ramadhan kareem~

bismillah..
salam ramadhan semua...semoga mendapat kerahmatan pada awalnya,keampunan diantaranya dan dijauhkan dari azab api neraka dipengakhiranya...

erm..sebenarnya mmg dah x leh nk apdet2 nie..pasal laptop aku dah 'elok'...=p
nie pon komputer membe..rumate..die tgh bace quran tue..aku pon guna la jap...aku bukan x nk bace quran tue..tapi baru lepas buka kan..perut tgh 'lapar'..so kene la rehat2 minda dlu...

so nie nk citer pasal first ramadhan aku..atau lebih tepat lagi pengalaman paling !#@$@! pada malam pertama puasa...
malam puasa tue..aku ngan azim gie satu program yg dianjurkan oleh KARISMA...aku just follow jerk abg navy(uweekkk..=P)..die ajak aku gie sane temankan die..
so malam tue punye tentatif adelah beriktikaf di mesjid..dan bgun jam 4 pagi utk qiam..so aku ngn azim pon siap2 la nk tdo..tetibe azim ckp.."weh,gie makan sate jom!!??"...aku jawab r.."malas r..kenyang nie sental moreh td"...pastu adzim godalagi.."aku belanje"..aku yg tergoda menjawab.."settt..aku pn lapar nie(tetibe lapar)"...hehe

kami pon gie la makan kt bangi...nk carek sate kajang dh x sempat...makan la kami berdua macam pasangan bahgia..sampai la kul 1 lebey...
then dalam perjalanan pulang...nmpak pintu mesjid dh kunci..x pe2..
pintu blakang mesti tak kunci nye..pusing2..kunci gak..!!@#!#@!#!...(terjemah sendirik)

masa tue klua la macam idea..nk sengetkan keta la..nk terbangkan la...nk cabut pintu pagar la..tapi yg paling bernas ialah..kita balek!!
tapi cadangan aku tue ditolak mentah2 oleh adzim...heh~
then mulalah ngumpatan pada tukang kunci mesjid tue..pakcik siak jadi mngsa(btul ke siak yg kunci mesjid??)...yg gatal sgt kunci mesjid time org buat prog kat dalam tue buat pe..??cuba la pikir kot2 ade bini2 laki pakcik2 kat mesjid nk 'letop'..hah..kan susah..x pikir ke??elok2 pakcik2 tue nk dapat anak keempat..jadi tige jerk kang..salah sape??salah siak r!!...
so penyelesaianya pada masalah kami tadik..adzim cadangkan kite buat stail navy...angap jerk kete tue jadi kapal..kite labuh kan kete kat tepi jalan..rebahkan kerusi..tido~..zzzZZZ...

tapi panasnye...adoila..genang air peluh aku sampai tutup ruang telinge...huhuhu..tapi yg bestnye..tiap kali panas yg taap gile ba**(baik)...adzim stat enjin kete..hehehe..

then..
statiklah gaya tdo aku..ye r..nk gerak cmne??..sempit..kang terlangar gear kang mau 'hidup' aku ngan navy nie...sampailah kul 4 adzim cakap..."weh,kul 4 dah"..aku jawab.."yeee"..pastu trus senyap dah tnpa sebarang suara..sedar2 balek..........


p/s..apekah yg terjadi sebenarnya apabila kami tersedar buat kali yg kedua??..
a)matahari dah terbit.??
b)ade orng jengok kami kat kete??
c)tggal aku jerk dlm kete tue??
D)kami berada dilua kereta??
e)semua jawapan diatas tidak benar....

hantarkan jawapan anda ke 33922..(jgn amek series lawak ini)

sedih..

bismillah...
erm..satu pengumuman oleh empuya blog..
akan berlaku satu fatrah yg mana peng'apdet'tan blog ini akan terganggu...ini kerana aku nk exam...dan yg lebih penting..laptopku dah rosak!!...so x leh nk apdet dan.....


tue jerk..nk balek mmu utk amek exam nie..bye
bismillah~

erm ok tak kaler font nie..cuba sesekali tuka selera...:P
tuka balek r...nmpak cm betina jerk kaler nie..aku nie jantan(kopi jantan)...hoho..kaler oren!!
bawah nie..aku forward lagi..aku sebernarnya dh malas nk update..so aku forward2 jerk ape yg patut...

utk kaum2 hawa bacelah ek pe yg ade kt bawah nie...(tuka kaler lagik)...

