bismillah
Langkahan pertama membawa kepada yang ke seterusnya.Bukan terus memejam mata berjalan tapi berserta panduan.Cukup sudah panduan yg ditinggalkan tapi cuma kekadang manusia itu seperti roda imanya,ketas kebawah keatas semula dan adakala kerap pula putaranya kebawah.
3.04 pagi.Jarum terus berputar.Memang benar ia tidak pernah menunggu atau tertungu.Siapa bijak,masa miliknya dan siapa yang kurang peka masa meninggalkan.Dan benar juga sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali bagi yg beramal dan saling peringati.Aku sedang cuba yang ini.Nah mari membuat langkahan satu supaya tidak terbatas segala perlakuan dek kerana masa yg dibazirkan sedang ajal semakin pasti mendatang namun amal kurang memberi perisai dalam persoalan.ya!!persoalan kubur maksudku
Anda yang membaca,aku ingin mnyampaikan ape yg terdaya utk ditulis sedang sendiri tidak pasti akan kemampuan dalam pengamalan.Iman itu perlu diperlihatkan dalam amalan.Lemah amalan belum tepu iman itu.Sungguh sukar mencapai iman yg tepu tetapi perlu langkahan satu utk yg kesepuluh itu~
Jadinya manusia memang diselangi emosi.Disertakan sekali dek akal dalam mengawasi.Perlu pintar dalam mengawal agar nanti mudah bagi akal menjangkau.Kekadang dgn emosi, cinta manusia lebih dari sang pencipta sedang mulut bijak berkata tapi hati belakang kira.Bila ini tercipta,punah akal dalam tugas pengawalan.Terjadi perlakuan tanpa sempadan,laki dan perempuan bersekedudukan,baju kecil dan sendat menjadi perwatakan namun terlilit kemas tudung kepala,mungkin jenis "aurat" baru sedang diperkenalkan .Perlu mulakan langkahan yang satu untuk kembali memperbaiki tugas akal~
Bila berbicara soal tujuan penciptaan,khalifah dunia jawapanya,jawapan yang hanya perlu dihafal sedikit dari ceramah ustaz.Kelihatan org sebegini jenis banyaknya yang gagal akademiknya.Agama itu cara hidup,perlu diterapkan dalam setiap masa,jangan hanya berkata ketika ceramah dan tazkirah sahaja.Dalam pelajaran,pergaulan,pakaian,permakanan dan segalanya wujudkan ia.Bukankah tertulis dalam quran itu "masuklah kedalam islam keseluruhanya".Masih lagi memerlukan langkahan satu supaya anda org yang ngerti tidak mencipta fitnah pada agama~
Ketika melihat org berserban,bertudung litup,memakai seluar panjang ketika bersukan dikatakan alim.Di sindir pula ustaz,ustazah.Mengapa yg dituntut perlu disiniskan bahkan yang membuat dosa beramai-rami pula soraknya.Anda ini mungkin tidak percaya tuhan kerana tidak mengikut amalan dan panduan.Merah muka menahan marah bila dikata tidak percaya tuhan,tepuk kepala bagi akal berjalan,mana agama anda diletakkan?.Bagai masuk syurga riangnya pabila berdamping bersama pasangan tanpa akal terfikir akan neraka padahnya.Yang terlibat perlu langkahan satu dalm perubahan,yang melihat perlu langkahan satu dalam menjelaskan~
Manusia memang sebegini sikapnya,termasuk aku yang tidak terlepas dari apa yg diperkatan .Aku adalah manusia.Kalian yang membaca juga manusia mustahil haiwan.Guna akal dalm pengawalan.Ingat tuhan dalam setiap perlakuan.Agama itu bukan sekdar pakaian.Masa itu sebagai satu peringatan yang akan tercipta saat kematian.Jangan sesal kemudian baru terdesak membuat amalan.Jaga iman Jaga amal... :)
-Maaf andai ada yang tidak memahami entri ini.Maaf juga atas kasaran bahasa.Maaf juga andai terluka.
3.46 pagi,
6 Januari 2008
Multimedia Universiti.
Please,pray for us. :)
13 years ago
0 comments:
Post a Comment