Ramadhan

bismillah

Ramadhan versi budak sek rendah belom baligh.

Masih teringat lagi ketika umur masih setahun jagung dan hingus masih meleleh.Di paksa dan terpaksa berpuasa kerana mak dan ayah memaksa.Di tambah pula dengan umpanan satu ringgit sehari jika berpuasa penuh membuatkan aku mampu menahan puasa.Tapi sekadar berpuasa olok-olok petangnya naik pokok.Dahulu di hadapan rumah aku ada sebatang pokok jambu air.Memang sedap dengan warna jambu airnya yang merah, rasanya yang manis pasti confirm membuatkan budak hingusan seperti aku ketika itu tergoncang imanya.Dalam diam ketika semua adik beradikku menonoton tv,pada petang itu aku panjat pokok jambu air dan terus menjamah beberapa bijik jambu dengan lahap dan di iringi doa makan sedangkan ketika itu hanya tinggal kurang sejam sahaja lagi waktu berbuka puasa.
Ini pengalaman aku berpuasa ketika kecil.Duit upah berpuasa 30 ringgit tetap dapat kerana meyangka aku genap sebulan berpuasa padahal.....

Ramadhan versi budak sek men yang agak matang

Pengalaman berpuasa di sek mmg satu perkara yang tak dapat dilupakan.Kali ini berpuasa tidak lagi kerana dipaksa oleh ibu dan bapa atau guru-guru.Tetapi ade sedikit kesedaran dan persekitaran yang soleh di sekolah dahulu juga memainkan peranan.Teringat satu peristiwa ketika menjadi student mahad di sekolah itu,menjadi satu kebiasaan bagi budak lelaki untuk bermain mercun.Mercun dan budak lelaki tidak dapat dipisahkan umpama baju ketat dan rambut perang.Menjadi satu kesalahan bermain mercun di sekolah lebih-lebih lagi bagi student mahad tahfiz yang dipandang hebat dan suci.

Otak jahat mula berputar memikirkan bagaimana untuk meletupkan mercun bola yang kuat bunyinya tanpa sesiapa pon sedar si pembakarnya.Master mind oleh sahabatku ridhwan mahmod a.k.a towkey mencadangkan agar mercun tersebut dibakar ketika semua student sedang bertarawikh.Masalah pula timbul bagaimana kami mahu skip tarawikh sedangkan ada antara kami yang kene jadi bilal dan iman.Sekali lagi idea bernas dan diluar kemampuan manusia berfikir dihasilkan.Mercun bola tadi di gamkan bersama ubat nyamuk yang telah dipendekkan.

Secara teorinya,bila mana ubat nyamuk itu semakin terbakar dan menghampiri sumbu mercun bola tadi akan terhasil la bunyi yang mengagaumkan.
Setelah semua rekacipta sudah terhasil,para perangcang menanti bunyi mercun tersebut.Pastinya terawikh kami pada hari itu tidak khusyu' kerana menantikan bunyi mercun.Hasilnya,alhamdulillah..misi berjaya,bunyi yang terhasil cukup kuat sehingga membawa muallimah ummi untuk mencari siapa pembakarnya.Namun sehingga kini rahsia itu masih tersimpan kecuali kalau muallimah membaca blog ana ini.Maafkan kami muallimah.

Ramadhan versi budak university.

Berpuasa sebagai seorang student memberikan pengalaman yang agak berbeza.Kalau sebelum ini bersahur ketika waktu subuh hanya tinggal 30 minit lagi untuk tiba tetapi ketika ini seawal jam 4 pagi sudah bergerak ke maley di dengkil.Ketika student ini juga malam-malam ramadhan hidup dengan burung-burng hantu jadian yang tidak tidur takot-takot terlepas sahur.Berbuka di masjid bagi mengurangkan budget harian dan sekali sekala berjalan ke bazar putrajaya untuk membeli juadah berbuka.Ketika zaman ini kurang rasenya bermain mercun bahkan mengutuk lagi sesiapa yang membuat bising bermain mercun di hostel.
Kesian bagi yang kuat melatah,abas semua carutan terkeluar bila bunyi kuat terhasil secara tiba-tiba dari mercun itu.Tak fasal-fasal kurang pahala puasa.Bila berpuasa di zaman university ini,sudah mampu untuk menilai kekuatan diri sendiri.Tiada lagi paksaan untuk berpuasa seperti zaman sekolah rendah dan tiada lagi paksaan bertarawikh seperti zaman sekolah menengah.Segalanya terpulang pada kekuatan iman.

