sana sini

bismillah


sana sini 1

Amod bukan nama sebenar baru sahaja selesai bermain bola.Berjalan melintasi tepi padang.Di tempat duduk penonton kelihatan dua tubuh manusia.Seorang lelaki dan seorang wanita sedang enak berkepit bermadu asmara.Amod berkata didalam hatinya:

"Sungguh bahgia pasangan kapel itu.Alangkah bahagianya juga kalau aku juga mampu memiliki seorang teman wanita untuk aku menjadikan ia sebagai tempat untuk bermadu kasih.Tuhan perkenankanlah doa hambamu ini."

Maka tuhanpun menjawab doanya:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” -Al-Israa’(17) ayat 32


sana sini 2.

Saleh baru pulang dari kelasnya.Hari ini kelasnya tamat agak awal.Jam baru menunjukkan pukul 6 petang.Jam 7 malam saleh sudah bersiap untuk ke masjid untuk berjemaah di surau.Selepas selesai berjemaah disurau,saleh berjalan kaki pulang ke hotel kediamanya.Saleh perlu melalui sebuah taman untuk pulang ke hostelnya.Dalam perjalananya itu, saleh terlihat satu pasangan melayu islam yang sedang enak bercendana dalam keheningan senja itu.Lantas saleh berkata terus di dalam hatinya:

"Ish,kesian sungguh mamat dan minah nieh,sedang org yang beriman sedang elok menikmati kasih sayang tuhan dalam solatnya,kamu berdua lalai bertemankan syaitan disini.Ah kesian sungguh,aku mendoakan kalian diberi hidayah allah.Baik aku beri salam,sekurang-kurangnya mungkin dia terasa yang apa yang dilakukanya ketika ini adalah perkara yang salah"

"Assalamualaikum"Lontar saleh sengan sebuah senyuman yang mengoda

"Rasulullah bersabda:
Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)"

sana sini 3

Mia gadis yang cantik dan comel.Dek kerana kecomelan dia itulah membuatkan ramai pemuda mengidamkanya sebagai seorang kekasih.Pon begitu,hati mia sudah dimiliki.Razak,ya inilah nama pemuda yang berjaya memiliki hati mia.Hari ini mereka bercadang untuk berjumpa di sebuah taman bunga berhampiran dengan surau selepas habis waktu kuliah.Jam tujuh mereka kesana.Bahgia rasanya dapat berjumpa bersembang dan bermadu asmara bersama sehingga tidak sedar azan maghrib yang berkumandang.Sedang mereka asyik bermadu asmara,kelihatan seorang lelaki berkopiah berjalan melintasi mereka.Dengan senyuman,lelaki itu memberikan salam dan terus berlalu meninggalkan mereka.Lantas razak berkata kepada kekasihnya mia:

"Ah, nak tunjuk baiklah tuh,baru ke surau sudah mahu memerli kita dengan memberi salam.Macam dia itu ahli syurga dan bukanya malam ini seperti mahu kiamat.Pasti dia jelous dengan kebahgiaan kita.Org semacam itu memang memandang org seperti kita ini penuh dosa dan caca merba"

khalifah Umar bin Khattab menyatakan:
"Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan."

sana sini 4

Saleh baru sahaja sampai ke biliknya dari surau selepas selesai menunaikan solat maghrib berjemaah.Sesampainya dibilik, saleh terpandang sahabat biliknya amod sedang melayari internet.Saleh menasihati amod dgn baik untuk menunaikan solat maghrib.Amod menjawab bahawa dia sangat penat dari bermain bola dan tak mampu untuk bersolat.Saleh menasihati amod sekali lagi bahawa solat itu wajib dan perlu ditunaikan walaupun dalam keadaan sakit.Amod tak senang duduk,lantas berbicara kasar kepada saleh:

"Ah,engkau jangan menyibuk,kalau engkau mahu solat,solat sahaja.Lagipun aku belum bersedia nak solat.Jangan nak menjadi ustaz disini.Nanti bila mati kubur engkau dan kubur aku bukan satu lubang!"

