sebuah kisah 2

Pada suatu hari..


Setelah penat mencari nafkah dalam sektor kuda longkang,pemuda tersebut pon pulang,Pulangnya hari ini seperti juga hari-hari seblumnya.Hampa,ya itulah perkataan paling tepat untuk menjelaskan keadaan pemuda itu pada hari ini.Kudanya hari ini lemas tengelam dalam arus ciptaan longkang lantas terus melemaskan juga impianya pada hari itu untuk bergelar juara.Bukan tidak pernah berdoa,bahkan hampir setiap kali sebelum permulaan perlumbaan kuda itu die telah berdoa,khusyu’ doanya sehingga mampu untuk menitiskan air mata pada mereka yang melihat atas kelibatnya yang seakan merendah diri memperlihatkan kehinaan apabila meminta susuatu pada yang paling berkuasa.

Tapi sayang penghabisanya tetap sama.Kalah,hampa,terkilan.Kini dirinya kembali diselubungi perasaan dan kesan negetive.Padanya tuhan tidak mengendahkan doanya,padanya juga tuhan tidak sayangnya dan padanya juga tuhan itu seperti sudah tiada dalam kamus hidupnya.Kini pemuda itu tekad,tidak mahu lagi mengharap pada tuhan kerana baginya tuhan itu sudah tidak berkuasa.Kalau tuhan berkuasa,kenapa tidak mahu sahaja diberikan kemenangan pada dirinya.Kenapa diberi kemenangan pada johny “jompet” yang tidak percaya tuhan itu.

Jompet.ya jompet.Terukir senyuman pada bibir pemuda itu pabila teringatkan nama “jompet” yang mereka gelarkan pada johny.Nama jompet itu memang tidak mempunyai maksud tetapi mereka yg berada dalam arena perkudaan ini memberikan nama tersebut pada johny kerana kehebatanya bermain kuda dan kerap pula memenaginya.Lantas mereka gelarkan johny si jompet.Dulu pemuda ini kerap juga bertanya kenapa jompet?kenapa tidak sompet?lompet?ketampet?petpet??kelepet?sepet??yetyet??not yet??..namun tiada siapa yang mampu memberikan jawapanya.Bagi mereka itu adalah nama yang unik seperti juga NILAMKURA,tiada siapa tahu mana asal dan usulnya.

sudah!tidak mahu aku fikirkan pasal jompet tuh lagi.Sakit hati aku.Huh!”bentak suara hati pemuda itu.

Melangkah pemuda ini pulang dengan langkahan yang longlai.Panas hatinya masih membara atas kekalahan terbaru ini.Di seluknya saku seluar,sungguh dalam seluknya kali ini sehingga ke dasar sakunya.

10 sen??!!..cmne nk balik nieh…tmbang bas 50 sen..Adoi la,bertimpa2 malang aku nieh,kalah men judi,nk balik plak x leh.bunuh diri la cmnie”monolog sendirian pumuda ini.

Kini pemuda tersebut sedar,keadaan dirinya amat dhaif.Jangan kata nk membuat tranformasi diri dengan pembedahan plastik yang di impikan,nak balik rumah pon tak lepas lagi.

Tolong!!tolonggg!!tolongggggg!!

Terdengar jelas satu pekikan tidak jauh dari tempat pemuda itu berdiri.Kelihatan seorang minah cun bertudung litup sedang meminta tolong dan kelihatan juga seorang lelaki berlari memegang beg tangan wanita menuju kearahnya dalam keadaan tergesa-gesa dan cuak.

Pemuda itu diam melihat kelibat lelaki yang berlari itu.

“aku mesti tolong minah muslimah nieh!..dia dalam kesusahan”tegas pemuda ini.

Lantas pemuda ini memasang strategi,disembuyikan dirinya disebalik tong sampah besar disebelahnya sambil menanti lelaki si pencuri itu menghamparinya.Ditangan pemuda itu pula kini digengam erat sebatang kayu.

Pencuri tersebut makin hampir,pekikan muslimah itu pula semakin jelas tapi sedikit serak seperti suara seorang kem komandan sebuah program induction camp yang di anjurkan oleh IU yang mungkin kerana anak tekaknya sudah penat.

Dalam saat menunggu kehadiran si pencuri itu,kelihatan dihadapan pemuda ini seekor tikus yang gemuk dan itam bulunya.Betul-betul dihadapan pemuda ini menyorok lokasi tikus itu dikesan.

Adapun ceritanya,pemuda ini bukanlah seorang yang penakot tetapi tikus adalah binatang yang amat dibencinya.Baginya tikus adalah binatang pengotor dan tidak comel.

Dulu pernah pemuda ini memecahkan TVnya kerana rancangan “micky mouse” yang sedang dimainkan ketika itu.Ini sudah cukup untuk membuktikan kebencian pemuda ini pada seekor tikus.

Tanpa menghiraukan niat asalnya untuk membantu si muslimah itu,pemuda ini nekad untuk menukar niatnya untuk membunuh tikus dihadapanya.Dalam kiran 3 pemuda itu nekad untuk memukul tikus itu dengan kayu yang berada dalam gengamanya ketika ini.

Adapon kiraan 3 itu lebih mudah dikira berbanding 4,5,6 atau 10 kerana kadang-kadang pemuda ini kompius mana dahulu antara 5 dan 6 atau yang mana kemudian antara 4 dan 5.Dulu disekolah pemuda ini kerap mendapat markah 0 dalam peperiksaan.Tetapi dia cukup berbangaa kerana baginya dia yang paling hadapan berbading rakanya yang mendapat 100.Baginya 100 itu untuk org bodoh,kerana terlalu bnyak kosongnya.Tetapi dia tidak sedar yang bodoh sebenarnya adalah pemuda itu,dah la bodoh berlagak pandai pula.

Lantas pemuda itu mula membuat kiraan dalam hatinya

1……..2………….3!!!! dengan di iringi suara yang garau dan raut muka yang bengis seperti seorang pemimpin sebuah kelab di MMU,pemuda ini melompat keluar dari tempat persembunyinya sambil mengangkat tinggi kayu di gengamanya.

uuuARGHHHH!!!!..mati ko tikus!! “teriak pemuda itu

Dalam masa yang sama sebenarnya si pencuri tadi sedang menghampiri tempat kejadian dimana pemuda tadi sedang melompat dan menjerit.Apa lagi,terkejut beruk la si pencuri tadi dan melatah la dia..

ooo mak ko!!…tikus mati ko”latah pencuri td

Tiba-tiba……

(cam biasa..bersambung ..x larat nk smbung r..sakit pingang..haha..)


Syurga itu atas rahmatnya

Salam

Panjangnya tudung tidak akan menjamin anda masuk syurga
Tertutupnya lutut juga bukanlah menjamin anda masuk syurga
Tidak memakai tudung juga tidak menjamin anda masuk syurga
Memakai seluar pendek juga tidak menjamin anda masuk syurga
Tidak ber"kapel" juga tidak menjamin anda masuk syurga
Ber"kapel" juga tidak menjamin anda masuk syurga

Tapi,
Tuhan mengatakan sesiapa yang ingin masuk syurga perlu mengikut syarat dan arahanya
Arahan tuhan menyuruh menutup aurat
Arahan tuhan juga menyuruh jauhi maksiat
Masuk syurga atas rahmat dan kasih sayang tuhan
Rahmat dan kasih sayang diberi pada yang "mendengar cakap"

lu pikir la sendiri
gua sedang berfikir


wallahu a'lam

p/s:Jatuhkan ego baru mampu dipndang mulia,biar nmpak padan "baju dan badan".=)

:)

bismillah



Tuhan megurniakan pelbagai emosi utk kita

Dalam kita ade perasaan marah,sedih,gembira,suka,cinta dan berbagai.
Diciptakan sekali kita bersama nafsu dan ada pula akal yang mampu mangawalnya
Bila marah tanpa akal,maka akan terzahir keburukan diri.
Bila sedih tanpa akal,maka akan terzahir kelemahan diri.
Bila gembira tanpa akal,maka akan terzahir kebodohan diri.
Bila cinta tanpa akal,maka akan terzahir kehancuran diri.

Bila manusia bertindak,berkomunikasi,bersosial tanpa akal,maka akan terzahir KEHINAAN diri.




Rasulullah pula dihantar pada manusia sebagai murabbi yang mngajar agama Allah.

Setiap perilaku,amalan,bicara beliau patut manjadi ikutan.
Tapi ade segelintir yang mengambil setengah dari sunnahnya.
Ade pula yang langsung tidak mngambilnya.
Ade yang mengambilnya hanya pada ibadatnya sedang komunikasi,ikhtilat dan hubungan sesama manusianya langsung x mununjukkan "sunnah" ini.
Ade pula yang langsung "markah kosong" pada sunnah ini tapi petah bercakap dan berbicara mengenainya.
Yang lebih pelik,ade pula yang jenis menghalang pula org lain dalam menegakkan "sunnah" ini atas semangat "kami lebih pandai dan bnyak ilmu".