Moral of the entry.

Satu perkara yang sepatutnya menjadi titik perubahan bagi manusia ialah bilamana umur sudah semakin meningkat maka akal pemikiran juga harus sejajar dengan itu.Pemikiran bagi budak university sepatutnya sudah lebih maju menjangkau pemikiran budak hingusan sekolah rendah.Ketika ini kalau aku masih lagi memanjat pokok jambu air mencuri-curi buka puasa dan mengharapkan upah berpuasa akan kelihatan sangat cetek dan dogol sekali pemikiran itu.
Jika sekirangya diberitahu kepada budak tadika yang membuka aurat itu haram dan tidak langsung menghormati bulan ramadhan mungkin budak tadika itu buat bodo dan tak amek pot.Tapi kalau telah diberitahu kepada budak university yang pakaian sendat bagai baju budak darjah enam itu tidak sepatutnya dipakai pada bulan ramadhan dan berpacaran berpegang tangan antara bukan muhrim itu haram walaupon untuk ke tarawikh,sepatutnya pemikiran kita ketika itu sudah dapat memikirkan dgn waras tentang adanya nanti neraka dan azab yang menanti untuk membalasnya.Jangan pula pemikiran kita seperti budak tadika yang buat taktau dan terus tersengih .Itu sengal namanya.
semoga ramadhan kali ini memberi bnyak manfaat bagi kita

wallahu a'alam.
Ramadhan kareem!

hari ini dan esok ....

salam

Bahagian pertama

Kebelakangan ini banyak terdapat berita-berita kematian tokoh-tokoh terkenal tanah air.Kematian mereka ini sedikit sebanyak memberi peringatan kepada kita yang masih hidup.Beruntunglah bagi mereka yang menemui tuhan mereka dalam keadaan cukup sempurna amal dan ibadahnya.Bagi kita yang masih mampu mencelikkan mata dan bernafas ini ,perlu mengambil iktibar seserius mungkin perihal perkara ini.Kematian memang tidak mampu sesiapapun menghalangnya.

Jika hari ini kita mampu untuk bernafas dan melihat, tiada siapa dapat menjangkakan esoknya akan tetap sama.
Jika hari ini mampu untuk berjalan dan bertegur sapa bersama teman, esok hari tidak pasti akan berlaku rutin yang sama.
Jika hari ini mampu menikmati makanan enak, esok hari tidak siapa dapat memastikan mulut ini tetap dapat menjalankan fungsinya.
Jika hari ini masih mampu bergelak ketawa, esok hari mungkin mungkar dan nangkir menyoal dengan penuh bengisnya.
Jika hari ini selesa di rumah dan kediaman, esok hari mungkin ruangan tanah sempit menjadi tempat semadi kita.
Jika semua yang berlaku hari ini tidak pasti esok tetap sama jalan rutinya.

Bersama kita bermuhasabah diri tentang apa yang mahu kita bawa ke alam kubur sana.Amal ibadat yang menunjuk-nunjuk?..Duit infak di masjid yang sekali seminggu didermakan?Puasa yang sekadar menahan lapar dan dahaga?Aurat yang menjadi tatapan manusia?Bentuk badan yang dilapisi baju sendat?Mata yang melihat maksiat?Kaki yang melangkah ke kelab-kelab malam?Telinga yang mendengar umpatan?Mulut yang kuat mencarut?
Nikmat mana yang digunakan sebaik-baiknya?..kepada diri sendiri segalanya ditujukan.

Bahagian dua.

Ramadhan bakal menjelma.Seperti biasa akan kelihatan perkara-perkara lazim yang akan kita lakukan bersama bila tibanya ramadhan nanti.

