sana sini

bismillah


sana sini 1

Amod bukan nama sebenar baru sahaja selesai bermain bola.Berjalan melintasi tepi padang.Di tempat duduk penonton kelihatan dua tubuh manusia.Seorang lelaki dan seorang wanita sedang enak berkepit bermadu asmara.Amod berkata didalam hatinya:

"Sungguh bahgia pasangan kapel itu.Alangkah bahagianya juga kalau aku juga mampu memiliki seorang teman wanita untuk aku menjadikan ia sebagai tempat untuk bermadu kasih.Tuhan perkenankanlah doa hambamu ini."

Maka tuhanpun menjawab doanya:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” -Al-Israa’(17) ayat 32


sana sini 2.

Saleh baru pulang dari kelasnya.Hari ini kelasnya tamat agak awal.Jam baru menunjukkan pukul 6 petang.Jam 7 malam saleh sudah bersiap untuk ke masjid untuk berjemaah di surau.Selepas selesai berjemaah disurau,saleh berjalan kaki pulang ke hotel kediamanya.Saleh perlu melalui sebuah taman untuk pulang ke hostelnya.Dalam perjalananya itu, saleh terlihat satu pasangan melayu islam yang sedang enak bercendana dalam keheningan senja itu.Lantas saleh berkata terus di dalam hatinya:

"Ish,kesian sungguh mamat dan minah nieh,sedang org yang beriman sedang elok menikmati kasih sayang tuhan dalam solatnya,kamu berdua lalai bertemankan syaitan disini.Ah kesian sungguh,aku mendoakan kalian diberi hidayah allah.Baik aku beri salam,sekurang-kurangnya mungkin dia terasa yang apa yang dilakukanya ketika ini adalah perkara yang salah"

"Assalamualaikum"Lontar saleh sengan sebuah senyuman yang mengoda

"Rasulullah bersabda:
Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)"

sana sini 3

Mia gadis yang cantik dan comel.Dek kerana kecomelan dia itulah membuatkan ramai pemuda mengidamkanya sebagai seorang kekasih.Pon begitu,hati mia sudah dimiliki.Razak,ya inilah nama pemuda yang berjaya memiliki hati mia.Hari ini mereka bercadang untuk berjumpa di sebuah taman bunga berhampiran dengan surau selepas habis waktu kuliah.Jam tujuh mereka kesana.Bahgia rasanya dapat berjumpa bersembang dan bermadu asmara bersama sehingga tidak sedar azan maghrib yang berkumandang.Sedang mereka asyik bermadu asmara,kelihatan seorang lelaki berkopiah berjalan melintasi mereka.Dengan senyuman,lelaki itu memberikan salam dan terus berlalu meninggalkan mereka.Lantas razak berkata kepada kekasihnya mia:

"Ah, nak tunjuk baiklah tuh,baru ke surau sudah mahu memerli kita dengan memberi salam.Macam dia itu ahli syurga dan bukanya malam ini seperti mahu kiamat.Pasti dia jelous dengan kebahgiaan kita.Org semacam itu memang memandang org seperti kita ini penuh dosa dan caca merba"

khalifah Umar bin Khattab menyatakan:
"Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan."

sana sini 4

Saleh baru sahaja sampai ke biliknya dari surau selepas selesai menunaikan solat maghrib berjemaah.Sesampainya dibilik, saleh terpandang sahabat biliknya amod sedang melayari internet.Saleh menasihati amod dgn baik untuk menunaikan solat maghrib.Amod menjawab bahawa dia sangat penat dari bermain bola dan tak mampu untuk bersolat.Saleh menasihati amod sekali lagi bahawa solat itu wajib dan perlu ditunaikan walaupun dalam keadaan sakit.Amod tak senang duduk,lantas berbicara kasar kepada saleh:

"Ah,engkau jangan menyibuk,kalau engkau mahu solat,solat sahaja.Lagipun aku belum bersedia nak solat.Jangan nak menjadi ustaz disini.Nanti bila mati kubur engkau dan kubur aku bukan satu lubang!"

Maka Tuhan berbicara kepada mereka dan kita:
"Peliharalah segala solat(mu) dan peliharalah solat Wustha (yang ditengah-tengah yakni Asar). Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk". (Surah Al-Baqarah; Ayat 238)

sana sini 5

Amod bersiap ke kelas.Dia perlu ke kelas hari ini kerana rekod kedatanganya sudah terlalu teruk.Kalau kelas yang ini dia terlepas,maka dia sudah pasti tidak dapat menduduki kertas peperiksaan akhir tahun.Di dalam kelas,amod duduk disebelah mia.Amod memang meminati mia,tapi apakan daya kerana mia sudah dimiliki razak.Di dalam kelas amod rancak bersembang bersama mia.Iyalah,kelas sudah lama tidak datang,apa yang di cakapkan lecturer didepan sepatah haram tidak difahami.Amod berkata kepada mia:

"U tau mia,I menyampah betul dengan rumate I tuh,berlagak dan tujuk baik.Selalu sangat nak berceramah dengan I,seolah-olah I ni macam ahli neraka.U tau dia tuh pon bukanya bagus sgt.Tidur berdengkur kuat macam monyet.Badan die U tau,berbulu banyak!!.Lepas tuh pulak suka sangat jaga tepi kain org. U nak tau lagi tak , dia tuh bla bla bla ....."

Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai:
"Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? (Quran surah al-Hujurat, ayat 12)
"

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).




Wallahu a'lam.









0 comments: