bismillah
Mari kita lihat apa yang boleh dimanfaatkan pada tulisan kali ini.Mula-mula nk hebah-hebahkan kepada anda terutamanya yang masih intern kalau ade, aku sudah berjaya menghabiskan waktu-waktu kritikal berpraktikal selama 16 minggu sharp!.Alhamdulillah.
Bila habis intern secara tak langsung hubungan dengan gopi pon terputus, so mak aku tak payah nk risau dan pikir yang bukan-bukan lagi kot-kot kena culik atau dirompak oleh mamat gopi tadi.Bila habis intern juga bermakna janggut kembali ke habitat asalnya.Bila habis intern juga bermakna report perlu diselesaikan.Bila habis intern juga bermakna hidup kembali normal dengan tidur selepas subuh dan berjaga hingga ke pagi melayari internet.Bila habis intern juga Facebook sudah tidak seaktif dulu cuma kadang-kadang terbawa perangai lama itu.haha! Dan bila habis intern juga kurang dosa aku mengumpat kompeni bersama rakan sekerja.
Sehingga kini rasenya tulisan ini masih belom bermanfaat.Jadi mari kita tambahkan sedikit manfaat.
Pernah ketika anda memandu memandang lampu jalan?Pernah anda memandu sambil melihat pokok dan bukit di kawasan tepi jalan?Kalau pernah,ape yang anda lihat? confirm-confirm la nmpak lampu jalan,pokok dan bukit-bukit.kah kah kah..
Kali ini tukar sedikit pandangan itu.Cuba ketika memandu anda memandang lampu jalan yang tegak itu.Cuba ketika memandu anda melihat pokok yang menghijau itu.Cuba ketika anda memandu melihat bukit yang gagah itu.Cuba ketika anda memandu sambil melihat kesemua itu dan fikirkan sebentar yang mungkin tiba-tiba sahaja tiang lampu akan patah,pokok akan tumbang dan bukit akan rebah.Cuba tambahkan lagi thrill itu dengan memikirkan jalan terbelah,kesemua kereta terpelosok ke dalam tanah dan anda akan berkondisi terkial-kial, gabra dan cuak.
Di saat itu pula cuba anda fikirkan dosa yang baru sebentar tadi anda lakukan.Dosa yang masih fresh anda lakukan sebelum masuk memandu kereta.Kini dosa itu yang anda akan bawa dan modalkan untuk berjumpa tuhan andai ketika itu kiamat menjelma.
kalau melihat selok belok cerita di atas adalah agak mustahil berlaku.Tukarkan sahaja jalan ceritanya menjadi sebuah kemalangan jalan raya.Dan tambah thrill dengan anda terbunuh dan membawa segala dosa itu.
pengajaran dan pedoman untuk entri kali ini:
1.Bila habes intern jgn lepaskan peluang menyakat mereka yang masih berintern
2.Jangan memandu sambil smsing/calling kerana boleh bawa maut.
3.Sebelum naik kereta jangan buat dosa.Lagi senang takyah buat dosa dari klua matahari smpai padan bulan.
4.Selalu muhasabah diri dengan mengigati mati dan kiamat.
5.Jangan putus asa dengan pengampunan tuhan.
p/s:pertanyaan: kalau kita suka satu blog ni,tp tiap-tiap hari bukak x update-update, ape perlu kita buat?
Please,pray for us. :)
13 years ago