Wahai Hawa..

sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam..

engkau dizalimi.. hak mu dicerobohi.. ditanam hidup-hidup..

tiada penghormatan walau secebis dari kaum Adam..
engkau hanyalah alat untuk memuaskan nafsu mereka..

namun tatkala rahmat Islam menyelubungi alam.. tatkala sinar Islam berkembang..

darjat engkau diangkat.. maruah engkau terpelihara.. engkau dihargai dan dipandang mulia

dan mendapat tempat di sisi Allah yg terumpama hiasan di dunia ini yakni wanita solehah..

Wahai Hawa..


Kenapa engkau tidak menghargai nikmat iman dan Islam itu?

Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya?

Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan masih was-was mematuhi perintah-Nya?



Wahai Hawa..

Tangan yang menggoncang buaian itu bisa menggoncang dunia..

Sedarlah wahai Hawa, kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia hebat yang soleh dan solehah..

Kau bisa mengejar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi sokongan dan dorongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia..

Tapi Hawa..

jangan sesekali kau menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu.. ayu wajahmu.. lenggok tubuhmu.. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk meyatakan kehadiranmu..

Jangan Hawa..

Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu..

Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu..

Kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah..

Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan.. alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam..

Hawa..

Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu..
Andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu..

Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-Din Allah..

Hawa..

Andai engkau belum berkahwin.. jangan kau risau akan jodohmu.. ingatlah Hawa.. janji Allah tuhan kita.. wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..

Jangan menggadai maruahmu hanya semata-mata seorang lelaki..

Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu yang hanya menarik perhatian dan memikat kaum Adam..

kerana engkau bukan memancing hatinya.. tapi meransang nafsunya..

jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati.. dari seyuman membawa salam.. dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan.. bimbang lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

Hawa..

lelaki yang baik tidak melihat paras rupa.. lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya.. lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya.. kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman.. akhlaknya.. peribadinya.. dan Ad-Dinnya.. lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya.. lelaki yang warak juga tak mahui bermain cinta sebab dia tahu apa matlamat dalam sebuah perhubungan antara lelaki dengan wanita yakni perkahwinan..

Oleh itu Hawa..

jagalah pandanganmu.. jagalah pakaianmu.. jagalah akhlakmu.. kuatkan pendirianmu.. andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu.. cukuplah hanya ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu.. cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu..

Hawa..

cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga mencintai Allah.. cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan peroleh keredhaaan Allah.. cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarganya..

Hawa..

ingatanku yang terakhir.. biarlah tangan yang menggoncang bauian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Allah.. jangan sesekali tangan ini juga menggoncang keimanan kaum Adam.. kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya..

indah bukan pada zahirnya.. tapi terletak pada tutur.. terhampar pada pekerti.. terserlah pada santun.. tersentuh pada hati.. yang indah itu sukar dicari tanpa menilai dengan mata hati


p/s..indah kan ciptaan tuhan..cantik nye wanita itu mmg x dapat nk di katakan..setiap lelaki pasti akan menyukai seorang wanita..itu adalah sunnah alam yg ditetapkan..walaupon kecantikkan ini adalah suatu yg subjektif tapi ianya tidak dapat utk kite tolak...namun apekah sebenarnya nilai kecantikkan pada wanita itu?dan apakah sebenarnya kecantikkan yg ADAM inggini??....

-terpesona ngan ke'cantikkan' muslimah-



sisipan lawak~

bismillah~

kat bawah nie ade satu citer yg aku 'paste' dari grup yahoo MMU..mmg lawak la citer nie..kalo aku dh kata lawak mesti lawak nye la...kowang tesco(test) bace...agak pnjang tapi menarek..tesco(test lagi) laa ek..


