:)
asalnya aku telah pon membuat satu post terbaru..tapi bile dibaca balik seperti tak sampai ape yg betul2 terbenam dalam pemikiran aku..sampaila ketika aku saja tgk2 balik koleksi2 post2 yg penah aku tulis,terbace post ini yg aku rase dpt menyampaikan ape yg ku fikirkan..:)
wallahu a'lam..
short break~
kekangan masa benar-benar mnjadi batu penghalang terbesar blog ini di update..cuba sekadar satu post yg ringkas ingin aku nyatakan..
Aku pinta doa kalian agar Allah benar-benar betulkan niatku..tetapkan imanku..permudahkan urusan duniaku..dan beri nikmat kemulian matiku ..agar dapat tercapai segala macam kebaikkan akhirat dan hindari azab yg menanti...
Aku juga pinta agar kalian mendoakan supaya terus pautan hati aku pada teman-teman baikku..hindari segala permusuhan..dengki..busuk hati..dan segala macam mazmumah yg mampu mnjauhkan ikatan "kengkawan" kami..Doakan juga pada sahabat2 aku yg jauh tergelincir atas panahan "kasih" yg amat2 sukar utk dihindari oleh aku dan mereka.. Doa agar terus mekar terbentuk hati2 yg inginkan kebaikkan..:)
p.s:hidup bukan sekadar belajar dan bercinta..:p
Alhamdulillah~
| bjBantu SAR: Kerjasama PAS-Umno di K'tan |
| Muda Mohd Noor | Jul 15, 08 4:42pm |
| Kementerian Pelajaran telah meluluskan peruntukan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat (SAR) di Kelantan, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Terang isu semasa |
p/s:Jgn sempitkan pemikiran politik..antara pas dan umno pasti ade satu titik persamaan..dek atas titik persamaan itu yang perlu utk dipergagahkan...
"aku benci ...."
berita ini sedikit sebanyak memberi impak pada diriku.:)
7 tahun dalam ISA, Shahrial sedih menatap wajah anak yang sudah tidak bernyawa
| Roy Rasul | Foto Nasir Sudin Fri | Jul 04, 08 | 12:05:43 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Ketibaan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Shahrial Sirin, untuk menatap jenazah anak sulungnya, Aina Mardiah, 17, yang di tempatkan di rumah jirannya, Mohd Nawawi di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor disambut dengan penuh hiba dan genangan air mata kaum keluarga dan hadirin. Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya. Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ. Kemudian beliau memanggil keempat-empat anaknya, Ehsan, 16, Abdullah Masul, 14, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 duduk bersamanya untuk menyedekah doa buat arwah anaknya. Hening malam ketika itu yang dipenunh dengan bacaan surah yassin terhenti seketika. Air mata pilu hadirin termasuk sanak saudara tidak dapat ditahan lagi. Malah rakan-rakan sekolah arwah yang menunggu sebelum Maghrib lagi turut tidak dapat menahan kesedihan. Shahrial yang dibawa dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping pada jam lima petang semalam tidak dapat menatap melihat anaknya sewaktu beliau sedang kritikal di Hospital Kajang semalam. Ini kerana, anaknya menghembus nafas terakhir pada jam kira-kira 6.10 petang semalam. Anaknya dihantar ke hospital pada petang Rabu, 2 Jun apabila pengsan akibat terjatuh di rumahnya. Selepas jatuh beliau terus koma dan di beri bantuan dengan mesin jangka hayat kerana mengalami darah beku dalam kepala. Pada malam tersebut juga, keluarganya meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membenarkan Shahrial menziarahnya. Dengan itu sejak pukul lima petang kaum keluarga menunggu kedatangan Shahrial kerana mereka difahamkan Shahrial akan sampai di hospital antara pukul lima hingga enam petang. Bagaimanapun penantian mereka ternyata hampa kerana anaknya meninggal sebelum Shahrial tiba. Dalam pada itu, jenazah arwah di bawa ke rumah jirannya selepas Magrib. Jenazah arwah diletakkan di rumah jirannya kerana rumahnya yang terletak bersebelahan terlalu uzur. Pada hari ini pula, beliau dibenarkan melawat anaknya semasa di majlis pengkembumiannya di tanah perkuburan Islam kampung tersebut. Di majlis tersebut juga beliau difahamkan hanya satu jam juga. Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis GMI turut berada di situ. Turut sama berada di situ ialah Yang Dipertua PAS Cheras, Zulkifli Ahmad dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta isteri beliau. Orang ramai pada malam tadi tidak putus-putus melawat arwah bahkan beberapa guru orang sekolahnya turut menziarahnya. Kepada pembaca yang sedia membantu keluarga Almarhumah Aina Mardiah dan keluarga mangsa ISA yang lain, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336. |
"Aku doakan segala yang baik bagi yg teraniaya dan yang menganiaya,kelak kowang pepandai jawab kat tuhan..anda telah melakukan satu kezaliman yang dasyat dan ketahuilah yg ALLAH itu maha zalim sifatnya"..
