di saat aku memerlukanya.

Wanita secantik farah bukan sebarang wanita.Perwatakanya menarik, fizikalnya cantik lantas menjadi aset yang cukup berharga untuk dimiliki oleh setiap mahasiswa ditambah pula farah merupakan satu-satunya pelajar wanita fakulti perubatan yang seringkali mendapat pujian pensyarah di atas kerajinan dan keputusan yang diperolehinya.Siapa tidak kenal dengan Dr khalid, wajahnya sahaja sudah cukup menakutkan. Siapa yang bersembang ketika kelas sedang berlangsung pasti dihalaunya. Disiplinya cukup tinggi, beliau tidak akan memuji pelajarnya kecuali jika ia benar-benar layak untuk di puji!

Nah, apa lagi alasan munasabah yang aku perlukan untuk menolak ajakan farah? ini benar-benar peluang untuk ku. Kata orang rezeki jangan di tolak musuh jangan dicari. Sudah pasti ini merupakan satu rezeki yang cukup besar untuk aku.Betul, ini bukan langkahku untuk menuju ke alam rumahtangga, aku masih terlalu muda untuk memikirkan tentang itu. biarlah aku menimba pengalaman bercinta bersama farah dahulu. Sekurang-kurang bila sudah berumah tangga nanti aku tidak lah kekok untuk bersama si siteri. Itu cerita lain dan pada lain waktu perlu untuk aku fikirkan.

Sekarang aku perlu menjawab pelawaan farah dengan segera. Peluang tidak datang selalu apetah bergolek seperti ini. Aku percaya farah bukan jenis perempuan liar yang kerap mengajak lelaki keluar tapi mungkin kali ini dia benar –benar perlukan seorang teman untuk meluah rasa.

Sungguh, tak dapat ku bayangkan aku bersama si dia di bawah pepohon yang disinari cahaya lampu. Hanya kami berdua disitu. Berpegang tangan, erat, sungguh erat ku genggam tanganya. Aku tak mahu ada org lain yang merampas tangan itu dariku. Pertama kali ku sentuh kulitnya, terasa dingin seperti dinginya cinta kami yang baru berputik.

Dia juga mengengam erat tanganku seperti membalasi perasaanku padanya. Sambil berjalan kami bermesra-mesraan,mengimbau kenangan lampau ketika kecil.berkongsi pahit dan manis kenangan sepanjang kehidupan.Ya, kami seperti baru berjumpa dan terus bercinta. terlalu banyak yang perlu untuk berkongsi bersama.

Di penghujung jalan,ada sebuah taman yang cukup indah. Pancutan air yang cukup cantik di hiasi lampu-lampu yang berwarna warni. Sesekali melihat pancutan air itu ianya seperti permata-permata yang bersinar cantik turun ke bumi. Inggin rasanya ku petik bukan satu tapi semua permata itu untuk ku hadiahkan padamu. Kini aku percaya kata mereka bercinta itu cukup indah. Cinta itu membutakan kita. Dunia ini kelihatan hanya untuk kita sahaja.

Malam juga seperti memahami perasaan kita. Kita duduk di kerusi taman,sesekali kepalamu di sandarkan pada dadaku dan sesekali aku mengucup ubun kepalamu yang kemas dilitupi tudungmu. Ketika ini aku merasakan yang tuhan benar-benar telah menciptakan kau khas untuk ku.

"sayang, i cinta pada u"

Saat perkataan itu keluar dari mulutmu, aku sudah tidak nampak apa fungsi manusia, aku sudah tidak nampak harga dan mataku sudah buta pada dunia dan seisinya,

Sepanjang hidupku, itulah perkataan yang aku dambakan dari seorang wanita dan engkau telah menuturkanya malam ini. apa lagi yang perlu aku pinta jika ini yang ku damba selama hidup ini.

Ya allah, aku pohon kepadamu seperti aku pohon supaya kau kurniakan dia untukku, janganlah kiranya engkau jauhkan dia dariku. aku benar-benar telah jatuh cinta pada ciptaanmu ini.