Kita manusia dan pasti akan berselisih pendapat.Cuma jgn jadikan ianya sebagai satu permusuhan.Kerana Rasulullah tidakpernah mengajarnya.Kita sama2 ingin mangikut SUNNAH ini.Sekali lagi,akal menjadi beza!!
Kalau benar seperti yang dia bawa,mengapa tidak mengikutnya sahaja.
tapi jelas kecewa,kite lebih mencari "negetive"nya berbanding "positif"nya.
Kerena apa?kekadang atas sebab nafsu melampui AKAL



wallhu a'lam


sebuah kisah

Bismillah


AMARAN!!

(Aku awal-awal nasihatkan kowang yang membaca entri ini secara sengaja atau tak sengaja supaya berfikir 2-3 kali untuk meneruskan pembacaan entri ini,bg sesiapa yang merasakan mmpunyai penyakit kenying manis,lemah jantung dan kudis buta..dinasihatkan cepat2 pegi jmpa doktor.Sbb penyakit2 nieh x bleh kita takbleh biakan lama2..mak aku pesan,kalau sakit ..cepat2 chek kat klinik…)

Sesiapa yang x nak dengar nasihatkan aku dan tetap mahu membaca kisah buatan sndiri aku nieh..sila lah..jgn nyesal..begini ceritanya bermula:

Disebuah kampung ade seorang pemuda yang tidak la beberapa ensem tapi tidak la pula buruk sgt rupa parasnya..Cuma sedang-sedang saje juga rupanya.Disebabkan rupa paras yang ala-ala kadar itu,maka market pemuda ini pon tidak la terlalu kencang.maksudnye,tidakla ramai peminatnya(perempuan la) tapi bukan takde tau!Cuma tidak ramai.Lantas pemuda itupun sering bertanya kepada dirinya,kenapalah tidak tuhan ciptakan rupa paras ala shah rukh khan (datuk ) kepada dia atau cukupla sekadar rupa bak brad pitt ke atasnya.Berhari-hari lamanya pemuda ini berfikir sedemikian rupa sehinggalah terlintas dek pemuda itu untuk merubah penampilan dirinya sendiri supaya kelihatan lebih umph~..
Lantas pemuda itupun meyenaraikan beberapa perubahan yang perlu dia lakukan..

1.pembedahan plastik untuk lebih menajamkan hidung yang kalau boleh mampu untuk mengantung “hanger” baju
2.pembedahan plastik untuk lebih mengiurkan bibirnya yang mampu menjeleskan peminat2 angelina jolie
3.pembedahan plastik untuk membuang lemak2 nakal disekeliling badan yang boleh menjinakkan lemak tersebut untuk keluar dari habitat asalnya.
4.menempah gigi palsu yang lebih putih untuk mengantikan ketidaklengkapnya giginya di kala ini akibat dari tabiat tidak mngosok gigi semenjak akil baligh lagi.(tabiat takpa mahasiswa binasa)

Maka setelah melihat akan senarai-senarai perubahan yang perlu dilakukan ini,pemuda tersebut terfikir yang die memerlukan duit yang banyak untuk menjadikan impianya satu realiti.Pemuda itu mengakui yang impianya kini ibarat satu puncak gunung yang begitu tinggi untuk didaki.Namun begitu pemuda ini dibekalkan dengan satu azam dan semangat yang begitu jitu dan mantap yang boleh la kita ibaratkan seperti dua keping kertas yang dilekatkan dek gam gajah yang tidak mungkin dan mustahil untuk dipisahkan.Untuk lebih menaikkan motivasi dirinya,pemuda ini meletakkan satu tema khas bagi perjuangan perubahan dirinya ini,berbekalkan tema “menuju puncak” yang diadaptasi dari sebuah rancangan realiti televisyen tempatan,pemuda ini melangkah gagah.Gagah sungguhya dia demi untuk menjadi seorang individu yang ensem dan mempunyai market yang lebih luas! Itu matlamatnya..jelas dan padu.


Hari berganti hari,minggu berganti minggu,tahun berganti tahun…Duit2 hasil Gajinya dikumpulkan dari bulan ke bulan bahkan duit makanya pon dicatu sehingga kurus kering badanya ibarat pak pie dalam cerita nana tanjung itu.Menyedari yang kerjanya hanya sebagai seorang “abang guard” yang gatal mengacau student2 hot disebuah universiti swasta tempatan tidak mencukupi,maka beliau nekad untuk melaksanakan beberapa kerja lebih masa seperti ber”sport toto” dan berjudi “kuda longkang”.Adepun berjudi kuda longkang itu tidaklah mendatangkan hasil yang lumayan dan lebih bergantung kepada nasib sahaja,namun disebabkan modal yang murah dgn hanya meyediakan satu kapal kertas buatan sendiri(ala-ala budak skola main dlu2 tuh..) yang dikenali sebagai “kuda” dan di letakkan di longkang dikala musim tengkujuh melanda,maka pemuda ini meneruskan niatnya berkecimpung dalam sukan berkuda ini.


Pada suatu hari……



p/s: cerita ini bersambung sbb penulisnya perlu menghadiri kelas Sir Deepak kumar dalam subjek "antenna"..haha..dan boleh jadi cerita ini akan terberhenti disini sahaja..ikut tahap kerajinan penulis cerita ini..kalo berhenti kat sini,kowang pndai2 la imagine ending die..


Syabab musafir kasih

bismillah


Baru sahaja selesai membaca sebuah novel islami yang berjudul "syabab,musafir kasih".Perlu diakui yang aku bukanlah seorang yang mempunyai hobi yang hebat dalam membaca meskipon mempunyai berbagai jenis buku tapi x semunya pernah aku habiskan.Kebanyakkanya terkandas di tengah jalan.:)


maaf,gmba ini tidak akan kelihatan dalam novel "syabab musafir kasih".harap maklum.




Novel islami ini aku mengambil masa sehari suntuk untuk menghabiskanya.Boleh jadi kerana keingginan yang kuat untuk aku mengetahui kesudahan cerita yang dicipta oleh novelis ini.Mungkin disitu terbit kekuatan untuk aku menghabiskanya.Pun begitu,terdapat juga kekurangan dalam novel ini,jalan cerita yg agak berterus terang tidak dapat memberikan perasaan ingin tahu yang lebih mendalam.Terdapat perbezaan yang ketara dari segi penulisan untuk dibandingkan dgn novelis lain yang lebih senior dan terkenal berbading novelis muda ini(macam la aku selalu baca novel)haha...
Novel ini agak sarat dengan dgn petikan-petikan hadis dan juga ayat al-quran yang aku kira cukup baik disesuaikan dgn jalan ceritanya dan secara tidak langsung mengajar pembaca untuk memahami maksud sesuatu hadis dan ayat al-quran itu dgn mudah dan jelas.Salah satu hadis yang agak menarik perhatian aku ialah:

"Kasihilah orang yang engkau kasihi sekadarnya kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau benci.Bencilah orang yang engkau musuhi sekadarnya kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau kasihi" -riwayat tarmizi


Sedikit sinopsis Syabab merupakan seorang anak yatim yang tidak bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yang kurang kefahaman islamnya.Atas kerana kurangnya didikan agama dan ditambah dgn kasih sayang seorang ayah menjadikan syabab seorang budak yang nakal.Syabab sering dipandang hina oleh masyarakat kampung dan dilayan sebagai seorang budak miskin dan hina.Dalam pada itu muncul Nur mumtazah,seorang mahasiswi universiti yang membela syabab dan memberi perangsang kepada anak yatim ini untuk mengejar cita-cita.Nur mumtazah sering kali menasihati syabab dan mengajarnya perihal agama.Nur mumtazah melihat ada potensi besar pada syabab untuk menjadi seorang DAEI yang hebat atas kecekalan dan kenakalan anak yatim ini....selebihnya..kowang baca sendiri...=p

p/s: sapa nk pnjam leh gtau..mnde baik kene kongsi~..:)

moh promote!

From aku upload

p/s:Jom sekali sekala join mende2 cmnie..slalu sgt dah kaki kite slalu jejak pnggung wayang..shopping complex..konsert2..pe kata sekali sekala tuka haluan kaki tuh..SEKALI SEKALA je pon~..:)..moh promote~!

senyummmmmmmm...:)

Tuhan,

andai setiap kekalutan,kesedihan,kepayahan dan segala macam kegusaran dalam diriku ini mmg telah engkau takdirkan untuk menduga dan memgigatkan aku ttg kekuasaan dan kebesaran engkau..tolong permudahkan dan tenangkan hatiku untuk menerima segalanya..


amin....




p/s: doakan semoga aku kuat..:)