wallahu a'lam
"......"

bismillah~
"tidak terlepas jejak langkah seorang hamba di akhirat kecuali setelah ditanya masa hayatnya sehingga ajal datang,umur mudanya kemana dihabiskan,hartanya kemana dibelanjakan dan ilmu yang dipelajari ke mana diamalkan"
kalau ade seseorang yang:
1.kite buat jahat kat die tapi dia buat baik jerk kat kite....
2.Kita amek barang die..rosakkan..leh plak die ganti baru...
3.die ketua kita..tapi kita selalu x ikut cakap die..arahan die selalu kite buat bodo tapi selalu plak die kasi hadiah walaupon die tau kita mmg buat jahat tahap setan kat die....
4.kita bukan buat jahat kat die jerk..tapi buat jahat kat "awek" dia jugak...
5.kalo macam die dah x tahan sgt ngn ke"setan"an perangai kita nie..die bagi la sikit pengajaran..tapi x de la teruk mana..lepas die bg kite pengajaran tuh plak kan..die kasi hadiah balik...
kalo kowang jmpa org cmnie..ape kowang buat?
nak jmpa org cmnie buat masa atau zaman sekarang nieh..mmg susah kot..ajaib la kiranya..cmne eh nk cakap..erm..tapi kalo ade la ..kire mmg wujud la depan mata jenis manusia yang seumpama nieh..aku rase kita mesti cakap..."ko nieh mmg baik r..ahli syurga r"..mesti kita pon sayang n suka gile2 ngn membe cmnie..ye r..sket punya baik perngai ..buat jahat..die balas baik..buat baik pe ntah lagi kan..ish..kalo ade depan aku la manusia cmnie..kire kalo aku jmpa la..mmg aku x lepas la..x kesahla pompuan ke laki ke putih ke itam ke kurus ke gemok ke buncit ke pendek ke tinggi ke ketot ke katik ke botak tengah ke sumbing ke ape-ape ke..mmg aku geng la ngan die nieh...
jap..jap...
nk tnya diri sendiri jap..rase cam ade jerk yg macam nie perngai nye...x caya??..ade..aku rase dlu cikgu aku kat skola penah cte..yang ALLAH ini sebegini sifatnya bahkan lebih baik!!!!..ALLAH itu kan baik~...=P
ye r..punya la bnyak org melayu x smayang arinih..punyala bnyak org melayu buat mende2 yg dilarang leh agama derang...org melayu minum arak bnyak gak..org melayau yg berzina pon boleh tahan.....tapi aku x nmpak pulak allah laknat kaum melayu nie macam kaum nabi lut...kire baik la ALLAH nieh..baper ramai plak yg kutuk2 "awek ALLAH" Ar-Rasul S.A.W..tapi lek jerk ALLAH x balas terus..siap bagi masa utk taubat lagi..masalahnya..kita yang kerek nieh..x sedar-sedar masa yang die kasi dah x bnyak ..ye r..kire fair r..org dh bg masa..x nak guna..mmg la terasa macam x terhargai ..kire kene r amek balik...kang kalo dh amek balik masa2 nk mintak maap ngn ALLAH ..baru tercanak-canak smua org..termasuk aku..:D
"Dari Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, disabdakan Rasulullah s.a.w., pada zaman itu, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala";- (Riwayat Thabrani dan Hakim).
