Pilihan





Kalau diberi pilihan untuk beli i-pad dan kahwin. Aku pilih kahwin . =p

keputusanku?

Bismillah

“Eh, tak balik lagi ke? “ Tegur rakan sekerja

“Sekejap lagi, ade kerja sedikit lagi” Balas aku selamba

“Oooo lupa, org x de bini patutlah balik lambat.hehe” Katanya pula

“Heeee” Senyumku lebar dan manis

Selepas 5-10 minit , aku siap-siap untuk keluar untuk pulang ke rumah.Sebelum keluar dari pintu pagar, perlu di punch card dahulu. Ketika berhenti di pondok jaga untuk punch guard di tegur pula oleh pakcik jaga. Aku yang sememangnya jenis mesra alam melayan sahaja teguran itu.

“Balik mana hari nih fakhru? “ Soal pakcik jaga

“Balik rumah sewa pakcik, nak balik rumah org tua jauh pula ke klang tuh”Balasku menjawab soalan

“Org rumahnya kerja apa fakhru?” soal pakcik jaga lagi

“Eh, sy menyewa di rumah bujang pakcik.Belum kahwin lagi” jawabku kembali

“Laa,iyeker..bujang ..dah ade orangnya belum? “ Pakcik jaga terus menyoal

“erm..insyallah..doa2 kan ye pakcik” aku menjawab dgn jawapan yang selamat.

Selepas itu aku terus menekan pedal minyak menuju ke rumah sewa.Badan sudah terasa penat.aku perlu cepat sampai dan berehat segera.

Malam itu ketika menonton berita tv 3 yang mengampu dan menipu, aku berfikir....fikir punya fikir..punya fikir...punya fikir..aku pon buat satu keputusan yang muktamad.Ye aku perlu berterus terang dengan diriku yang sebenarnya aku sudah cukup ........mengantuk.aku perlu tidur.

Bai bai

p/s: ngaaaaaaaa


aku dan kawan

Salam

Tempoh hari aku bersama 2 lagi kawan ke teluk segadas, pulau pangkor. Sudah terlalu lama aku tak ke sana. Kali terakhir ke sana ketika usia 12 tahun, darjah 6.Tempatnya tidak banyak berubah,pantainya masih jernih,keadaan sekelilingnya masih kelihatan “dara” tanpa banyak pencemaran dari manusia. Cuma yang bezanya adalah aku. Kalau dahulu hadir bersama rombongan sekolah,kini hadir bersama kawan. Kalau dahulu hadir terpaksa mengikut aktiviti yang telah ditetapkan oleh guru, kini membuat aktiviti sendiri.

Malam itu,kami lepak di luar khemah.Berbbq bersama dan menghidupkan unggun api. Cukup seronok ditemankan derauan ombak asli yang membawa bersama angin bayu laut. Cukup tenang,cukup hebat ciptaan tuhan. Kami bersembang bersama,bergossip dan mengupdate beberapa perkara yang hanya budak perempuan sahaja lakukan sebelum ini. Ah, suasana merubah jati diri mungkin? Teringat rakan-rakan wanita MMU yang suka bergossip. Apa khabar anda? =p

Bagaimana seronok pun suasana itu kami perlu kembali ke kota. Kota keriangan atau kota dosa? Telinga akan kembali didesak dengan bunyi “hon” kereta, mata akan dipaksa melihat kesibukkan warga dunia mengajar hidup. Ada antara kita sibuk mengejar duit dan kekayaan yang ditaburkan oleh si dunia. Aku juga tidak terkecuali. Kadang-kadang terasa mahu hidup jauh dari kota,biar tinggal di hutan.Biar tidak kenal apa itu internet,tidak tahu membawa kereta, tidak terasa nikmat soul garden atau stimboat, biar di kata katak bawah tumpurung. Asal aku tidak terpengaruh terlalu mengejar nikmat dunia yang tidak kemana.

Namun sudah terlewat, aku sudah pun merasa nikmat membawa kereta sehingga membuat aku turut serta mengejar kereta lain yang lebih gah dan hebat gayanya. Aku juga sudah merasa nikmat duit sehingga mempengaruhi aku untuk terus mengejar menjadi manusia kaya. Aku juga merasa nikmat makan di soulgarden dan stimboat sehingga membuat aku menanam niat untuk kembali merasainya. Ini baru sedikit, banyak lagi yang aku,kau dan kita terus mengejar semua nikmat dunia ini.Senyum sahaja asal tahu dimana asal dan kemana kita akhirnya. Cari sahaja isi dunia sehingga ke penghujungnya asal kita tahu dimana mahu meletakkanya kelak.

