welcome IZZAH HANAANI

bismillah.

atas permintaan ramai yg ingin melihat rupa anak buah sulung ku dan cucu sulang family ku,disini aku sertakan wajahnya.


Ibu dan anak



Izzah hanaani muhammad rahimi



Ibu dan abangku melihat ahli baru
hari pertama di dunia


baru lepas klua dari alam perut~


::Semoga kehadiranya bakal menambah seri dan keberkatan keluarga kami.Semoga juga besarnya nanti terasa akan "IZZAH" agama dan imanya~

Fazakkir~


bismillah...

bile bukak balik blog aku kat friendster,aku pon terbace tulisan ini yang aku tulis sendiri..dan aku terkesan dek tulisan aku ini dan aku terfikir utk berkongsi bersama.terlalu bnyak perkara yg aku sendiri tulis dalam tulisan dibawah ini yang mnyedarkan aku kembali.tulisan ini aku tulis ketika aku masih "muda" menjejakan kaki di bumi MMU ini.layankan~


"ku mulakan tulisan ku kali ini dgn lafaz mulia ini atas harapan mudah2han kesemua kita berada dlm lingkugan rahmat dan kesejahteraan daripada pemilik segala kehidupan.. selawat dan salam hnya selayaknya utk junjungan besar Ar-rasul s.a.w.... rakan-rakan dan musuh-musuhku, secara jujurnya aku tdk mempunyai apa2 perancangan didalam otakku utk ku coretkan pada kali ini..yg hadirnya pada tulisan ini hanyalah diatas ape yg aku fikirkan pada ketika ini... aku terpaut pada satu perkara yg dilakukan oleh Ar-rasul s.a.w.. yg mana ianya pernah diungkapkan oleh seorang ustat pada aku yg berbunyi..."nabi dulu ketuk setiap pintu rumah masyarakat mekkah utk menyampaikan kalimah la illa ha ilallah..." allahhhh.. betapa besarnya pegorbanan baginda utk manaekkan kalimah ini berbanding kita...bila terpikir balik,apakah yg pernah kita lakukan kala ini sebenarnya utk mencapai matlamat yg sama seperti baginda....atau mungkin benarkah niat kita selama ini, walaupon kononnya utk mencapai matlamat yg sama??! ingatlah kita sering memaniskan mulut berbicara ttg perkara2 seperti ini namun hakikatnya tiada langsung tindakan yg selayaknya utk merealisasikanya....pelbagai alasan mudah terungkap utk menidakkanya..tepuk dada tnya iman!! sejauh mana kalimah syahadah yg anda lafazkan itu benar2 tertusuk kedalam jiwa kalian??...


ahhh,aku salah...tidak usah berbicara perihal aqidah ini...aurat pun mudah tertanggal...bahasa pon tidak seindah mana...apetah lagi jika dibicara perihal amalan??? anda sendiri nilai dan hakimi sejauh mana kekuatan anda...layakkah anda menjadi ummat nabi muhammad s.a.w???..layakkah anda utk menerima syafaat dari Ar-Rasul ini...??? atau layakkah anda memakai nama ISLAM anda ini?? ingatlah..jika sekalipon tdk mmpu utk anda mengetuk pintu setiap rumah/bilik/dorm..cukuplah sekadar anda menunjukkan kecantikkan islam itu pada attitude anda....cukup sekadar anda pandai menjaga mulut dan perlakuan anda....itu lah perkara yg paling mudah utk aku dan kau lakukan...

sahabat2ku...

