ini NIATnya!!

bismillah


kesejahteraan pada pembaca.

(straight to the point)
Sejujurnya aku agak ragu-ragu untuk menulis perihal OC ini.Mungkin ada yg kurang ngerti ape itu OC?takpe la.Untuk yang x mengerti tidak perlu untuk anda selidik jauh ke dalam untuk mengetahui ape itu OC.Kerna entri kali ini lebih terjurus kepada penjelasan dan merungkaikan sedikit salah faham yang tercipta.:)

Hebat melanda isu perbincangan agresif antara kelab-kelab bersama satu badan pimpinan pelajar yang mnjadi begitu hangat diperkatakan kini.Hebat juga kutukan/cacian dan berbagai-bagai kesan negetif yang tercipta dek pertemuan ini.Sudah,aku tidak mahu bercerita apa yang terjadi ketika perjumpaan itu dan tidak perlu juga semua untuk mengetahuinya.Cuma ada disana suara-suara kurang enak yang terdengar mnyebutkan "atas faktor ape sebuah kelab yang berlandaskan islam terut serta dalam perjumpaan agresif itu"..??

Suka untuk aku jelaskan yang bahawa kehadiran pemimpin kelab tersebut adalah dengan satu niat HANYA untuk mencadangkan mengenai perlunya ada individu2 muslim terlibat sama dalam OC pada kali ini.Perlu satu kuantiti yang banyak untuk memiliki satu kekuatan bagi membendung perkara-perkara yang x diingini berlaku yang jelas bertentangan dgn islam.aku ulangi dgn ISLAM!!bukan MELAYU!!..dgn satu niat yg cukup jelas disana..Maka tidak timbul isu membenci individu-individu lain pada ketika itu samada ianya muslim atau tidak.Kedatangan pemimpin ini hanya berpaksikan pada niat ini sahaja dan tidak pernah pula dia meninggikan suara atau mencaci org lain ketika mesyuarat berlangsung.Salahkan beliau untuk sama-sama bergerak atas dasar ini???tidak boleh kah??
Kalau atas dasar dan niat seperti ini hilangnya respect kalian pada pemimpin ini,mintak maaf..aku rase beliau tdk dapat untuk memuaskan hati kalian..:)

Kita perlu sedar kekadang perkara-perkara sebegini sgt senang untuk di salah faham.Maka saya harap ianya dapat merungkaikan segala salah faham yang tercipta.Tidak semua org lengkap,maka menjadi satu kewajiban bg kita utk sama-sama melengkapkan antara satu sama lain.Saya juga berbesar hati untuk berjumpa dgn mana2 individu untuk menjelaskan mana2 perkara yang tdk jelas.
Aku mewakili pemimpin tersebut meminta maaf bnyak2 atas mungkin kelemahan yang ada atas diri ini.Sejujurnya tidak pernah terdetik pon untuk mengeruhkan suasana,tapi mungkin ini percaturan tuhan untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain..:)


wallahu a'lam..


p/s:sesiapa yang mahu berbicara perihal ini,harap dpt contact terus saya di 013-3626747..tdk perlu ber"msg2" disini yee..hiihi..:P

0 comments: