Di sana ada mukhayam

cyber dan melaka bersatu atas talam biru..;)


bismillah


Kesejahteraan atas semua pembaca..:)

Baru sahaja selepas melayari beberapa buah blog teman-teman yang menceritakan perihal sebuah program yg bernama MUKHYAM atau lebih mudah kami di cyberjaya ini memanggilnya sebuah program kepimpinan yang melibatkan rata-ratanya ahli dari sebuah kelab yang bernama institusi usrah ,IU. Teruja dek cerita-cerita menarik dari rakan-rakan penulis blog bila menperihalkan mukhayam ini membuat saya sedikit tertarik untuk menceritakan apa yg yang terkandung secara langsung atau tidak secara langsung dalam mukhyam ini.



1.Tarbiyyah


Sedikit tertarik dengan pesanan seorang fasi ketika mana kami sedang berbincang mengenai aktiviti yang patut dilakukan ketika LDK.Biasalah ketika mukhyam pasti akan kedengaran suara-suara cadangan yang mahu mengunakan pendekatan yang agak kasar ala-ala tentera atas peserta-peserta mukhayam tersebut,tapi saya cukup tertarik akan ayat seorang brother ini yang antara lain menyebut:



"Perlu betul atas niat apakah tindakan kita mahu mewujudkan suasana ala-ala tentera seperti tengking,marah-marah dan sebagainya..kalo kite buat itu hanya sekadar mengikut hawa nafsu dan mahu memperlihatkan ade garis sempadan antara fasi dan peserta maka rugilah tapi jika perlakuan kita itu atas niat mahu mentarbiyyah peserta2 ini,maka insyallah ianyan akan dipermudahkan oleh Allah utk mereka menerimanya"



Yang menarik disitu ialah pengunaan tarbiyyah itu.Para fasi dan peserta perlu sedar kehadiran mereka disitu bukan atas objektif yang sia-sia.Objektif perserta bukan hanya untuk sekadar melihat kebesaran Allah dek cantiknya air terjun juga kehijauan hutan dan bukan hanya sekadar bersuka ria.Kehadiran fasi juga sebenarnya bukan hanya untuk tido!! atau lepak2..melihat peserta-peserta basah kuyup mendirikan khemah,bukan juga mnjadikan dapur itu sebuah warung kopi untuk bergelak ketawa sedang pada masa yang sama para peserta mendengar pengisian.Ini bukan tujuan asal!!!bukan matlamat diadakan mukhayam!!!amat rugi...rugi..beribu kos yang diperlukan utk melaksanakan mukhyam ini,kalau ini matlamat nye,lebih baik habiskan saja duit itu untuk aktiviti lain atau sedekah terus pada persatuan org tua atau anak-anak yatim.



matlamat mukhayam ini adalah untuk TARBIYYAH.Tarbiyyah bagi para peserta untuk lebih mengenal apekah sebenarnya hidup ini.Untuk apa anda diperlukan.Mengapa islam memerlukan anda.Peserta perlu sedar yang hidup tidak mungkin selamanya selesa.Tidak mungkin selamanya enak empuk diatas tilam!!!!..dan para fasi juga perlu merasai perkara ini,fasi perlu tahu yang anda mempunyai tugas yang jauh lebih hebat berbanding peserta.Anda ini diibaratkan sebagai sebuah nakhoda dalam mukhayam ini,perlu menunjukkan contoh yang sebaik mungkin,bukan dek atas nama fasi,ia seolah-olah meletakkan anda satu level yang lebih tinggi berbanding peserta,nak tido..ikut suka..nak makan..bangun..melepak..gelak2 tgk peserta..ini bukan sikap seorang pemimpin!!!!!!!!bukan..bukan...bukan!~



2.Kesatuan

Masih ingat ayat al-quran yang dikupas oleh seorang ustaz dalam satu slot pengisian ketika itu??begini bunyi ayatnye:



"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"(as-saff,ayat 4)



Aku tidak pandai dalam menafsir ayat tersebut,tapi atas apa yang aku faham dari ceramah ustaz tersebut ialah,Allah itu lebih suka satu organisasi yang tersusun dlm memperjuangkan agamanya.Tersusun disini adalah bermaksud sgt-sgt teratur dgn kukuhnya.Maksudnya sudah kelihatan kekuatan dan keutuhan itu.Malangnya manusia pada hari ini kurang ngerti dan pandai pula memaki tanpa sedikit pun membntu.Bukan mahu membantu dlm pengukuhan tapi lebih kelihatan seperti mahu meruntuhkan.Sekarang sudah ada sebuah organisasi yang berteraskan islam,nama pun sudah ternampak akan islamiknya dia.Benar,bnyak perkara yang perlu diperbetulkan,byk kurang enak dalam organisasi ini dan banyak tompok2 lubang2 yang perlu dikambusi.Namun dimana anda yang terlalu hebat bercakap ini??!!!!..Mari masuk ke"dalam" bersama kami dan mengubah mana buruk dan celanya organisasi ini!!..Teringat dan masih terngiang2 di telinga ini kata-kata ustaz itu:


"Jika ternampak kekurangan sebuah organisasi itu,perlu untuk kita masuk kedalamnya dan memperbaiki ianya bukan dgn menubuhkan sebuah organisasi baru"




3.Pemimpin


Sedang aku mendengar sesi terakhir pengisian pada malam itu yang diakhiri dgn slot soal-jawab,seorang muslimat bangun bertanyakan kepada si penceramah mengenai tggungjawab amir/ketua dalam memberi kefahaman atau menaikkan semngat dakwah kepada ahlinya.Ketika itu aku duduk bersebelahan bersama sahabatku zulfazlizan,antara lain yang dikatakn oleh ustaz yang cukup perit dan bergelojak jiwaku ialah:



"seorang Amir/ketua perlu lebih dalam pelajaran,perlu lebih dalam amalan dan perlu lebih dalam segenap hal yang baik-baik,barulah boleh menjadi contoh yang cukup baik pada pengikutnya..jangan hanya lebih berat badan sahaja"



Seperti satu tamparan hebat bilamana aku mendengar ulasan ustaz ini,walaupun pada zahirnya terukir senyuman pada wajah kami berdua ,namun ianya x lebih sebagai satu senyuman sinis yang jauh di sudut hati cuba kami sembunyikan satu rasa tanggungjawab yang amat berat!!Semangnya ianya merupakan satu amanah yang amat berat bagi kami berdua.Sungguh berat!!!!...
Seorang ketua bilamana telah diamanahkan menjadi peneraju perlu ada satu sifat dalam dirinya untuk berfikiran jauh kehadapan.Berfikir di sini bukan sahaja tertumpu pada penrancangan organisasinya,tetapi juga atas dirinya supaya menjadi org paling utama dan kehadapan dalam pengamalan atas apa yang diucapkan.Takut riak muka kami bilaman mendengar satu lagi ayat dari surah as-saff yang mksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”(as-saff,2-3)


Ya Allah payah dan susah apa yang engkau timpakan ini,namun aku mengerti yang perancangan mu tidak pernah silap dan songsang.

Wallhu a’lam.

2 comments:

ainies said...

tambahan menarik tuk pengisian konsep wehdatul fikr dan wehdatul amal(kesatuan) ain terlepas pandang point tu..terima kasih ye:)

buzzy said...

nice...yg bab pemimpin tu,rse kite share kan bersama presiden perwakilan pelajar...ade sokongan?.not to judge but to share