Ar-rasul s.aw sebelum menghembuskan nafas yg terakhir hnya terucap dgn kalimah ummati...ummati...ummati...yg membawa mksud ummatku..ummatku..ummaku...pada siapa kalimah ini tertuju??pada siapa yg nabi maksudkan...pada siapa yg nabi ingat ini???pada kita!!.. nabi cukup risau keadaan ummatnya diakhir zaman nanti...kitalah ummat itu wahai sahabat2ku... nah!!betapa sayangnya baginda pada kalian..pada aku...pada kau...pada semua.... tapi sayangnya..kecintaan,kesayangan dan penghormatan kita pada hari ini lebih layak diterima oleh boyfriend..girlfriend..dan yg x sepatutnya...lebih daripada orang yg mencitai kita iaitu ar-rasul s.a.w....

oleh itu kenalanku sekalian...

ketahuilah,kite berada didalam golongan pengakhiran...kita berada pada tahap terakhir pada usia bumi ini..kita adalah ummat akhir zaman...mana lagi tanda2 kiamat yg tidak kelua?? fikirlah sebelum terlambat..jgn bila mata terpejam,dan bila soalan mungkar nangkir terngiang2...baru terpaku...maseh ade masa sahabat..dunia ini jmbatan...jmbatan yg tidak selamanya kukuh...ade mase ia akan runtuh...binalah kekuatan atas jambatan ini utk menyeberang dgn selamat..mudah2han tiada yg antara kita ter'jatuh' kedalam gaung neraka ini..."

wallahu a'lam....

lelaki kuching~



Polis perketat kawalan di sempadan, buru dua suspek culik budak lima tahun

PETALING JAYA: Polis mengetatkan kawalan di semua pintu sempadan dan lapangan terbang dalam gerakan mencari Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang berhampiran rumahnya di Taman Medan, dekat sini, kelmarin serta memburu dua suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, gerakan bersepadu besar-besaran yang bermula semalam itu turut membabitkan langkah mengedarkan poster mangsa dan lakaran wajah suspek ke seluruh negara.


Katanya, satu pasukan khas yang dianggotai bersama pegawai dan anggota polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya juga ditubuhkan untuk menerajui siasatan.

Pasukan itu yang sedang berusaha menjejak dan mengenal pasti dua suspek terbabit berdasarkan lakaran wajah atau fotofit yang diperoleh daripada maklumat saksi, diketuai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad.

Musa berkata, lakaran itu turut diedar kepada media bagi membantu siasatan polis yang dibuat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak daripada penjagaan sah dan mereka yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun.

DICARI: Lakaran wajah suspek diedar Bukit Aman.

"Kita akan bertindak pantas mengesan suspek dan melancarkan gerakan besar-besaran serta berharap saksi kejadian terutama peniaga dan orang ramai tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di IPD Petaling Jaya, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan ibu bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussin dan Suraya Ahmad.

Mereka sebelum itu mendengar taklimat yang diberikan Arjunaidi berhubung kes kehilangan Sharlinie.

Kelmarin, akhbar melaporkan Sharlinie hilang ketika berjalan pulang ke rumah bersama kakaknya di Jalan PJS 2C/11N, Taman Medan, dekat sini selepas bermain di taman permainan berdekatan, pada kira-kira jam 11.30 pagi. Berdasarkan maklumat kakaknya, Sharliena, 8, seorang wanita berambut paras leher dan memakai kasut tumit tinggi mengumpan adiknya dengan gula-gula sebelum menariknya masuk ke dalam kereta berwarna hitam lalu melarikannya.

Mangsa adalah kanak-kanak perempuan kedua dilaporkan hilang dalam tempoh kurang 48 jam di situ, selepas Nur Fatihah Zaidi, 6, dilarikan seorang lelaki bermotosikal ketika bermain di taman permainan Pangsapuri Desa Sepakat, kira-kira enam kilometer dari situ sebelum ditemui ditinggalkan di Wangsa Maju.

Dalam kes Nur Fatihah, lelaki berkenaan dikatakan mengajak mangsa mencari kucing dan burung, sekali gus menguatkan dakwaan suspek mungkin lelaki sama dengan `lelaki kucing' yang mencabul dua kanak-kanak perempuan di Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak pertengahan tahun lalu.

Polis sebelum ini turut melihat kemungkinan kaitan kehilangan Sharlinie dengan kes Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati kira-kira sebulan selepas dilaporkan hilang, dipercayai dilarikan seorang lelaki, September lalu.