1. 10 malam pertama semangat.Pergi tarawikh full dan tilawah quran satu juz penuh.Tiba di pertengahan masjid akan berkurangan jemaah dan quran akan kembali berhabuk.
2. Di awalan ramadhan semua perkara tidak elok akan dijauhi, si balak akan menasihati si awek supaya memakai pakaian yang elok dan "besar-besar".Di akhirnya ramadhan si awek membonceng si balak ke bazar ramadhan.
3. Awal malam ramadhan bersemangat melakukan tilawah bersama teman.Tiba di pertengahan layan muvie bersama member sampai terawikh pon tertinggal.
4. Awal ramadhan semangat sampai tahajud tiap-tiap malam .Sampai di sepuluh malam terakhir lepak mapley sampai tahajud pon kemana.

dan selanjutnya.kongsikan bersama di sini.=)

p/s:entri kali ini benar-benar ditujukan pada penulis.Harap maklum.

menarik 2

bismillah


10.30 waktu malaysia menandakan waktu cabut sudah sampai.Terkocoh-kocoh menukar pakaian dan terus laju menuju ke KL sentral yang hanya terletak betul-betul dihadapan hotel XXXX tempat aku berkerja.
Suasana didalam komuter pada hari itu tiada banyak bezanya seperti hari-hari sebelumnya.Pada waktu ini banyak kerusi-kerusi kosong yang boleh diduduki dan seperti biasa aku mengambil tempat duduk di barisan belakang pada gerabak yang terakhir sekali.Sudah menjadi kebiasaan student suka duduk di barisan belakang.Haha!

"Stesen subang jaya...subang jaya.." kedengaran suara konduktor train yang bertugas.

Lebih kurang jam 11.45 malam aku akan tiba di stesen subang dan seperti biasa akan disambut oleh gopi si penyambut tetamu tetapku.haha!

"bro!...nah amek nieh" Gopi menegurku smbil menghulurkan sebotol coca cola.

"Eh, tak payah lah..ko minum la " Tolakku lembut ala-ala manja gitu.

"Ambil lah, ni aku ade jugak nie.." Pelawa gopi sekali lagi.

"ok..terima kasih eh gopi " Balasku.

"Hah, ape cerita perempuan hari tu? " Soalku.

Sebenarnya perbualan rancak kali pertama aku bersama gopi harituh ade merangkumi pengakuan gopi yang sedang mengusha seorang gadis.Katanya , gadis itu berkerja sebagai trainee disebuah pusat membeli belah tak jauh dari stesen komuter subang.Tapi seperti biasa gopi tak berani untuk berkenalan dengan gadis tersebut tetapi menyuruh seorang auntie yang juga rakan sekerjanya untuk pergi merisik gitu.

"Ah, tak payah la.Malas aku nak sembang pasal pompuan tuh!" jawab gopi pantas.

"Aku rasa dia dah ade boifren la, die budak degree mesti nk pandang orang punya.Aku bet la, die mesti ade boifren masa belajar dulu jugak" jelas gopi lagi.

"haha!, oke2..hari nie kita tak payah cerita sedih-sedih, kite cerita hepi-hepi" Pujukku.

"hahaha, ko kerja macam mana ha?, cerita la sikit ko kerja apa kat hotel tuh " Soal gopi.

"Erm, aku kerja jaga internet jerk..Internet suport." Jawabku

"Ko pandai la eh internet ,tu org yang chatting-chatting tuh macam mana tu " Soal gopi lagi.

"Tade la pandai mana, sikit-sikit jer.Chatting-chatting tuh ada banyak jenis.Aku selalu chatting guma Ym jer,kalo nk guna fesbuk pon boleh.Ade orang guna website chatting, ah macam-macam jenis la ade "Terangku panjang.

"Aku nak mintak tolong ko ajar aku chatting boleh?kalo ko ajar aku chatting, aku takde la boring sgt macam nieh.Sekarang ni, aku tak de keseronokkan dan sunyi..macam aku cerita kat harituh..ko pon tau kan.ni aku kalo balik umah, mandi-mandi lepas tu main PS pastu tidur..esok bagun pg pg kerja lepastu balik kerja buat benda yang sama.."Pinta gopi.

Ketika ini otakku benar-benar terfikir betapa boring dan buhsanya hidup seorang mamat depan aku nieh.Ada masalah taktau nak mengadu kat sape,nak mengadu kat tuhan dah tak percaya pulak.Ada masa pulak taktau nak buat ape,nak main tenet tak pandai guna.
Kekadang kita sebagai muslim kene bnyak bersyukur walaupon kekadang kite sekadar mencari tuhan hanya diwaktu susah tetapi paling kurang kita tahu pada siapa dan kuasa mana yg selayaknya untuk kite berharap dan mengadu.Walaupun juga kekadang org yang mengaku islam itu tidak pernah menunaikan sembahyang,puasa dan melakukan maksiat tetapi bilamana ditimpa satu kesusahan atau musibah pasti akan kembali berharap pada kuasa Allah.Ini adelah nikmat islam itu sendiri sebenarnya dan akan bertambah cantik kalau dapat merasai kemanisan nikmat iman itu.