"zack..zack..." farah menepuk-nepuk pipiku.

"eh..ye ..ye.." panggilan farah itu menghentikan lamunan indahku.

"macam mana, boleh ye temankan i? i dah siap cantik-cantik ni" soal farah kembali.

aku tersenyum...

"ini masanya, allah benar-benar telah membantu kali ini" biacara ku sendiri dalam hati.

" maaf farah, saya tak mahu isteri saya kecewa kalau saya keluar dengan farah" tolakku lembut atas ajakan farah

"isteri? bila u berkahwin?" kelihatan farah sedikit terkejut dengan alasan aku

"bukan isteri tetapi bakal isteri.." balasku ringkas dengan senyuman

"Saya tidak mahu kelak bila saya sudah beristeri, cinta saya sudah tidak suci. saya takut bila saya keluar berdua-duaan dengan farah makhluk ketiga iaitu syaitan akan menghasut dan menggoda saya dan seterusnya kita akan di humban ke lembah yang hina. Ya, saya memerlukan seorang teman hidup tapi biarlah teman hidup sy kelak juga yang tidak pernah dinoda cintanya. Biarlah cinta kami suci dan cantik khas untuk yg halal untuk kami" jelasku panjang lebar

"Farah, di saat kita kesepian pulanglah pada pangkuan tuhan. mungkin sengaja dicipta kesedihan dan kesepian itu bukan untuk mendera batin tetapi untuk kembali ingat dan kasih pada pencipta.Syukurlah allah masih beri kita perasaan sedih takut dan kecewa untuk memberi kita ruang dan peluang mengadu padanya. Allah sebaik-baik tempat menggadu dan peneman di saat duka dan gembira" bicaraku lagi memberi sedikit peringatan

"terima kasih zack, beruntung siapa yang dapat memiliki cinta u" balas farah lembut. tampak bersinar matanya dengan genanggan air mata.

"sama-sama farah, u pon belum terlambat untuk menjadi orang yang beruntung. Ingat, jangan bicara soal cinta pada manusia selagi cinta pada pencipta bukan di atasnya" balasku kembali

Subahanallah, cinta itu sungguh indah diciptakan sang pencipta untuk hambanya. Namun keindahan itu hanya dapat di hayati pada yang memahaminya. Sampai saat ini aku bersumpah tidak akan sesekali melafazkan kata magis itu sebelum tiba masanya dan aku juga tidak mahu menerimanya dari yang bukan orangnya. Cukuplah buat seketika magis itu hanya untuk sang pencipta dan agama. Insyallah, Allah akan memberikan peluang kalau tidak didunia di syurga untuk aku melafazkanya. Teringat kembali lamunan indahku sebentar tadi, mudah-mudahan dapat di paraktiskan pada isteri tercinta.

"i love u ALLAH" Teriakku di hati. jauh sedalam-dalamnya. biar ia terus kekal dan bergema selamanya disitu.


aku juga mampu?

Bismillah.

Salam ke atas semua pembaca. Semoga rahmat dan kasih sayang allah terus ke atas kita.

Sedar tidak sedar dunia semakin tua, masa makin pantas berlalu. Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan. Kuderat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah. Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu. Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapapun mengawalnya.

Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut.Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita kea rah mana. Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja yang mahu memautnya tetapi juga ayah, ibu, rakan, teman dan semua mereka yang tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila.Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kita lah yang harus mempermainkanya. Kata ustaz di masjid kelmarin, hanya kalau benar kita faham apa makna dunia, maka tiada langsung niat mengejar kemewahan yang menggila ini akan terlintas. Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline atau lancer. Tidak terfikir mahu memilik i-phone dan tidak berminat mengejar chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing. Ini semua permainan dunia.

Heyh, siapa kata tidak mahu bercinta?..siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat kalian berpegang tangan dan berpesta. Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga. Cemburu dan jeles. Aku juga punya nafsu, aku juga punya cinta.Ada kamu orang percaya?

