sedikit cinta

salam

erm..

semalam ada idea
arinih dh ilang idea
bila ade balik idea
aku tukarkan menjadi tulisan itu idea.


p/s: doakan edry,syed,sabau terus bahgia di samping zaujah masing2..=)

sebuah kisah 2

Pada suatu hari..


Setelah penat mencari nafkah dalam sektor kuda longkang,pemuda tersebut pon pulang,Pulangnya hari ini seperti juga hari-hari seblumnya.Hampa,ya itulah perkataan paling tepat untuk menjelaskan keadaan pemuda itu pada hari ini.Kudanya hari ini lemas tengelam dalam arus ciptaan longkang lantas terus melemaskan juga impianya pada hari itu untuk bergelar juara.Bukan tidak pernah berdoa,bahkan hampir setiap kali sebelum permulaan perlumbaan kuda itu die telah berdoa,khusyu’ doanya sehingga mampu untuk menitiskan air mata pada mereka yang melihat atas kelibatnya yang seakan merendah diri memperlihatkan kehinaan apabila meminta susuatu pada yang paling berkuasa.

Tapi sayang penghabisanya tetap sama.Kalah,hampa,terkilan.Kini dirinya kembali diselubungi perasaan dan kesan negetive.Padanya tuhan tidak mengendahkan doanya,padanya juga tuhan tidak sayangnya dan padanya juga tuhan itu seperti sudah tiada dalam kamus hidupnya.Kini pemuda itu tekad,tidak mahu lagi mengharap pada tuhan kerana baginya tuhan itu sudah tidak berkuasa.Kalau tuhan berkuasa,kenapa tidak mahu sahaja diberikan kemenangan pada dirinya.Kenapa diberi kemenangan pada johny “jompet” yang tidak percaya tuhan itu.

Jompet.ya jompet.Terukir senyuman pada bibir pemuda itu pabila teringatkan nama “jompet” yang mereka gelarkan pada johny.Nama jompet itu memang tidak mempunyai maksud tetapi mereka yg berada dalam arena perkudaan ini memberikan nama tersebut pada johny kerana kehebatanya bermain kuda dan kerap pula memenaginya.Lantas mereka gelarkan johny si jompet.Dulu pemuda ini kerap juga bertanya kenapa jompet?kenapa tidak sompet?lompet?ketampet?petpet??kelepet?sepet??yetyet??not yet??..namun tiada siapa yang mampu memberikan jawapanya.Bagi mereka itu adalah nama yang unik seperti juga NILAMKURA,tiada siapa tahu mana asal dan usulnya.

sudah!tidak mahu aku fikirkan pasal jompet tuh lagi.Sakit hati aku.Huh!”bentak suara hati pemuda itu.

Melangkah pemuda ini pulang dengan langkahan yang longlai.Panas hatinya masih membara atas kekalahan terbaru ini.Di seluknya saku seluar,sungguh dalam seluknya kali ini sehingga ke dasar sakunya.

10 sen??!!..cmne nk balik nieh…tmbang bas 50 sen..Adoi la,bertimpa2 malang aku nieh,kalah men judi,nk balik plak x leh.bunuh diri la cmnie”monolog sendirian pumuda ini.

Kini pemuda tersebut sedar,keadaan dirinya amat dhaif.Jangan kata nk membuat tranformasi diri dengan pembedahan plastik yang di impikan,nak balik rumah pon tak lepas lagi.

Tolong!!tolonggg!!tolongggggg!!

Terdengar jelas satu pekikan tidak jauh dari tempat pemuda itu berdiri.Kelihatan seorang minah cun bertudung litup sedang meminta tolong dan kelihatan juga seorang lelaki berlari memegang beg tangan wanita menuju kearahnya dalam keadaan tergesa-gesa dan cuak.

Pemuda itu diam melihat kelibat lelaki yang berlari itu.

“aku mesti tolong minah muslimah nieh!..dia dalam kesusahan”tegas pemuda ini.

Lantas pemuda ini memasang strategi,disembuyikan dirinya disebalik tong sampah besar disebelahnya sambil menanti lelaki si pencuri itu menghamparinya.Ditangan pemuda itu pula kini digengam erat sebatang kayu.

Pencuri tersebut makin hampir,pekikan muslimah itu pula semakin jelas tapi sedikit serak seperti suara seorang kem komandan sebuah program induction camp yang di anjurkan oleh IU yang mungkin kerana anak tekaknya sudah penat.

Dalam saat menunggu kehadiran si pencuri itu,kelihatan dihadapan pemuda ini seekor tikus yang gemuk dan itam bulunya.Betul-betul dihadapan pemuda ini menyorok lokasi tikus itu dikesan.

Adapun ceritanya,pemuda ini bukanlah seorang yang penakot tetapi tikus adalah binatang yang amat dibencinya.Baginya tikus adalah binatang pengotor dan tidak comel.

Dulu pernah pemuda ini memecahkan TVnya kerana rancangan “micky mouse” yang sedang dimainkan ketika itu.Ini sudah cukup untuk membuktikan kebencian pemuda ini pada seekor tikus.

Tanpa menghiraukan niat asalnya untuk membantu si muslimah itu,pemuda ini nekad untuk menukar niatnya untuk membunuh tikus dihadapanya.Dalam kiran 3 pemuda itu nekad untuk memukul tikus itu dengan kayu yang berada dalam gengamanya ketika ini.

Adapon kiraan 3 itu lebih mudah dikira berbanding 4,5,6 atau 10 kerana kadang-kadang pemuda ini kompius mana dahulu antara 5 dan 6 atau yang mana kemudian antara 4 dan 5.Dulu disekolah pemuda ini kerap mendapat markah 0 dalam peperiksaan.Tetapi dia cukup berbangaa kerana baginya dia yang paling hadapan berbading rakanya yang mendapat 100.Baginya 100 itu untuk org bodoh,kerana terlalu bnyak kosongnya.Tetapi dia tidak sedar yang bodoh sebenarnya adalah pemuda itu,dah la bodoh berlagak pandai pula.

Lantas pemuda itu mula membuat kiraan dalam hatinya

1……..2………….3!!!! dengan di iringi suara yang garau dan raut muka yang bengis seperti seorang pemimpin sebuah kelab di MMU,pemuda ini melompat keluar dari tempat persembunyinya sambil mengangkat tinggi kayu di gengamanya.

uuuARGHHHH!!!!..mati ko tikus!! “teriak pemuda itu

Dalam masa yang sama sebenarnya si pencuri tadi sedang menghampiri tempat kejadian dimana pemuda tadi sedang melompat dan menjerit.Apa lagi,terkejut beruk la si pencuri tadi dan melatah la dia..

ooo mak ko!!…tikus mati ko”latah pencuri td

Tiba-tiba……

(cam biasa..bersambung ..x larat nk smbung r..sakit pingang..haha..)


Syurga itu atas rahmatnya

Salam

Panjangnya tudung tidak akan menjamin anda masuk syurga
Tertutupnya lutut juga bukanlah menjamin anda masuk syurga
Tidak memakai tudung juga tidak menjamin anda masuk syurga
Memakai seluar pendek juga tidak menjamin anda masuk syurga
Tidak ber"kapel" juga tidak menjamin anda masuk syurga
Ber"kapel" juga tidak menjamin anda masuk syurga

Tapi,
Tuhan mengatakan sesiapa yang ingin masuk syurga perlu mengikut syarat dan arahanya
Arahan tuhan menyuruh menutup aurat
Arahan tuhan juga menyuruh jauhi maksiat
Masuk syurga atas rahmat dan kasih sayang tuhan
Rahmat dan kasih sayang diberi pada yang "mendengar cakap"

lu pikir la sendiri
gua sedang berfikir


wallahu a'lam

p/s:Jatuhkan ego baru mampu dipndang mulia,biar nmpak padan "baju dan badan".=)

:)

bismillah



Tuhan megurniakan pelbagai emosi utk kita

Dalam kita ade perasaan marah,sedih,gembira,suka,cinta dan berbagai.
Diciptakan sekali kita bersama nafsu dan ada pula akal yang mampu mangawalnya
Bila marah tanpa akal,maka akan terzahir keburukan diri.
Bila sedih tanpa akal,maka akan terzahir kelemahan diri.
Bila gembira tanpa akal,maka akan terzahir kebodohan diri.
Bila cinta tanpa akal,maka akan terzahir kehancuran diri.

Bila manusia bertindak,berkomunikasi,bersosial tanpa akal,maka akan terzahir KEHINAAN diri.