Alhamdulillah ya allah,engkau lahirkan aku dalam keadaan islam dan menemui engkau sebagai tuhan dan penciptaku.Jangan sesekali ya Allah engkau pesongkan hatiku dari terus sujud memperhambakan diri pada mu Allah.

"hahaha,boleh jer..tapi kene ade pc la..laptop ke...or kita pg CC" jawabku.

"hurm..aku memang nak beli laptop satu pasal hari tuh akak kedai kat stesen ni kata die ade wireless connection.Boleh je kalo nak guna connection die..Tapi taktau lagi la nak beli bile..haha"Jelas gopi.

Kaya betul mamat gopi nieh, aku nak beli laptop pon mencanak-canak cari duit.Mengemis kat mak bapak mintak sponsor.haha..(saat aku menulis entri nie aku dah sambar sebijik laptop)

" Macam ni, kau duduk klang kan?kite jumpa kat CC kat centre point hari ahad nie dalam pukul 5 petang cmtuh lepas ko abes keja.Kau kene ajar aku main chatting nie betul-betul.Kite duduk dalam 3 jam cukup la kot untuk kau ajar aku." Cadang gopi.

"Erm..boleh kot,buat masa ni aku x de plan apa-apa lagi tapi nie ko amek no aku nieh , 013-XXX .Miskol aku..kang kalo ade papehal senang aku inform ko balik "Kataku

"Oke2..Nanti apa-apa hal aku sms ko,tapi buat masa ni aku memang free la..erm,ok la kite jmpa ahad nanti, ko pon kerja esok kan?kesian pulak" Jelas gopi.

"orite-orite,papehal ko sms la aku..jumpa lagi" Balasku.

Enjin iswara putih BGE 1001 dihidupkan dan meluncur laju menghala ke rumah sewaku.Sudah terbayang tilam dan bantal dan ZZzzzzZZzz..


Moral of the entri.

1.Gali sendiri dan kongsikan bersama kami ..=)


p/s:Hari ahad yang dijanjikan gagal menemukan kami kerana kata gopi dia banyak perkara yang perlu diselesaikan.
p/s:Kekadang aku rase mcm menulis kisah cinta pulak..hahaha
bismillah


"netnot..netnot..tungkalak kalak..jiung..jiung" (bunyi deringan henset menandakan ada panggilan masuk)

"hello,assalamualaikum..." aku menjawab panggilan talifon

"hello,bang tengah tido ke? "kedengaran suara emakku

"a'ah.." jawabku ringkas.

Lewat tidur malam tadi membuatkan aku endah tak endah untuk menjawab panggilan talifon tersebut walaupun jam sebenarnya sudah menunjukkan jam 10.oo minit pagi.Kerja shift petang pada hari ini membuatkan aku mengunakan sepenuh-penuhnya masa pada pagi itu untuk tidur.Tidurku bukan sebarang tidur, tapi tidur untuk mengumpul tenaga untuk berkerja.haha!

Tepat jam 12 tgh hari aku bangun menyiapkan diri untuk ke kerja walaupun shift hanya bermula tepat jam 3 petang.Aku perlu bertolak awal untuk mengejar train dan memastikan solat zohor terlebih dahulu di KL sentral sebelum masuk shift.

" assalamualaikum mak,nak tanya ayah ade nk dtg puchong tak?..ingat nak mintak hantarkan blazer,ade kawan nk pinjam.Terlupa nk bawak sama semalam" tuturku ketika menghubungi ibuku semula.

"wsalam,tak sure la abang,ayah tak balik lagi tuh takot-takot die penat pulak.." jawab ibuku

"hurm..takpe la,nanti mak inform balik la ye..sbb ingat kalau ayah dtg boleh tuka kereta sekali." balasku kembali

Keretaku masuk bengkel untuk di overhaul.Kata mekanik ditempat tersebut,kereta kalo dah sampai masa memang kene overhaul,dah tua.Alasan mekanik paling kurang telah melepaskan aku untuk rase bersalah atas kerosakkan kereta itu.

"owh..ok,nanti mak cakap ngan ayah..bang,mak tnya nieh.." tutur ibuku pula.