Aku ada henset yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa. Aku punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga. Walaupun henset aku murah dan bukan i-phone tapi aku mampu untuk bergayut berjam-jam bersama yang tercinta. Ya aku mampu melakukanya seperti apa yang kau lakukan bersama si dia!

Cuma aku tak mampu untuk menghina agama. Agamaku cantik, bersih , lengkap dan indah. Tuhan aku dan rasul ku tidak pernah sesekali mengizinkan perhubungan anatara bukan mahram sebelum akad terlaksana. Cuma itu sahaja beza upaya kita. Ini sahaja yang aku tidak mampu melawannya tetapi kau yang terlalu berani membuat langkahan sedemikian rupa. Cuma, aku berjanji dan bersumpah andai sudah terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti, wanita itu akan menjadi permaisuri paling berharga kerana cintaku tidak pernah ternoda. Pada tuhan tempat ku berpaut dan berdoa, semoga terus melindungiku dari tsunami dunia yang menggila. Semoga aku kau dan mereka terus berpaut pada dahan yang sama.

Wallahu a’lam.

-Di petik dari ucapan si pari terluka


Pilihan





Kalau diberi pilihan untuk beli i-pad dan kahwin. Aku pilih kahwin . =p

keputusanku?

Bismillah

“Eh, tak balik lagi ke? “ Tegur rakan sekerja

“Sekejap lagi, ade kerja sedikit lagi” Balas aku selamba

“Oooo lupa, org x de bini patutlah balik lambat.hehe” Katanya pula

“Heeee” Senyumku lebar dan manis

Selepas 5-10 minit , aku siap-siap untuk keluar untuk pulang ke rumah.Sebelum keluar dari pintu pagar, perlu di punch card dahulu. Ketika berhenti di pondok jaga untuk punch guard di tegur pula oleh pakcik jaga. Aku yang sememangnya jenis mesra alam melayan sahaja teguran itu.

“Balik mana hari nih fakhru? “ Soal pakcik jaga

“Balik rumah sewa pakcik, nak balik rumah org tua jauh pula ke klang tuh”Balasku menjawab soalan

“Org rumahnya kerja apa fakhru?” soal pakcik jaga lagi

“Eh, sy menyewa di rumah bujang pakcik.Belum kahwin lagi” jawabku kembali

“Laa,iyeker..bujang ..dah ade orangnya belum? “ Pakcik jaga terus menyoal

“erm..insyallah..doa2 kan ye pakcik” aku menjawab dgn jawapan yang selamat.

Selepas itu aku terus menekan pedal minyak menuju ke rumah sewa.Badan sudah terasa penat.aku perlu cepat sampai dan berehat segera.

Malam itu ketika menonton berita tv 3 yang mengampu dan menipu, aku berfikir....fikir punya fikir..punya fikir...punya fikir..aku pon buat satu keputusan yang muktamad.Ye aku perlu berterus terang dengan diriku yang sebenarnya aku sudah cukup ........mengantuk.aku perlu tidur.

Bai bai

p/s: ngaaaaaaaa


aku dan kawan

Salam

Tempoh hari aku bersama 2 lagi kawan ke teluk segadas, pulau pangkor. Sudah terlalu lama aku tak ke sana. Kali terakhir ke sana ketika usia 12 tahun, darjah 6.Tempatnya tidak banyak berubah,pantainya masih jernih,keadaan sekelilingnya masih kelihatan “dara” tanpa banyak pencemaran dari manusia. Cuma yang bezanya adalah aku. Kalau dahulu hadir bersama rombongan sekolah,kini hadir bersama kawan. Kalau dahulu hadir terpaksa mengikut aktiviti yang telah ditetapkan oleh guru, kini membuat aktiviti sendiri.