Maka Tuhan berbicara kepada mereka dan kita:
"Peliharalah segala solat(mu) dan peliharalah solat Wustha (yang ditengah-tengah yakni Asar). Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk". (Surah Al-Baqarah; Ayat 238)

sana sini 5

Amod bersiap ke kelas.Dia perlu ke kelas hari ini kerana rekod kedatanganya sudah terlalu teruk.Kalau kelas yang ini dia terlepas,maka dia sudah pasti tidak dapat menduduki kertas peperiksaan akhir tahun.Di dalam kelas,amod duduk disebelah mia.Amod memang meminati mia,tapi apakan daya kerana mia sudah dimiliki razak.Di dalam kelas amod rancak bersembang bersama mia.Iyalah,kelas sudah lama tidak datang,apa yang di cakapkan lecturer didepan sepatah haram tidak difahami.Amod berkata kepada mia:

"U tau mia,I menyampah betul dengan rumate I tuh,berlagak dan tujuk baik.Selalu sangat nak berceramah dengan I,seolah-olah I ni macam ahli neraka.U tau dia tuh pon bukanya bagus sgt.Tidur berdengkur kuat macam monyet.Badan die U tau,berbulu banyak!!.Lepas tuh pulak suka sangat jaga tepi kain org. U nak tau lagi tak , dia tuh bla bla bla ....."

Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai:
"Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? (Quran surah al-Hujurat, ayat 12)
"

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).




Wallahu a'lam.









............................

bismillah

Hujung minggu lepas memberikan aku seribu satu pengalaman yang sepertinya tidak mampu untuk dipejamkan mata.Menyertai rakan-rakan universiti yang lain dalam prog Sek@mmu taiping di sekolah menengah king edward benar-benar memberikan satu pengalaman manis yang tidak mungkin dapat dilupakan.Rata-rata rakan mengetahui kedudukan aku di sebuah kelab islam di mmu seakan terperanjat jika diberitahu aku menyertai prog ini.Masakan tidak,sepanjang pengajian aku di MMU tidak pernah aku menyertai mana-mana prog anjuran kelab lain selain institusi usrah mmu.

Awalan program.

Aku seperti biasa sudah diberikan tanggungjawab sebagai komiti biro aktiviti walaupun pada sesi interview tempoh hari aku meletakkan biro taknikal sebagai biro pilihan tetapi malangnya pilihan itu ditolak.Bertindak segai komiti biro aktiviti bermakna aku terpaksa mengendalikan slot yang paling mencabar iaitu slot "graf kehidupan".Walaupun sudah beberapa kali ditolak namun diri yg hina ini dipaksa juga menerima.
Malam sebelum bertolak,kami diberi nama-nama sekolah yang akan didiami.King edward menjadi sekolah untuk aku diami.Sekolah yang rata-ratanya penuntut lelaki dan hanya form six sahaja dihuni oleh penuntut wanita.Sedikit kecewa.ahaha..
Tapi lantas hati terus dipujuk untuk berfikiran positif dan kepada tuhan meminta diberi petunjuk untuk kembali meluruskan niat dihati.

Ketika Program.

Sesampainya disekolah king edward kami diberitahu yang majoriti pelajar yang akan menyertai program ini terdiri dari ting dua sehinggalah ting 6. Sekali lagi motivasi diri merudum.Ting 2 hingga ting 6 bermakna gap antara pelajar sangatlah jauh dan secara tak langsung juga boleh memberikan impak negetif pada program yang akan dilaksanakan.Pelajar2 ting 4 5 dan 6 sudah pasti sukar bergaul dengal pelajar ting 2 dan 3 yang secara rasionalnya kurang matang pemikiranya.Sekali lagi munajat pada tuhan agar diberi kekuatan.
Namun, segala sangkaan itu meleset bilamana prog. dilaksanakan.Kerjasama pelajar2 terlalu bagus dan lari jauh dari pemikiran negetif sebelum ini.

Yang paling menarik perhatian aku adalah bilamana selesai solat berjemaah maghrib disurau asrama, akan bangkitlah seorang ketua asrama untuk memberi taklimat dan beberapa peringatan yang seakan mengamit kembali nostalgia aku dahulu sebagai seorang pengawas yang menjaga hal ehwal asrama di sekolah.Gaya dan bahasanya seperti aku,seronok melihat!.Seusai solat maghrib juga mereka berzikir beramai-ramai seperti sebuah sekolah agama.Seakan mengalir airmata mendengar alunan zikir itu smbil megenangkan kisah lampau sebagai seorang pelajar sekolah.Namun sebagai lelaki,air mata itu tersangatlah mahal untuk dicucurkan.Statement ini poyo, aku faham.

Kisah A.