Musa berkata, fotofit dua suspek yang diedarkan polis kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan Sharlinie adalah sama dengan lakaran wajah lelaki yang menjadi buruan dalam kes cabul dua kanak-kanak di Kampung Baru.

Katanya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Medan sudah dipanggil bermesyuarat dan beliau sudah meminta Khalid berbincang dengan mereka bagi menempatkan seorang dewasa di taman permainan itu bagi mengawasi kanak-kanak di situ.

Katanya, beliau juga mengesyorkan supaya JKKK di kawasan lain mengambil langkah sama dalam usaha memastikan keselamatan kanak-kanak yang menjadi tanggung jawab bersama polis serta semua ibu bapa.

Sementara itu, Shahrizat berkata, kerjasama semua pihak khususnya orang ramai dan media dalam membantu menjejaki Sharlinie dan suspek amat diperlukan bagi mengelak kes seperti yang berlaku terhadap Nurin Jazlin berulang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes kehilangan Sharlinie boleh menghubungi polis di talian 03-79662184/2177 atau SMS ke Rakan Cop, di nombor 32728.


::sesapa yang ade ank kecil ..jaga2 la ngn lelaki kuching ini.sgt berbahaya orgnya.

satu ke sepuluh~

bismillah


Langkahan pertama membawa kepada yang ke seterusnya.Bukan terus memejam mata berjalan tapi berserta panduan.Cukup sudah panduan yg ditinggalkan tapi cuma kekadang manusia itu seperti roda imanya,ketas kebawah keatas semula dan adakala kerap pula putaranya kebawah.

3.04 pagi.Jarum terus berputar.Memang benar ia tidak pernah menunggu atau tertungu.Siapa bijak,masa miliknya dan siapa yang kurang peka masa meninggalkan.Dan benar juga sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali bagi yg beramal dan saling peringati.Aku sedang cuba yang ini.Nah mari membuat langkahan satu supaya tidak terbatas segala perlakuan dek kerana masa yg dibazirkan sedang ajal semakin pasti mendatang namun amal kurang memberi perisai dalam persoalan.ya!!persoalan kubur maksudku



Anda yang membaca,aku ingin mnyampaikan ape yg terdaya utk ditulis sedang sendiri tidak pasti akan kemampuan dalam pengamalan.Iman itu perlu diperlihatkan dalam amalan.Lemah amalan belum tepu iman itu.Sungguh sukar mencapai iman yg tepu tetapi perlu langkahan satu utk yg kesepuluh itu~



Jadinya manusia memang diselangi emosi.Disertakan sekali dek akal dalam mengawasi.Perlu pintar dalam mengawal agar nanti mudah bagi akal menjangkau.Kekadang dgn emosi, cinta manusia lebih dari sang pencipta sedang mulut bijak berkata tapi hati belakang kira.Bila ini tercipta,punah akal dalam tugas pengawalan.Terjadi perlakuan tanpa sempadan,laki dan perempuan bersekedudukan,baju kecil dan sendat menjadi perwatakan namun terlilit kemas tudung kepala,mungkin jenis "aurat" baru sedang diperkenalkan .Perlu mulakan langkahan yang satu untuk kembali memperbaiki tugas akal~



Bila berbicara soal tujuan penciptaan,khalifah dunia jawapanya,jawapan yang hanya perlu dihafal sedikit dari ceramah ustaz.Kelihatan org sebegini jenis banyaknya yang gagal akademiknya.Agama itu cara hidup,perlu diterapkan dalam setiap masa,jangan hanya berkata ketika ceramah dan tazkirah sahaja.Dalam pelajaran,pergaulan,pakaian,permakanan dan segalanya wujudkan ia.Bukankah tertulis dalam quran itu "masuklah kedalam islam keseluruhanya".Masih lagi memerlukan langkahan satu supaya anda org yang ngerti tidak mencipta fitnah pada agama~