Malam itu,kami lepak di luar khemah.Berbbq bersama dan menghidupkan unggun api. Cukup seronok ditemankan derauan ombak asli yang membawa bersama angin bayu laut. Cukup tenang,cukup hebat ciptaan tuhan. Kami bersembang bersama,bergossip dan mengupdate beberapa perkara yang hanya budak perempuan sahaja lakukan sebelum ini. Ah, suasana merubah jati diri mungkin? Teringat rakan-rakan wanita MMU yang suka bergossip. Apa khabar anda? =p

Bagaimana seronok pun suasana itu kami perlu kembali ke kota. Kota keriangan atau kota dosa? Telinga akan kembali didesak dengan bunyi “hon” kereta, mata akan dipaksa melihat kesibukkan warga dunia mengajar hidup. Ada antara kita sibuk mengejar duit dan kekayaan yang ditaburkan oleh si dunia. Aku juga tidak terkecuali. Kadang-kadang terasa mahu hidup jauh dari kota,biar tinggal di hutan.Biar tidak kenal apa itu internet,tidak tahu membawa kereta, tidak terasa nikmat soul garden atau stimboat, biar di kata katak bawah tumpurung. Asal aku tidak terpengaruh terlalu mengejar nikmat dunia yang tidak kemana.

Namun sudah terlewat, aku sudah pun merasa nikmat membawa kereta sehingga membuat aku turut serta mengejar kereta lain yang lebih gah dan hebat gayanya. Aku juga sudah merasa nikmat duit sehingga mempengaruhi aku untuk terus mengejar menjadi manusia kaya. Aku juga merasa nikmat makan di soulgarden dan stimboat sehingga membuat aku menanam niat untuk kembali merasainya. Ini baru sedikit, banyak lagi yang aku,kau dan kita terus mengejar semua nikmat dunia ini.Senyum sahaja asal tahu dimana asal dan kemana kita akhirnya. Cari sahaja isi dunia sehingga ke penghujungnya asal kita tahu dimana mahu meletakkanya kelak.

Kalau semalam masih mendengar derauan ombak bersama teman,hari ini sudah kembali ke kota berkerja mencari duit. Kalau semalam ke teluk segadas bersama teman , esok lusa mungkin ke sana bersama “teman istimewa” ?..mahu honeymoon disana tak? Sy tau menguruskanya. =p

p/s: ...........


barang lama

Bismillah

Salam,semoga kita terus berada di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah.

Semalam selepas bosan melepak di rumah, aku bukak tv 1. Berita dunia jam 11. Aku rasa pembaca berita dia tak pernah bertukar semenjak aku kecik.Aku jadi boring dan tak tertarik lantas aku bukak tv3.Tv1 hilang satu penonton disebabkan aku.

Sebelum semalam, berbincang dengan seorang teman. Dia soal aku tanya apa beza berita tv 1 dan tv 3? Dia kata pembaca tv 3 semua muda-muda,comel-comel dan menggoda. Tv 1 pula masih lagi mengekalkan pembaca berita yang “otai” dan tidak bergetah meskipon ade beberapa perubahan memasukkan pembaca berita yang baru . Kalau perasan, pembaca berita tv3 kalau dah tua2 mesti dia taruk belakang tabir. Yang duduk depan tv duk ngadap kita tuh semua yang muda-muda. Kenapa?

Barang yang lama mmg menyimpan satu nilai sentimental yang tiada tolok bandingnya. Tapi kadang-kadang ianya perlu ditukar untuk memberi nafas baru kepada environment .Tapi jgn pula sesapa yang dh kawen dan merasa isteri dia sudah tua perlu untuk mengantikannya kerana anda juga sudah tua. Kalau mahu ganti isteri muda, anda juga perlu menjadi muda.muda secara hakiki ye bukan “terasa muda” kerana itu boleh diperolehi dengan jamu dan tongkat ali .

Tapi kadang-kadang ada jenis manusia yang tanak tukar barangan lama milik mereka dengan alas an barangan baru itu tidak bagus dan tak dpt memenuhi kehendaknya. Katanya lagi, barangan lama ini bagus, tahan lama dan sudah banyak berbakti padanya. Sehinggakan kalau barangan lama ini meragam dan rosak,dia tetap akan membaikinya walaupun sampai beratus ringgit dan berkali-kali membuat hal.Bagi aku, kalau belum pernah mencuba barangan baru jgn pula kita pertikaikan kebolehan barangan itu. Kan?

Setelah aku pikir2, aku rasa kita jgn buang benda yang lama ini.Sebab apa? Sebab nya ialah ,pertamanya kita juga akan tua suatu hari nanti dan kita juga akan merasai bila kita tua kita makin kurang dihargai.keduanya, benda-benda lama ini ada gunaya juga,paling tidak pun gunakan sebagai barang perhiasan sbg barangan antik. Percaya?

Aku rasa teori aku ini yang digunakan oleh revolusi dunia arab masa kini. Tunisia,mesir,libra,Bahrain,dan yaman sedang mula menggantikan “barang” lama di Negara mereka. Negara aku ada “barangan” lama tak? Ops!

Wallahua’lam


Merapu 1

Bismillah

Salam. Semoga rahmat dan kasih sayang allah terus ke atas kita.

“kau bila nak kahwin? “

“kawan-kawan engkau semua dah beranak pinak”

“dah ada calon belom?”

“Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang”

Ini antara soalan-soalan cerdik pandai dari kawan-kawan yang sengaja mengusik atau memang serius bertanya. Aku yakin bukan aku seorang yang dapat soalan macam ini.Jadi macam mana nk jawab soalan ini? Ade tips?..tunggu jawapan korang lambat sangat. Meh aku tolong bagi idea mcm mana nk jawab.

Mula-mula, korang senyum.pastu korang ckp jelas2..AKU DAH KAHWEN!

Bai bai


kenapa

bismillah

salam,
semoga rahmat dan kasih sayang allah terus bersama kita. semoga segala dosa silam dan akan dtg diberi keampunan oleh allah. Semoga terus-terusan hidup kita diberi petunjuk dari allah. amin

Dalam masa blog ini sepi dan hampir ditutup (dah tutup dah pon), aku terpikir tentang kenapa aku mula menulis blog dahulu?kalau benar tujuan asal aku menulis adalah untuk berkongsi ilmu dan pandangan melalui penulisan maka tidak sepatutnya blog ini ditutup biarpun hanya sekadar minoriti yang membacanya. Kalau benar niat asal untuk memberi manfaat kepada umum maka tidak seharusnya blog ini sekadar tinggal bersarang. Jadi kalau ianya sudah ditutup pasti niat aku tidak selari dengan apa yang aku nyatakan. ayuh kembali memperbaharui niat dan moga ia dpt memberatkan timbangan di akhir nya nanti.Harapnya rakan2 yang lain begitu juga.

Ramai yang berpendapat zaman sekarang begitu mudah untuk perolehi dosa.Lihat sahaja sumber-sumber yang ada, internet, akhbar, facebook, blog.Semuanya kalau salah digunakan terlalu mudah dosa akan terhimpun. Gambar-gambar yang di upload di fesbuk, berita-berita fitnah yang disebarkan walaupun hanya sekadar "repost" dari post yang asal, ini semua boleh menjadi timbunan-timbunan dosa yang saban hari akan memuncak.
Namun begitu, sumber-sumber ini juga mampu menjadi lubuk pahala bagi kita kalau benar dan bijak memanfaatkanya. Bagi aku sebenarnya setiap sesuatu itu pasti ada kebaikkanya kalau kita pandai berfikir secara rasional dan positif.

Oleh kerana itu, aku merasakan yang aku perlu kembali aktif menulis dan menyampaikan perkara-perkara yang aku fikirkan bermanfaat bagi diri aku dan korang dengan harapan ianya menjadi lubuk pahala bagi aku yang banyak dosa ini. Di sini segala pandangan aku akan dinukilkan dan anda bebas untuk mengkritik asalkan ianya atas dasar mencari kebenaran dan diselubungi dengan semangat ukhuwah yang tinggi.