Kalau semalam masih mendengar derauan ombak bersama teman,hari ini sudah kembali ke kota berkerja mencari duit. Kalau semalam ke teluk segadas bersama teman , esok lusa mungkin ke sana bersama “teman istimewa” ?..mahu honeymoon disana tak? Sy tau menguruskanya. =p

p/s: ...........


barang lama

Bismillah

Salam,semoga kita terus berada di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah.

Semalam selepas bosan melepak di rumah, aku bukak tv 1. Berita dunia jam 11. Aku rasa pembaca berita dia tak pernah bertukar semenjak aku kecik.Aku jadi boring dan tak tertarik lantas aku bukak tv3.Tv1 hilang satu penonton disebabkan aku.

Sebelum semalam, berbincang dengan seorang teman. Dia soal aku tanya apa beza berita tv 1 dan tv 3? Dia kata pembaca tv 3 semua muda-muda,comel-comel dan menggoda. Tv 1 pula masih lagi mengekalkan pembaca berita yang “otai” dan tidak bergetah meskipon ade beberapa perubahan memasukkan pembaca berita yang baru . Kalau perasan, pembaca berita tv3 kalau dah tua2 mesti dia taruk belakang tabir. Yang duduk depan tv duk ngadap kita tuh semua yang muda-muda. Kenapa?

Barang yang lama mmg menyimpan satu nilai sentimental yang tiada tolok bandingnya. Tapi kadang-kadang ianya perlu ditukar untuk memberi nafas baru kepada environment .Tapi jgn pula sesapa yang dh kawen dan merasa isteri dia sudah tua perlu untuk mengantikannya kerana anda juga sudah tua. Kalau mahu ganti isteri muda, anda juga perlu menjadi muda.muda secara hakiki ye bukan “terasa muda” kerana itu boleh diperolehi dengan jamu dan tongkat ali .

Tapi kadang-kadang ada jenis manusia yang tanak tukar barangan lama milik mereka dengan alas an barangan baru itu tidak bagus dan tak dpt memenuhi kehendaknya. Katanya lagi, barangan lama ini bagus, tahan lama dan sudah banyak berbakti padanya. Sehinggakan kalau barangan lama ini meragam dan rosak,dia tetap akan membaikinya walaupun sampai beratus ringgit dan berkali-kali membuat hal.Bagi aku, kalau belum pernah mencuba barangan baru jgn pula kita pertikaikan kebolehan barangan itu. Kan?

Setelah aku pikir2, aku rasa kita jgn buang benda yang lama ini.Sebab apa? Sebab nya ialah ,pertamanya kita juga akan tua suatu hari nanti dan kita juga akan merasai bila kita tua kita makin kurang dihargai.keduanya, benda-benda lama ini ada gunaya juga,paling tidak pun gunakan sebagai barang perhiasan sbg barangan antik. Percaya?

Aku rasa teori aku ini yang digunakan oleh revolusi dunia arab masa kini. Tunisia,mesir,libra,Bahrain,dan yaman sedang mula menggantikan “barang” lama di Negara mereka. Negara aku ada “barangan” lama tak? Ops!

Wallahua’lam


Merapu 1

Bismillah

Salam. Semoga rahmat dan kasih sayang allah terus ke atas kita.

“kau bila nak kahwin? “

“kawan-kawan engkau semua dah beranak pinak”

“dah ada calon belom?”

“Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang”

Ini antara soalan-soalan cerdik pandai dari kawan-kawan yang sengaja mengusik atau memang serius bertanya. Aku yakin bukan aku seorang yang dapat soalan macam ini.Jadi macam mana nk jawab soalan ini? Ade tips?..tunggu jawapan korang lambat sangat. Meh aku tolong bagi idea mcm mana nk jawab.

Mula-mula, korang senyum.pastu korang ckp jelas2..AKU DAH KAHWEN!