Ketika melihat org berserban,bertudung litup,memakai seluar panjang ketika bersukan dikatakan alim.Di sindir pula ustaz,ustazah.Mengapa yg dituntut perlu disiniskan bahkan yang membuat dosa beramai-rami pula soraknya.Anda ini mungkin tidak percaya tuhan kerana tidak mengikut amalan dan panduan.Merah muka menahan marah bila dikata tidak percaya tuhan,tepuk kepala bagi akal berjalan,mana agama anda diletakkan?.Bagai masuk syurga riangnya pabila berdamping bersama pasangan tanpa akal terfikir akan neraka padahnya.Yang terlibat perlu langkahan satu dalm perubahan,yang melihat perlu langkahan satu dalam menjelaskan~



Manusia memang sebegini sikapnya,termasuk aku yang tidak terlepas dari apa yg diperkatan .Aku adalah manusia.Kalian yang membaca juga manusia mustahil haiwan.Guna akal dalm pengawalan.Ingat tuhan dalam setiap perlakuan.Agama itu bukan sekdar pakaian.Masa itu sebagai satu peringatan yang akan tercipta saat kematian.Jangan sesal kemudian baru terdesak membuat amalan.Jaga iman Jaga amal... :)



-Maaf andai ada yang tidak memahami entri ini.Maaf juga atas kasaran bahasa.Maaf juga andai terluka.



3.46 pagi,

6 Januari 2008
Multimedia Universiti.

ke-kesempurnaan~

bismillah



untuk dirimu yg mencari kesempurnaan dalam dalam pengakhiran,





lihatlah langit..kadang ia biru putih cantik, kadang ia biru melaut,
kadang ia merah saga, kadang ia hitam pekat..begitu jua dengan
hatimu..hatimu lembut umpama kapas, mudah tersentuh, mudah
menangis..hatimu lembut umpama getah, mudah di tarik, mudah di
tegang, mudah di kendur kembali..




tapi kadang langit itu menakutkan..kala guruh berdentum, kala taufan
menjelma, kala hujan tiada henti..




tegaskan dirimu


beranilah!


dirimu jua bagaikan langit..


wajahmu bersih seperti langit biru putih cantik..


hatimu tenang seperti langit biru melaut..


tapi ingatlah!


tegaskan dirimu seperti guruh..


genggam quran dan sunnah segenggam-genggamnya..


serlahkan keberanianmu seperti taufan..


zahirkan kebenaran walaupun memeritkan..


menangislah seperti hujan tiada henti..


agar allah mengampunkan dosamu yang lalu..



peringatan untuk dirimu agar senantisa bersedia kearah kesempurnaan~..:)


p/s:tulisan ini dicetak semula daripada ABBAS grup..credit kepada penulisnya~

hira'

bismillah~

td saje bukak grup ABBAS...terlihat gmba bawah nieh..bile tgk balik teringat kisah kite sama-sama kat hira' dlu..tempat yg mnyimpan pelbagai kenangan pahit manis kite sebagai seorang pelajar,sebagai seorang teman kepada sahabat dan sebgai seorang penyeri kepada hira' itu sendiri..
korang smua igt lagi tak semua nie dlu,atau mungkin smua dah lupa dek kerana kite sekarang sudah jauh berbeza status nye??mungkin juga..mana tidaknya,kite smua sekarang kan dalam proses menjadi seorang engineer,doctor,ahli fiqh,pakar syariah dan berbagai bidang lain..mungkin sudah terasa sedikit besar berbnding yang lain..mungkin juga terasa seperti tidak patut lagi utk sama2 bekas2 budak hira' yang dulunye kotor comot bermain lumpur di pantai remis,budak hira' yg kebulur berebut2 keropok leko makcik kantin,budak hira' yg pengotor makan megi dalam gayung,bebudak hira' yg kekadang berkongsi selua dan baju,bebudak hira' yg terkenal dgr kehilngan selipardan berbagai-bagai lagi perkara jelik yg dulu kite lakukan bersama..