Rasulullah pula dihantar pada manusia sebagai murabbi yang mngajar agama Allah.

Setiap perilaku,amalan,bicara beliau patut manjadi ikutan.
Tapi ade segelintir yang mengambil setengah dari sunnahnya.
Ade pula yang langsung tidak mngambilnya.
Ade yang mengambilnya hanya pada ibadatnya sedang komunikasi,ikhtilat dan hubungan sesama manusianya langsung x mununjukkan "sunnah" ini.
Ade pula yang langsung "markah kosong" pada sunnah ini tapi petah bercakap dan berbicara mengenainya.
Yang lebih pelik,ade pula yang jenis menghalang pula org lain dalam menegakkan "sunnah" ini atas semangat "kami lebih pandai dan bnyak ilmu".

Kita manusia dan pasti akan berselisih pendapat.Cuma jgn jadikan ianya sebagai satu permusuhan.Kerana Rasulullah tidakpernah mengajarnya.Kita sama2 ingin mangikut SUNNAH ini.Sekali lagi,akal menjadi beza!!
Kalau benar seperti yang dia bawa,mengapa tidak mengikutnya sahaja.
tapi jelas kecewa,kite lebih mencari "negetive"nya berbanding "positif"nya.
Kerena apa?kekadang atas sebab nafsu melampui AKAL



wallhu a'lam


sebuah kisah

Bismillah


AMARAN!!

(Aku awal-awal nasihatkan kowang yang membaca entri ini secara sengaja atau tak sengaja supaya berfikir 2-3 kali untuk meneruskan pembacaan entri ini,bg sesiapa yang merasakan mmpunyai penyakit kenying manis,lemah jantung dan kudis buta..dinasihatkan cepat2 pegi jmpa doktor.Sbb penyakit2 nieh x bleh kita takbleh biakan lama2..mak aku pesan,kalau sakit ..cepat2 chek kat klinik…)

Sesiapa yang x nak dengar nasihatkan aku dan tetap mahu membaca kisah buatan sndiri aku nieh..sila lah..jgn nyesal..begini ceritanya bermula:

Disebuah kampung ade seorang pemuda yang tidak la beberapa ensem tapi tidak la pula buruk sgt rupa parasnya..Cuma sedang-sedang saje juga rupanya.Disebabkan rupa paras yang ala-ala kadar itu,maka market pemuda ini pon tidak la terlalu kencang.maksudnye,tidakla ramai peminatnya(perempuan la) tapi bukan takde tau!Cuma tidak ramai.Lantas pemuda itupun sering bertanya kepada dirinya,kenapalah tidak tuhan ciptakan rupa paras ala shah rukh khan (datuk ) kepada dia atau cukupla sekadar rupa bak brad pitt ke atasnya.Berhari-hari lamanya pemuda ini berfikir sedemikian rupa sehinggalah terlintas dek pemuda itu untuk merubah penampilan dirinya sendiri supaya kelihatan lebih umph~..
Lantas pemuda itupun meyenaraikan beberapa perubahan yang perlu dia lakukan..

1.pembedahan plastik untuk lebih menajamkan hidung yang kalau boleh mampu untuk mengantung “hanger” baju
2.pembedahan plastik untuk lebih mengiurkan bibirnya yang mampu menjeleskan peminat2 angelina jolie
3.pembedahan plastik untuk membuang lemak2 nakal disekeliling badan yang boleh menjinakkan lemak tersebut untuk keluar dari habitat asalnya.
4.menempah gigi palsu yang lebih putih untuk mengantikan ketidaklengkapnya giginya di kala ini akibat dari tabiat tidak mngosok gigi semenjak akil baligh lagi.(tabiat takpa mahasiswa binasa)

Maka setelah melihat akan senarai-senarai perubahan yang perlu dilakukan ini,pemuda tersebut terfikir yang die memerlukan duit yang banyak untuk menjadikan impianya satu realiti.Pemuda itu mengakui yang impianya kini ibarat satu puncak gunung yang begitu tinggi untuk didaki.Namun begitu pemuda ini dibekalkan dengan satu azam dan semangat yang begitu jitu dan mantap yang boleh la kita ibaratkan seperti dua keping kertas yang dilekatkan dek gam gajah yang tidak mungkin dan mustahil untuk dipisahkan.Untuk lebih menaikkan motivasi dirinya,pemuda ini meletakkan satu tema khas bagi perjuangan perubahan dirinya ini,berbekalkan tema “menuju puncak” yang diadaptasi dari sebuah rancangan realiti televisyen tempatan,pemuda ini melangkah gagah.Gagah sungguhya dia demi untuk menjadi seorang individu yang ensem dan mempunyai market yang lebih luas! Itu matlamatnya..jelas dan padu.


Hari berganti hari,minggu berganti minggu,tahun berganti tahun…Duit2 hasil Gajinya dikumpulkan dari bulan ke bulan bahkan duit makanya pon dicatu sehingga kurus kering badanya ibarat pak pie dalam cerita nana tanjung itu.Menyedari yang kerjanya hanya sebagai seorang “abang guard” yang gatal mengacau student2 hot disebuah universiti swasta tempatan tidak mencukupi,maka beliau nekad untuk melaksanakan beberapa kerja lebih masa seperti ber”sport toto” dan berjudi “kuda longkang”.Adepun berjudi kuda longkang itu tidaklah mendatangkan hasil yang lumayan dan lebih bergantung kepada nasib sahaja,namun disebabkan modal yang murah dgn hanya meyediakan satu kapal kertas buatan sendiri(ala-ala budak skola main dlu2 tuh..) yang dikenali sebagai “kuda” dan di letakkan di longkang dikala musim tengkujuh melanda,maka pemuda ini meneruskan niatnya berkecimpung dalam sukan berkuda ini.


Pada suatu hari……



p/s: cerita ini bersambung sbb penulisnya perlu menghadiri kelas Sir Deepak kumar dalam subjek "antenna"..haha..dan boleh jadi cerita ini akan terberhenti disini sahaja..ikut tahap kerajinan penulis cerita ini..kalo berhenti kat sini,kowang pndai2 la imagine ending die..


Syabab musafir kasih

bismillah


Baru sahaja selesai membaca sebuah novel islami yang berjudul "syabab,musafir kasih".Perlu diakui yang aku bukanlah seorang yang mempunyai hobi yang hebat dalam membaca meskipon mempunyai berbagai jenis buku tapi x semunya pernah aku habiskan.Kebanyakkanya terkandas di tengah jalan.:)


maaf,gmba ini tidak akan kelihatan dalam novel "syabab musafir kasih".harap maklum.




Novel islami ini aku mengambil masa sehari suntuk untuk menghabiskanya.Boleh jadi kerana keingginan yang kuat untuk aku mengetahui kesudahan cerita yang dicipta oleh novelis ini.Mungkin disitu terbit kekuatan untuk aku menghabiskanya.Pun begitu,terdapat juga kekurangan dalam novel ini,jalan cerita yg agak berterus terang tidak dapat memberikan perasaan ingin tahu yang lebih mendalam.Terdapat perbezaan yang ketara dari segi penulisan untuk dibandingkan dgn novelis lain yang lebih senior dan terkenal berbading novelis muda ini(macam la aku selalu baca novel)haha...
Novel ini agak sarat dengan dgn petikan-petikan hadis dan juga ayat al-quran yang aku kira cukup baik disesuaikan dgn jalan ceritanya dan secara tidak langsung mengajar pembaca untuk memahami maksud sesuatu hadis dan ayat al-quran itu dgn mudah dan jelas.Salah satu hadis yang agak menarik perhatian aku ialah:

"Kasihilah orang yang engkau kasihi sekadarnya kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau benci.Bencilah orang yang engkau musuhi sekadarnya kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau kasihi" -riwayat tarmizi


Sedikit sinopsis Syabab merupakan seorang anak yatim yang tidak bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yang kurang kefahaman islamnya.Atas kerana kurangnya didikan agama dan ditambah dgn kasih sayang seorang ayah menjadikan syabab seorang budak yang nakal.Syabab sering dipandang hina oleh masyarakat kampung dan dilayan sebagai seorang budak miskin dan hina.Dalam pada itu muncul Nur mumtazah,seorang mahasiswi universiti yang membela syabab dan memberi perangsang kepada anak yatim ini untuk mengejar cita-cita.Nur mumtazah sering kali menasihati syabab dan mengajarnya perihal agama.Nur mumtazah melihat ada potensi besar pada syabab untuk menjadi seorang DAEI yang hebat atas kecekalan dan kenakalan anak yatim ini....selebihnya..kowang baca sendiri...=p

p/s: sapa nk pnjam leh gtau..mnde baik kene kongsi~..:)

moh promote!