Farid dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, sepertimana keluarga-keluarga lain yang dikategorikan kekurangan di dalam komuniti Melayu. Farid juga, bukanlah seorang yang bijak dalam akademik, jika dibandingkan dengan adik-adiknya mahupun jika dibandingkan dengan cikgu-cikgu di sekolah rendahnya. Namun, azam Farid tinggi, setinggi Azam Dungun, komposer lagu terkenal, untuk menolong kedua ibu bapanya yang telah uzur dimamah usia, serta menolong adik-adiknya yang masih di bangku sekolah untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Niatnya ikhlas. Walaupun dilahirkan agak lembut berbanding lelaki-lelaki lain di dalam keluarganya, namun Farid tetap disayangi oleh ibu bapanya dan dihormati oleh adik-adik perempuannya.

Selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia-nya yang sekadar ala-carte (ala kadar) sahaja, Farid bercadang untuk ke ibu kota cinta, bagi mencari pekerjaan. Namun, hasratnya itu dihalang oleh ibu bapanya. Mereka merasakan adalah lebih baik bagi Farid untuk mencuba nasib di kilang Pak Chow yang baru sahaja dibuka. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ibu Farid, iaitu makcik Fauziah, yang sering batuk-batuk, dan demam. Menurut doktor, demam makcik Fauziah ini lain daripada yang lain, kerana demamnya akan kebah sebaik sahaja pakcik Hussin mendapat gaji daripada Tokey Ah Tim, hasil jualan getah kepingnya. Tiada getah keping, maka demamlah makcik Fauziah.

Nasib menyebelahi Farid, Pak Chow yang kebetulannya adalah anak kepada sahabat baik suami makcik Fauziah, sememangnya memerlukan pekerja yang rajin seperti Farid. Farid diberi jawatan yang agak popular, iaitu sebagai watchman, ataupun 'Pak Guard'. Bunyinya adalah seperti 'businessman' , oleh itu Farid dengan menerimanya dengan hati yang terbuka sebanyak beberapa inci.
Di kilang itu, Farid telah bertemu dengan seorang sahabat baik, namun juga lembut sepertinya, bernama Mahfuz. Mahfuz telah berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih lumayan katanya, setelah hampir 3bulan bekerja bersama-sama Farid untuk syif siang.
Malang tidak berbau ataupun berbunyi 'kring kring', kilang Pak Chow terpaksa ditutup atas sebab-sebab yang agak tidak difahami. Rupa-rupanya, Pak Chow mengambil pendatang tanpa izin sebagai pekerjanya. Jadi, pihak berkuasa telah menyita kilang Pak Chow dan sekaligus menyebabkan Farid hilang pekerjaan glamournya. Farid mengambil keputusan untuk menghubungi sahabat baiknya, Mahfuz melalui SMS. Mahfuz menawarkan Farid pekerjaan yang dikatanya memberi pulangan yang agak lumayan. Ibu bapa Farid terpaksa melepaskan anak kesayangan mereka itu, dengan harapan Farid akan mendapat rezeki yang lebih baik dan diberkati Allah di Kuala Lumpur.

Setibanya di ibu kota, Farid hampir-hampir terkejut dengan perubahan diri yang telah dialami oleh Mahfuz. Mahfuz ternyata lebih advance dan lebih elegant kata mat saleh. Mahfuz memandu kereta mewah, dan memakai jam yang mahal, pastinya tidak termampu oleh Farid untuk memilikinya. Farid merenung jam yang dipakai oleh Mahfuz. "Apa yang awak renung tu Farid?" tanya Mahfuz. "Em, saya tengok awak dah lain. Awak kerja apa sekarang ni Mahfuz?". "Awak, nama kita sekarang ni, Mahfuzah. Awak panggil kita Mahfuzah ya? Em, adalah kerjanya. Nanti boleh jadi senang macam ni,awak nak?"

