salam~...
moga kalian semua kekal dibawah naugan kesajahteraan Allah s.w.t,
ini mungkin kali terakhir aku akan menconteng di blog ini.(friendster)..,kerna mungkin selepas ini(sudah pon berlaku) contengan2 aku ini akan beralih kepada 'whitebord' yg lebih 'besar' dan efisien(bak kata somebody)..
hari ini 3 julai 2004 , 9:47 minit pagi..alhamdulillah syukur ku panjatkan pada tuhan yg masih menyayangi diri ini kerna maseh lagi memberi kehidupan buat diri ini pada pagi ini...alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang utk memperbaiki diri bagi ke'kotoran' yg telah dilakukan pada hari2 yg lepas..alhamdulillah jga kerana aku masih lagi diberi peluang utk mencipta 'haluan'ku sendiri atas nafas yg dikurniakan ini...syukur dan setinggi penghargaan hanya layak utkmu tuhan yg mengetahui dan berkuasa atas setiap ciptaanya...aku benar2 bersyukur...
bawang merah~
sekali dengar tajuk akau pada kali ini mcm nk masak..:p
tapi bukan nk ajar cara memasak niat pada kali ini..cuma tetibe datang ilham utk membuat satu contengan berupa ini...bawang merah...
aku teringat sebuah cerita melayu lampau..cerita2 kelasik yg mengisahkan tetang kehidupan bawang merah dan bawang putih...tidak mustahil cerita yg dipentaskan di layar perak ini pernah menjadi satu realiti dlm kehidupan manusia sekarang...
cerita yg mengisah kan bagaimana berlakunya double standard dlm menilai erti kemanusian..cerita yg mengisahkan kezaliman si ibu tiri dlm melayani anak yg bukan darah dagingnya ...cerita yg mengisahkan kasih sayang antara ibu dan anak...dan cerita yg benar2 memberi nilaian atau gambaran sebenar tentang teori kemasyarakatan...
permulaan cerita yg mengisahkan seksaan yg diterima oleh bawang merah kerna kesalahan yg tdk dikenalpasti...seksaan yg dtgnya dari seorang ibu tiri yg berkuasa dalam keluarganya..dibntu oleh adek tirinya si bawang putih..
air mata sering menjadi teman dan makian menjadi bayangan...namun dapat dilihat dipengakhiranye, si bawang merah menjadi isteri kepada raja yg sedang mencari wanita utk dijadikan permaisuri..
cerita ini mmg pada dasarnya tidaklah terlalu padat...dan tidak terlalu sukar utk difahami..ianya mudah.dan aku kau dan kalian sepatutnya juga mudah utk memahiminya dan mengaplikasikanya..
sebenarnya cerita bawang merah ini telah terjadi dan menjadi realiti dlm kehidupan kita..
lihatlah seksaan dan kehinaan yg diterima oleh rakyat2 dipalestin..airmata mereka juga menjadi teman bukan??...mereka juga diseksa atas sebab2 yg meraka sendiri tidak fahami bukan??..
seksaan yg dilakukan atas dasar hak yg sepatutnya mereka miliki...seksaan yg dilakukan oleh si 'emak tiri' dan disokong oleh 'adek tiri' yg sepatutnya tidak ade langsung pertalian tapi hnya sekadar
kehidupan ber'jiran'...istilah berjiran ini pun sepatutnye tidak wujud langsung bagi 'bawang merah' dan 'ibu tirinye'..kerana 'rumah' ini sepatutnye menjadi milik si 'bawang merah'...lihatla bgaimana si ibu tiri menyeksa..bukan lagi tmparan atau rotan menjadi senjata,tapi senjata2 api yg sekali bidikan melepaskan nyawa..cma beza antara cerita melayu dan realiti bawang merah ini hnyalah pada istilah itu sendiri...mngkin cerita klasik melayu lama cma mengambarkan seorang individu sbg bawang merah tapi cerita moden bawang merah kini mewakili sekelompok komuniti yg bukan lagi memberi impak pada individual tapi pada sekelompok..allah,betapa lemahnya kita...
hukum alam..yg berkuasa terus berkuasa,yg lemah akan terus dihina..siapa yg berani sangkalkan..ianya terbukti dgn kisah bawang merah ini..sejak dahulu berlaku..cuma kini ia berlaku bkan dlm masyarakat kita..kita terlepas pandang...
yg menjadi persoalan kini...siapa raja penyelamat yg akan membela si bawang merah??...
cubalah kalian fikirkan...jika dlm cerita klasik dlu..raja yg tidak mempunyai apa2 pertalian dtg mengambil si bawang merah...ya,mungkin raja itu berkuasa..jadinye senang utk baginda membuat keputusan..tidak ade siapa pon menghalangnya...
oleh itu.mengapa tidak kite menjadi 'raja' pada hari ini..raja yg mampu berkuasa demi meyelamatkan si 'bawang merah'..??
bukan tidak mampu cma alasan menjadi penghalang...ditambah pula kita dgn si bawang merah bukan orang lain..kite mempunyai pertalian darah...nah tidak cukup lagi??..atau nk aku tmbah bahawasanya kita dan bawang merah adalah satu AQIDAH!!!....
aku hnya menulis,kalianlah yg mengadilinya...
jgn sampai melangar plot cerita...biarlah 'bawang merah'' yg menjadi 'permaisuri'..
0 comments:
Post a Comment