Ini kisah seorang budak,elokah aku ringkaskan sahaja namanya sebagai A. A merupakan seorang student form six disekoah itu.A bukanlah student dari group aku tetapi kisah dialah yang memberikan aku sejuta keinsafan dan tidak boleh dilupakan.Sebelum aku lanjutkan kisah ini suka aku kongsikan bersama disini,kerap kali aku berdoa agar tuhan betulkan niat aku hanya untuk memberi dan berkongsi pengalaman kepada pelajar-pelajar sekolah ini.Satu perkara yang betul2 aku pegang smpai sekarang apabila aku diberi peluang untuk berucap atau bercakap adalah untuk aku benar-benar bersihkan niat aku.Aku yakin niat yang benar-benar ikhlas akan dipermudahkan oleh tuhan untuk org mendengar apa yang mulut kita hasilkan.
Pada malam graf kehidupan ingin dilaksanakan, aku seperti biasa ditugaskan untuk mengambil mood seluruh pelajar agar prog itu nanti lebih memberi kesan.Pada saat itu aku bertanyakan kepada semua pelajar dihadapan aku,siapakah antara mereka yang betul2 meyayangi ibu bapanya.Hampir kesemua mereka megangkat tangan.Aku lanjutkan soalan kedua,siapa pula dikalangan mereka yang tidak sayang ibu bapa.Saja aku tanyakan walaupun aku tahu jawapanya mustahil untuk pelajar-pelajar dihadapan aku untuk mengangkat tangan.Tetapi aku terkejut bilamana A tegak megangkat tangan.

Hari terakhir.

Hari ketiga merupakan hari terakhir.Kesemua pelajar dibawa ke dewan di MMC (kolej multimedia).Secara mengejut aku diberi tugas untuk membaca doa penutup.Tidak terkejut kerana mmg sudah menjadi second job aku baca2 doa nieh.Lantas selepas zohor terus aku meminjam senaskah yassin dan membelek doa-doa dibelakangnya untuk dibaca.Saat aku sedang praktis doa ditempat duduk pelajar, A yang duduk dihadapan aku menegur.Terus aku tutup sementara doa itu dan menyapa denganya.A lantas menjelaskan perihal malam tadi.Sesi luahan perasaan berlaku.Kata A, dia tidak suka bapanya,bapanya menuduh dia anak luar nikah dan tidak mahu mengakui dia sebagai anaknya.Air muka aku berubah,hati panas mengeliga.Aku bertanya emak dimana.A mengakatakan emaknya sudah lama meningal dan ayahnya tidak mengizinkanya melawat kubur emaknya.A juga mengatakan yang sekarang ini dia tinggal dirumah sewa rakan-rakanya dan hidup sebatang kara.Waktu cuti sekolah akan dimanfaatkanya untuk mencari duit dengan berkerja sambilan dan mungumpul duit.Bila sesi persekolahan dibuka,duit-duit itu yang akan digunakanya untuk berbelanja.Hampir menitis sekali lagi airmata jantanku.Dek kerana ade fasi-fasi perempuan,aku gagahkan agar airmata itu terus disimpan dalam mata.Hati merasa sayu.

Aku berfikir,jika aku ditempat A,sejauhmanakah kekuatan aku untuk menempuh kesemua dugaan itu.Terus aku titipkan nasihat dan menghulur nombor henponku.Aku merelakan diriku diganggu oleh A pada setiap masa andai dia memerlukan bantuan atau nasihat.Kepada A, aku berdoa semoga engkau terus kekal kuat dan sentiasalah berdoa pada Allah.Tidak mungkin Allah timpakan sesuatu ujian yang kita tidak dapat atasi.Ujian Allah itu diletakkan pada mereka yang mempunyai kekuatan diri tersendiri.

Penghabisan.

Terlalu banyak kenangan manis aku pada prog sek@mmu perdana taiping ini.Walaupun ini bukan kali pertama aku menyertainya namun ianya jauh lebih berharga dari yang sebelumnya.Disamping berbakti kepada masyarakat juga dapat bertemu dan berkenal mesra dgn fasi-fasi yang tidak pernah dikenali sebelum ini walaupun belajar ditempat yang sama.Kesempatan ini juga aku meminta maaf pada semua yang membaca entri ini kalau-kalau ada diantara anda merupakan fasi kepada sek@mmu perdana taiping kalau aku ade buat salah atau tersombong.Maklumlah,org tak hensem ini dia punya self confidence kurang siket.hahaha!

Kepad asemua fasi, aku berdoa agar segala usaha kita diberi ganjaran oleh tuhan.Moga ia akan diangkat sebagai satu amal jariah kita kepada masyrakat dan akan dinilai oleh tuhan pada hari akhirat kelak.Aku juga berdoa agar kita sama dapat mengutip sejuta manfaat dalam program ini.Moga kisah-kisah duka pelajar di sekolah masing-masing dapat menjadi satu sesi muhasabah kita bersama untuk terus berubah.Aku juga berharap agar prog susulan dapat dibuat samada bebentuk prog sebegini atau sahaja dengan prog-prog seperti ceremah motivasi atau apa-apa sahaja.


p/s: ............................................

wallahu a'lam

Dari kerana mata

bismillah


"Jangan pandang aku sebegitu! aku takut melihat cara matamu melihat"bicara teman
"Mengapa pula? "soalku meminta penjelasan.
"Cara renungan engkau itu seperti mahu meyelongkar dan memerhati segenap inci tubuh dan pemikiran aku" teman memberi jawapan.

Aku suka melepak dan memerhati org.Aku melihat org melalui pandangan yang berbeza.Aku tak tahu kalau kamu org juga berfikiran melihat seperti aku.Aku suka melihat seseorang dan cuba membayangkan apa yang org itu sedang fikir.Aku melihat seorang yang baik dan soleh pekertinya dan aku berfikir bagaimana dia mampu untuk jadi sebaik itu dan apakah dalam pemikiran otaknya langsung tidak terlintas melakukan maksiat.Aku melihat pasangan couple yang yang tidak sepadan dan aku memikirkan bagaimana si perempuan cantik boleh tertarik pada si lelaki hodoh.Aku juga memikirkan bagaimana mereka-mereka yang jahat dan zalim itu tergamak melakukan perkara begitu sedangkan aku tak sanggup utk melakukanya.Aku kerap membandingkan pemikiran subjek yang aku lihat dengan diri aku sendiri.Aku kadang-kadang apabila melihat seseorang terus memikirkan apakah pemikiranya sama seperti aku? apakah jika aku melihat pohon didepan aku dan dia itu warna hijau lantas dia juga merasakan pohon itu warna hijau?apekah warna hijau yang aku rasa hijau itu sama seperti warna hijau yang dia rasa hijau?
Aku juga tidak mengharapkan kamu org faham apa yang aku cuba sampaikan.Aku rasa entri kali ini terlampau susah untuk difahamkan kerana aku juga masih belum faham.


wallahu a'lam.

pen kau dan aku 2

bismillah


kita ade pen.kawan kita juga mempunyai pen.kawan kita berminat dengan pen kita.tetapi dalam masa yang sama kita sudah berjanji kepada kawan kita yang lagi satu untuk memberi pen itu kepadanya.konflik terjadi.pada kawan mana yang mahu kita beri.yang telah diberi janji patut mempunyai hak untuk mendapatkanya.namun begitu tidak memberi bukan bermakna yang kita tak suka pen kawan kita yang seorang lagi itu.kedua dua pen kawan kita itu disukai tetapi mungkin tuhan yang telah membuat pilihan itu.yang mendapat pen kita perlu pndai menjaga pen tersebut dan yang tidak mendapat pen kita perlu tabah dan mencari pen yang lebik bergaya dan cantik.masa masih jauh dan boleh jadi pemilik pen boleh bertukar tangan.yang terbaik hanyalah doa kepada tuhan dipermudahkan segala urusan kerana sebatang pen ini hanyalah sebuah karakter dalam pementasan dunia.

pen kau dan aku

salam

kita ade sebuah pen.kawan kita pon ade sebuah pen.kita nk pen kawan kita tuh supaya pen yg kita miliki sekarang ini mempunyai teman.kita mintak kat kawan kita.ade dua kemungkinan yang akan dihadapi oleh kita.yang pertama,kawan kita kasi pen itu dan yg kedua adalah sebaliknya iaitu kawan kita itu tak memberinya.kalau kemungkinan yang pertama itu terjadi ucapkanlah alhamdulillah dan berdoalah supaya pen kita dan kawan kita terus berpasangan sepanjang hayatnya.tetapi kalau kemungkinan yang kedua itu pula terjadi,maka ucapkanlah alhamdulillah juga kerana boleh jadi tuhan sudah memberitahu bahawa pen kawan kita bukanlah yang terbaik utk menjadi pasangan pen kita.

sekian.

wajah model antarabangsa

bismillah

Menyorot kembali tulisan-tulisan sendiri sebelum ini terasa begitu kelam dan tidak bermaya dengan tiada sebarang gamba.Maka kali ini khas dipertontonkan gambar seorang model kacukkan uganda dan maldive.Semoga tidak muntah dan mual bila manatap.