Farid memandang Mahfuzah dengan penuh takjub. Pernahkah anda melihat takjubnya seseorang ketika mendengar ceramah yang diberikan oleh penjual ubat di pasar malam Kerinchi? Nah, begitulah takjubnya pandangan yang dilemparkan Farid. Siapakah yang mampu menolak kemewahan yang ada di depan mata, kiranya iman di dada belum lagi utuh? Farid mengangguk-angguk tanda setuju, lagaknya seperti penyanyi yang menyanyikan lagu 'angguk-angguk, geleng-geleng' . Bermulalah dari saat itu, Farid bergelar Mak Nyah Eksklusif khas untuk Eksekutif sahaja. Perbelanjaan Farid pada mulanya ditanggung kurang halal oleh Mahfuzah. Mahfuzah membelikan Farid segala-galanya yang diperlukan, termasuklah pil-pil hormon yang terhangat di pasaran. Farid semakin gembira, teringat zaman kecilnya, di mana dia lebih suka memakai baju kurung di pagi raya berbanding baju Melayu yang sepatutnya dipakai olehnya. Setelah bekerja hampir beberapa bulan, Farid yang telah menukar namanya kepada Faridah ataupun nama tidak kurang manjanya, Dahlia, mampu untuk membuat pembedahan menukar jantina di Thailand. Dahlia adalah versi 'transvestite' kepada Mohd Farid Hussin.

Sekiranya anda tidak membaca cerita ini, dan anda melihat Dahlia, pastinya anda juga akan terpikat akan kejelitaannya. Dahlia juga telah mengambil suntikan Botox dan sewaktu dengannya, dan rupanya sekarang adalah saling tak tumpah seperti artis-artis yang mengambil Botox dan melakukan pembedahan plastik ke atas hidung dan pipi mereka.
Setelah hampir dua tahun tidak mengirimkan khabar berita ke kampung, mahupun untuk berusaha untuk pulang ke kampung, Dahlia akhirnya mengambil keputusan untuk menjenguk ibu bapanya. Dia tidak mahu mengikut resam Mahfuzah yang tidak pernah pulang ke kampung mahupun menghantar e-mail atau berita akhbar setelah menjadi Mahfuzah atau panggilan manjanya adalah Darling.

Dahlia memandu sendiri pulang ke kampung, kerana dia tidak mahu untuk ke Pudu, dikhuatiri make upnya akan luntur dek asap-asap di Pudu. Dia juga khuatir, sekiranya, pelanggannya boleh dilihat berkeliaran di Pudu, maka jatuhlah air mukanya. Kenapa tidak Dahlia naik Air Asia sahaja? Katanya, "Ala, nanti stewardess tu jeling-jeling I la..benci nyah..!" Dahlia menunjukkan mimik mukanya yang jelas jelik dengan perangai pramugari-pramugari yang dikenalinya.

Setibanya di kampung, keluarganya hampir tidak mengenali Dahlia, dan tidaklah pula mereka berbangga dengan perubahan itu. Ibunya hampir pengsan melihat perubahan diri Farid, bapanya pula sudah hampir bersilat di tangga, menghalau Farid keluar dari kawasan halaman rumah mereka, seraya berkata, "Kau tinggalkan rumah ini, jangan pernah fikir untuk jejakkan kaki ke sini selagi kau tak insaf! Tapi, balik ke Kuala Lumpur jalan kaki saja, kereta tu, bapak nak pakai..!" Sambil jari telunjuk pak Hussin menuding ke arah kereta BMW 5 Series milik Dahlia. Orang kampung yang lalu lalang, lantas berhenti melihat 'peperangan' itu. Dahlia menjadi agak malu, lantas tanpa mempedulikan kata-kata bapanya itu, dia terus menghidupkan suis kereta dan memecut laju terus ke Kuala Lumpur dan hanya berhenti di R & R untuk membetulkan make upnya yang luntur akibat air matanya yang jatuh berderai.