From aku upload

p/s:Jom sekali sekala join mende2 cmnie..slalu sgt dah kaki kite slalu jejak pnggung wayang..shopping complex..konsert2..pe kata sekali sekala tuka haluan kaki tuh..SEKALI SEKALA je pon~..:)..moh promote~!

senyummmmmmmm...:)

Tuhan,

andai setiap kekalutan,kesedihan,kepayahan dan segala macam kegusaran dalam diriku ini mmg telah engkau takdirkan untuk menduga dan memgigatkan aku ttg kekuasaan dan kebesaran engkau..tolong permudahkan dan tenangkan hatiku untuk menerima segalanya..


amin....




p/s: doakan semoga aku kuat..:)

:)

bismillah



Sedikit updated dari rumah.Sekarang MMU sedang bercuti selama 3 minggu.Dan aku sebagai seorang student MMU termasuk dalam golongan yang sedang bercuti ini.Seperti biasa,cuti maksudnya holiday n vice versa.Cumanya cuti kali ini aku banyak berjalan raya ke rumah rakan-rakan MMU tidak seperti tahun-tahun raya sebelum ini yang mana aku hanya kerumah membe2 skolah.Satu pengalaman manis..:)

Bercuti ni secara tak langsung mengitarkan semula perjalanan hidupku sebagai student yang tido bnyak dan boring bila dirumah.Almaklumla cuti MMU yang banyak(baca sedikit) ini tak sama dengan membe-membe lain..

Bila pikir2 balik,kalaulah Allah tidak mengurniakan kita satu nikmat yang dipanggil nikmat KESEDARAN mesti hidup nieh jadi cm binatang yang hanya tid
ur makan minum dan buat anak.Ini yang dinamakan hidup berlandaskan nafsu tanpa penggunaan akal pemberian.
So,seb baik cuti ni hanya 3 minggu,cukup-cukup untuk berehat untuk mencuri nafas baru bagi menghadapi permulaan sem baru yang pasti akan ada cabaran dan dugaanya.Bersyukurla Allah mengurniakan kita nikmat kesedaran untuk menuntut ilmu,kesedaran untuk belajar dan kesedaran dalam kepentingan beragama.Berdoala sentiasa dipermudahkan dan ditetapkan iman dan jodoh yang sesuai(walaupon jauh dari topik,tp sukahati la n
k doa ape)..:D



                                                            ini sahaja gamba aidilfitri yg dapat di tontoni.Akak sulung tiada didalam gamba.



p/s:Hidup memerlukan teman

Tanah airku

bismillah


Amat jarang sekali aku menconteng diblog ini tentang perkara2 yang melibatkan politik tanah air.Tapi itu tidak bermakna aku tidak cukup mengambilkira apa yang berlaku disekeliling.Tidak perlu pula utk aku jelaskan disebelah manakah pihak yang aku sokong.Tapi apa yang pasti,aku tahu mana pihak yang aku perlu sanjungi atas dasar kepercayaan dan sedikit ilmu yang telah diajar oleh orang tuaku,guru-guruku dan akal sempurna oleh tuhanku.

Beberapa berita menarik yang aku kira ingin aku kongsikan bersama.Tak banyak,cuma beberapa sahaja,maklumla sedang exam sekarang nieh..busy beb~

1.Pak lah letak jawatan.

Berita ini aku taktau la nk kata cmne..kalo kowang jenis manusia bijak la kan,cuba kowang pikir leklok eh..sebelum pak lah letak jawatan,adala sorang menteri nih mempertikaikan pelan asal perletakkan jawatan tersebut.Katanya lambat sangat..terus mendesak supaya paklah letak jawatan..kebnyakkan orang lain pun cmtuh gak..suh Pak lah yang lemah lembut dan baik hati(tapi ISA still on) ini letak jawatan..lepas jerk Pah lah letak jawatan,die pulan kata "ini satu pengorbanan besar"..ape punya makhluk la die nieh..memula die desak org tuh..die suh letak jawatan..pastu puji plak..kowang tak nmpak ke punya teruk makluk jenis cmnie..itu yang aku nmpak la..pastu plak die masuk bertanding..nk pulak jawatan no 2 parti berasaskan BANGSA nie..aku taktau la..tapi bagi aku la..parti nieh kalo nk bagus..kene kluakan smua pemimpin2 jenis makhluk cmnieh....

2.DATUK SHAH RUKH KHAN

biter paling aku x paham skali..pe punya sumbangan mamat industan nieh..adoilaaa..dah x de org mesia ke nk kasi??kalo kasi kat atlit yg menang paralimpik rituh pon lagi bagus la..ataupon kasi kat aku..kurang2 nya aku org mesia..ade ic..cuma idung kembang dan kemik r..x mncung dan hensem cam Shah rukh khan..tapi pe mamat industan nie dh buat??adesss..plzzz la..jgn jadi bahan jenaka ketawa lawak org laaaa...
die tuh duk india..bukan mesia..rakyat mesia pon bukan dowhhh...budu pon x tau pe bende..silap2 PM pon die ingat anwar bukan pak lah....ape punya kangkong la negaraku sekarang nieh..ditadbair oleh org2 yang ....................




abes-

ngntok..x larat nk smbung..

wallahu a'lam..

syawal

nie cerita raya edisi ke 23 aku mnyambutnya

raya kali ini disambut dgn penuh ala kadar..penuh kesederhanaan dan senang cite x rase pon raye tuh..sebelum raya aku dah duk busy ngn note2..malam raya aku dh beli tiket balik umah naek bas dari penang seorang diri.hari raya kedua aku dah kat umah sensorang mmbelek2 note communication network yg melampau2 banyaknyaaaaaaa...ptg hari raya ke 3 mak aku smpai dari penang..pagi hari raya ke 4 family aku beraya ke melaka plak.aku masih lagi dirumah sorang2 menelaah note2 exam..esok dah hari raya ke 5...hari raya ke 6,first paper final aku dh stat......jadinya hari raya kali ini aku postpone ke hari raya taun depan..moga allah pertemukan aku ngn ramadhannya baru aku leh nk smbut raya taun depan..=p


ini cerita raya dan bagaimana aku raikan raya....



p/s:gamba raya x de..harap mklum..

sengal~




bismillah



Semalam berjalan2 di KLCC utk menukar mp3 yang hanya berusia sehari tapi sudah tidak boleh digunakan.Berjalan bersama 2 org teman,sambil berjalan mata memerhatikan manusia yang sama berjalan.Secara tidak sengaja terpandang seorang gadis dalam belasan tahun gamaknya umur gadis itu.Gadis tersebut berjalan bersama pakwenya mungkin atau "bakal suaminya".Bertudung hitam,agak boleh tahan rupenya tapi aku tak tergoda dgn yang "sebegini".Sahaja aku melirikkan mata aku ke bawah.Terkejut!!




**GADIS ITU BERSELUAR PENDEK**



Agaknya sape guru agama beliau sehingga ke"sengalan" dalam berpakaian sebegini teruk jadinya??bertudung dan berseluar pendek~..

Berlaku sedikit perbualan antara aku dan temanku;

aku:nampak minah tadi ??
rakan:nampak..seluar pendek
aku:kalo tuh adek aku,aku lempang die~
rakan:aku pon sama......

demikianlah cerita menarik utk ramadhan kali ini.

