Langit

bismillah

Kelihatan setubuh makhluk tepat memandang ke langit biru. Luas sungguh langit itu. Berwarna putih dan biru warnanya. Putih kerana awanya dan biru seperti dasarnya. Melihat warna langit pada puncak bukit terlalu indah dan besar ertinya. Tidak cukup, bukit-bukau dan gunung ganang menghiasi panorama ini juga. Seperi tiang yang menyokong langit itu, berdiri tegak dan gagah berserta barisan banjaran yang memukau pandangan. Subhanallah, makhluk itu memuji keindahan dan kehebatan penciptaan ini. Terukir senyuman pada bibirnya. Tetapi malang, bibirnya tidak kelihatan seperti angelina jolie.

Makhluk itu terus merenung langit biru, tajam kali ini renunganya. Matanya terus sahaja merenung tanpa berkelip sedang fikiranya sudah jauh melangkau langit biru itu. Kini makhluk itu sudah berada di alam semesta yang luas. Ya, di luar bumi. Kali ini hitam pekat sahaja pandanganya, planet-planet disekelilingnya begitu banyak, berjuta-juta jumlahnya tetapi mereka semua bergerak mengikut paksinya. Dimana bumi ketika ini? makhluk ini terus mencari namun tidak ke temui. Dimana aku ketika ini? makhluk cuba mendefinasi tetapi tetap juga gagal dicari. Masih mahu sombong dan berlagak kepada sang pencipta? sedangkan sendiri masih kecil dan kerdil berbanding luas langit dan alam semesta.

Kini matanya pada bukit dan gunung ganang. Yang berdiri kukuh ini bukan selamanya. Suatu hari nanti pasti akan jatuh jua. Mustahil segagah ini ia berdiri tetapi akan menjadi hamparan pada si dunia? ah, mungkin ini kisah dogeng si penglipur lara. tidak!, ini kisah benar oleh sang pencipta. Utusanya sudah menyampaikan akan tiba hari pembalasan. Si gunung ganang dan bukit bukau semuanya akan menurut perintah yang maha esa. Semuanya akan jatuh rebah menyembah sang pencipta. Semuanya akan akur pada kehebatanya. Semuanya yang ada didepan makhluk ini akan menjadi hamparan dunia. semuanya benar!! ah, maka dimana kita ketika itu?

Mata masih memandang pada ciptaan maha esa. Puncak bukit ini terlalu banyak pengajaran dan kenanganya. Sekali sekala minda diberatkan dengan tugasan dunia sehingga terganggu semuanya keindahan didepan mata ini. Ah, banyak sekali tugas yang belum selesai,yang itu perlu disubmit, yang ini perlu disiapkan .Hati rungsing dan fikiran melencong seketika. Nanti dulu, ada perkara yang perlu lebih dirungsingkan. Andai kata bukit-bukau dan gunung ganang didepan mata ini jatuh dalam sekelip mata, dimana persiapan yg akan dibawa?Apekah masih berguna segala kerunsingan dunia? Ah, aku kecewa. Kecewa dengan diri sendiri yang gagal melawan kuasa dunia.

langit itu terlalu besar ertinya dan semoga kita terus berjumpa untuk bermuhasabah padanya.

0 comments: