bismillah~

erm ok tak kaler font nie..cuba sesekali tuka selera...:P
tuka balek r...nmpak cm betina jerk kaler nie..aku nie jantan(kopi jantan)...hoho..kaler oren!!
bawah nie..aku forward lagi..aku sebernarnya dh malas nk update..so aku forward2 jerk ape yg patut...

utk kaum2 hawa bacelah ek pe yg ade kt bawah nie...(tuka kaler lagik)...

Wahai Hawa..

sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam..

engkau dizalimi.. hak mu dicerobohi.. ditanam hidup-hidup..

tiada penghormatan walau secebis dari kaum Adam..
engkau hanyalah alat untuk memuaskan nafsu mereka..

namun tatkala rahmat Islam menyelubungi alam.. tatkala sinar Islam berkembang..

darjat engkau diangkat.. maruah engkau terpelihara.. engkau dihargai dan dipandang mulia

dan mendapat tempat di sisi Allah yg terumpama hiasan di dunia ini yakni wanita solehah..

Wahai Hawa..


Kenapa engkau tidak menghargai nikmat iman dan Islam itu?

Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya?

Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan masih was-was mematuhi perintah-Nya?



Wahai Hawa..

Tangan yang menggoncang buaian itu bisa menggoncang dunia..

Sedarlah wahai Hawa, kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia hebat yang soleh dan solehah..

Kau bisa mengejar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi sokongan dan dorongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia..

Tapi Hawa..

jangan sesekali kau menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu.. ayu wajahmu.. lenggok tubuhmu.. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk meyatakan kehadiranmu..

Jangan Hawa..

Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu..

Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu..

Kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah..

Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan.. alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam..

Hawa..

Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu..
Andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu..

Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-Din Allah..

Hawa..

Andai engkau belum berkahwin.. jangan kau risau akan jodohmu.. ingatlah Hawa.. janji Allah tuhan kita.. wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..

Jangan menggadai maruahmu hanya semata-mata seorang lelaki..

Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu yang hanya menarik perhatian dan memikat kaum Adam..

kerana engkau bukan memancing hatinya.. tapi meransang nafsunya..

jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati.. dari seyuman membawa salam.. dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan.. bimbang lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

Hawa..

lelaki yang baik tidak melihat paras rupa.. lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya.. lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya.. kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman.. akhlaknya.. peribadinya.. dan Ad-Dinnya.. lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya.. lelaki yang warak juga tak mahui bermain cinta sebab dia tahu apa matlamat dalam sebuah perhubungan antara lelaki dengan wanita yakni perkahwinan..

Oleh itu Hawa..

jagalah pandanganmu.. jagalah pakaianmu.. jagalah akhlakmu.. kuatkan pendirianmu.. andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu.. cukuplah hanya ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu.. cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu..

Hawa..

cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga mencintai Allah.. cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan peroleh keredhaaan Allah.. cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarganya..

Hawa..

ingatanku yang terakhir.. biarlah tangan yang menggoncang bauian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Allah.. jangan sesekali tangan ini juga menggoncang keimanan kaum Adam.. kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya..

indah bukan pada zahirnya.. tapi terletak pada tutur.. terhampar pada pekerti.. terserlah pada santun.. tersentuh pada hati.. yang indah itu sukar dicari tanpa menilai dengan mata hati


p/s..indah kan ciptaan tuhan..cantik nye wanita itu mmg x dapat nk di katakan..setiap lelaki pasti akan menyukai seorang wanita..itu adalah sunnah alam yg ditetapkan..walaupon kecantikkan ini adalah suatu yg subjektif tapi ianya tidak dapat utk kite tolak...namun apekah sebenarnya nilai kecantikkan pada wanita itu?dan apakah sebenarnya kecantikkan yg ADAM inggini??....

-terpesona ngan ke'cantikkan' muslimah-



0 comments: