Wallahu a'lam


bismillah..

Wallahu a'lam,segala-galanya terserah pada yang maha mengetahui akan setiap pergerakkan,setiap tulisan atau setiap amalan yang anda lakukan itu yang kekadang pada zahirnya kelihatan sebegitu tawadhuk,ikhlas dan mulia dan sisi kami yang melihat namun perlu dirasai akan kekuatan tuhan yang memiliki sifat MAHA mengetahui atas setiap gerak geri hatta sehingga yang terdetik di hati.

Wallahu a'lam,
kite perlu banyak belajar.Belajar bukan sekadar meyemak buku tapi perlu terurus dan dan bertalaqqi bagi benar-benar memahami satu ilmu itu.Ianya bukan hanya sekadar "kopi" dan "pasta" sahaja.Aku sendiri masih jauh ketinggalan dalam bab ini.Semoga Tuhan itu mengetahui nawaitu mulia kalian dalam menuntut dan meyebarkan agamanya.

Wallahu a'lam,
Seakan menjadi satu tradisi bilamana manusia lebih mudah untuk mengkritik tanpa mempersoalkan dimana rasionalnya kritikan itu.Mengapa perlu rasional?mudah..sungguh tidak matang dan tidak rasional langsung bilamana kritikan itu langsung tidak sampai pada org yg ditujukan kritikan itu,Kalau benar mulia niat dihati untuk melakukan satu perubahan ke arah kebaikkan melalui kritikan itu,maka letakkan kritikan itu pada tempatnya.Jangan kritikan itu hanya sebagai satu lemparan kasar dek kerana emosi dan ego yang tinggi.Takut nanti ianya berubah menjadi satu umpatan yang dilarang keras dalam al-quran itu sendiri.Ingat Allah itu maha mengetahui apa yang anda tidak mengetahui


Wallahu a'lam,
Rasenya kerap kali di igtkan akan bahawa manusia tidakla sempurna akan sifatnya,kalau sudah begitu,jangan menjadi seorang yang perumpamaanya BODOH sombong bunyinya,bijak bercakap yang anda tidak sempurna tapi bila ditegur amat payah menerima.Sungguh bodoh dan sombong anda ini.Seolah-olah anda lah org yang paling berilmu dan paling mulia disisi tuhan.Ingat,teguran adalah salah satu pelengkap dalam menuju ke arah kesempurnaan manusia,manusia perlukan teguran seperti sebuah kerajaan yang memerlukan pembangkang.Saling perlu memerlukan.Allah jualan yang mempunyai galaksi ilmu yang tak terjangkau dek kita yang hina jahil lemah dan longlai ini.



Wallahu a'lam.
p/s:terima la apa yang dikata dan ditulis ini sebagai satu nasihat dan peringatan wahai tuan punya nama fakhrurazi dan anda juga yg membaca.

Wanita

bismillah~



wanita sememangnya sukar utk ditafsir,
kekadang godaanya seperti mampu untuk memusnahkan keutuhan sebuah tembok.
Namun kekadang kehadiranya mampu pula untuk membina tegak sebuah menara.
cuma,terasa kini kurangnya wanita pembina ini.

kekadang air mata itu dilihat akan kelemahan sifatnya namun pada diri seorang wanita air mata adalah sebuah kekuatan yg seakan meruntuhkan satu jiwa besar agungnya.

kekadang kecantikkan yang agung itu tidak perlu diperlihatkan utk terjaga setiap kesucian dan terpelihara dari segenap kuman berpenyakit.Dan pada diri wanita itu terdapat setiap kecantikkan.peliharalah~


wahai wanita;
jadilah kalian seorang yg benar-benar berlainan.Berlainan pada tingkah laku mazmumah,berlainan dari pakaian singkat padat,berlainan pergaulan bebas kebas dan berlainan dari wanita kebiasaan yang mudah diperolehi dan murah harganya,kerana dirimu sungguh bernilai~