Namun, kejadian tadi sedikit sebanyak telah menyentuh hati Dahlia, tanpa menggunakan jari. Dahlia pulang ke apartmennya. Ternyata, dia merindui adik-adiknya, dan ibunya yang cukup penyayang walaupun kadang-kadang agak autokrasi. Dahlia terlelap.
Apabila Dahlia terjaga, dia terdengar azan Subuh yang mendayu-dayu mengejutkan umat Islam yang selalunya lalai dalam menjalankan urusan Allah. Dahlia menangis, menyesali apa yang telah dilakukannya. Dia terjelepuk ke bucu katil, sambil tangannya mengambil bantal bersarung SpongeBob lalu disembamkan ke mukanya yang masih lagi ber make up, walaupun sudah bangun dari tidur, sepertimana artis-artis di dalam drama Melayu yang ditayangkan di TV1 mahupun TV2. Artis-artis tersebut masih dalam keadaan ber make up walaupun baru saja bangun dari tidur, ataupun dalam keadaan sakit di hospital. Dia tekad, untuk bertaubat, dan tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan, dia malu, sesungguhnya malu dengan keadaannya sekarang.

"Darl..I tak nak lagi jadi macam ni, I nak berubah, I nak kembali ke pangkal jalan." Ungkap Dahlia pada Darling ketika makan malam di Saloma Bistro. "Kenapa ni? U ada masalah ke? Cakaplah kat I, duit tak cukup? Dato' mana yang sakitkan hati U kali ni sayang? Dato' K..?Dato' A..?Dato' B..?mahupun Dato' C?" Dahlia melemparkan pandangan kosong pada Darling sambil menguis-nguis baki makanannya di pinggan. Air matanya mengalir lagi. "Cukuplah setakat ini Darl..cukup. ." Air matanya semakin lebat, selebatnya hujan peralihan beserta ribut di Terengganu. Lagu Mawi, Aduh Saliha tiba-tiba sahaja kedengaran. Namun, nama Saliha itu didengarinya seperti Dahlia. Dahlia terus berlari ke luar, dan meluru ke arah keretanya. Dipecutnya terus sehingga ke rumahnya. Dahlia berkurung di dalam rumahnya hampir seminggu.
Selepas perintah berkurung yang ditajanya sendiri selama seminggu itu, Dahlia akhirnya mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikan. Selepas bersiap-siap, dengan berwajah baru, Dahlia ke rumah Darling.
Ting!Tong!.. ..loceng pintu apartment Darling berbunyi.
Darling membuka pintu. Darling hampir menjerit melihat orang yang dilihat di depannya sekarang. "Engkaukah wanita itu?" Jerit Darling.
"Ya, akulah wanita itu,akulah Dahlia." Jawab Dahlia yang memakai tudung, berwajah baru, secara selamba. Ternyata Dahlia ataupun Mohd Farid, 'insaf' dalam pemahamannya sendiri."

senyap~

bismillah..

ku dahulukan tulisan ku kali ini dgn istighfar ku hadrat illahi atas segenap kesalahan dan kemaksiatan yg telah ku tempohi ...
ku dahulukan tulisan ku ini dgn kesyukuran atas setiap kenikmatan dan kesihatan yg telah ku miliki kala ini...
ku dahulukan juga tulisan ku kali ini dgn selawat dan salam ke atas junjungan besar Ar-Rasul s.a.w yg terlalu besar kasihnya atas diriku dan kalian....
ku juga dahulukan contengan ku kali ini dgn doaku ke atas rakan2 seperjuangan ku yg berada jauh nun di tanah sana moga segenap amalam dan impian kalian menjadi kenyataan...

kesejahteraan atas kalian ku doakan yg membaca tulisan ini...

hurm...
sungguh besar dugaan dan tembok yg perlu aku lalui tika ini...dugaan yg sebernarnya tidak pernah aku jangkakan bilamana aku menempoh satu alam yg aku sendiri perlu jalani...
semnjak dahulu mmg menjadi impian utk kita utk melangkah ke alam ini..alam UNIVERSITY..
semnjak dahulu lagi kita semua telah memasang impian utk mara kemenara gading ini...dan semnjak dahulu lagi memang kita telah berusaha hnya utk mendiami 'alam' ini...