Tumbuk dada tanya hati, KENAPA aku menulis blog? sudah dapat jawapan then decide samada perlu tutup atau tidak blog anda kerana semuanya akan di nilai di akhir zaman.

wallahu a'lam.

kembali

bismillah


Terasa janggal untuk memulakan semula tulisan di blog ini setelah lama berehat. Hidup ini mmg sukar dijangka. Kadang - kadang kita merasakan sesuatu itu mudah untuk di lakukan tetapi sebaliknya terjadi dan kadang-kadang pula terasa susah untuk dilaksanakan namun penyudahkan terasa mudah. Inilah hidup yang diciptakan Allah. Kalau tiada iman di dalam jiwa pasti natijah buruk melanda. Indah dan sempurna hidup kalau semuanya di "reflect"kan pada pencipta.

Pernah atau tidak kita sentiasa berlapang dada dgn tuhan maha pencipta bila mana apa yang terjadi atas diri adalah sesuatu yang tidak diingini? Pernah atau tidak kita terfikir segala kesusahan yang menimpa adalah kerana kasih sayang tuhan pada kita lebih dari pada makhluknya yang lain. Indah sahaja hidup kalau kita mempunyai sifat cemburu pada tuhan bila mana terlihat kawan-kawan lain lebih diberi perhatian oleh NYA. Maka kita usaha dan berterima kasih kerana DIA masih mengigati kita untuk kembali kepadanya bila sesuatu terjadi. Sekali lagi iman sahaja yang menjadi pembeza. Ujian tuhan itu memperlihatkan kasih sayangnya pada kita.

Bila malam menjelma dan tatkala katil menjadi hamparan kita, pernah atau tidak kita memikirkan soal kematian yang tidak pernah menunggu masa?. Bagi yang bersembahyang, persoalan yang muncul ialah sejauh mana ianya di terima . Bagi yang tidak bersembahyang, lagi perlu menjawab begitu banyak persoalanya. Ayuh manusia, dunia sudah semakin tua. Kita sudah semakin jauh mengembara sehingga lupa asal usulnya. Kenikmatan dunia dirasa sehingga menutup segala arahan agama. Kita sebenarnya bukan tidak tahu atau lupa tetapi kita tidak mengerti tujuan hidup dunia. Sekali lagi iman menjadi pembeza.

sekian. insyallah update lain akan menyusul. Ini sebagai penyusun kata.

Demokrasi utk myanmar!

salam 1 malaysia.ops..


Assalamualaikum,

Hari ini aku baru balik dari kebun bapak aku. Macam biasa keja aku potong rumput kejap rehat panjang.Lepas tuh jadi driver bapak aku dari kuala kelawang sampai ke klang. Orang selalu tanya," kau dah kerja ke?" dan aku selalu jawab,"aku belum kerja". Tapi kalau nak ikutkan aku buat banyak keja cuma malas nk riak menunjuk yang aku ni seorang yang kuat berkerja. Aku kerja cangkul tanah,balut buah pisang,potong rumput,potong daun pisang,tabur baja kelapa sawit,letak racun dan yang terbaru mungkin lepas ni kena keja tembak babi pasal menatang ni banyak membuat kerosakkan di kebun bapak aku.

Mak aku kata sabar,jgn gopoh cari kerja.Doa banyak-banyak kat tuhan. Abang ngn Kakak aku plak selalu hasut aku jgn kerja pasal nanti tak banyak cuti.


Apepun hari ini bapak aku bawak seorang pekerja myanmar. Bapak aku panggil dia "haji" pasal bapak aku cakap dia dah pergi haji.So aku pon panggil dia haji. Tadi tengahari time dia baru lepas habis menebas pisang hutan,dia berehat la kejap nak semayang zohor dan makan nasi ke pondok di kebun bapak aku tuh. Aku pon ade sekali pasal aku mmg tgh curi tulang baru lepas memotong rumput kat situ. Alang-alang aku sembanglah dengan haji tuh.HAsil dari persembangan kami aku tahu lah serba sedikit latar belakang haji nih.