Ya allah ko selamatkan keluargaku dan bakal keluargaku dari malapetaka sebegini.Malapetaka jahil agama yg sebegini teruk dan sengalnya~


p/s:perbualan di atas ditukar sedikit versi agar memberi impak yg lebih maksima pada tuan empunya diri..:)



satu lagi~

bismillah

ade satu lagi situasi dalam bulan ramadhan nieh yg agak unik.tambahan ini hasil daripada pengalaman kisah benar yg baru sebentar tadi berlaku.situasi ini mungkin pelik dan jarang berlaku tapi atas faktor "malaysia boleh" tiada yang mustahil bagi ummat melayu ini.begini situasi nya:

situasi P.E.L.I.K

zack(bukan nama sebenar) di amanahkan utk menyimpan makanan yg diberikan oleh seseorang kepada teman serumahnya.sebelum sampai dirumah zack(bukan nama sebenar) bercadang melakukan discussion assingment(bace dgn borak2+baca sokabar) di libri.Disebabkan peraturan libri dan ketegasan mak guard tidak mmbenarkan makanan di bawa masuk,zack dgn bijaksananya telah melakukan satu keputusan yg bernas dgn meletak makanan itu di rak yang disediakan utk beg2 pelajar di luar libri tersebut.

situasi pelik hampir bermula,teruskan membaca...


setelah habes berdiskusi(baca dgn borak+baca sokabar lagi),zack pon keluar dan ingin mngambil makanan yg di amanahkan tadi.Yang peliknya makanan itu boleh hilang dan makcik guard(baca dgn akak guard) mengatakan yang dia melihat seseorang telah mengambil makanan tersebut.Kakak guard(baca dgn makcik guard) menegur pemuda itu tetapi di sound nye balik makcik guard itu(x kesah la akak ke makcik ,yang penting die mmg guard).Pengakhiranya,zack juga yang sedih dan rasa bersalah menghantui dirinya.kesian zack(nama sebenar)..ehehe

kata aku:
Bebudak sekarang mmg baik dan bagus.Situasi dia atas bukan sahaja memperlihatkan kejahilan ttg hukum agama tetapi juga memperlihatkan kemunduran dalam pemikiran dan tak bertamadun.x plak aku terpikir yg ade org boleh mencuri makanan..adesss..makanan la bro..leh jadi darah daging tuh..HARAM ooo...tau tak mksud haram pe??maksud nye x leh amek..amek dosa..opss..silap..halal haram pon x baper nk jelas,petah lagi dosa pahala....jenis yg x kesah kan..agak2...ko nieh jenis yg mmg suka register nama kat neraka kot?..aku x kata ko ahli neraka..sbb aku bukan tuhan bro..aku x tentukan ko masuk mana..tapi perangai ko cm ala-ala binatang la..tak kata ko binatang..cam ala-ala jerk..sbb binatang mmg x pandai mintak kebenaran nk amek makanan org lain..:)

berlaku plak kat dalam universiti aku.budak2 sket punya kaya.pakai smarat2..rambut smua mcm2 fesyen x cm aku..muka serabut jerk..ahaha..komon laaaa..pikir matang sket keyh..dah besar..curi makanan lagi???ades..curi mnde lain la bro..jadi la penjenayah cm geng mamak ke..baru cool..masuk sokabar kene tembab polis..terkenal beb~..

insaf deih~..:)

wsalam.

engkau begitu bernilai~

bismiallah.

Ramadhan kareem~..di nilainya?..

situasi s.a.t.u

#bersahur di kedai dgn seawal pagi .lebih kurang pukul 4 jarum jam terpaku .makan-makan,balik tengok masa banyak lagi ambik port kat katil tdo dan terus lepas subuh.

apa nilaian anda??

situasi d.u.a

#berpuasa sepanjang hari dengan tidak makan pe tah lagi minuman pendek kata takda satu menatang dan makanan pon masuk ke mulut sebab sepanjang hari tido tanpa sembahyang pe tah lagi bace koran lagi la jauh berzikir.petang kul 6 gerak pantas terus gie bazzar.buka ngan nasi ayam,murtabbak,jagung rebus,ayam golek air tebu,air soya sate dan macam2 lagi.plus beli ngn muka yg penat berpuasa.

apa nilaian anda??

situasi t.i.g.a

#situasi nya sama seperti situasi d.u.a cuma kali ini agak advance,ke bazar dgn awek yg pakai seksi seperti memakai baju sekolah rendah saja.budak darjah 6 nye baju.pegang tangan awek smbil tunggu beratur utk dapat roti john.ye laa takut awek kene rampas maklumla org ramai2 kat bazar.tapi derang bukan org buat maksiat.sbb derang puasa!!

apa nilaian anda??

situasi e.m.p.a.t

#kembali ke awal sahur,cuma kali ini tidak ke kedai.menyewa rumah,sahur dirumah berdua-duaan ngan awek anda melaksanakan ibadah sunat sahur,kali ini sahur agak lewat sbb nabi kata sunat lewatkan sahur,suh awek yg tido satu katil ngan ........ kejut kul 5.20 pg.sunat katanya.

apa nilaian anda??

situasi l.i.m.a

#sambungan situasi e.m.p.a.t,cuma kali ini part tarawikh,dari "rumahkau syurgakau" selepas berbuka,mahu ke masjid menunaikan sunat terawikh,takde keta..ade motor jerk..awek kene bonceng belakang baru leh buat ibadat sama2 kat masjid.lupa nk bgtau awek,awek tuh siap pakai telekong yang labuh2 supaya tak batal wuduk sentuh ngn bakal suami die yg sedang memandu motor.aku kata BAKAL..

apa nilaian anda??

situasi e.n.a.m

#seorang pemuda,sahur lewat mengikut sunnah,lepas sahur x tido tunggu subuh ,sebelum itu sempat lagi bertahajjud dan memohon keampuanan kat tuhan.lepas subuh baca koran dan berzikir.berbuka dgn seadanya dan terus ke surau sembhyang dan berterawikh.

apa nilaian anda??

x payah cakap,aku tau..org akan kata mamat nie ALIM,panggil die USTAZ....


-ramadahan kareem bulan yg disediakan oleh ALLAH untuk hamba dia,kalo x guna rugi beb~..macam pahala dah bnyak..kang kalo dh masuk neraka dah kene seksa baru kowang nk nyesal.kowang ingat neraka tuh sejuk eh?macam dalam umah kowang yg ade air cond tuh??panas sheikh..panasssss...series x sanggup..ginilah..kalaula ade antara kowang yg membaca aku nye tulisan ini teribat ngan gejala2 x senonoh tuh..igt wehhh...idup kowang pon kowang x tau sampai mana...series wehhh..pikir dalam2!!!!..kowang x cuak ke??masuk kubur sempit2..nk kuak tangan x bleh..nak lunjur kaki pon x bleh..adesss...cuba pikir la wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!...awek kowang yang sendat2 tuh pon x leh nk tolong wehhhh!!..aku cakap kasar nanti kowang kata aku nie poyo,bajet budak baik..abes sampai bile nk kene belai wehh???plzz la wehh..mata aku serabut tgk kowang kapel laa bulan2 ramadhan nieh...nak lintas jalan pegang tagan awek..lari2 anak..kowang igt pegambaran filem industan ke ape wehhh??ramadhan wehh..ramadhan!!!!..adoila..tuhan marah la wehhh...kalo kowang ade anak ..nak anak kowang cmnie ke wehhh???..aku malas cakap dah..aku pon bukan baik sgt yg kowang nk dgr cakap aku..aku tulis pon nk igt tuk diri sndiri..so jgn takot jgn gusar..aku x tujukat sapa2..lu pikir la sndiri!!!...

wsalam.

ngehehee

Bismillah.

Ramadhan yang bakal menjelma memberikan berbagai-bagai perasaan kepada ummat islam(baca dgn MMU).Ada disana mereka-mereka yang tidak sabar untuk menjadikan ramadhan ini benar-benar sebagai satu bulan ibadah seperti “sale” ibadah yang mana ganjaran pahalanya berganda-ganda banyaknya,dan tidak dinafikan juga ada segelintirnya menyambut bulan ibadah ini dgn nada lesu atas alasan penahanan diri dari menjamah makanan itu sebagai alasan penat yang benar-benar menghapuskan segala kebaikkan yang tersembunyi didalam bulan ini.

Perihal ramadhan ini banyak yg telah diperkatakan,saban kali datangnya ramadhan pasti berbagai-bagai tulisan mengenai kehebatan,kelebihan dan segala kebaikkan mengenai ramadhan dikatakan.Namun yang menjadi kepelikkan ialah kita tidak mampu untuk memaksimakan penggunaan tenaga kita untuk digembeling pada kebaikkan ramadhan ini,bukan tidak tahu,malah terlebih tahu sampai sudah seperti menjadi ustaz bila memberi tazkirah dan berceramah.

Hakikatnya bukan bulan ramadhan ini yang perlu untuk kita sama-sama mencari dan memaksa diri untuk ke arah kebaikkan tapi ia perlu diadili dgn setiap bulan yang kita lalui.Namun atas sebab barakahnya ramadhan dan terkekangnya syaitan-syaitan ini,maka ia sepatutnya menjadi satu titik permulaan untuk kita meluru terus tanpa banyak halangan ke arah kebaikkan yang akan kita laksanakan pada bulan seterusnya.