igt bukan??hehe...
aku menulis entri ni bukan atas ape2 alasan yg kurang enak bahkan tidak lebih kepada utk sama melepas kerinduan kat kowang..(acecece,ayat x nk jiwang..)..series..sgt2 rindu nk kembali kat dlm kelas..sama ngan kowang..petang lepas tensi men bola..malam2 stadi sama2..kalo tak tau..kite sama tunjuk ajar..rindu nk kua bnda ngan kowang..walaupon ade yg katakan baju skola kite selebet..ehehehe..rindu gak nk kaco dak yg bg presentation kat depan..:P

semua nie x kan kembali lagi kan???







suasana kat kolah nie..bebudak otai~

ade yg kata,kami barisan pembebasan selatan thai..ekeke

ngeb,aku,apeng dan adzim


bebudak kelas ABBAS..rindu sgt deih kowang!!..ngehe


masa SPM..kowang tau tak yg aku kene jaga asrama!!(ketua biro ostel)


reunion gi PD..:P


suasana pagi lepas kuliah subuh ngan muallim rusydi..(aku x de sbb tgh tdo..:P)


Ya allah ko permudahkanlah hidup dan murahkan la rezeki mereka2 ini,inilah org2 yg mnjadikan kami "orang"..


sebelum bertolak ke PD


bebudak FORM 5..jamuan akhir taun..smoga kowang smua berjaya kejar cite2 masing!!ameen~

tagged!!!

bismillah~


sudah di tagged oleh 2 orang..elle dan pikah...harap berpuas ati eh..ehehe


Elle punya:


1.Phone rings. Who do you want it to be?
.:: Erm..anda yg sedang membaca entri nieh..:)

2. When shopping at the grocery store, do you return your cart?
.:: bg la balik..bukan kau punye

3. In a social setting, are you more of a talker or a listener?
.:: listener

4. Do you take compliments well?
.:: .............................

5. Do you play Sudoku?
.:: nope..can make ur “pale pening”..x best

6. If abandoned alone in the wilderness,would you survive?
.:: can…I think I’m strong enough…ahahaha

7. What song are you listening to?
.:: erk..x leh tipu…”sebelum cahaya”..by letto

8. Did you ever go to camp as a kid?
.:: yup!

9. What was your favorite game as a kid?
.:: baling2 seliper n rounders..:)

10. If a person you really liked was pursuing you, but you knew he/she was married, would you?
.:: janda leh r..wakaka…:P

11. Could you date someone with different religious beliefs than you?
.:: ahaha..date eh??ngan family leh r..:D

12. Do u like to be pursued or vice versa ?
.:: erk..apekah mksud pursued??:p

13. Use three words to describe yourself.
.::sengal,poyo,
sengal lagi

14. Do any songs make you cry?
.:: until now..belom lagi..

15. Are you continuing your education?
.:: yeah~….sedang


16. Do you know how to shoot a gun?
.:: nope,even playing CS


17. If your house was on fire, what would be the first thing you'll grab?
.:: erm….dompet


18. How often do you read books?
.:: everyday..


19. Do you think more about the past, present or future?
.:: future..still thinking what kind of person I’m on that time…

