bismillah
Hujung minggu lepas memberikan aku seribu satu pengalaman yang sepertinya tidak mampu untuk dipejamkan mata.Menyertai rakan-rakan universiti yang lain dalam prog Sek@mmu taiping di sekolah menengah king edward benar-benar memberikan satu pengalaman manis yang tidak mungkin dapat dilupakan.Rata-rata rakan mengetahui kedudukan aku di sebuah kelab islam di mmu seakan terperanjat jika diberitahu aku menyertai prog ini.Masakan tidak,sepanjang pengajian aku di MMU tidak pernah aku menyertai mana-mana prog anjuran kelab lain selain institusi usrah mmu.
Awalan program.
Aku seperti biasa sudah diberikan tanggungjawab sebagai komiti biro aktiviti walaupun pada sesi interview tempoh hari aku meletakkan biro taknikal sebagai biro pilihan tetapi malangnya pilihan itu ditolak.Bertindak segai komiti biro aktiviti bermakna aku terpaksa mengendalikan slot yang paling mencabar iaitu slot "graf kehidupan".Walaupun sudah beberapa kali ditolak namun diri yg hina ini dipaksa juga menerima.
Malam sebelum bertolak,kami diberi nama-nama sekolah yang akan didiami.King edward menjadi sekolah untuk aku diami.Sekolah yang rata-ratanya penuntut lelaki dan hanya form six sahaja dihuni oleh penuntut wanita.Sedikit kecewa.ahaha..
Tapi lantas hati terus dipujuk untuk berfikiran positif dan kepada tuhan meminta diberi petunjuk untuk kembali meluruskan niat dihati.
Ketika Program.
Sesampainya disekolah king edward kami diberitahu yang majoriti pelajar yang akan menyertai program ini terdiri dari ting dua sehinggalah ting 6. Sekali lagi motivasi diri merudum.Ting 2 hingga ting 6 bermakna gap antara pelajar sangatlah jauh dan secara tak langsung juga boleh memberikan impak negetif pada program yang akan dilaksanakan.Pelajar2 ting 4 5 dan 6 sudah pasti sukar bergaul dengal pelajar ting 2 dan 3 yang secara rasionalnya kurang matang pemikiranya.Sekali lagi munajat pada tuhan agar diberi kekuatan.
Namun, segala sangkaan itu meleset bilamana prog. dilaksanakan.Kerjasama pelajar2 terlalu bagus dan lari jauh dari pemikiran negetif sebelum ini.
Yang paling menarik perhatian aku adalah bilamana selesai solat berjemaah maghrib disurau asrama, akan bangkitlah seorang ketua asrama untuk memberi taklimat dan beberapa peringatan yang seakan mengamit kembali nostalgia aku dahulu sebagai seorang pengawas yang menjaga hal ehwal asrama di sekolah.Gaya dan bahasanya seperti aku,seronok melihat!.Seusai solat maghrib juga mereka berzikir beramai-ramai seperti sebuah sekolah agama.Seakan mengalir airmata mendengar alunan zikir itu smbil megenangkan kisah lampau sebagai seorang pelajar sekolah.Namun sebagai lelaki,air mata itu tersangatlah mahal untuk dicucurkan.Statement ini poyo, aku faham.
Kisah A.
Ini kisah seorang budak,elokah aku ringkaskan sahaja namanya sebagai A. A merupakan seorang student form six disekoah itu.A bukanlah student dari group aku tetapi kisah dialah yang memberikan aku sejuta keinsafan dan tidak boleh dilupakan.Sebelum aku lanjutkan kisah ini suka aku kongsikan bersama disini,kerap kali aku berdoa agar tuhan betulkan niat aku hanya untuk memberi dan berkongsi pengalaman kepada pelajar-pelajar sekolah ini.Satu perkara yang betul2 aku pegang smpai sekarang apabila aku diberi peluang untuk berucap atau bercakap adalah untuk aku benar-benar bersihkan niat aku.Aku yakin niat yang benar-benar ikhlas akan dipermudahkan oleh tuhan untuk org mendengar apa yang mulut kita hasilkan.
