bismillah
"Jangan pandang aku sebegitu! aku takut melihat cara matamu melihat"bicara teman
"Mengapa pula? "soalku meminta penjelasan.
"Cara renungan engkau itu seperti mahu meyelongkar dan memerhati segenap inci tubuh dan pemikiran aku" teman memberi jawapan.
Aku suka melepak dan memerhati org.Aku melihat org melalui pandangan yang berbeza.Aku tak tahu kalau kamu org juga berfikiran melihat seperti aku.Aku suka melihat seseorang dan cuba membayangkan apa yang org itu sedang fikir.Aku melihat seorang yang baik dan soleh pekertinya dan aku berfikir bagaimana dia mampu untuk jadi sebaik itu dan apakah dalam pemikiran otaknya langsung tidak terlintas melakukan maksiat.Aku melihat pasangan couple yang yang tidak sepadan dan aku memikirkan bagaimana si perempuan cantik boleh tertarik pada si lelaki hodoh.Aku juga memikirkan bagaimana mereka-mereka yang jahat dan zalim itu tergamak melakukan perkara begitu sedangkan aku tak sanggup utk melakukanya.Aku kerap membandingkan pemikiran subjek yang aku lihat dengan diri aku sendiri.Aku kadang-kadang apabila melihat seseorang terus memikirkan apakah pemikiranya sama seperti aku? apakah jika aku melihat pohon didepan aku dan dia itu warna hijau lantas dia juga merasakan pohon itu warna hijau?apekah warna hijau yang aku rasa hijau itu sama seperti warna hijau yang dia rasa hijau?
Aku juga tidak mengharapkan kamu org faham apa yang aku cuba sampaikan.Aku rasa entri kali ini terlampau susah untuk difahamkan kerana aku juga masih belum faham.
wallahu a'lam.
Please,pray for us. :)
15 years ago






