Moh ramai2


p/s:Aku sangat "penat"..senyum?..:)

tag elle lagi..dan lagi..lagi2..=P

1. Nama-nama timangan oleh org tersayang

kat umah dipanggil "abang"..kat mmu "razak"(nama timangan ke?)


2. anda seorang yang ..

biasa saja..x ensem..gemok sket r..=P(sket jee..)


3. insan teristimewa.describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.

sbb die lahirkan saya dan membesarkan saya smpai begini besar..sbb die kasi duit kat saya..die doakan saya dan
dia concern kat saya x mcm org lain concern..kalo ade awek pon x leh dan akan istimewa cm MAK saya....:)

4. Makanan favourite anda

sambal udang


5. Favourite color(s)

biru laut yg gelap2 sket.


6. Favourite song(s)

sekarang mood layan nasyid ..:)..bukak IKIM jerk..nmpak cm dak baik kan??layan nasyid jerk..pedulik org nk kata pe..=P
lagu2 hijaz ngn raihan..ekceli lirik lagu2 nasyid nie sejuta kali lebih bagus dari lagu2 skarang..tapi org skarang "alergic" ngn nasyid..almaklumla..dah mkin maju kan..:P


7. Sikap yg membuatkan anda stress

a)stress ngn perngai org yg ngegade..

b)sgt2 stress ngn org yg suka mngata org mcm diri sndiri bagus

c)aku sgt stress ngn dak2 mmu..pakai la leklok sket..aku leh tergoda tau tak?..cuba la tutup mana2 yg patut

8. 3 bende yg mesti ade dalam handbag anda

rase elle silap bg tag la..igt hamba nie perempuan eh?..=P



9. Kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??

erm....form 5?..ye kot..lama x nngis beriya-iya..


10. Tag 5 rakan anda

hanis

bannis

anak cik mahmud no 5

si chubby hanis---->aku geli dah nieh

yg no lima nieh..ko pilih la sndiri nis..

:)

bismillah


asalnya aku telah pon membuat satu post terbaru..tapi bile dibaca balik seperti tak sampai ape yg betul2 terbenam dalam pemikiran aku..sampaila ketika aku saja tgk2 balik koleksi2 post2 yg penah aku tulis,terbace post ini yg aku rase dpt menyampaikan ape yg ku fikirkan..:)




wallahu a'lam..

short break~

bismillah

sekadar gmba hiasan

kekangan masa benar-benar mnjadi batu penghalang terbesar blog ini di update..cuba sekadar satu post yg ringkas ingin aku nyatakan..

Aku pinta doa kalian agar Allah benar-benar betulkan niatku..tetapkan imanku..permudahkan urusan duniaku..dan beri nikmat kemulian matiku ..agar dapat tercapai segala macam kebaikkan akhirat dan hindari azab yg menanti...


Aku juga pinta agar kalian mendoakan supaya terus pautan hati aku pada teman-teman baikku..hindari segala permusuhan..dengki..busuk hati..dan segala macam mazmumah yg mampu mnjauhkan ikatan "kengkawan" kami..Doakan juga pada sahabat2 aku yg jauh tergelincir atas panahan "kasih" yg amat2 sukar utk dihindari oleh aku dan mereka..
Doa agar terus mekar terbentuk hati2 yg inginkan kebaikkan..:)


p.s:hidup bukan sekadar belajar dan bercinta..:p

Alhamdulillah~

bjBantu SAR: Kerjasama PAS-Umno di K'tan
Muda Mohd Noor | Jul 15, 08 4:42pm

Kementerian Pelajaran telah meluluskan peruntukan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat (SAR) di Kelantan, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ia merupakan langkah permulaan ke arah mewujudkan kerjasama PAS-Umno.

hishammuddin hussein 00Hishammuddin berkata, kerjasama antara kedua buah parti Melayu-Islam itu adalah penting demi kepentingan perpaduan Melayu dan agama Islam.

sehubungan itu, katanya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan hadir sendiri untuk menerima bantuan tersebut tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat exco pergerakan Pemuda Umno di ibu pejabat parti ini Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

"Dalam hal yang munasabah, dalam hal orang Islam dan orang Melayu kita tidak terbelenggu dengan isu yang sempit.

Terang isu semasa

"Bagaimanapun, Pemuda PAS jangan mengambil kesempatan dengan sikap tidak konsisten langsung dalam persoalan bangsa dan agama," katanya.

Sementara itu, Pemuda Umno, kata Hishammuddin menyokong penuh peralihan kuasa dari perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tetapi, kata menteri pelajaran itu, ini bukan bermakna orang tidak boleh bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti Disember ini.

"Pemuda Umno tidak boleh menghalang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada bertanding dalam pemilihan parti kerana hak pertandingan ada dalam perlembagaan parti," katanya.

Bagaimanapun, katanya, Pemuda Umno akan memastikan peralihan dalam parti berjalan lancar.

Hishammuddin berkata, Pemuda Umno akan turun ke bawah untuk menerangkan isu-isu semasa termasuk isu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli-ahli parti itu.

Katanya, pada peringkat awal, ia membabitkan Terengganu, Kelantan dan Pahang dan dijangka bermula minggu ini.




p/s:Jgn sempitkan pemikiran politik..antara pas dan umno pasti ade satu titik persamaan..dek atas titik persamaan itu yang perlu utk dipergagahkan...

"aku benci ...."

bismillah..

berita ini sedikit sebanyak memberi impak pada diriku.:)



7 tahun dalam ISA, Shahrial sedih menatap wajah anak yang sudah tidak bernyawa
Roy Rasul | Foto Nasir Sudin
Fri | Jul 04, 08 | 12:05:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Ketibaan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Shahrial Sirin, untuk menatap jenazah anak sulungnya, Aina Mardiah, 17, yang di tempatkan di rumah jirannya, Mohd Nawawi di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor disambut dengan penuh hiba dan genangan air mata kaum keluarga dan hadirin.

ImageShahrial yang tiba kira-kira jam 9.40 malam dibawa dengan sebuah van dengan nombor pendaftaran WQV 4491 diiringi lebih kurang sepuluh anggota polis. Setibanya di pekarangan rumah tersebut beliau terus didakap anak keduanya, Ehsan Shahrial, 16 dan beberapa sahabat handai.

Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya.

Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ.

ImageBeliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim.

Kemudian beliau memanggil keempat-empat anaknya, Ehsan, 16, Abdullah Masul, 14, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 duduk bersamanya untuk menyedekah doa buat arwah anaknya.

Hening malam ketika itu yang dipenunh dengan bacaan surah yassin terhenti seketika.

Air mata pilu hadirin termasuk sanak saudara tidak dapat ditahan lagi. Malah rakan-rakan sekolah arwah yang menunggu sebelum Maghrib lagi turut tidak dapat menahan kesedihan.

ImageSementara itu, pihak polis yang mengawalnya hanya membenarkan Shahrial berada di sisi anaknya hanya satu jam.

Shahrial yang dibawa dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping pada jam lima petang semalam tidak dapat menatap melihat anaknya sewaktu beliau sedang kritikal di Hospital Kajang semalam.

Ini kerana, anaknya menghembus nafas terakhir pada jam kira-kira 6.10 petang semalam. Anaknya dihantar ke hospital pada petang Rabu, 2 Jun apabila pengsan akibat terjatuh di rumahnya.

Selepas jatuh beliau terus koma dan di beri bantuan dengan mesin jangka hayat kerana mengalami darah beku dalam kepala.

Pada malam tersebut juga, keluarganya meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membenarkan Shahrial menziarahnya.

Dengan itu sejak pukul lima petang kaum keluarga menunggu kedatangan Shahrial kerana mereka difahamkan Shahrial akan sampai di hospital antara pukul lima hingga enam petang.

Bagaimanapun penantian mereka ternyata hampa kerana anaknya meninggal sebelum Shahrial tiba.

Dalam pada itu, jenazah arwah di bawa ke rumah jirannya selepas Magrib.

Jenazah arwah diletakkan di rumah jirannya kerana rumahnya yang terletak bersebelahan terlalu uzur.

Pada hari ini pula, beliau dibenarkan melawat anaknya semasa di majlis pengkembumiannya di tanah perkuburan Islam kampung tersebut.

Di majlis tersebut juga beliau difahamkan hanya satu jam juga.

Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis GMI turut berada di situ.

Turut sama berada di situ ialah Yang Dipertua PAS Cheras, Zulkifli Ahmad dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta isteri beliau.

Orang ramai pada malam tadi tidak putus-putus melawat arwah bahkan beberapa guru orang sekolahnya turut menziarahnya.

Kepada pembaca yang sedia membantu keluarga Almarhumah Aina Mardiah dan keluarga mangsa ISA yang lain, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.





"Aku doakan segala yang baik bagi yg teraniaya dan yang menganiaya,kelak kowang pepandai jawab kat tuhan..anda telah melakukan satu kezaliman yang dasyat dan ketahuilah yg ALLAH itu maha zalim sifatnya"..

wallahu a'lam

"......"


bismillah~

hahaha..tak tau nk letak gmba pe...nie jerk yg ade...=P


"tidak terlepas jejak langkah seorang hamba di akhirat kecuali setelah ditanya masa hayatnya sehingga ajal datang,umur mudanya kemana dihabiskan,hartanya kemana dibelanjakan dan ilmu yang dipelajari ke mana diamalkan"


kalau ade seseorang yang:


1.kite buat jahat kat die tapi dia buat baik jerk kat kite....
2.Kita amek barang die..rosakkan..leh plak die ganti baru...
3.die ketua kita..tapi kita selalu x ikut cakap die..arahan die selalu kite buat bodo tapi selalu plak die kasi hadiah walaupon die tau kita mmg buat jahat tahap setan kat die....
4.kita bukan buat jahat kat die jerk..tapi buat jahat kat "awek" dia jugak...
5.kalo macam die dah x tahan sgt ngn ke"setan"an perangai kita nie..die bagi la sikit pengajaran..tapi x de la teruk mana..lepas die bg kite pengajaran tuh plak kan..die kasi hadiah balik...


kalo kowang jmpa org cmnie..ape kowang buat?


nak jmpa org cmnie buat masa atau zaman sekarang nieh..mmg susah kot..ajaib la kiranya..cmne eh nk cakap..erm..tapi kalo ade la ..kire mmg wujud la depan mata jenis manusia yang seumpama nieh..aku rase kita mesti cakap..."ko nieh mmg baik r..ahli syurga r"..mesti kita pon sayang n suka gile2 ngn membe cmnie..ye r..sket punya baik perngai ..buat jahat..die balas baik..buat baik pe ntah lagi kan..ish..kalo ade depan aku la manusia cmnie..kire kalo aku jmpa la..mmg aku x lepas la..x kesahla pompuan ke laki ke putih ke itam ke kurus ke gemok ke buncit ke pendek ke tinggi ke ketot ke katik ke botak tengah ke sumbing ke ape-ape ke..mmg aku geng la ngan die nieh...


jap..jap...

nk tnya diri sendiri jap..rase cam ade jerk yg macam nie perngai nye...x caya??..ade..aku rase dlu cikgu aku kat skola penah cte..yang ALLAH ini sebegini sifatnya bahkan lebih baik!!!!..ALLAH itu kan baik~...=P

ye r..punya la bnyak org melayu x smayang arinih..punyala bnyak org melayu buat mende2 yg dilarang leh agama derang...org melayu minum arak bnyak gak..org melayau yg berzina pon boleh tahan.....tapi aku x nmpak pulak allah laknat kaum
melayu nie macam kaum nabi lut...kire baik la ALLAH nieh..baper ramai plak yg kutuk2 "awek ALLAH" Ar-Rasul S.A.W..tapi lek jerk ALLAH x balas terus..siap bagi masa utk taubat lagi..masalahnya..kita yang kerek nieh..x sedar-sedar masa yang die kasi dah x bnyak ..ye r..kire fair r..org dh bg masa..x nak guna..mmg la terasa macam x terhargai ..kire kene r amek balik...kang kalo dh amek balik masa2 nk mintak maap ngn ALLAH ..baru tercanak-canak smua org..termasuk aku..:D


"Dari Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, disabdakan Rasulullah s.a.w., pada zaman itu, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala";- (Riwayat Thabrani dan Hakim).





~KIamat dah dekat...:)