Zaman sekolah.



Lepas SPM 2005 eh?


First year di Melaka ketika mukhayam bersama zuwairi aiman.


First year di cyber bersama bad dan nizam


Gamba model ini pada tahun 2009



Gambar paling terbaru model tersebut.(berbaju merah)


sekian dipaparkan wajah model antarabangsa bagi sesiapa yang merindui.

lembu

salam

Sudah ke tahun yang 24 aku hidup.Menghirup udara kotor di kota dan nyaman di kampung sudah ku rasa.Melihat perjalanan hidup seorang "syaitan' atau "malaikat" pernah ku tontoni.24 bukanlah sesuatu angka yang jauh sebenarnya.Kajian di negara aku mengatakan penghabis angka ini adalah pada 60 atau lebih sedikit.Ade benarnya.Tetapi ada juga yang sampai ke 100 angkanya.Ini jenis yang jarang dijumpai dan hampir mustahil di alam nyata.Sepanjang dalam menyelusuri angka 24 ini kepekaan otak aku mentafsir juga berbeza.Dahulu hari raya aidil adha atau lebih dikenali sebagai raya korban tidak pernah mempunyai lebih dari maksud "sembelih lembu" pada aku.Pergi ke masjid melihat lembu-lembu menjadi satu acara hiburan bagi aku waktu itu.Ditambah pula acara sembelih leher lembu maka lengkaplah program hiburanya bagi budak sekolah rendah seperti aku.Bermain pula dengan lembu-lembu sebelum disembelih seolah-olah aku lah juara lembu.Siapa yang boleh pergi lebih dekat pada sang lembu maka dialah yang paling berani.Pantang mata melihat lembu yang sedang enak berehat pasti mahu saja diganggu supaya lembu itu agresif tidakkanya.

Begituhla binatang namanya lembu, menjadi korban untuk manusia lebih memahami disebalik peristiwa nabi ibrahim dan ismail a.s.Angka 24 aku kini lebih mendalam mengerti perihal lembu ini.Baru sahaja beberapa bulan yang lepas ade kepala lembu dibawa berarak.Siapa yang membawanya?tidak lain dan tidak bukan manusia yang berotakkan lembu.Ade lagi sekumpulan ramai otak-otak lembu ini yang mampu di kenal pasti.Pergi sahaja ke PWTC seban tahun akan ade perhimpunan beramai-ramai otak-otak ini yang berkorban masa, usia, dan wang untuk bertepuk dan menyanyi mengambil hati si ketua lembu.Menjadi ketua lembu pada lembu-lembu bukan la sesuatu yang mulia kerana lembu itu adalah binatang sahaja tetapi tuhan menyebut yang paling elok dan sempurna ciptaannya hanya saja manusia namanya.Lembu ini tidak mempunyai akal fikiran yang sempurna.Tidak mampu berfikir.Boleh sahaja mendatangkan kecelakaan pada negara.Boleh membunuh pada siapa-siapa sahaja tidak kira warga malaysia ,mongolia atau uganda dan tidak mungkin campur mustahil untuk dibawa ke mahkamah kerana dia hanya se-EKOR lembu sahaja.Mana ada lagi mahkamah didunia yang mendakwa lembu.

Maka kesimpulanya untuk kita menjaga keharmonian negara perlu lah dilaksanakan korban besar-besaran untuk lembu-lembu ini.Bagaimana?kalau lembu yang ade ekor itu perlu dikorbankan hanya pada hari raya aidil adha begitu juga lembu ini,perlu ada masa yang sesuai untuk dikorbankan iaitu pada pemilihan untuk menentukan wakil-wakil di parlimen negara dan dun negeri.Pastikan tiada lembu dan bau-baunya didalam dewan itu kerana boleh menganggu ahli-ahli dewan negara yang lain.


sekian cerita lembu aku pada angka 24