Tag!!

bismillah

kene tag ngan hanis..release tension exam katakan..:)


1> Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan?

1. PDA
2. suzuki SWIFT
3. Laptop yg canggih manggih
4. sejuta
5. hadiah yg ikhlas dari org yg ikhlas

2> Senaraikan alasan atas pilihan anda itu:
1. sbb x penah pakai..dok tgk org punye jerk..

2. erm..minat keta tuh..comel dan menarik

3. senang utk dibawa kemana-mana..(slalu tgk org bwk masuk laptop dlm libri..jeles tol~)

4. $$$$$$$

5. ikhlas itu yg paling berharga~

3> 5 inspirasi terhadap orang yang diminati:
1. Agamanya

2. Emosi yang stabil(x emo la)

3. Komunikasi yang baik tapi terjaga dek batas

4. rupanya

5. dah r tuh..ade ke wujud org cmnie lagi??

4> Perkara yang paling hebat pernah dilakukannya untuk anda:
-lorgh..baru faham soklan yg atas tuh bile bace soklan nie..ahaha...malas r nk type balik..anggap je r aku x paham soklan..(nmpak sgt x ikhlas nk buat..ahaha)

5> 5 ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju)
1. Manusia

2. Burung

3. Angin

4. kuman

5.otak kuman

6> Apakah perkara yang paling dibenci?
- tangguh2 keje then bile smpai masanya baru nk kelam kabut dan nyesal x sudah...cm sekarang nieh..tggah tngguh nk stadi.padahal esok exam.. :P


7> 5 orang yang anda mahu tag:

1.Elle(misi balas dendam)

2. Hanis

3. Bun

4. anak pakcik mahmud no 5

5. Hanis bin mahmud bin ibrahim

ini NIATnya!!

bismillah


kesejahteraan pada pembaca.

(straight to the point)
Sejujurnya aku agak ragu-ragu untuk menulis perihal OC ini.Mungkin ada yg kurang ngerti ape itu OC?takpe la.Untuk yang x mengerti tidak perlu untuk anda selidik jauh ke dalam untuk mengetahui ape itu OC.Kerna entri kali ini lebih terjurus kepada penjelasan dan merungkaikan sedikit salah faham yang tercipta.:)

Hebat melanda isu perbincangan agresif antara kelab-kelab bersama satu badan pimpinan pelajar yang mnjadi begitu hangat diperkatakan kini.Hebat juga kutukan/cacian dan berbagai-bagai kesan negetif yang tercipta dek pertemuan ini.Sudah,aku tidak mahu bercerita apa yang terjadi ketika perjumpaan itu dan tidak perlu juga semua untuk mengetahuinya.Cuma ada disana suara-suara kurang enak yang terdengar mnyebutkan "atas faktor ape sebuah kelab yang berlandaskan islam terut serta dalam perjumpaan agresif itu"..??

Suka untuk aku jelaskan yang bahawa kehadiran pemimpin kelab tersebut adalah dengan satu niat HANYA untuk mencadangkan mengenai perlunya ada individu2 muslim terlibat sama dalam OC pada kali ini.Perlu satu kuantiti yang banyak untuk memiliki satu kekuatan bagi membendung perkara-perkara yang x diingini berlaku yang jelas bertentangan dgn islam.aku ulangi dgn ISLAM!!bukan MELAYU!!..dgn satu niat yg cukup jelas disana..Maka tidak timbul isu membenci individu-individu lain pada ketika itu samada ianya muslim atau tidak.Kedatangan pemimpin ini hanya berpaksikan pada niat ini sahaja dan tidak pernah pula dia meninggikan suara atau mencaci org lain ketika mesyuarat berlangsung.Salahkan beliau untuk sama-sama bergerak atas dasar ini???tidak boleh kah??
Kalau atas dasar dan niat seperti ini hilangnya respect kalian pada pemimpin ini,mintak maaf..aku rase beliau tdk dapat untuk memuaskan hati kalian..:)

Kita perlu sedar kekadang perkara-perkara sebegini sgt senang untuk di salah faham.Maka saya harap ianya dapat merungkaikan segala salah faham yang tercipta.Tidak semua org lengkap,maka menjadi satu kewajiban bg kita utk sama-sama melengkapkan antara satu sama lain.Saya juga berbesar hati untuk berjumpa dgn mana2 individu untuk menjelaskan mana2 perkara yang tdk jelas.
Aku mewakili pemimpin tersebut meminta maaf bnyak2 atas mungkin kelemahan yang ada atas diri ini.Sejujurnya tidak pernah terdetik pon untuk mengeruhkan suasana,tapi mungkin ini percaturan tuhan untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain..:)


wallahu a'lam..


p/s:sesiapa yang mahu berbicara perihal ini,harap dpt contact terus saya di 013-3626747..tdk perlu ber"msg2" disini yee..hiihi..:P

mintalah~

bismillah


Exam menjelma lagi utk kami student2 menukilkan segenap ilmu yang disedut ataupun tersedut ke dalam otak ini di atas kertas jawapan kelak.Pasti disana berbagai perasan tidak indah seperti gementar,cuak dan takut kan menjelma.