"pe dia? " soalku

" nie,mak ade baca blog abang pasal orang india yang abg jumpa tuh,abang jaga-jaga tau mak risau die tuh baik-baik ngan abang nantikan die rompak ke bunuh ke ape ke.Mana tau die ade jampi-jampi abang pulak nanti.." ibuku menzahirkan kerisauan die.

"hahahaha, tade lah mak..ade plak pikir macam tuh..die ok la..die org baik " jawabku.

"mak baca sampai dating berjam-jam, risau pulak..abang tau jaga diri kan "balas ibuku

"hahaha..adoilaa, jangan risau la..insyallah tade pape" jawabku pula

Kekhuatiran emakku sebentar tadi membuat aku berfikir banyak.Bukan berfikir tentang gopi tapi tentang betapa prihatinya seorang ibu mengenai anak-anaknya.Hal sebegini kecil pon die akan berfikir dengan begitu teliti.Itulah realiti seorang ibu.
Terbukti!kasih sayang seorang ibu memang tiada lawannya tp aku teringat kata-kata speaker ESQ satu ketika dahulu.

"kasih sayang Allah itu melebihi kasih sayang seorang ibu"

Bagi kite sukar bukan untuk mengakuinya dengan perasaan walaupun mulut petah berkata dan tangan bijak menulis perihal ini.Tapi ituhla hakikatnya cuma kita perlu bukan sekadar mengakui tapi juga merasai kasih sayang Allah.

Seperkara lagi yang membuatkan aku terfikir, Mak aku baca blog aku???..omg!!..kepada puan zahariah yang mungkin juga akan membaca tulisan ini.Ketahuilah yang anakmu ini sangat sayang padamu dan anakmu ini tidak jahat..haha! (mak aku selalu kata aku rock!..haha)

moral of the entri.

-korang cari la sendiri atau kongsikan bersama di ruangan komen!

p/s: mak,kalo nk komen..komen la..haha..=p
p/s: cerita gopi akan disambung tak lama lagi.

menarik

bismillah


Hari itu hari selasa.Jam menunjukkan pukul 10.30 malam.Inilah waktu-waktu yang aku nantikan ketika shift malam.Jam 10.30 bermakna time untuk aku cabut.Train last pukul 11.01 malam ke subang.Aku terpaksa keluar 30 minit lebih awal untuk memastikan tidak ketinggalan train yang terakhir itu.
Didalam train tidak bnyak yang difikirkan.Sekejap-sekejap mata akan terlelap menahan kepenatan tetapi masih didalam keadaan separa sedar kerana takut-takut terlepas stesen pula.Petugas train kadangkala tidak memaklumkan stesen-stesen yang telah tiba memerlukan untuk aku fokus terhadap situasi semasa.Ketika inilah kepakaran tidur-tidur ayam diaktifkan.Train akan tiba di stesen subang jaya kira-kira 11.30 mlm dan selalunya ketibaan aku akan disambut oleh seorang penjaga parking berketurunan india yang bertugas di sana.

"Bang dah bayar belum tiket" soal petugas itu.

itu soalan biasa yang akan ditanya oleh si mamat nieh.Seperti biasa juga aku selalunya sudah bersedia untuk menjawab pertanyaan itu dengan jawapan yang juga biasa diberikan.

"sudah" balasku ringkas.

"auntie kasi tiket kuning ke putih bang?" soalnya lagi

secara langsung otakku cuba refresh peristiwa pembeliaan tiket jam 1.00 ptg tadi ketika aku membuat pembayaran.Pembayaran akan dilakukan di kaunter tiket dan selalunya akan dijaga oleh seorang auntie yang juga berketurunan india.

"tiket kuning.." jawabku ringkas.

Aku terus berlalu ke kereta iswara BGE 1001 yang menjadi aset berhargaku.Kelihatan juga mamat tadi terus menaiki motor EX5 ke kenderaan lain untuk bertnya soalan yang sama.
Enjin kereta dihidupkan.Dengan lafaz bismillah gear dimasukkan.Tipu jer,kereta aku auto.Pedal minyak ditekan.Tak sampai 5 meter,mamat tuh datang balik dan berhenti di sisi keretaku.

"Bang nak tnya siket la,abang keja apa?"soalnya.

