Tatarstan nobat Ratu Muslim
oleh: Agensi


















MOSCOW: Apabila disebut ratu cantik, pasti ramai terbayangkan liuk lentuk gadis berbaju mandi yang seksi, tetapi itu bukanlah ciri utama kemenangan ‘Miss Muslim’ atau Ratu Muslim di Tatarstan - sebuah negara di sebelah timur Eropah.
Sebaliknya, pertandingan ratu cantik itu menekankan kecerdikan, peri laku sopan, bertudung, pengetahuan agama Islam, kebolehan mengaji al-Quran, memasak dan menjahit di kalangan 56 peserta semuda 15 tahun yang menyaksikan Dilar Sadiqova (gambar), 17, muncul pemenang.

“Saya memutuskan menyertai pertandingan ini bagi menyampaikan pesanan wanita Islam juga mampu berdiri, biarpun di landasan pertandingan ratu cantik asalkan ia bermoral dan dihormati.

“Sehubungan itu, mereka yang bukan Islam boleh mendapat gambaran sebenar agama suci Islam ini,” kata pelajar sekolah menengah yang berhasrat menjadi guru, kepada media, selepas kemenangannya, kelmarin.

Lebih menarik, majlis itu diadakan di dewan khas Masjid Besar di Kazan, ibu negara Tatarstan dengan kesemua penontonnya adalah wanita.

Cendekiawan Muslim sebelum ini ada menggesa negara Islam menganjurkan pertandingan ‘Miss Morality’ bagi mematahkan minat umat Islam terhadap pertandingan ratu cantik ala Barat

Penganjur berkata, pertandingan itu tidak menetapkan pemakaian baju mandi seperti lazimnya, sebaliknya berpakaian sopan dan bertudung.

Malah, kecerdikan dan pengetahuan mendalam agama Islam adalah syarat utama pertandingan Ratu Cantik Muslim di Tatarstan yang mana 60 peratus daripada empat juta penduduknya, beragama Islam.

Ini termasuk ujian hafalan dan mengaji ayat suci al-Quran selain menjawab soalan mengenai kebudayaan.

Peserta turut menduduki ujian memasak dan menjahit bagi mendapatkan markah tambahan.

Hanya lapan gadis berusia 15 hingga 19 tahun berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan sukar itu.

Ketua juri, Saida Abukofa berkata, pertandingan itu bertujuan menggalakkan lebih ramai gadis Muslim mengikuti ajaran sebenar Islam, termasuk mengenakan tudung. – Agensi




kalo datang mesia buzz saya yer Dilar Sadiqova....hehehe..
utk mereka yg mengelarkan diri mereka muslimah mesia..jadikan ini cabaran utk anda utk pndai mengaji al-quran..memasak dan menjahit..jgn asek nk chatting dan shopping~...ahaks..sape makan gula rase manisnye..kihkihkih

mana islam kamu??...

bismillah~




ini quran kami atau bible mereka??...


mereka gelakkan kite,tidak! mereka gelakkan tuhan kita




Pernah lurus satu barisan menghadap tuhan tika lama dulu






gmba2 yg diperolehi dari seseorang yg menghantar forward email(nama dan jantina dirahsiakan utk maslahat umum.ahaks)..dan rasenya amat menarik utk dikongsi bersama utk kite sama2 pikirkan dan tanya kembali dimana islam kita..ataupon kowang semua dh lupa yg kita ini "islam" dek kerana penuh nye segala ke'fasaddan' tika ini..

mudah-mudahan bersama kite perolehi kebaikkan dan kesedaran dari gmba2 ini...


p/s:..terima kasih pada yg menghantar....

Panas hati~

Angkara siapa?

Oleh Ainol Amriz Ismail


MENYAYAT HATI... Mayat seorang bayi lelaki terdampar di atas rumput dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di Flat Lobak, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 5 Feb. – Bayi siapakah ini? Kalau mereka benar-benar manusia, bayi yang cukup sempurna sifatnya ini tidak akan dibuang seperti ini.

Siapa yang melihat gambar bayi ini pasti akan berlinang air mata. Insan yang baru bernafas untuk hidup dinafikan haknya - mungkin oleh ibu yang melahirkannya sendiri.

Fenomena yang membimbangkan ini semakin menjadi-jadi.

Bayi itu ditemui terdampar di Flat Lobak di sini pagi ini, dengan kepala dan hidung yang masih berlumuran darah serta tali pusat yang masih terlekat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di satu lokasi lain.

Menurut jurucakap polis, mereka percaya suspek cuba membuang bayi itu di kawasan tong sampah dan apabila bertemu dengan orang ramai yang lalu di kawasan itu, bayi itu ditinggalkan di situ sebelum suspek menghilangkan diri.

“Mayat bayi ini ditemui penduduk kira-kira 11.45 pagi dan jika dilihat pada fizikal mayat, bayi itu bukan dibuang dari tingkat atas flat berkenaan, sebaliknya ditinggalkan di situ oleh suspek.

“Keadaan mayat bayi, kita lihat sudah ada kesan biru pada kaki dan kita percaya dia meninggal lebih dari 24 jam. Mungkin, suspek cuba membuang bayi ini di tong sampah berhampiran dan tidak sempat berbuat demikian kerana kawasan itu sering kali digunakan oleh penduduk.

“Daripada pengamatan awal, kita syak bayi ini berketurunan Cina. Mayat bayi itu, kita hantar ke Hospital Tuanku Ja‘afar dan bedah siasat mungkin dilakukan hari ini atau esok. Bayi itu mungkin sudah meninggal semasa dilahirkan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, suasana hiba dan pilu jelas terbayang pada wajah orang ramai yang menyaksikan bayi berkenaan ketika mayatnya diangkat oleh anggota polis, malahan ada yang mengalirkan air mata melihat kekejaman yang dilakukan oleh manusia tidak bertanggungjawab itu.

Mereka berkata, ini bukan kerja manusia tetapi manusia yang bertopeng ‘binatang’.

Gan Xie Hua, berusia 50-an yang mula-mula menemui mayat bayi berkenaan berkata, dia terkejut dengan kejadian ini dan sebaik terlihat objek di atas rumput belakang flat berkenaan, hatinya sudah tergerak apa yang dilihat itu memang seorang bayi yang telah dibuang.

“Apabila saya menghampirinya, saya menggigil dan ia mayat bayi lelaki yang cukup sifat. Saya bergegas ke rumah seorang jiran dan memberitahunya. Apabila saya menjelaskan kepadanya, dia tidak percaya.

“Tetapi selepas menghampiri mayat itu, dia percaya itu adalah bayi lelaki yang sudah meninggal dunia. Kami terus menghubungi polis,” katanya.

Rahmi Bustamam, 21, yang tinggal di flat berkenaan terkejut dan kesal apabila ada manusia yang sanggup membuang bayi yang dilahirkan begitu sahaja.

“Saya sedang membasuh baju pada pukul 11.30 pagi apabila seorang jiran bergegas memaklumkan yang dia menemui seorang bayi di atas rumput, belakang flat ini.

“Apabila saya turun, saya hampir menangis apabila bayi itu cukup sifatnya, tali perut masih terlekat dan lebih menyayat hati, dia mati dan ditinggalkan di atas rumput dan sudah dihampiri lalat. Darah di muka dan hidungnya masih ada,” katanya.




Zaman jahilliyah yg berlaku dizaman arab dahulu kala kini kembali...jikalah di zaman itu bayi perempuan ditanam hidup-hidup,kini kami telah memecahkan rekod itu dgn membuang bayi2 yg tidak dikira jantinanya..nah bukankah ini satu rekod baru dicipta sebagai sebuah negara islam yg meletakkan islam itu sebagai agama perlembagaan negara???
berbanggalah mereka2 yg melakukan maksiat ini dan pastikanlah kebanggaan anda itu terus menerus mekar pabila bangkit menghadap raja segala pengadilan...

bg yg masih bergelumang dgn rekod ini..teruskan perjuanganmu sehingga dtgnye hari pembalasan yg mana tika itu anda akan mendapat "penghargaan" atas setiap rekod yg telah anda pecahkan...AYUH!!~~


-aku yg sedang panas ngan bebudak seksi dan getik~-

pupus kasih

bismillah~


Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran
itu.



cinta tidak mungkin berputik sebelah tangan,tidak mungkin berputik jika hnya sebelah pihak yg melakukanya dan tidak akan berputik hanya dengan membasahkan bibir mengulang2 kalimah mulia tanpa ada sedikitpun perbuatan yg merealisasikanya...


tuju khas utk aku sahaja!!!kalau anda terasa apa yg aku rasa alangkah baiknya...bersama kita perbaiki diri..pastikan cinta ini lebih dari cinta makhluk2 sepesis anda..sukar??mmg sukar.....