~KIamat dah dekat...:)
ta'ruf di kota singa
Bismillah
Syukur atas tuhan yang mengkhendaki perjalanan pulang dan pergi kami ke
“Dynamic team intitusi usrah” dibawah ketuanya saudara izuan mustafa bagi aku dikira berjaya menjalankan tugasnya dalam program pada kali ini.Penjelajahan selama 5 hari ke kota singapura dalam merangka dan mumupuk sikap bermasyarakat kepada pelajar universiti multimedia bagi aku cukup menarik dan berkesan.Dengan aktiviti seperti mengajar multimedia di rumah anak2 yatim(darul ma’wa),mencari donation di tengah2 kota singapura,sharing moment bersama drug addict(darul islah) dan beramah mesra dgn org2 tua(darul takrim) bagi aku cukup berharga.Aku tidak mahu berbicara mengenai aktiviti yang dilaksanakan ketika kami di singapura kerana anda boleh membacanya di blog rakan2 lain.seperti blog edry,yus ngan tekong.Cuma aku terpanggil utk menukilkan beberapa perkara yang sangat2 penting.
Berta’ruf
Bilamana diadakan satu perjalanan jauh atau satu program yang memakan masa berhari –hari secara tidak langsung ia merupakan satu masa yang sangat-sangat sesuai untuk anda mengenal rakan anda.Ketika masa yang panjang sebeginilah akan terzahir segala macam perangai yang mungkin selama ini mampu untuk kita selindungi.Lebih-lebih lagi bilamana kita menempuh satu keadaan yang tidak dirancang,satu keadaan sukar,nah ketika inilah akan teruji dimana kesabaran,akan terzahir kemarahan dan terkeluar segala macam perangai2 yang mungkin selama ini kita berjaya sembunyikan.
Ianya bukan sahaja satu sesi untuk kita berta’ruf dengan sahabat dan rakan kita tapi yang paling penting sesi kita berta’ruf bersama diri sendiri.Sejauh mana kemampuan kita dalam memimpin dan sejuah mana kesabaran kita dalam dipimpin.Ketika ini kita akan dapat berkenalan dengan kekuatan dan kelemahan kita.Kita akan mengetahui sejauh mana berkesanya komunikasi kita,sejauh mana penerimaan org terhadap kita dan bagaimana kemampuan berkerjasama kita dalam satu pasukan.Semuanya ini mampu untuk kita kesan pada fatrah ini.
Ukhuwah
Teringat zaman sekolah dahulu bilamana mahu diadakan satu program kelas pasti objektif utamanya ialah “merapatkan ukhuwah”.Walaupun kurang memahami makna sebenar objektif itu tapi kerana seperti sudah menjadi satu objektif yang wajib diletakkan maka ianya tertulis disitu.Bila semakin lama melakukan program seperti ini barulah dapat benar-benar memahami kenapa ianya menjadi objektif yang “wajib”.
Benar,kadang-kadang dengan program sebegini ia akan dihiasi dgn sedikit salah faham,akan deselangi dengan rajuk dan masam muka.Tapi perlu ditekankan bahawa ini adalah satu proses ta’ruf yang pengakhiranya akan merapatkan ukhuwah.Kita akan lebih mengenali rakan kita,kita akan mamahami bila keadaan-keadaan yang rakan kita sukar menghadapinya,kita akan lebih concern tentang sensitiviti rakan kita dan kita akan mengerti bagaimana cara memujuknya.Semua ini adalah satu proses pembelajaran.Pembelajaran dalam kehidupan.Rakan dan kawan adalah individu yang akan selalu berada disamping kita.Atas sebab itu perlu untuk kita belajar “mengenali” mereka.