cuma sekarang,aku kurang mengerti mengapa kekadang ade segelintir dari kita ..ohh tidak !!..bukan segelintir tapi kebnyakkanya dari kita telah semakin melupakan niat sebenar kita..telah melupakan segala usaha2 kita dan kita juga telah menghampakan murabbi2 dan penjaga2 kita....semuanya kerana tindak tnduk kita di 'alam' ini...
mana perginya niat asal kamu...bukankah disini tempat kita utk menuntut segenap ilmu dan utk melatih diri ke arah yg lebih lengkap??...kalau benar seperti yg dibicarakan mengapa masih perlu utk bersuka ria??mengapa masih ade masa utk berdating??mengapa ada masa utk ke pub??dan mengapa ada masa utk bermain cinta???
tapi tika diajak utk ke masjid...tika diajak utk ke majlis agama dan tika diajak utk mendegar bicara agama,pantas menjawab "aku nak study"....
perlu diingat..alam ini bukan semata2 utk mengejar akademik semata...ianya bukan sekadar ke dewan kuliah dan melakukan assingment...ianya lebih dari itu!!

bg anda yg kecewa melihat manusia2 yg hanyut dek alam ini..apa yg anda lakukan...hnya pandai berbicara ..mengutuk..mengumpat....selepas itu berkata.."melayu mudah lupa"..
cukup!!cukuplah anda mengutuk bngsa sendiri sedangkan diri bergoyang kaki..lakukanlah sesuatu..mampukah anda melihat mereka2 yg bergayut sana sini...melompat-lompat ketika melaungkan kemerdekaan dgn mngangkat tgn kanan sambil tgk kiri memegang arak ini menjadi pemimpin anda masa hadapan??perlu diingat,mereka2 inilah pelapis kita pada masa hadapan...mahukah anda??jika bersetuju teruskan goyangan kaki anda tapi jika tidak,lakukan sesuatu yg seperti mana Ar-Rasul telah laksanakan ke atas umat terdahulu...

MENARA GADING??...tidak..kita belum berada lagi di manara ini...jgn terlalu obses dgn perkataan ini...bahkan kekadang kedudukan kita ini lebih buruk dan tidak sepadan langsung sakalipun bersama perkataan GADING itu sendiri!!...
ingatlah rakan2 ku sekalian...dunia semakin kepenghujung...tapi kita seolah seperti mahu selamanya disini..seperti tiada kematian yg menjelma..tidak mungkin siang kan cerah selamanya,akan juga akan dimiliki malam yg bergelapan juga...
cuma sekadar mengigati diri sendiri yg semakin lupa dan alpa atas keselesaan hidup dan jauh dari lingkungan kebaikkan...

buat rakan2 ku di bumi anbia'...semoga berkedaan 'semngat' hendaknya...ku pohon doa kalian atas kelemahan diri ini....


-maaf andai ada yg terluka

Merdeka~

tarikh:satuseptemberduaribuenam
hari:jumaatpenghuluhari
condition bilik:masihtempatkucingberanaklagi

bismillah..

erm..baru balek dari makan+solat+cucuk duit....
actually nk citer sket pasal hari2 yg berlalu yg aku telah tempohi dalam 2-3 hari ini...sbb aku pilih bk citer hari tersebut adalah kerana hari2 ni telah membuat satu anjakan paradigma bagi aku...sesuatu yg sgt2 x pernah aku cuba dan lalui...

yg pertama...
pada malam merdeka...aku telah 'meyambut' kemerdekaan kita yg kali ke 49 tahun di KLCC...=P
sgt2 'menarek' melihat muda mudi berpeleseran menloncat2 dan berdansa meraikkan kemerdekaan ni..jap,utk megelak dari sebarang fitnah yg timbul...baek aku cite dulu tujuan aku gie KLCC...