  • Along: ade bite baik utk hang
  • Along: ke dah tau???!!!
  • nilamkura: pe?
  • Along:
  • nilamkura: ??
  • Along:
  • nilamkura: mende pe?
  • nilamkura: ckp r
  • Along: u be uncle
  • Along: hahahhaha
  • nilamkura: ha?
  • nilamkura: seyes?
  • Along: yerla
  • Along: mlm td gi jupe doc
  • nilamkura: haha
  • nilamkura: baper bulan dah?
  • nilamkura:
  • Along: 5 minggu!!!
  • Along: tak perasan langsung
  • nilamkura: apsal cepat sgt??
  • nilamkura: hahahahaha
  • Along: tu la pasal
  • Along: dah sebulan lebih
  • nilamkura: hang bia betul..
  • nilamkura: hang baru kawen kot
  • Along: gile cam tak caya
  • nilamkura: agak2 r..
  • Along: cehhh!!!
  • Along: doc kata normal la tue
  • nilamkura: rahimi kata pe?
  • nilamkura: suka la die?
  • Along: suke gile2
  • Along: siap ajak makan luar mlm tadi
  • Along: round s.alam
  • Along: dgn raudah dgn maryam
  • nilamkura: so..nk bersalin bulan baper?
  • nilamkura: 9 ek?
  • Along: a'a
  • Along: doc kata 29.9.06
  • nilamkura: hahaha
  • nilamkura: lepas nieh mesti hang gemuk gile kan?
  • nilamkura: pastu hidung mesti besar..
  • nilamkura: muka cm babun sket2\
  • nilamkura:
  • Along: cehhhh
  • Along: sepak kang
  • Along: oit org ade kije ni
  • Along: nt sambung
  • Along: siapkan hadiah
  • nilamkura: okeh..


perbualan antara aku ngan akak aku pada siang td...semoga selamat melahirkan anak2 yg sehat dan hebat!!!
tahniah atas usaha anda!!...hahahahaha

ap-det

salam

agak lama x apdet..tenet rosak..aku rase ini kali pertama aku apdet semenjak aku cuti...hekhek..cuti tige mggu aku habeskan dgn tonton TV+makan+bersiar2 kat tepi umah dan TIDO...hekhek...

satu peristiwa yg x best berlaku..umah aku kene masuk perompak..die kupil aku nye pintu..pastu masuk.....laptop sebijik+4 bijik enset termasuk enset aku die "pinjam"..tapi bagus gak..merasa aku beli enset baru..bapak aku nye duit la..walaupon x secanggih mana..lagi elok la dari lama..yg lama tuh satu kaler jerk..warna biru jerk kuanye..yg baru nie ade la mcm kaler sket..bunyi pon x de la statik jerk...

so..
bg sesapa yg aku ade no tepon die dlu..leh la "jatuhkan" no tepon anda disini..aku ilang semua no tepon kowang..kalo nk miskol ke msg ke,silalah beritahu nama,alamat,STATUS...hehehehe..(aku harap xde yg ikut prosedur nieh 100%)...

wassalam

acece~

bismillah..

agak lama aku x apdet..masa bnyak terbias kepada perkara2 yg perlu aku dahulukan..seingatku hampir sepurnama aku x menjamah blog nie...sedikit apdet sebelum aku menduduki exam di esok hari(skarang kul 2.47 pagi)...

Taun Baru...

taun baru menjelma menunjukkan angka 07..seyes mmg pantas masa berlalu...dn semakin dekat pula ajal menghampiri..sendiri mau ingat.Bnyak ke amalan kita dan kalopon bnyak adekah betul niat yg disertakan..azam baru???azam tamimi..(.abaiklan lawak ini kalo anda tdk berminat utk gelak)...x de azam baru..azam taun baru kali ni,nk realisasikan azam tauin lepas..(taun lepas ade azam ke??)...pape pon,semoga taun baru ini menjadi pemngkin utk meningkatkan prestasi semasa anda...

Exam...

aku menduduki exam...final exam utk sem 2..first year..sedikit kontroversi pabila kertas soklan ELECTRONIC 2 bocor..so kami selaku student perlu menduduki exam semula..yg menjadi lebih panas apabila ura2 mengatakan kertas itu bocor di melaka..dan student2 di cyber pula yg repot..so dgr "fitnahnye" juga,lecture yg berkenaan membocorkan kertas exam itu akan dibuang...kontroversi juga berlaku dikalangan student..gol yg berdiri di sebelah lecture tersebut mengutuk gol yg satu lagi(buat repot)..dgn alasan ...lecture tue baik...slalu gie mesjid..org MELAYU(melayu adelah minoriti di MMU)...
aku??...mudah,ditengah2..dan aku lebih memandang semua ni positif..bnyak hikmah disebaliknya...;)

Kawen..

akak aku telah aku berjaya menamatkan zaman solonya..aku pula??still solo..sape nk leh hantar resume..iA akan diadili dgn bijak sana oleh panel penilai..kihkihkih..
pepon..gmba xdapat upload pasal..semua ade kat umah..
semoga sentiasa bhgia bersama abg ipar..dan lahirkan zuriat yg HEBAT2..=P...

Aidil Adha...

korban..family besar belah bapak aku telah melakukan "korban" yg paling besar...sepupu aku telah terkorban sehari sebelum aidil adha..akibat eksiden..tinggi harga korban yg perlu "dibayar"..apepon..mudah2 han ALLAH menletakkan die ditempat yg diredhai nye..Al-Fatihah~...


Aku..??

...........................................................................