20. What is your favorite children's book?
.:: kecik2 mana leh bace buku..gula2 bnyak la yg suka..

21. What color are your eyes?
.:: jap tgk cermin jap…

22. How tall are you?
.:: setinggi pokok pising yg belom berbuah

23. Where is your dream house located?
.:: tepi laut

24. Have you ever taken pictures in a photo booth?
.:: nope

25. When was the last time you were at Olive Garden?
.::Olive garden tuh pe??x penah g sana kot

27. Do you like mustard?
.:: pndekar mustar aku tau r..smalam baru tgk cte pendekar bujang lapok..

28. Do you prefer to sleep or eat?
.:: eat…x makan x leh tdo..x tdo leh makan..:P(sbb tuh badan sntiasa “healthy”)

29. Do you look like your mom or dad?
.::entah..50-50 kot..

30. How long does it take you in the shower?
.:: 6.5 minit.

31. Can you do the splits?
.:: ermm…can2.

32. What movie do you want to see right now?
.:: shin chan (ade movie ke??).

33. What did you do for New Year?
.:: sleeping.

34. Do you own a camera phone?
.:: nope

35. Was your mom a cheerleader?
.:: erk..ngak

37.How many hours of sleep do you get at night?
.:: 4-5 jam

38. Do you like care bears?
.:: Nope!

39. What do you buy at the movies?
.:: x beli pape

40. Do you know how to play poker?
.:: Nope!

41. Do you wear your seatbelt?
.:: sure!!safety first...

42. What do you wear to sleep?
.:: owh..pakai slua dn baju..;)

43. Anything big ever happen in your hometown?
.:: x de pape..normal jerk

44. How many meals do you eat a day?
.:: entah..x kire..kekadang bnyak kekadang sket

45. Do you always read friendster bulletins?
.:: ngak..

46. Do you like funny or serious people better?
.:: hepi laki person

47. Ever been to L.A.?
.:: uiks..x penah..jauh sgt..mak x kasi!!..:P

48. Did you eat a cookie today?
.:: roti telo ade r

49. Tag people.

- hanis mahmud ibrahim




Pikah punye:



1) Name of a person who made you laugh last night?
Adzim ngan hanis dan mamak mapley sec.7

2) What were you doing at 0800?
solder assignment analog..buat radio

3) What were you doing 30 minutes ago?
sembhyang jumaat

4) What happened to you in 2006?
2006??..mcm2 kot..nk tulis smua ke??

5) What was the last thing you said out loud?
takbir raya kat mesjid td

6) How many beverages did you have today?
jst roti telor ngn air sejuk

7) What colour is your hairbrush?
pink..wakakaka

8) What was the last thing you paid for?
roti hi5

9) Where were you last night?
gi mapley ngn hanis n adzim

10) What colour is your front door?
coklat

11) Where do you keep your change?
dlm keta dalam bekas mnyak rmbut

12) What's the weather like today?
mendung2 cm nk ujan

13) What's the best ice-cream flavour?
yg warna2 pelangi tuh..what flavour eh ??

14) What excites you?
nk kua ngn hanis n adzim g cari udara

15) Do you want to cut your hair?
yup..

16) Are you over the age of 25?
blom2..still young n dangerous..

17) Do you talk a lot?
sometimes

18) Do you watch the O.C?
O.C???orientation commitee??

19) Do you know anyone named Steven?
Steven??seven eleven tau r..dekat je kat umah aku

20) Do you make up your own words?
owh word??cmne nk jawab soklan nieh??

21) Are you a jealous person?
ntah…tak kot..

22) Name a friend or friends whose name starts with the letter 'A'.
aping..ali..aki..aaaaaaa..x igt dah

23) Name a friend or friends whose name starts with the letter 'K'.
kambing itam ..dh kene korban kot td..--àlgsungx jawab soklan..ahaha

24) Who's the first person on your received call list?
mak ku…

25) What does the last text message you received say
from adzim:”kul 5 cmtuhla”…

26) Do you chew on your straw?
sometimes


28) Where's the next place you're going to?
jsuco bukit raja..

29) Who's the rudest person in your life?
kamu!!

30) What was the last thing you ate?
roti telur!!!


31) Will you get married in the future?
ape punya soklan la..ade ke org x nk kawen??

32) What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
erm..x tgk lagi la dlm 2 mggu nie

33) Is there anyone you like right now ?
kamu yg sedang membaca entri ini…ehehehe

34) When was the last time you did the dishes?
tadi..buat roti tekur..sbb saya x pndai masak mnde lain..

35) Are you currently depressed?
nope

36) Did you cry today?
dah lama x nngis…ade la dalm 10 tahun lepas kot

37) Why did you answer and post this?
sbb pikah suh..dan saya ppon terasa cm nk buat…

38) Tag 5 people who would do this survey.

Pikah balik..ahahahaha,lagi 4 tnya pikah gak r..suh die yg carik..