Tanya kembali diri,sejauh mana kita mahu ke arah itu??Agak poyo bila hanya pandai berbicara dan menulis blog(baca dgn blog iyerker.blogspot.com) tanpa ada satu usaha yang benar-benar berani.Kita masih lagi keluar berdua-duaan dgn “makwe” kita,masih lagi sama amalan kita yang buruk-buruk dan hina-hina sama seperti sebelumnya seolah-olah telah tergambar didahi cop “ahli syurga” dgn hanya sembahyang lima waktu itu tapi pergaulan,percakapan,pakaian dan segala-macam yang lain semuanya macam tidak tahu agama.

Kekadang kita malu untuk mengamalkan kebaikkan ini,malu untuk dianggap “loser” atas sebab tiada awek,malu untuk pergi jemaah dimasjid takut dikata “alim” dan ”ustaz” dan malu smua benda yang baik untuk dilakukan.

Ar-Rasul dan sahabat-sahabat dahulukala di”confirm”kan syurga atas sebab bayaran yang mereka lakukan untuk syurga itu sangat-sangat mahal.Menitiskan darah,diherdik,dihina,dimaki hamun,dan bermacam lagi hanya untuk sampaikan agama itu.Tahu atau tidak yang anda ini sedang menganut agama yang nabi pertahankan dahulu.Susah payah nabi pertahankan untuk disampaikan kepada kita,supaya kita dapat nikmat agama tuh.Sedar atau tidak kita pada seorang manusia yang bernama MUHAMMAD ini yang sangat-sangat sayang dan kasih pada kita dari kasih sayang seorang ibu.Seorang ibu pun tidak mampu untuk menyebut nama anaknya ketika ajal sudah semakin hampir tapi kekasih Allah ini terkeluar dari mulutnya “ummati..ummati”.sungguh agung anda wahai kekasih Allah.Tapi kami yang mengaku ummat mu pada hari ini tidak segan silu dan boleh berbangga pula yang kami ini ummat anda..ummat nabi muhammad s.a.w. padahal sunnah dia pon mcm haram x nak ikut..tak malukah kita??

Aku menyeru pada diri sendiri dan rakanku untuk benar-benar kita meletakkan satu semnagat untuk berubah.Jadikan ramadhan yang bakal menjelma ini sebagai satu batu lonjakkan untuk aku dan anda berubah kearah yang lebih soleh..:)

p/s:jadi soleh,baru solehah dtg..ehehe


senyum

Bersama-sama kita membina
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad di hati
Berusaha menuju wawasan
Rajin bekerja terus berusaha
Bagai hidup selama-lamanya
Beramal ibadah kepada Allah
Bagai esok sudah tiada lagi
Bersama ini kita semai cita
Bersama-sama kita mengejarnya
Dan bersama-sama kitapun berdoa
Agar semua usaha kita diberkati
Hindarkan kemalasan
Jauhilah rasa rendah diri
Pohon takkan berbuah
Jika tak dibajai
Begitulah hidup kita
Perlu bekerja dan berusaha
Bulat takkan bergolek
Pipih tak datang melayang

::lirik lagu hijjaz

p/s:senyum bnyak2 diperlukan..:)

Moh ramai2


p/s:Aku sangat "penat"..senyum?..:)

tag elle lagi..dan lagi..lagi2..=P

1. Nama-nama timangan oleh org tersayang

kat umah dipanggil "abang"..kat mmu "razak"(nama timangan ke?)


2. anda seorang yang ..

biasa saja..x ensem..gemok sket r..=P(sket jee..)


3. insan teristimewa.describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.

sbb die lahirkan saya dan membesarkan saya smpai begini besar..sbb die kasi duit kat saya..die doakan saya dan
dia concern kat saya x mcm org lain concern..kalo ade awek pon x leh dan akan istimewa cm MAK saya....:)

4. Makanan favourite anda

sambal udang


5. Favourite color(s)

biru laut yg gelap2 sket.


6. Favourite song(s)

sekarang mood layan nasyid ..:)..bukak IKIM jerk..nmpak cm dak baik kan??layan nasyid jerk..pedulik org nk kata pe..=P
lagu2 hijaz ngn raihan..ekceli lirik lagu2 nasyid nie sejuta kali lebih bagus dari lagu2 skarang..tapi org skarang "alergic" ngn nasyid..almaklumla..dah mkin maju kan..:P


7. Sikap yg membuatkan anda stress

a)stress ngn perngai org yg ngegade..

b)sgt2 stress ngn org yg suka mngata org mcm diri sndiri bagus

c)aku sgt stress ngn dak2 mmu..pakai la leklok sket..aku leh tergoda tau tak?..cuba la tutup mana2 yg patut

8. 3 bende yg mesti ade dalam handbag anda

rase elle silap bg tag la..igt hamba nie perempuan eh?..=P



9. Kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??

erm....form 5?..ye kot..lama x nngis beriya-iya..


10. Tag 5 rakan anda

hanis

bannis

anak cik mahmud no 5

si chubby hanis---->aku geli dah nieh

yg no lima nieh..ko pilih la sndiri nis..

:)

bismillah


asalnya aku telah pon membuat satu post terbaru..tapi bile dibaca balik seperti tak sampai ape yg betul2 terbenam dalam pemikiran aku..sampaila ketika aku saja tgk2 balik koleksi2 post2 yg penah aku tulis,terbace post ini yg aku rase dpt menyampaikan ape yg ku fikirkan..:)




wallahu a'lam..

short break~

bismillah

sekadar gmba hiasan

kekangan masa benar-benar mnjadi batu penghalang terbesar blog ini di update..cuba sekadar satu post yg ringkas ingin aku nyatakan..

Aku pinta doa kalian agar Allah benar-benar betulkan niatku..tetapkan imanku..permudahkan urusan duniaku..dan beri nikmat kemulian matiku ..agar dapat tercapai segala macam kebaikkan akhirat dan hindari azab yg menanti...


Aku juga pinta agar kalian mendoakan supaya terus pautan hati aku pada teman-teman baikku..hindari segala permusuhan..dengki..busuk hati..dan segala macam mazmumah yg mampu mnjauhkan ikatan "kengkawan" kami..Doakan juga pada sahabat2 aku yg jauh tergelincir atas panahan "kasih" yg amat2 sukar utk dihindari oleh aku dan mereka..
Doa agar terus mekar terbentuk hati2 yg inginkan kebaikkan..:)


p.s:hidup bukan sekadar belajar dan bercinta..:p

Alhamdulillah~

bjBantu SAR: Kerjasama PAS-Umno di K'tan
Muda Mohd Noor | Jul 15, 08 4:42pm

Kementerian Pelajaran telah meluluskan peruntukan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat (SAR) di Kelantan, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ia merupakan langkah permulaan ke arah mewujudkan kerjasama PAS-Umno.

hishammuddin hussein 00Hishammuddin berkata, kerjasama antara kedua buah parti Melayu-Islam itu adalah penting demi kepentingan perpaduan Melayu dan agama Islam.

sehubungan itu, katanya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan hadir sendiri untuk menerima bantuan tersebut tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat exco pergerakan Pemuda Umno di ibu pejabat parti ini Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

"Dalam hal yang munasabah, dalam hal orang Islam dan orang Melayu kita tidak terbelenggu dengan isu yang sempit.

Terang isu semasa

"Bagaimanapun, Pemuda PAS jangan mengambil kesempatan dengan sikap tidak konsisten langsung dalam persoalan bangsa dan agama," katanya.

Sementara itu, Pemuda Umno, kata Hishammuddin menyokong penuh peralihan kuasa dari perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tetapi, kata menteri pelajaran itu, ini bukan bermakna orang tidak boleh bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti Disember ini.

"Pemuda Umno tidak boleh menghalang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada bertanding dalam pemilihan parti kerana hak pertandingan ada dalam perlembagaan parti," katanya.

Bagaimanapun, katanya, Pemuda Umno akan memastikan peralihan dalam parti berjalan lancar.

Hishammuddin berkata, Pemuda Umno akan turun ke bawah untuk menerangkan isu-isu semasa termasuk isu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli-ahli parti itu.

Katanya, pada peringkat awal, ia membabitkan Terengganu, Kelantan dan Pahang dan dijangka bermula minggu ini.




p/s:Jgn sempitkan pemikiran politik..antara pas dan umno pasti ade satu titik persamaan..dek atas titik persamaan itu yang perlu utk dipergagahkan...

