salam~
ini lagi satu kisah menarek aku dapat kat frenster..sori r..aku dh agak malas nk update blog..so mana2 citer menarek yg aku dpt..aku copy jerk...hakhak
Kisah suami memohon untuk beristeri lagi dan
isteri membenarkan, siap beri borang keizinan
bertandatangan lagi...
Dipetik drp yahoogroup.
"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam
seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran
usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,
sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk,
mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf
Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi,
bangun lantas menuju
ke
dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air
sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.
Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur. Dahulu, semasa
puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik
putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh
yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia
sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu
tadbir kesetiausahaan di
jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau
mampu untuk beri makan
2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat
menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf,
Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan.
Bimbinglah Qis, Qis
perlukan
seseorang yang mampu memimpin Qis," masih
terngiang-ngiang bicara lunak
Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di
rumah. Pagi-pagi,
selesai
solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke
pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah
bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi
Kenyalang benar-benar
menjerat hatinya.
"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg.
Tapi, Aliyah nak berjumpa
dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-
sayup suara isterinya. Dia
tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna,
baik
tetapi ahh
hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh
lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah
selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak
dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju.
Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara
yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu
bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia
meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-
dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah
seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan
keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup
diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya
senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,"
terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta,"
masih lembut dia memujuk
Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?" "Takutlah Qis, silap
haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah
bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan
pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan
haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina,
namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak
mengetahui ke mana
Qistina
pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar
Qistina untuk ditemuduga
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah
bermunajat di Masjid
Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia
tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti
keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban
malam dia akan bersama
dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan
kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca
AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina
melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra,
dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu.
Asraf Mukmin anak
Imam
Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air
matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah
terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti
biasa. Tiada kurangnya
layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon
madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox
hensetnya. "Qis minta
maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan
isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis
sehebatnya utk
bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping
sampul besar.
***********************************************************
*************
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna
cokelat yang hampir
saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga
redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah
jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang
calon madu yang begitu
cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia
memang mengalahkan Aliyah
yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg
diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan
dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana,
apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang
pandai dia masak, apatah
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tahu selera Abg
hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau
selera
Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi,
masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, Abg
muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita
semuanya ikut selera ayah
mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-
anak kita. Aliyah
sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah.
Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan
menjadi ibu pada
zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia
mampu untuk mengajar
anak-anak
Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang
beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung...
Aliyah sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau
diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian
selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih
baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan
berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan
MAS ke Sarawak.Jika
munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan
tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,
lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu
Abg...Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika
Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat
untuk dijadikan isteri
Abg,
pergilah cari wanita yang setanding dengan
Aliyah... Aliyah sayangkan
Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri
yang hebat untuk
Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah
bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ
berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!
moral of the story:cariklah isteri yg bijak dalam setiap "amalanya"..dan pada wanita2 dilua sana,jgn mengurat suami org!!!
Please,pray for us. :)
13 years ago
0 comments:
Post a Comment