Teruskan !!

bismillah..


Teruskan bergaduh sesama anda wahai sahabat...
menghambur bencana atas jalan ini..
jalan yg semakin lama semakin kelam..
yg perintisnya adalah anda!!

Teruskan bercakaran sesama anda wahai sahabat..
berpedih hati sesama sendiri..
yang tidak ngerti mana menang mana kalah..
dan langsung tiada sikap menghormati...

Tidak menjadi satu kesalahan bilamana kalian berbeza pendapat,bahkan org berilmu yg lebih pakar dan muktabar dari kalian juga berselisih pendapat,dan perselisihan inilah tidak lain hnyalah satu daripada rahmat allah..
Yang menjadi kesalahan cara anda MEMBERI pendapat dan MENERIMA pendapat,disinilah kebijaksanaan 2 individu(yg memberi dan menerima) perlu diperhalusi..sesama muslim,satu aqidah,satu matlamat dan satu perjuangan..tolonglahhhh jgn mencemarkan jalan2 yg anda lalui bersama,amatlah rugi kehilangan mana2 antara individu yg memberi atau menerima ini..

sudahlah..jalan yg seperti kita lalui ini mmg tidak akan mudah,ia tetap dan pasti akan dihantui dgn berbagai cubaan dan dugaan bahkan tidak lain ianya adalah satu janji SYAITAN,tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan...berlapang dadalah dan bersedia menjernihkan suasana yg agak kelam namun belum gelita..

andalah kekuatan dan kelemahan jalan ini!~

aku yg merayu~~

Dush~!

bismillah~


smalam adik aku gie mesir ,katanya nk blaja smpai jadi doktor..katanya lagi x nak balik dalam masa 6 tahun dan katanya lagi nk stadi betul2 dan rajin2...

smalam akak aku hanta adik aku gie KLIA jugak,muka akak aku ceria..senyum jerk sepnjang berada disana..akak sempat lagi "gado2" kat klia..

smalam mak ngan bapak aku ikut sekali adik aku gie mesir..kata mak ngan bapak aku dia nk lawat sepupu aku skali..kata mak ngan bapak aku lagi derang nk teman adik aku...

smalam lepas adik aku check in;
akak aku tetibe nangis..air mata die tetibe mengalir..kata akak aku,die tgk adik aku macam x suka gie sana...kata akak aku lagi die macam x nak amek medic...

smalam masa tgk akak aku nagis..aku kata dlm hati yg sbenarnya akak aku akan rindu adik aku..kata aku lagi dlm hati ,yg x de org akan kaco akak aku lagi sbb aku terlalu baik utk kaco dia...kata aku lagi dlm hati yg aku mmg x kan jumpa dia dlm masa yang lama..dan..aku tdk berkata2 lagi...bila tgk akak air mata akak aku..aku pon jadi sebak..tapi aku x nangis..sbb aku macho!~..

aku mmg x leh tgk akak aku nangis sebenarnya,dulu..masa kecik2 masa mak bapak aku gie haji..aku x nangis..tapi bila akak aku nangis..aku pon nangis sbb aku rase kesian...




sekarang??

aku tgh dalam keadaan x tenteram bukan kerana adek aku bukan kerana akak aku dan bukan kerana mak bapak aku gie mesir tapi sbb....................................


wallahua'lam

namanya manusia

bismillah~

lama sudah tak terusik blog ini..tak pasti masih ade yg membace atau tdak..kalau ada dkalangan kalian yg masih terus menjenguk laman ini,smoga mampu memberi sedikit manfaat walaupon ianya tidak sehebat mana.Aku bukanlah seorang ustaz yg mampu utk memutihkan segenap masalah dan menghemburkan keseluruhan ilmu ,cuma aku ingin sedikit meympaikan sekadar yg biasa dan seadanya..;)

teringat seseorang bercakap pada aku seketika tadi dlm "kelompok kecil" ku,hidup manusia tika ini bertuan "hawa" iaitu nafsu.Mmg tuhan menciptakan nafsu sebagai fitrah manusia,namun ianya tidak lebih sebagai satu satu pelengkap yg perlu utk kita rapikan.Tidak dinamakan manusia jika tidak diselubungi nafsu namun bukan manusia jika sentiasa hidupnya berlandaskan nafsu.

"Tuan" kita bukanla ZALIM bila ia menciptakan nafsu kerana pada satu masa yang sama sebegitu banyak jalan dihidangkan pada kita bagi meraikan nafsu itu,cuma kekadang kita terkesan dek suasana hasutan yg mendatangi.Manusia adalah tetap manusia yang tidak mungkin menjadi makhluk yang bernama malaikat,nafsu yg tercipta bukan untuk dihapuskan bahkan ianya perlu diperhalusi dan sentiasa dikawal.Namun awas bagi kita yang bernama MANUSIA,walaupun tidak mungkin status manusia itu tertukar menjadi malaikat namun ia mampu berpindah ke atas nama HAIWAN bilamana segala perlakuan berlandaskan hawa nafsu.
sekadar gambar hiasan

seperti biasa aku ingtkan pada kalian,tulisan ini aku tujukan pada diri sendiri yg tidak pernah lekang dari kesilapan,namun jika tulisan ini mampu utk memberatkan dan mendatang sedikit timbangan amalku,kutiplah sebayak mana yg mampu...


wallahua'lam
-aku manusia bernafsu-

hanya yang biasa 2

bismillah~




tiada ape2 coretan menarik,cuma sekadar utk diri sendiri dan anda diluar sana ttg keberkesanan mukjizat diatas ini atas hidup kita.Adakah tempat yg diduduki oleh mukjizat diatas tika ini adalah selayaknya bagi ia???....sila renungkan kerna ia ada disamping anda.....