"aku benci ...."

bismillah..

berita ini sedikit sebanyak memberi impak pada diriku.:)



7 tahun dalam ISA, Shahrial sedih menatap wajah anak yang sudah tidak bernyawa
Roy Rasul | Foto Nasir Sudin
Fri | Jul 04, 08 | 12:05:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Ketibaan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Shahrial Sirin, untuk menatap jenazah anak sulungnya, Aina Mardiah, 17, yang di tempatkan di rumah jirannya, Mohd Nawawi di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor disambut dengan penuh hiba dan genangan air mata kaum keluarga dan hadirin.

ImageShahrial yang tiba kira-kira jam 9.40 malam dibawa dengan sebuah van dengan nombor pendaftaran WQV 4491 diiringi lebih kurang sepuluh anggota polis. Setibanya di pekarangan rumah tersebut beliau terus didakap anak keduanya, Ehsan Shahrial, 16 dan beberapa sahabat handai.

Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya.

Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ.

ImageBeliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim.

Kemudian beliau memanggil keempat-empat anaknya, Ehsan, 16, Abdullah Masul, 14, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 duduk bersamanya untuk menyedekah doa buat arwah anaknya.

Hening malam ketika itu yang dipenunh dengan bacaan surah yassin terhenti seketika.

Air mata pilu hadirin termasuk sanak saudara tidak dapat ditahan lagi. Malah rakan-rakan sekolah arwah yang menunggu sebelum Maghrib lagi turut tidak dapat menahan kesedihan.

ImageSementara itu, pihak polis yang mengawalnya hanya membenarkan Shahrial berada di sisi anaknya hanya satu jam.

Shahrial yang dibawa dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping pada jam lima petang semalam tidak dapat menatap melihat anaknya sewaktu beliau sedang kritikal di Hospital Kajang semalam.

Ini kerana, anaknya menghembus nafas terakhir pada jam kira-kira 6.10 petang semalam. Anaknya dihantar ke hospital pada petang Rabu, 2 Jun apabila pengsan akibat terjatuh di rumahnya.

Selepas jatuh beliau terus koma dan di beri bantuan dengan mesin jangka hayat kerana mengalami darah beku dalam kepala.

Pada malam tersebut juga, keluarganya meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membenarkan Shahrial menziarahnya.

Dengan itu sejak pukul lima petang kaum keluarga menunggu kedatangan Shahrial kerana mereka difahamkan Shahrial akan sampai di hospital antara pukul lima hingga enam petang.

Bagaimanapun penantian mereka ternyata hampa kerana anaknya meninggal sebelum Shahrial tiba.

Dalam pada itu, jenazah arwah di bawa ke rumah jirannya selepas Magrib.

Jenazah arwah diletakkan di rumah jirannya kerana rumahnya yang terletak bersebelahan terlalu uzur.

Pada hari ini pula, beliau dibenarkan melawat anaknya semasa di majlis pengkembumiannya di tanah perkuburan Islam kampung tersebut.

Di majlis tersebut juga beliau difahamkan hanya satu jam juga.

Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis GMI turut berada di situ.

Turut sama berada di situ ialah Yang Dipertua PAS Cheras, Zulkifli Ahmad dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta isteri beliau.

Orang ramai pada malam tadi tidak putus-putus melawat arwah bahkan beberapa guru orang sekolahnya turut menziarahnya.

Kepada pembaca yang sedia membantu keluarga Almarhumah Aina Mardiah dan keluarga mangsa ISA yang lain, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.





"Aku doakan segala yang baik bagi yg teraniaya dan yang menganiaya,kelak kowang pepandai jawab kat tuhan..anda telah melakukan satu kezaliman yang dasyat dan ketahuilah yg ALLAH itu maha zalim sifatnya"..

wallahu a'lam

"......"


bismillah~

hahaha..tak tau nk letak gmba pe...nie jerk yg ade...=P


"tidak terlepas jejak langkah seorang hamba di akhirat kecuali setelah ditanya masa hayatnya sehingga ajal datang,umur mudanya kemana dihabiskan,hartanya kemana dibelanjakan dan ilmu yang dipelajari ke mana diamalkan"


kalau ade seseorang yang:


1.kite buat jahat kat die tapi dia buat baik jerk kat kite....
2.Kita amek barang die..rosakkan..leh plak die ganti baru...
3.die ketua kita..tapi kita selalu x ikut cakap die..arahan die selalu kite buat bodo tapi selalu plak die kasi hadiah walaupon die tau kita mmg buat jahat tahap setan kat die....
4.kita bukan buat jahat kat die jerk..tapi buat jahat kat "awek" dia jugak...
5.kalo macam die dah x tahan sgt ngn ke"setan"an perangai kita nie..die bagi la sikit pengajaran..tapi x de la teruk mana..lepas die bg kite pengajaran tuh plak kan..die kasi hadiah balik...


kalo kowang jmpa org cmnie..ape kowang buat?


nak jmpa org cmnie buat masa atau zaman sekarang nieh..mmg susah kot..ajaib la kiranya..cmne eh nk cakap..erm..tapi kalo ade la ..kire mmg wujud la depan mata jenis manusia yang seumpama nieh..aku rase kita mesti cakap..."ko nieh mmg baik r..ahli syurga r"..mesti kita pon sayang n suka gile2 ngn membe cmnie..ye r..sket punya baik perngai ..buat jahat..die balas baik..buat baik pe ntah lagi kan..ish..kalo ade depan aku la manusia cmnie..kire kalo aku jmpa la..mmg aku x lepas la..x kesahla pompuan ke laki ke putih ke itam ke kurus ke gemok ke buncit ke pendek ke tinggi ke ketot ke katik ke botak tengah ke sumbing ke ape-ape ke..mmg aku geng la ngan die nieh...


jap..jap...

nk tnya diri sendiri jap..rase cam ade jerk yg macam nie perngai nye...x caya??..ade..aku rase dlu cikgu aku kat skola penah cte..yang ALLAH ini sebegini sifatnya bahkan lebih baik!!!!..ALLAH itu kan baik~...=P

ye r..punya la bnyak org melayu x smayang arinih..punyala bnyak org melayu buat mende2 yg dilarang leh agama derang...org melayu minum arak bnyak gak..org melayau yg berzina pon boleh tahan.....tapi aku x nmpak pulak allah laknat kaum
melayu nie macam kaum nabi lut...kire baik la ALLAH nieh..baper ramai plak yg kutuk2 "awek ALLAH" Ar-Rasul S.A.W..tapi lek jerk ALLAH x balas terus..siap bagi masa utk taubat lagi..masalahnya..kita yang kerek nieh..x sedar-sedar masa yang die kasi dah x bnyak ..ye r..kire fair r..org dh bg masa..x nak guna..mmg la terasa macam x terhargai ..kire kene r amek balik...kang kalo dh amek balik masa2 nk mintak maap ngn ALLAH ..baru tercanak-canak smua org..termasuk aku..:D


"Dari Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, disabdakan Rasulullah s.a.w., pada zaman itu, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala";- (Riwayat Thabrani dan Hakim).





~KIamat dah dekat...:)

ta'ruf di kota singa

Bismillah

Syukur atas tuhan yang mengkhendaki perjalanan pulang dan pergi kami ke kota singapura berjalan lancar.Alhamdulillah.

“Dynamic team intitusi usrah” dibawah ketuanya saudara izuan mustafa bagi aku dikira berjaya menjalankan tugasnya dalam program pada kali ini.Penjelajahan selama 5 hari ke kota singapura dalam merangka dan mumupuk sikap bermasyarakat kepada pelajar universiti multimedia bagi aku cukup menarik dan berkesan.Dengan aktiviti seperti mengajar multimedia di rumah anak2 yatim(darul ma’wa),mencari donation di tengah2 kota singapura,sharing moment bersama drug addict(darul islah) dan beramah mesra dgn org2 tua(darul takrim) bagi aku cukup berharga.Aku tidak mahu berbicara mengenai aktiviti yang dilaksanakan ketika kami di singapura kerana anda boleh membacanya di blog rakan2 lain.seperti blog edry,yus ngan tekong.Cuma aku terpanggil utk menukilkan beberapa perkara yang sangat2 penting.


Berta’ruf


Bilamana diadakan satu perjalanan jauh atau satu program yang memakan masa berhari –hari secara tidak langsung ia merupakan satu masa yang sangat-sangat sesuai untuk anda mengenal rakan anda.Ketika masa yang panjang sebeginilah akan terzahir segala macam perangai yang mungkin selama ini mampu untuk kita selindungi.Lebih-lebih lagi bilamana kita menempuh satu keadaan yang tidak dirancang,satu keadaan sukar,nah ketika inilah akan teruji dimana kesabaran,akan terzahir kemarahan dan terkeluar segala macam perangai2 yang mungkin selama ini kita berjaya sembunyikan.

Ianya bukan sahaja satu sesi untuk kita berta’ruf dengan sahabat dan rakan kita tapi yang paling penting sesi kita berta’ruf bersama diri sendiri.Sejauh mana kemampuan kita dalam memimpin dan sejuah mana kesabaran kita dalam dipimpin.Ketika ini kita akan dapat berkenalan dengan kekuatan dan kelemahan kita.Kita akan mengetahui sejauh mana berkesanya komunikasi kita,sejauh mana penerimaan org terhadap kita dan bagaimana kemampuan berkerjasama kita dalam satu pasukan.Semuanya ini mampu untuk kita kesan pada fatrah ini.

Ukhuwah


Teringat zaman sekolah dahulu bilamana mahu diadakan satu program kelas pasti objektif utamanya ialah “merapatkan ukhuwah”.Walaupun kurang memahami makna sebenar objektif itu tapi kerana seperti sudah menjadi satu objektif yang wajib diletakkan maka ianya tertulis disitu.Bila semakin lama melakukan program seperti ini barulah dapat benar-benar memahami kenapa ianya menjadi objektif yang “wajib”.

Benar,kadang-kadang dengan program sebegini ia akan dihiasi dgn sedikit salah faham,akan deselangi dengan rajuk dan masam muka.Tapi perlu ditekankan bahawa ini adalah satu proses ta’ruf yang pengakhiranya akan merapatkan ukhuwah.Kita akan lebih mengenali rakan kita,kita akan mamahami bila keadaan-keadaan yang rakan kita sukar menghadapinya,kita akan lebih concern tentang sensitiviti rakan kita dan kita akan mengerti bagaimana cara memujuknya.Semua ini adalah satu proses pembelajaran.Pembelajaran dalam kehidupan.Rakan dan kawan adalah individu yang akan selalu berada disamping kita.Atas sebab itu perlu untuk kita belajar “mengenali” mereka.



Abes tuh?


Aku yakin masing-masing sudah mengerti akan peribadi sendiri/rakan dan mungkin akan lebih memahaminya bila melalui perjalanan ini.Cuma kekadang manusia sukar untuk menerima teguran dek kerana tebalnya ego.Menjadi manusia yang hebat bukan mudah,anda perlu sentiasa berani memafkan diri dan berubah.Memaafkan diri atas segala macam keburukan yang dimiliki dan mengubahnya ke arah yang lebih baik.Nah sekarang anda sudah mengerti kan kelemahan dan kekuatan yang anda miliki?Gunakanlah kekuatan anda untuk menampal kelemahan itu.Mustahil anda boleh membuang segala kelemahan diri kerana manusia itu mmg tidak perfect sifatnya.Perjalanan kita lebih jauh,banyak perkara yang sebenarnya perlu untuk kita lakukan.Maksud ku disini perlu SAMA-SAMA kita lakukan,kalaula dek kerana hanya sedikit ini kelemahan kita atau rakan kita dan ianya memberi kesan atas segala usaha yang bakal dilaksanakan,kita telah mengalami satu kerugian yang besar dan program ini boleh diisytiharkan GAGAL walaupun mendapat begitu banyak positive feedback.Tapi jika atas program ini akan melahirkan individu-individu yang lebih kuat ikatan ukhuwahnya dan akan melahirkan satu gerak kerja yang hebat makan program ini diisytihar BERJAYA.

Wallhu a’lam

p/s:song of the sea itu mmg sangat2 menarik dan pengalaman bermalam di luar banglow mmg tak dapat dilupakan!!


keje si HANIS lagi!

bismillah

utk kedua kalinya aku di tag oleh HANIS.utk tidak mendukacitakan hatinya aku melaksanakan tugas yang diberikan.Di bawah adalah task yg diberi.


7 FAKTA TTG DIRIKU

1. Aku seorang yang tidak hensem(semua tau kot mende nieh).Yang peling penting aku seorang yang sukar sebenarnya berkomunikasi dengan orang yang aku tak kenal.Kalo org tuh berjawatan besar lagi la aku x ngeti..kekadang aku buat2 reti jerk..tapi sebenarnya aku mmg x reti..:)

2.Aku seorang yang x suka sikat rambut.Akak aku selalu kata aku selekeh.mmg pon..aku selalu sikat rambut mngunakan tangan.sbb tngan aku mcm sikat...ahaha..kalo rambut aku agak pnjang dan sukar nak diuruskan,aku akan pakai satu gadjet yang dinamakan TOPI..

3.Di sekolah disifatkan sbg seorang yang agak panas baran dan garang.Mungkin disebabkan oleh umur yg kurang matang dan tingkah laku bebudak skolah yang kerap meyakitkan hati.Tapi di MMU sudah mampu untuk mengawal nafsu amarah dan insyallah agak cool skarang..cuma ade segelintir lagi yang cuak+takut ngn raut muka ku..ahaha..sy x makan org ok?..:P

4.Sangat2 menghargai kawan2 aku terutamanya membe skola.Kekadang terasa cm "aku nie x de membe lain ke ??..."..ahahaha

5.seorang yang sombong+belagak+dan tidak berkarisma....

6.mempunyai satu impian utk di MMU yang hnya aku seorang tau...ahaha

7.saya seorang hamba tuhan yg biasa..x de pape yg istimewa..kalo jmpa saya aggap jerk cm x nmpak pape..ahaha

p/s:bun,ko tag aku lagi skali..mmg aku x buat dah..yang nie penat aku nk penuhkan 7!!

Release~~

*cerita ini aku dapat dari mysapce yg org powerd2 tuh..baca lah bg sape2 yg free ..leh release tension terutamanya utk dak2 mmu yg sedang exam~gud luck dan smoga ter"release" tension itu..(aku sudah release kn tension tuh)*




Rahsia bola hitam putih

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu
selepas
Dia dilahirkan.

Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan
tak
Kahwin2 lagi.

Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun
cuma
tinggal bersama pengasuh je.



Lepas Tadika, sementara member2 lain
dah ada basikal, dia masih berjalan
kaki.



Pengasuhnya mengadu kepada
bapanya.

"Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal...apa tuan
tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal
yang macam mana
dan si
anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la
papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan
macamtu kot? Bingung si bapa.

"Kenapa bola itam dan putih?"


"Tak
perlulah saya terangkan kenapa.

Kalau papa ada duit, belikan
itu
je.

"

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima
je.

maka
dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu,
yang
paling
canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.



Masa
berlalu…

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.


Sekian lama
si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya
membelikan kasut
roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je.

Basikalnya
disimpan di dlm
stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi
kepada si bapa.



Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi.

"anakku, kamu
tak nak dibelikan
kasut roda
macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat
Papa?.

No problem setakat beli
kasut roda je...".



Si anak
menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya
dah
rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut
roda.



Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan
papa?"

Si bapa geram .

walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya
kasut
roda, ditambah bola hitam dan
bola putih.



Selang beberapa
tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.



Sekarang kawan2nya
main permainan lain- main roller blade.

musim
rollerblade melanda
kwasan tempat tinggal nya.


Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki
tersebut masih setia dengan kasut rodanya.

Lepas
bapanya
pulang dari luar
negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
si
bapa jadi malu
sangat2.

Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat
banyak,
keluar
negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.


Keesokkan
harinya, dalam bilik
anaknya sudah ada sepasang roller blade
baru bersama secebis nota: "Biar
kamu tak
malu".



Pada malamnya,
terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa.

Nota
tersebut berbunyi:
"Papa, Kenapa tak belikan
bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan
nya.

"

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.


Apalah
istimewanya
bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan
seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota
sebegitu...hingga
dia
tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola
putih
untuk
kesekian kalinya.



Benar, setelah mendapat bola hitam & bola
putih tu, si anak tidak lagi
mendesak bapanya.. Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa..
"trima kasih byk2 papa kerana belikan
saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sek
Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas,
member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.


Suatu hari,
ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh
membernya dengan
motor Harley Davidson color biru laut.

Si bapa menjadi
sangat
malu.


Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.



Itulah satu-satunya anaknya.


Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan
anaknya! Maka
ditawarkan
Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal.

Si anak menolak
tawaran
ayahnya dengan alasan motor kurang
praktis, lagipun si anak cuma
inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si
bapa
tidak dapat menerima
penolakan itu.

Kerana anaknya dah beso panjang, boleh
berbincang.


Akhirnya
tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dgn
bola hitam dan
bola putih semestinya!!.