Entri kali ini seperti juga entri aku sebelum2 ini ketika final exam bakal menjelma.Doakan utk ku kepada Tuhan kita agar DIA memberi yang terbaik utk aku pada kali ini.Andai kegagalan itu yg terbaik utk aku,doakan supaya disalurkan kegagalan itu kepadaku dan mudah-mudahan aku akan berlapang dada dan bersangka baik pada tuhanku dek kegagalan itu.Andai pula kejayaan itu yang terbaik,doakan supaya kejayaan itu nanti mampu untuk menambah sayangku pada tuhan kita.Doakan utk aku kepada tuhan kita.Aku merayu dan meminta..:)






(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh




Wallahu a'lam

grrrr!!!

right now i'm feel like !#!$#%$@!@#....


bismillah~

Kekadang org terlupa yang aku juga ada perasaan marah!!
Bercakap seperti org gle tak bermasyarakat!!!
Langsung x de abad dalam berbicara!!!
Lepas menabur fitnah,menyalahkan org lain!!
Semacam ANDA org yang paling perfect dan lengkap semuanya!!
Hilang respect pada "pemimpin" tak bertauliah seperti ini!!
Aku sangat sakit hati dengan KO!!!!


tulus ikhlas dari aku yang tidak pernah semarah ini!!!

Di sana ada mukhayam

cyber dan melaka bersatu atas talam biru..;)


bismillah


Kesejahteraan atas semua pembaca..:)

Baru sahaja selepas melayari beberapa buah blog teman-teman yang menceritakan perihal sebuah program yg bernama MUKHYAM atau lebih mudah kami di cyberjaya ini memanggilnya sebuah program kepimpinan yang melibatkan rata-ratanya ahli dari sebuah kelab yang bernama institusi usrah ,IU. Teruja dek cerita-cerita menarik dari rakan-rakan penulis blog bila menperihalkan mukhayam ini membuat saya sedikit tertarik untuk menceritakan apa yg yang terkandung secara langsung atau tidak secara langsung dalam mukhyam ini.



1.Tarbiyyah


Sedikit tertarik dengan pesanan seorang fasi ketika mana kami sedang berbincang mengenai aktiviti yang patut dilakukan ketika LDK.Biasalah ketika mukhyam pasti akan kedengaran suara-suara cadangan yang mahu mengunakan pendekatan yang agak kasar ala-ala tentera atas peserta-peserta mukhayam tersebut,tapi saya cukup tertarik akan ayat seorang brother ini yang antara lain menyebut:



"Perlu betul atas niat apakah tindakan kita mahu mewujudkan suasana ala-ala tentera seperti tengking,marah-marah dan sebagainya..kalo kite buat itu hanya sekadar mengikut hawa nafsu dan mahu memperlihatkan ade garis sempadan antara fasi dan peserta maka rugilah tapi jika perlakuan kita itu atas niat mahu mentarbiyyah peserta2 ini,maka insyallah ianyan akan dipermudahkan oleh Allah utk mereka menerimanya"



Yang menarik disitu ialah pengunaan tarbiyyah itu.Para fasi dan peserta perlu sedar kehadiran mereka disitu bukan atas objektif yang sia-sia.Objektif perserta bukan hanya untuk sekadar melihat kebesaran Allah dek cantiknya air terjun juga kehijauan hutan dan bukan hanya sekadar bersuka ria.Kehadiran fasi juga sebenarnya bukan hanya untuk tido!! atau lepak2..melihat peserta-peserta basah kuyup mendirikan khemah,bukan juga mnjadikan dapur itu sebuah warung kopi untuk bergelak ketawa sedang pada masa yang sama para peserta mendengar pengisian.Ini bukan tujuan asal!!!bukan matlamat diadakan mukhayam!!!amat rugi...rugi..beribu kos yang diperlukan utk melaksanakan mukhyam ini,kalau ini matlamat nye,lebih baik habiskan saja duit itu untuk aktiviti lain atau sedekah terus pada persatuan org tua atau anak-anak yatim.



matlamat mukhayam ini adalah untuk TARBIYYAH.Tarbiyyah bagi para peserta untuk lebih mengenal apekah sebenarnya hidup ini.Untuk apa anda diperlukan.Mengapa islam memerlukan anda.Peserta perlu sedar yang hidup tidak mungkin selamanya selesa.Tidak mungkin selamanya enak empuk diatas tilam!!!!..dan para fasi juga perlu merasai perkara ini,fasi perlu tahu yang anda mempunyai tugas yang jauh lebih hebat berbanding peserta.Anda ini diibaratkan sebagai sebuah nakhoda dalam mukhayam ini,perlu menunjukkan contoh yang sebaik mungkin,bukan dek atas nama fasi,ia seolah-olah meletakkan anda satu level yang lebih tinggi berbanding peserta,nak tido..ikut suka..nak makan..bangun..melepak..gelak2 tgk peserta..ini bukan sikap seorang pemimpin!!!!!!!!bukan..bukan...bukan!~



2.Kesatuan

Masih ingat ayat al-quran yang dikupas oleh seorang ustaz dalam satu slot pengisian ketika itu??begini bunyi ayatnye:



"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"(as-saff,ayat 4)



Aku tidak pandai dalam menafsir ayat tersebut,tapi atas apa yang aku faham dari ceramah ustaz tersebut ialah,Allah itu lebih suka satu organisasi yang tersusun dlm memperjuangkan agamanya.Tersusun disini adalah bermaksud sgt-sgt teratur dgn kukuhnya.Maksudnya sudah kelihatan kekuatan dan keutuhan itu.Malangnya manusia pada hari ini kurang ngerti dan pandai pula memaki tanpa sedikit pun membntu.Bukan mahu membantu dlm pengukuhan tapi lebih kelihatan seperti mahu meruntuhkan.Sekarang sudah ada sebuah organisasi yang berteraskan islam,nama pun sudah ternampak akan islamiknya dia.Benar,bnyak perkara yang perlu diperbetulkan,byk kurang enak dalam organisasi ini dan banyak tompok2 lubang2 yang perlu dikambusi.Namun dimana anda yang terlalu hebat bercakap ini??!!!!..Mari masuk ke"dalam" bersama kami dan mengubah mana buruk dan celanya organisasi ini!!..Teringat dan masih terngiang2 di telinga ini kata-kata ustaz itu:


"Jika ternampak kekurangan sebuah organisasi itu,perlu untuk kita masuk kedalamnya dan memperbaiki ianya bukan dgn menubuhkan sebuah organisasi baru"




3.Pemimpin


Sedang aku mendengar sesi terakhir pengisian pada malam itu yang diakhiri dgn slot soal-jawab,seorang muslimat bangun bertanyakan kepada si penceramah mengenai tggungjawab amir/ketua dalam memberi kefahaman atau menaikkan semngat dakwah kepada ahlinya.Ketika itu aku duduk bersebelahan bersama sahabatku zulfazlizan,antara lain yang dikatakn oleh ustaz yang cukup perit dan bergelojak jiwaku ialah:



"seorang Amir/ketua perlu lebih dalam pelajaran,perlu lebih dalam amalan dan perlu lebih dalam segenap hal yang baik-baik,barulah boleh menjadi contoh yang cukup baik pada pengikutnya..jangan hanya lebih berat badan sahaja"



Seperti satu tamparan hebat bilamana aku mendengar ulasan ustaz ini,walaupun pada zahirnya terukir senyuman pada wajah kami berdua ,namun ianya x lebih sebagai satu senyuman sinis yang jauh di sudut hati cuba kami sembunyikan satu rasa tanggungjawab yang amat berat!!Semangnya ianya merupakan satu amanah yang amat berat bagi kami berdua.Sungguh berat!!!!...
Seorang ketua bilamana telah diamanahkan menjadi peneraju perlu ada satu sifat dalam dirinya untuk berfikiran jauh kehadapan.Berfikir di sini bukan sahaja tertumpu pada penrancangan organisasinya,tetapi juga atas dirinya supaya menjadi org paling utama dan kehadapan dalam pengamalan atas apa yang diucapkan.Takut riak muka kami bilaman mendengar satu lagi ayat dari surah as-saff yang mksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”(as-saff,2-3)


Ya Allah payah dan susah apa yang engkau timpakan ini,namun aku mengerti yang perancangan mu tidak pernah silap dan songsang.

Wallhu a’lam.

Tag~

bismillah.


telah di tagged oleh saudari elle.Memula rasa cam amat malas nk buat,tapi saya buat juga tag nie atas sbb beberapa faktor:
1)Dah banyak utang tag ngan die smpai x ingat dah.
2)tag yg nie sgt ringkas,x yah nk type n jawab soklan bnyak2..ahaha
3)***tgh tggu free nie buat sementara waktu***

ini tag nye~

Here is the instruction:

1. Post YOUR photo
wearing red, may it be a red top, bottom, the least would be red accessories if you hate wearing red. If you can’t find one, you still have an option. Either post your Significant Other’s photo or your child’s photo, if you have one. Of course, they should be wearing red.

2. Let us know the reason
why you were wearing red that particular day. Was it your birthday? Is red your fave color or was it the shirt that you first saw in your closet that day?

3. Tag 3 people close
to your heart from your blogroll.




sbb pe eh pakai baju nieh?pertamanya gmba nie ditangkap masa gie mukhayam ,masa alpha kat melaka dulu,bukan untuk menunjukkan yang aku ade lah peminat arsenal tapi aku pakai baju tuh untuk buat kotor-kotor2 jerk.Almaklumla,nama pon mukhayam(camping) kan,so mesti la nk kotor sana,kotor sini.Lgpon baju arsenal mmg patut utk dikotorkan kot~..:P


itu jerk,harap berpuasti ye cik elle~..:)

p/s:jgn tag lagi yeeeeeeeee...ehehehe..:P

Berbelit

bismillah

Kesejahteraan pada pembaca.Selepas mendapat beberapa feedback dari teman-teman yang agak sukar untuk memahami entri sebelum ini,aku cuba untuk merubah sedikit cara penulisan agar ianya lebih terjurus kepada apa yang ingin aku sampaikan.
Mudah-mudahan entri-entri selepas ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan pembaca sekalian.

Kebelakangan ini seringkali aku "terbelit" oleh berbagai-bagai masalah yang tidak pernah mungkin aku hadapi sebelumnya.Tidak perlulah aku sebutkan jenis masalah apa yang berbelit disini, kerana bukan niat utama blog ini dihasilkan untuk mendapat simpati atau bercerita soal peribadi.Cuma apa yang aku tekankan bagaimana cerdiknya manusia untuk berhadapan dengan masalah yang menimpa.

Aku seperti pernah katakan pada entri-entri yang lepas bahawa setiap masalah yg terhasil adalah sesuatu yang telah dirangcang oleh ALLAH.Sebagai seorang islam perlu yakin yang segala masalah itu telah ditetapkan jalan penyelesaianya.Ianya tidak lebih untuk melihat mana pengantungan kita ketika berhadapan dengan masalah.Sebanyak mana manusia pada hari ini yang bila mana masalah timbul terus cepat mengadu pada ALLAH?hampir tidak kedapatan pula manusia pada hari ini yang mengadu masalah di sepertiga malam dengan linangan air mata.

Dari masalah akan wujudnya stress.Dan stress ini bila tidak terkawal terhasilah tindak-tanduk yang kurang rasional.Maka keputusanya,terjadilah golongan-golongan yang melepaskan segala masalah di kelab-kelab malam,pub-pub dan bersosial dgn apa-apa entah lagi .Disini lah tergadainya iman yang ingin di uji oleh ALLAH.Memperlihatkan pergantungan kita pada ALLAH sangat-sangat lemah dan sangat-sangat rendah.Atau mungkin yang lebih realiti ketika zaman ini,bilamana terjadi satu masalah,orang yg lebih utama kita mengadu adalah "pakwe" "makwe" kite terlebih dahulu.

Manusia perlu banyak belajar.Belajar dari setiap benda di sekeliling,belajar bagaiman cara mengatasi masalah,belajar bagaimana cara mengadu masalah dan berlajar untuk tidak menimbulkan masalah.Yang bermasalah adalah manusia itu sendiri,kekadang merasa cukup kuat untuk berhadapan dgn masalah tanpa perlu pertolongan dari Tuan pencipta.Kalian kelihatan sungguh angkuh untuk mengangkat tangan berdoa atas setiap kesedihan.Sombong,ego,bajet pandai dan semacam sudah bagus pula perngainya.

Kita hari ini seperti menindakan kewujudan ALLAH itu sendiri.Tanya diri kalian,sejauh mana wujudnya ALLAH dalam diri?solat 5 waktu?itupun kekadang tertinggal.Memberi tazkirah?itupun kekadang hanya untuk menunjuk-nunjuk yang kita banyak ilmu dan alim orangnya.Apa lagi kebaikkan yang anda buat.Cuba sebut??kalo dah sebut ,pikir balik apa sejauh mana niat anda.Ikhlas ke niat tulis blog nieh?ke sekadar nak org kata,"perghhh..mamat nie nye tulisan gempak sehh!!! "..atau nak pujian manusia seperti .."budak nie tulisan die gempak sehhh,ilmu mesti tinggi macam menara rebung"..

tepuk dada,pikir ngan otak,bertindak dgn ikhlas.Allah bagi cukup sifat utk aku dan kowang berfikir~

wallahu a'lam


wallahu a'lam