Abes tuh?
Aku yakin masing-masing sudah mengerti akan peribadi sendiri/rakan dan mungkin akan lebih memahaminya bila melalui perjalanan ini.Cuma kekadang manusia sukar untuk menerima teguran dek kerana tebalnya ego.Menjadi manusia yang hebat bukan mudah,anda perlu sentiasa berani memafkan diri dan berubah.Memaafkan diri atas segala macam keburukan yang dimiliki dan mengubahnya ke arah yang lebih baik.Nah sekarang anda sudah mengerti kan kelemahan dan kekuatan yang anda miliki?Gunakanlah kekuatan anda untuk menampal kelemahan itu.Mustahil anda boleh membuang segala kelemahan diri kerana manusia itu mmg tidak perfect sifatnya.Perjalanan kita lebih jauh,banyak perkara yang sebenarnya perlu untuk kita lakukan.Maksud ku disini perlu SAMA-SAMA kita lakukan,kalaula dek kerana hanya sedikit ini kelemahan kita atau rakan kita dan ianya memberi kesan atas segala usaha yang bakal dilaksanakan,kita telah mengalami satu kerugian yang besar dan program ini boleh diisytiharkan GAGAL walaupun mendapat begitu banyak positive feedback.Tapi jika atas program ini akan melahirkan individu-individu yang lebih kuat ikatan ukhuwahnya dan akan melahirkan satu gerak kerja yang hebat makan program ini diisytihar BERJAYA.
Wallhu a’lam
p/s:song of the sea itu mmg sangat2 menarik dan pengalaman bermalam di luar banglow mmg tak dapat dilupakan!!
keje si HANIS lagi!
utk kedua kalinya aku di tag oleh HANIS.utk tidak mendukacitakan hatinya aku melaksanakan tugas yang diberikan.Di bawah adalah task yg diberi.
7 FAKTA TTG DIRIKU
1. Aku seorang yang tidak hensem(semua tau kot mende nieh).Yang peling penting aku seorang yang sukar sebenarnya berkomunikasi dengan orang yang aku tak kenal.Kalo org tuh berjawatan besar lagi la aku x ngeti..kekadang aku buat2 reti jerk..tapi sebenarnya aku mmg x reti..:)
2.Aku seorang yang x suka sikat rambut.Akak aku selalu kata aku selekeh.mmg pon..aku selalu sikat rambut mngunakan tangan.sbb tngan aku mcm sikat...ahaha..kalo rambut aku agak pnjang dan sukar nak diuruskan,aku akan pakai satu gadjet yang dinamakan TOPI..
3.Di sekolah disifatkan sbg seorang yang agak panas baran dan garang.Mungkin disebabkan oleh umur yg kurang matang dan tingkah laku bebudak skolah yang kerap meyakitkan hati.Tapi di MMU sudah mampu untuk mengawal nafsu amarah dan insyallah agak cool skarang..cuma ade segelintir lagi yang cuak+takut ngn raut muka ku..ahaha..sy x makan org ok?..:P
4.Sangat2 menghargai kawan2 aku terutamanya membe skola.Kekadang terasa cm "aku nie x de membe lain ke ??..."..ahahaha
5.seorang yang sombong+belagak+dan tidak berkarisma....
6.mempunyai satu impian utk di MMU yang hnya aku seorang tau...ahaha
7.saya seorang hamba tuhan yg biasa..x de pape yg istimewa..kalo jmpa saya aggap jerk cm x nmpak pape..ahaha
p/s:bun,ko tag aku lagi skali..mmg aku x buat dah..yang nie penat aku nk penuhkan 7!!