"ooh,sy praktikal je..kerja kat hotel XXXX sebagai XXX" jawabku biasa

Enjin kereta masih dihidupkan dan tingkap dibuka.Badan penat dan mengharapkan untuk mendapat rehat secukupnya.2-3 hari ini tidak dapat tidur yang sempurna.Setiap kali kepala landing diatas bantal terlalu banyak perkara dan imaginasi yang dimainkan.Kadang-kadang jam 3-4 pagi baru dapat melelapkan mata.

"saya sebenarnya ada masalah la" sambungnya dengan tiba-tiba.

Pulak,takkan sampai ke sini aku jadi kaunselor kot.Teringat kembali kisah beberapa individu di MMU yang sering meminta nasihat dan pandangan soal masalah mereka.Walaupun sebenarnya mereka-mereka ini mengetahui yang aku tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah mereka tapi apa yang diperlukan ialah teman berbual dan meluahkan bebanan yang dipikul.Ianya merupakan satu kelebihan bagi orang-orang ini yang aku tidak miliki.Mungkin sudah menjadi rezeki mereka berjumpa aku yang brutal ini.

"oh,apa masalah awak?" soalku pula.

"Saya rasa sunyi,saya rasa hidup saya macam tak bererti..kosong.." balasnya.

"erk.."balasku.

"matikan enjin kereta dulu,abang nk balik awal ke nieh? "soalnya risau.

Ikutkan hati memang nak balik,sudah terbayang keenakkan khalid tidur.Ikutkan badan sudah terbayang tilam.Ikutkan mata sudah terbayang bantal.Bila difikir-fikir layan la sekejap mamat ni,bukan selalu aku bersembang dengan seseorang yang lain peganganya.Enjin kereta dimatikan.Aku keluar duduk diatas bahagian depan kereta.

Mamat tadi terus bercerita mengenai dirinya.Anak sulung dari 3 orang adik beradik.Memiliki sebuah kereta Myvi yang sudah di "renovate" menjadi gempak dan hebat.Juga memiliki 2 buah rumah dan saving 5 angka.Terasa pelik juga mengenai niatnya menceritakan semua perihal ini.

"saya ni bang sunyi,tak rase hepi hidup.Buat semua benda x boleh nak concentrate" luahnya lagi.

"ko sunyi sebab pe?cuba ko cerita betul2.Ko x kawen lagi ke? " soalku lagi.

"haa,ituhla problem saya,saya takde bini.Awek pon x de.Tiap2 hari saya jaga parking tgk couple-couple yang lalu lalang,pilu hati saya" sambungnya

Mendengar ceritanya membuatkan aku terpikir sendiri.Aku pon x de awek,camne la aku advice mamat nieh.Benar,ini bukan kali pertama masalah sebegini aku dengar tapi selalunya bila masalah yang seumpama ini aku dengar dari kawan-kawan seagamaku mudah untuk aku bahaskan.Memperkatakan ttg jodoh dan takdir yang ALLAH tentukan.Tapi kalo bantai cakap kat mamat nieh,mati die nk paham.

"Masalah saya,saya x boleh nak bercakap dengan perempuan.Saya hodoh dan tak cantik.Adik-adik saya semua putih,hendsome,cantik.Diorang ikut muka mak saya.Mak saya mmg cantik tapi bapa saya gelap dan x handsome.Saya ikut muka ayah saya.Saya selalu marah mak saya kenapa lahirkan begini." ujarnya panjang.

"kau tak boleh salahkan mak kau.Ini dah takdir tuhan bagi ko macam nie.Lagipon aku tengok kau takde la buruk sangat.Handsome lagi la dari aku" balasku cuba mengambil hati.

Tergelak mamat tuh bile aku jawab begitu.Dia mengatakan yang aku lagi handsome dan putih.Berbunga jugak la hati aku.Ye la first time dalam hidup org kata aku putih.Mak aku pon kata aku hitam.haha!

"Mak saya selalu suruh saya sembahyang dekat tuhan,tapi saya sudah malas.Buat apa mahu sembahyang?dia x pernah kasi apa saya minta.Dia jadikan saya x cantik" ujarnya.

"kau tak boleh salahkan tuhan,mende yang dah jadi kite tak boleh nak menyesal dah.Apa yang ko boleh buat ialah ko kene usaha mencari org yang ko suka.Jadi x jadi biar takdir yang menentukan" sambungku

"Masalahnya saya sangat segan ooo,abg tnya la auntie yang jaga tiket tuh,die tahu macam mana seganya saya" ujarnya lagi.

"Habes tuh macam mana nak buat kalo ko segan? "soalku

"tak tahula bang,kalau abang nak tahu,untuk muka saya ni,saya habiskan 600 ringgit setiap bulan untuk jadikan putih.Sekarang nie pon abg tgk saya sudah kurus,dulu berat saya 87 kg ooo,kalo abang tak percaya sini saya tunjuk IC saya.Ada sekali tuh polis tengok pon x percaya,die suruh saya tuka buat IC baru" ceritanya lagi.

Die mengeluarkan IC nye untuk ditunjukkan pada aku dengan bersungguh-sungguh.Bercahayakan lampu jalan aku melihat pada bukti itu.Benar,lain sungguh wajah pada IC itu dengan yang ada dihadapan aku sekarang.
Selepas itu kami bersambung cerita mengenai dirinya.Sekali sekala aku selitkan cerita mengenai diriku yang juga hampir sama nasibnya,tidak pernah bercinta seumur hidup.Cumanya mungkin aku sahaja yang tidak pernah mencarinya dahulu.Bagiku bercinta biarlah sekali dan berkekalan.Bercinta juga biarlah kena pada caranya dan orangnya.Biarlah bila sudah pasti bergelar isteri,si isteri akan merasakan cinta yang fresh dari suaminya.Itu janji pada diriku.Semoga Allah memakbulkan.

Hampir sejam lebih lama aku bersembang dengan gopi.Mungkin setelah dia melihat raut wajahku yang agak kepenatan,die mengizinkan aku untuk pulang.Tapi aku yakin perbualan ini bukan terhenti setakat ini sahaja.Pasti banyak lagi perbualan-perbualan yang lain versinya bersama mamat bernama gopi ini.

Di saat aku menulis ini sebenarnya sudah dua kali aku bertemu gopi.Pada semalam hari iaitu hari rabu gopi sedia menunggu ku dan ........(bersambung ke entri ke versi ke 2)


moral of the entri.

1.Ketika gopi menyalahkan tuhanya,aku mengucapkan syukur pada allah kerana agama yang aku miliki ini.Sebagai muslim,kita tidak di ajar untuk menyalahkan ALLAH atas segala keburukkan yang berlaku pada diri kita.Walhal allah sendiri amat menyayangi kita lebih dari ibu kita.

2.Kite perlu menerima segala ketidaksempurnaan atas diri kita dgn satu sikap yang positive dan memikirkan yang segala kejadian yang tidak diinggini pasti mempunyai hikmahnya.Itu la sikap seorang HAMBA kepada tuhanya.

3.Bercinta tidak semestinya mengikut situasi semasa.Bilamana kita melihat kehebatan cinta dengan berSMS dan berchatting pasti kita akan tertarik tetapi yang perlu sentiasa untuk diingati bercinta itu adalah untuk memiliki dan melengkapi sesama sendiri pada suatu hari yang sudah halal bagi kita dan pasangan kita.Tetapi tidaklah terlalu jumud sampai tidak tahu langsung siapa isterinya,berapa adik beradiknya dan lain-lain.Usaha tetap perlu dilakukan tetapi biarlah dengan cara yang betul dan cantik.

4. challow bete.

wallahu a'lam

blog

bismillah

meh aku nk cite satu mende.cenggini...

::kisah dulu-dulu::

Ade sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta.Adepon pasangan kekasih ini adelah lelaki dan perempuan dan bukanla jenis yang songsang hubunganya.Si lelaki adelah seorang yang cool dalam melayari bahtera cinta mereka.Manakala si perempuan tidaklah beberapa cool dan sering kali berfantasi mengenai hubungan mereka.Biasalah,sudah namanya wanita imaginasi jualah yang selalu mengkhayalkan mereka.Si perempuan mempunyai sebuah kereta.Dek kerana cintanya yang teguh dan hangat bak enjin kereta khlalid(bukan nama sebenar) bila enjinya panas,si wanita menampal penuh disekeliling keretanya dengan gamba teman lelakinya itu.Bukan sekadar itu sahaja,habis ayat-ayat cinta dititipkan sekali pada kereta itu.Tidak cukup pada body kereta,nat2 di tayar kereta itu pon habis di hiasnya untuk mengambarkan kesenian dan keghairahan cinta mereka.Adepon menyampah la jiran-jiran rumah sekelilingya melihat teletah si perempuan dan keretanya.Iya laa,org lain pon bercinta juga tapi tiadalah sampai seteruk begini untuk menzahirkanya tambahan pula baru mula bercinta dan berkapel belom lagi sampai ke jinjang pelamin.

Tidak cukup dengan kereta,dirumah wanita tersebut pula kelihatan sebuah bendera besar yang tertera disitu gamba teman lelakinya dibentukkan dengan bentuk "love".Besarnya bendera wanita itu mengalahkan bendera-bendera jiranya yang berbentuk bulan,dacing malah jua roket dan kepala lembu yg sudah kusut masai.Terzahirlah kepenyampahan yang tersangat di hati jiran-jiranya.Bukan kerana cemburu dan jauh sekali jeles walaupun jeles dan cemburu itu sama maksudnye,tetapi menyampah kerana perangai wanita itu yang seperti tidak tahu malu dan tidak mengenal erti kata segan bila memperbesar-besarkan perihal pasanganya.Pon begitu jiran-jiranya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana tau yang itu adalah menjadi hak wanita tersebut untuk mendecokan apa sahaja hak miliknya.Terus-terus la menyampah jiran-jiranya dek perangai wanita itu yang memang tidak pernah makan nasihat dan degil seperti lembu yang bodoh mengajar beruang kutub berenang..

pandangan anda?


::kisah sekarang::

Mahasiswa wanita yang cerdik pandai belajar disebuah institusi pengajian tinggi.Sama juga mempunyai pasangan kekasihnya yang juga seorang insan bergelar lelaki.Tapi wanita ini memiliki sebuah komputer bukanya sebuah kereta.Biasalah zaman moden komputer lebih berharga dari sebuah kereta.Sebuah kereta tidak boleh membawa anda jauh merentasi sempadan negara,tetapi dengan sebuah komputer anda boleh ke serata dunia.Kembali dengan cerita tadi,dengan komputer yang dimilikinya dan kemahiran menggunakanya,wanita ini memiliki beberapa kepakaran basic yang diperlukan zaman ini seperti berblogging,berchatting menggunakan YM version 9.0 dan lain.seperti biasa untuk menzahirkan cintanya pada kekasih hatinya,habis entri2 di blog beliau menceritakan kerinduanya,kecintaanya,kasih-sayangnya dan berbagai-bagai lagi ketegori entri yang boleh kita tag nye sebagai jiwang.

Tidak cukup dengan itu,status-status ym nya juga jiwang abes dan cukup memualkan bagi mereka-mereka yang melihatnya lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih solo dan terlajak seperti aku.haha!
Adepon begitu,tidak dapat berbuat apa-apa la teman-temanya walaupon menyampah dek perangai wanita ini yang seperti dalam dunia ini die sahaja yang dikurniakan nikmat cinta.Rakan-rakanya mengakui yang segala macam kaedah yang digunakan wanita ini untuk menzahirkan cintanya itu adalah haknya tapi nk buat cmne nyampah tetap nyampah!

pandangan anda?

::moral of the story::
memang benar bila berbicara mengenai hak,anda mempunyai kuasa mutlak keatas apa yang telah dihakkan pada anda tapi perlu ingat,dunia ini bukan didiami oleh anda seorang,ramai yang lain melihat,membaca dan memperhatikan anda.Tidak boleh kata yang ini kisah anda dan jangan amek pot ttg diri anda sbb anda bukan duduk kat dalam gua yang tiada org lain memerhatikan.Kalo masih berdegil sy nasihatkan mereka yang mempunyai persamaan dalam cerita ini untuk berpindah ke plenet nameck bersama pikolo.

wallahu a'lam.

p/s:Minggu banyak perkara penting yang sukar difahami.kepada Allah tempat bergantung dan berharap..

=)

MUKTAMAR INSTITUSI USRAH BARU SELESAI!!

SELAMAT BERKERJA DAN BERAMAL KEPADA AMIR DAN BARISAN TANZIM BARU!
SEMOGA SENTIASA HEBAT DAN MENJADI MANUSIA GHURABAAA' DI TENGAH KEMUNGKARAN ..

=)



p/s:setiap kali bg ucapan mesti nyesal ade mnde yang dirancang tak dicakap.mungkin kene ade s/u peribadi?..mybe