Bai bai


kenapa

bismillah

salam,
semoga rahmat dan kasih sayang allah terus bersama kita. semoga segala dosa silam dan akan dtg diberi keampunan oleh allah. Semoga terus-terusan hidup kita diberi petunjuk dari allah. amin

Dalam masa blog ini sepi dan hampir ditutup (dah tutup dah pon), aku terpikir tentang kenapa aku mula menulis blog dahulu?kalau benar tujuan asal aku menulis adalah untuk berkongsi ilmu dan pandangan melalui penulisan maka tidak sepatutnya blog ini ditutup biarpun hanya sekadar minoriti yang membacanya. Kalau benar niat asal untuk memberi manfaat kepada umum maka tidak seharusnya blog ini sekadar tinggal bersarang. Jadi kalau ianya sudah ditutup pasti niat aku tidak selari dengan apa yang aku nyatakan. ayuh kembali memperbaharui niat dan moga ia dpt memberatkan timbangan di akhir nya nanti.Harapnya rakan2 yang lain begitu juga.

Ramai yang berpendapat zaman sekarang begitu mudah untuk perolehi dosa.Lihat sahaja sumber-sumber yang ada, internet, akhbar, facebook, blog.Semuanya kalau salah digunakan terlalu mudah dosa akan terhimpun. Gambar-gambar yang di upload di fesbuk, berita-berita fitnah yang disebarkan walaupun hanya sekadar "repost" dari post yang asal, ini semua boleh menjadi timbunan-timbunan dosa yang saban hari akan memuncak.
Namun begitu, sumber-sumber ini juga mampu menjadi lubuk pahala bagi kita kalau benar dan bijak memanfaatkanya. Bagi aku sebenarnya setiap sesuatu itu pasti ada kebaikkanya kalau kita pandai berfikir secara rasional dan positif.

Oleh kerana itu, aku merasakan yang aku perlu kembali aktif menulis dan menyampaikan perkara-perkara yang aku fikirkan bermanfaat bagi diri aku dan korang dengan harapan ianya menjadi lubuk pahala bagi aku yang banyak dosa ini. Di sini segala pandangan aku akan dinukilkan dan anda bebas untuk mengkritik asalkan ianya atas dasar mencari kebenaran dan diselubungi dengan semangat ukhuwah yang tinggi.

Tumbuk dada tanya hati, KENAPA aku menulis blog? sudah dapat jawapan then decide samada perlu tutup atau tidak blog anda kerana semuanya akan di nilai di akhir zaman.

wallahu a'lam.

kembali

bismillah


Terasa janggal untuk memulakan semula tulisan di blog ini setelah lama berehat. Hidup ini mmg sukar dijangka. Kadang - kadang kita merasakan sesuatu itu mudah untuk di lakukan tetapi sebaliknya terjadi dan kadang-kadang pula terasa susah untuk dilaksanakan namun penyudahkan terasa mudah. Inilah hidup yang diciptakan Allah. Kalau tiada iman di dalam jiwa pasti natijah buruk melanda. Indah dan sempurna hidup kalau semuanya di "reflect"kan pada pencipta.

Pernah atau tidak kita sentiasa berlapang dada dgn tuhan maha pencipta bila mana apa yang terjadi atas diri adalah sesuatu yang tidak diingini? Pernah atau tidak kita terfikir segala kesusahan yang menimpa adalah kerana kasih sayang tuhan pada kita lebih dari pada makhluknya yang lain. Indah sahaja hidup kalau kita mempunyai sifat cemburu pada tuhan bila mana terlihat kawan-kawan lain lebih diberi perhatian oleh NYA. Maka kita usaha dan berterima kasih kerana DIA masih mengigati kita untuk kembali kepadanya bila sesuatu terjadi. Sekali lagi iman sahaja yang menjadi pembeza. Ujian tuhan itu memperlihatkan kasih sayangnya pada kita.

Bila malam menjelma dan tatkala katil menjadi hamparan kita, pernah atau tidak kita memikirkan soal kematian yang tidak pernah menunggu masa?. Bagi yang bersembahyang, persoalan yang muncul ialah sejauh mana ianya di terima . Bagi yang tidak bersembahyang, lagi perlu menjawab begitu banyak persoalanya. Ayuh manusia, dunia sudah semakin tua. Kita sudah semakin jauh mengembara sehingga lupa asal usulnya. Kenikmatan dunia dirasa sehingga menutup segala arahan agama. Kita sebenarnya bukan tidak tahu atau lupa tetapi kita tidak mengerti tujuan hidup dunia. Sekali lagi iman menjadi pembeza.

sekian. insyallah update lain akan menyusul. Ini sebagai penyusun kata.