bismillah
kesejahteraan atas smua yg membaca tulisan kotor dan comot ini...
aku mendengar acapkali seseorang yg dewasa ilmunya berkata akan perkataan "berubah"...
aku amati perkataan itu dan aku pasi perkataan "berubah" bukan satu perkara yg enteng dan mudah utk diperaktiskan..ianya bukanlah semudah seperti meyebutnya..
aku harini mampu utk melihat bermacam2 jenis manusia yg kadangkala menjengkelkan dan kadangkala menghiburkan...berbgai jenis manusia ini juga mempunyai bermcam masalah,bermacam keseronokan dan bermacam pengalaman...
dek atas pengalaman lampau,ada yg bergembira dan tetap mahu ianya terus segar namun mungkin juga atas pengalaman lampau ini ada yg berduka durja dan mahu terus meluputkan ianya....
aku tertarik bg mereka2 yg mempunyai satu peristiwa lampau yg iggin mereka kambusinya,pengalaman yg perit dan jerih bukanlah menunjukkn satu kebodohan kite dlm melakukan satu perkara,ianya mungkin bodoh,tapi perkataan bodoh itu hnya layak bagi mereka yg terus menerus melakukan kesalahan itu tnpa mahu menutupi dan menterbalikan bodoh itu kepada sesuatau yg lebih baik,apapun pengalaman jerih ini x lebih satu proses kematangan dan juga satu proses pembelajaran terus dari TUHAN yg maha kuasa dan mngetahui dlm segenap hal hambanya..
berimanlah atas qada&qadar ALLAH dan ketahuilah tiada satu pon keburukan yg iggin ALLAH timpakan atas hmba yg dia kasihi yg tidak lebih ianya merupakan satu ujian utk menilai tahap keimanan..;)
berbalik mengenai perkataan ini "UBAH",kehidupan memperlihatkan kepada aku berjenis manusia yg berubah,ade yg berubah kearah kesempurnaan dan ade juga yg berubah kearah kehancuran..atas dua jenis perubahan ini,hnya satu yg mmpu utk memperlihatkan kematangan dan kesempurnaan manusia dlm berinteraksi dgn "tuan"nya..perubahan kearah kesempurnaan!!
aku tahu ianya bukan satu perkara yg mudah utk dilakukan dan ianya memerlukan masa,namun awas!!jgn smpai sudah tidak kecukupan masa baru mahu kita tangisi ia..masa mmg akan terus berlalu dan kekuatan perlu dicernakan oleh kita sendiri,kite mampu utk menilai mana satu kekuatan diri dan tika mana mampu utk diaplikasikan kekuatan itu..smua terletak pada kita!!tepuk dada tnya iman guna akal..adekah kite sengaja meletakan alasan2 ini supaya kita masih mampu utk menuturkan nama "perubahan" ini namun pada hakikatnya tidak ade satu usaha pon kearahnya??...
perlu juga difikirkan disini ttg "ubah" yg inggin anda lakukan....berpunca dari apakah yg membuatkan aku/engkau/anda mahu berubah????[jawapan dan markah oleh anda]
"aku menulis dan aku juga berfikir...aku juga meletakkn keutamaan tulisan ini pada diriku sendiri namun x salah jika aku inggin berkongsi dan sungguh cntik pula jika ianya mampu utk memberikan sedikit "kejutan hati" pada anda supaya aku mampu utk menerima sedikit gnjaran "perubahan" dari anda..."
wallahu a'lam