Pada malam graf kehidupan ingin dilaksanakan, aku seperti biasa ditugaskan untuk mengambil mood seluruh pelajar agar prog itu nanti lebih memberi kesan.Pada saat itu aku bertanyakan kepada semua pelajar dihadapan aku,siapakah antara mereka yang betul2 meyayangi ibu bapanya.Hampir kesemua mereka megangkat tangan.Aku lanjutkan soalan kedua,siapa pula dikalangan mereka yang tidak sayang ibu bapa.Saja aku tanyakan walaupun aku tahu jawapanya mustahil untuk pelajar-pelajar dihadapan aku untuk mengangkat tangan.Tetapi aku terkejut bilamana A tegak megangkat tangan.
Hari terakhir.
Hari ketiga merupakan hari terakhir.Kesemua pelajar dibawa ke dewan di MMC (kolej multimedia).Secara mengejut aku diberi tugas untuk membaca doa penutup.Tidak terkejut kerana mmg sudah menjadi second job aku baca2 doa nieh.Lantas selepas zohor terus aku meminjam senaskah yassin dan membelek doa-doa dibelakangnya untuk dibaca.Saat aku sedang praktis doa ditempat duduk pelajar, A yang duduk dihadapan aku menegur.Terus aku tutup sementara doa itu dan menyapa denganya.A lantas menjelaskan perihal malam tadi.Sesi luahan perasaan berlaku.Kata A, dia tidak suka bapanya,bapanya menuduh dia anak luar nikah dan tidak mahu mengakui dia sebagai anaknya.Air muka aku berubah,hati panas mengeliga.Aku bertanya emak dimana.A mengakatakan emaknya sudah lama meningal dan ayahnya tidak mengizinkanya melawat kubur emaknya.A juga mengatakan yang sekarang ini dia tinggal dirumah sewa rakan-rakanya dan hidup sebatang kara.Waktu cuti sekolah akan dimanfaatkanya untuk mencari duit dengan berkerja sambilan dan mungumpul duit.Bila sesi persekolahan dibuka,duit-duit itu yang akan digunakanya untuk berbelanja.Hampir menitis sekali lagi airmata jantanku.Dek kerana ade fasi-fasi perempuan,aku gagahkan agar airmata itu terus disimpan dalam mata.Hati merasa sayu.
Aku berfikir,jika aku ditempat A,sejauhmanakah kekuatan aku untuk menempuh kesemua dugaan itu.Terus aku titipkan nasihat dan menghulur nombor henponku.Aku merelakan diriku diganggu oleh A pada setiap masa andai dia memerlukan bantuan atau nasihat.Kepada A, aku berdoa semoga engkau terus kekal kuat dan sentiasalah berdoa pada Allah.Tidak mungkin Allah timpakan sesuatu ujian yang kita tidak dapat atasi.Ujian Allah itu diletakkan pada mereka yang mempunyai kekuatan diri tersendiri.
Penghabisan.
Terlalu banyak kenangan manis aku pada prog sek@mmu perdana taiping ini.Walaupun ini bukan kali pertama aku menyertainya namun ianya jauh lebih berharga dari yang sebelumnya.Disamping berbakti kepada masyarakat juga dapat bertemu dan berkenal mesra dgn fasi-fasi yang tidak pernah dikenali sebelum ini walaupun belajar ditempat yang sama.Kesempatan ini juga aku meminta maaf pada semua yang membaca entri ini kalau-kalau ada diantara anda merupakan fasi kepada sek@mmu perdana taiping kalau aku ade buat salah atau tersombong.Maklumlah,org tak hensem ini dia punya self confidence kurang siket.hahaha!
Kepad asemua fasi, aku berdoa agar segala usaha kita diberi ganjaran oleh tuhan.Moga ia akan diangkat sebagai satu amal jariah kita kepada masyrakat dan akan dinilai oleh tuhan pada hari akhirat kelak.Aku juga berdoa agar kita sama dapat mengutip sejuta manfaat dalam program ini.Moga kisah-kisah duka pelajar di sekolah masing-masing dapat menjadi satu sesi muhasabah kita bersama untuk terus berubah.Aku juga berharap agar prog susulan dapat dibuat samada bebentuk prog sebegini atau sahaja dengan prog-prog seperti ceremah motivasi atau apa-apa sahaja.
p/s: ............................................
wallahu a'lam
Please,pray for us. :)
13 years ago