begini...
sehari sebelum merdeka aku membuka sampul e-mail ku...disana ada terdapat satu email yg bertajuk 'task force'(kalo x silap la)..'task force' adalah satu tugasan utk membenteras kemaksiatan yg berluluasa yg dijangka akan berlaku disekitar KLCC dan dataran MERDEKA...anjuran dari KARISMA aku rase...then lepas bace aku pon forwardkan....
tetibe membe aku tnya..(riak perbualan kami seperti dibawah)....

membe:weh,ko gie ke 'task force"?
aku :amende tue?
membe:ceh,yg ko anta e-mail tu la....
aku :owh...aku kalo ade org gie..aku follow on call jerk..
membe:erm..aku nk join..
aku :sett..kite gie..
membe:erm..kita due jerk..rempit naik moto r..ko cari hemlet(helmet)...
aku :sett....

then..malam tue..tepat kul 9.45 kitorang bertolak selepas mnjadi mekanik sementara membetulkan kenderaan tunganggan..(nama pemilik dirahsiakan)....
smapai mesjid syakirin dlm kul 10.30 kot...aku nye pingang nk meletop deih...mklumla aku bukan perempit profesional...
rupa2 nya kat mesjid pon ade buat smbutan merdeka...pihak mesjid jmput kumpulan mestica dan akhil hayy...aku ngan membe aku nie pon merayau2 mencari kalo2 ade tempat pendaftaran..kitorang mmg gamble gle r..pegi 2 org..pastu x de contact sape2....
tetibe membe aku nie knal mamat sorang nie..aku pon x knal die..then burak2..derang kasi kertas suh isi nama...pastue ade briefing..derang bahagikan grup ikut IPTA dan tmpat masing2..disebabkan peyertaan dari MMU adlah kami 2 org..secara x lgsung aku dan membe aku join bebudak UIA...tempat sasaran adalah di sekitar tasek KLCC...kami mula beroperasi selepas detik 12 tgh malam...
masa kat mesjid aku meyaksikan 2 situasi yg berbeza...bile tepat jam 12.00 malam...letupan buga api memenuhi segenap udara...bersorak rianglah setiap mereka yg berada disana..tapi keadaan dalam masjid sgt berbeza...saat bunga api pertama meletup,terdengar laungan TAKBIR!!!...aLLAHU AKBAR,sambut mereka2 yg berada dimasjid...di ibaratkan semacam akan berlaku 2 pertempuran hebat antara 2 agama yg berbeza...selepas laungan takbir,disusuli dgn istighfar yg dibawa oleh ustaz akhil hayy...kami yg berada di mesjid ketika itu seakan tergaman dan insaf dgn kesyahduan istighfar tersebut dan secara tak langsung membangkitkan semngat kami utk membenteras maksiat ini.....
lepas itu aku gan 5 orang dari UIA melakukan tugas kami...mmg keadaan muda-mudi sekarang amat teruk..smpaikan kami susah utk membezakan mana yg islam dan mana yg tidak dan mana yg melayu dan mana yg bukan....peluk+cium+rangkulan nafsu menjadi bahan tontonan...dan couple2 inilah yg menjadi bahan sasaran flyers kami...=P

hurm...mmg terasa 'bnyak' lagi perkara yg perlu dilakukan oleh kita...cuba anda semua byagkan kalo generasi2 ini..generasi2 yg melompat x tentu hala ini...generasi2 yg berpeluk cium dikhalayak ramai ini...generasi yg bersendat pakaian mereka ini...akan menjadi pemimpin anda dimasa hadapan...bagaimanakah pula rasanya keadaan dunia ketika itu..aku yakin dan percaya ia akan menjadi seribu kali lebih parah dari ini..dan impaknya akan terkena pada genarasi2 akan datang..(esp anak kita...=P)....
so..terima kasih pada yg menghantar e-mail tue..benda baek bagus dipanjang2 kan...moga setiap amalam yg kita lakukan berserta dgn niat yg ikhlas dan diberikan khas ganjaran dari ALLAH swt.. aku rempit pon x de smpai cmnie...=P(bkan gmba aku ek)

wallahua'lam