Dia bagitau aku, dia ade lima puluh ekar lebih tanah kat tempat dia. Buat tanam padi.Tapi semua tanah dia dah kene amek ngn kerajaan. Buat pengetahuan korang myanmar sekarang ditadbir oleh JUNTA secara kukubesi. Segala hasil bumi ke tanah ke semua kene rampas dgn kerajaan ala-ala negara komunis lah. Haji ni dia dah 21 tahun duduk di malaysia under UN pasport.Kira pelarian lah.Umur dia baya bapak aku tapi kalau tgk dia beraksi di kebun kalah aku.

Duk sembang-sembang aku tanya lah,ada ke dia kirim duit kat kampung.Dia kata,tiap bulan dia kirim.Ada anak bini kat sana dan setiap hari dia talifon bini dia kat sana. Dia kata dia duk sini biar dia x makan tapi duit kene kasi kat bini dia. Masa dia tengah cakap pasal mende ni mata duk pandang langit. Aku ingat dia nampak muka bini dia la kot.

Aku yang tak paham apa-apa tanya plak pasal anak-anak dia. Dia diam dalam 5-6 saat pastu dia jawab:


"Saya nak cakap pun sakit kepala,saya banyak fikir masalah"


Pastu aku tanya lah, x nak balik ke myanmar. Dia kata tunggu suu kyi menang. Tunggu demokrasi kembali. Dia nak tanah dia semula!

Dahulu hidupnya senang,50 ekar tanah,20 lebih kuli.Tak pernah buat kerja susah mcm ni.Sekarang ujian Allah pada dia. Aku mendoakan semoga myanmar kembali demokrasi!


ps: Haji ni kata dia x nak kahwin lain walaupun bini jauh pasal bini dia baik. Setia sungguh.


Usia

bismillah


Usah terlalu kuat bergembira pada hari ini kerana belum tentu esok lusa senyum itu milik kita. Usia bumi bukan lagi muda untuk kita terus bersuka ria. Ingat bicara nabi dahulu kala, semuanya sudah hampir tiba. Jangan sampai terbukti semuanya kerana ketika itu peluang kita sudah tiada.
Hidup didunia memang indah dan cantik menarik pada kita kerana neraka dan syurga tak pernah dilihat pada depan mata.
Kita manusia memang dicipta bersama dosa dan pahala tapi perlu selalu kembali pada sang pencipta bila hati sudah mulai ternoda. Semoga syurga dan bidadarinya milik kita andai terpaksa berkorban segala keenakkan dunia.

tuhan,maafkan kami semua yang sering alpa mengikut perintahmu.

pen kau dan aku 3

bismillah

Ianya bukan dek kerana hukum karma dunia tetapi takdir tuhan yang menentukan mana yang terbaik utk hambanya. Dahulu kita seakan mampu mengapai sebuah pen. Ianya cantik dan menarik. Mungkin luaranya tidak menarik perhatian org tetapi kita sahaja yang menyukainya. Kecantikkan itu kan subjektif. Pen itu kita sudah hampir gengam kerana keselesaanya bila bersama kita. Kita mahu simpan dan terus memilikinya sebenarnya. Tetapi kita terpisah kerana apa? Kerana tuhan sahaja yang mampu membaca pada setiap tabir yang membutakan mata kita. Rencana tuhan tiada yang mampu menghalang kerana dia sebaik-baik pembuat rencana. Kasih sayang tuhan jangan dipertikai kerana ia maha pengasih pada hambanya. Pen itu masih disitu sebenarnya tetapi sudah jauh dari gengaman tangan. Hanya yang terbaik mampu memiliki pen yang indah itu. Berdoa dan berserah. Itu sifat hamba