Tetapi si bapa masih kesal...
Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan
anak lelakinya bola hitam &
bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya
begitu memerlukan sebiji bola
hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula
tak pernah bagitahu kenapa
dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &
bola putih..

Sehingga
tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.


Kerana
gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak
dihadiahkan oleh
si bapa sebuah kereta
Ferrari keluaran terbaru.



Akan tetapi, sehingga
beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor
je.



Sehingga
aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
motoooooor
jeeeee.


Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
belikan
bola hitam bola putih.

Tak
faham perasaan anak
sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn
bapanya.

So,
selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk
bertanya
kpd si bapa, kenapa pak cik
tak belikan bola hitam bola
putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2
tu..huh..sampai
awek anak aku pun
tanya..bila si bapa menanyakan si awek
semula kenapa soalan tu yang di
tanya?.

Si
awek pun bagitau, anak
lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi
bola hitam & bola putih!!


Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya
sudah begitu banyak bola hitam &
bola putih.


Nak buat apa lagii...,
fikir si Papa.

Tapi demi memelihara imejnya di
hadapan awek
anakmya itu,
maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.



Suatu
hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit
bukau
menaiki Ferrari untuk brsiar2.

Yelah,
anak muda kan , ketika tenang memandu
si anak dicium aweknya dan dia jadi
gelabah
dan terus accident!!! Mereka
segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga
dimaklum
oleh pihak polis
tentang perkara tersebut.

Keduanya cedera parah kerana
mereka tidak memakai
seatbelt, si
awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak
tenat.



Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak
saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami
telah
berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya
Encik
manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si
bapa masuk, mendekati anaknya.



"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati
semasa memandu.." si anak juga
menangis
kerana aweknya tak dapat
diselamatkan.

Si bapa cuba menenangkan
dia...akrablah dua
manusia itu
beberapa saat.

sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat
pertemuan
terakhir antara dia dan anak lelakinya...
Dia teringat kembali persoalan yang
selama ini sering bermain di benaknya
dan keinginannya untuk mengetahui
tentang "mengapa anaknya selama ini
selalu minta bola hitam bola
putih"


"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk...
sehingga kamu
sering
kesepian..maafkan papa, nak.

Papa tak berkesempatan
untuk menjadi ayah yang
baik.

"

Anaknya menjawab dalam keadaan
lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
saya kecewa disebabkan papa
ada
kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam
dan
bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk
persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU
SELALU MINTA BOLA HITAM &
BOLA
PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU
BERERTI
BUATMU?"




(anda semua pun ingin tahu kan
...?)







Si anak menjawab dengan nada terputus putus
kerana sudah tidak dapat
bertahan dan
masanya sudah hampir
tiba....



"sebabnya ....saya.. saya...
saya...."



*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan
nafasnya hilang.

Si anak
sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya
tentang bola hitam & bola putih.



Tengok, si bapa yang selalu hidup
bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku
yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape.

MACAMMANA NI? Kecewa jugak
nih.


Isk!Isk! Isk!..........Rasa
nak tumbuk je perut orang yang mula-mula
forward kat
aku.



P/S :
Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah...Takkan nak jadi
korban
sorang-sorang je kan ...

Iklan Manfaat~

bismillah
Click utk melihat dgn BESAR..:)


PENDAHULUAN
Kem Anak Soleh IV merupakan program kemasyarakatan yang dianjurkan secara tahunan oleh ALIPH. Program ini adalah kesinambungan kepada program Kem Anak Soleh (2005), Kem Anak Soleh II (2006), Kem Anak Soleh Cemerlang(2006) dan Kem Anak Soleh III (2007). Program ini mula dilaksanakan atas kesedaran dan niat untuk berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat, dimulai dengan projek pilot di sekitar Shah Alam, di mana kebanyakan ahli alumni menetap. Idea ini tercetus seiring dengan usia ALIPH yang ketika itu mencapai dekad yang pertama, yang menandakan bermulanya fasa di mana ALIPH sudah cukup matang untuk menyumbang kepada masyarakat.

Bagi Kem Anak Soleh IV, ALIPH telah mengumpul dan memperkukuhkan barisan penggerak serta menginovasi modul program ini seterusnya bersedia untuk menambah bilangan pusat program kepada 6 lokasi yakni dua surau di Seksyen 7 dan sebuah surau di setiap kawasan berikut; Seksyen 4, 9, 11, dan 19.

NAMA PROGRAM
Kem Anak Soleh IV

TEMA PROGRAM
“Anak Soleh; Permata Hati, Harapan Ummah”

TARIKH
Kumpulan 1 : 26 Mei 2008 hingga 30 Jun 2008
Kumpulan 2 : 2 Jun 2008 hingga 6 Jun 2008

MASA
8.30 pagi- 12.00 tengahari(setiap hari)

TEMPAT

Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4
Surau Taqwa, Seksyen 7
Surau Mawaddah, Seksyen 7
Surau Al-Ittihadiyah, Seksyen 9
Surau Madrasah Hidayah, Seksyen 11
Masjid Al-Huda, Seksyen 19



MODUL
-diskusi iman
-halaqah tilawah
-slot ibadah
-jom berakhlaq!
-sains dan al-Quran

YURAN
RM40/peserta/minggu

HUBUNGI UNIT PENDAFTARAN
Saudara Ahmad (016 - 667 3931)
Saudari Hidayah (013 - 278 2356)
Saudari Ashila (017 - 622 4149)

PENUTUP BICARA
Semoga segala usaha ALIPH dalam menyumbangkan jasa dan bakti kepada masyarakat setempat mendapat redha, rahmat dan hidayah Allah S.W.T. Segala kerjasama terutamanya daripada kariah surau, ahli-ahli ALIPH, dan masyarakat setempat yang menjayakan program ini merupakan budi yang cukup berharga dan semoga ia menjadi antara usaha yang dipandang tinggi di sisi Allah

just wondering~`

bismillah




Keadaan MMU sekarang seakan terasa laju pantas cergas berlalu masa dek kerna kekalutan menelaah pelajaran bagi mendapatkan satu keputusan terbaik di masa Final exam kelak. Kekadang terpikir kalo tetibe kiamat kat mana eh aku?agak-agak leh masuk syurga ke tak nieh?boleh ke nk tahan azab api neraka yg digambarkan dgn gambarang yang sangat2 ganas..azab kubur lagi??adehhh..


jap2 cuba test imagine boleh ke tak nk try masuk atau rase azab2 tuh...
ermm..x sanggup rasenye..ntahla..kalaulah leh munculkan perasaan takut tuh kan best..leh slalu igt kat diri sndiri yg idup nie x sentiasa selamat kalo buat mende2 x elok..kalo letak perasaan cuak+takut exam tuh pon dah agak ok kot walaupon ekceli kene letak lebih sket...hurm..

lu pikirla sendiri~


Wallahu a'lam

Tag!!

bismillah

kene tag ngan hanis..release tension exam katakan..:)


1> Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan?

1. PDA
2. suzuki SWIFT
3. Laptop yg canggih manggih
4. sejuta
5. hadiah yg ikhlas dari org yg ikhlas

2> Senaraikan alasan atas pilihan anda itu:
1. sbb x penah pakai..dok tgk org punye jerk..

2. erm..minat keta tuh..comel dan menarik

3. senang utk dibawa kemana-mana..(slalu tgk org bwk masuk laptop dlm libri..jeles tol~)

4. $$$$$$$

5. ikhlas itu yg paling berharga~

3> 5 inspirasi terhadap orang yang diminati:
1. Agamanya

2. Emosi yang stabil(x emo la)

3. Komunikasi yang baik tapi terjaga dek batas

4. rupanya

5. dah r tuh..ade ke wujud org cmnie lagi??

4> Perkara yang paling hebat pernah dilakukannya untuk anda:
-lorgh..baru faham soklan yg atas tuh bile bace soklan nie..ahaha...malas r nk type balik..anggap je r aku x paham soklan..(nmpak sgt x ikhlas nk buat..ahaha)

5> 5 ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju)
1. Manusia

2. Burung

3. Angin

4. kuman

5.otak kuman

6> Apakah perkara yang paling dibenci?
- tangguh2 keje then bile smpai masanya baru nk kelam kabut dan nyesal x sudah...cm sekarang nieh..tggah tngguh nk stadi.padahal esok exam.. :P


7> 5 orang yang anda mahu tag:

1.Elle(misi balas dendam)

2. Hanis

3. Bun

4. anak pakcik mahmud no 5

5. Hanis bin mahmud bin ibrahim