Jom update!


bismillah


Jom update melihat beberapa perkara yang boleh dikongsikan bersama.


Aku yakin, rata-rata member sebatch aku sedang dalam keadaan getir dan cuak dalam menyiapkan tugasan akhir tahun sebagai seorang mahasiswa.Masing-masing sibuk dgn Final Year Project masing-masing.
Dalam kesibukkan kita jgn melupai yang kita empunya tuhan.Bak kata seorang teman,kalau kepala sedang serabut terlalu banyak tugasan dan tak tahu mana satu mahu dimulakan.Maka ambillah sedikit masa selepas solat,duduk bertafakur bermuhasabah dan berbicara pada tuhan.
Serahkahlah segala urusan dunia kita kepada tuhan dan biarkan ia memudahkanya untuk kita kerana tuhan itu tersangat baik dan meluas rahmatnya. Mana mungkin dia akan menyusahkan kita kalau dia mmg mempunyai sifat penyayang yang melebihi sayangnya emak kepada anaknya.Allah itu kan baik maka sayanglah Allah. :)

Penat!
Aku pasti ramai yang mengeluh tentang kepenatan yang dilalui saat ini.Iya lah,mahu mnyiapkan thesis,projek lagi, assignment lagi,exam lagi. Namun pernahkan kita mendengar kata-kata dari seorang yang hebat yang mengatakan bahawab rehat sebenar bagi seorang mukmin ialah pada ketika matinya.Mari lah sama-sama kita memenatkan diri kita dalam dunia ini untuk mendapatkan satu kerehatan yang pasti di pengakhiran nnti. :)

Wanita!
Lelaki dan wanita mmg telah ditakdirkan untuk hidup bersama.Bagi aku, wanita ni satu makhluk yang hebat dan unik yang diciptakan tuhan.Aku suka pada wanita sebab mak aku wanita dan bakal bini aku pon wanita.Cuma aku mmg jenis tak berkenan pada wanita yang pakai jeans dan juga yang memakai tudung macam style yuna tuh.Ala yang jenis bulat ikut muka tuh.Tak cantik sungguh,tapi nk buat cmne kan,tak salah pon selagi mana ia menepati syarak. Wanita zaman sekarang mmg cukup meggodakan,setiap hariku ke mmu pasti terasa seperti ke pertunjukkan fesyen.Lebih-lebih pula sekarang ini musim pertunjukkan fesyen musim panas,hadui..Semoga tuhan terus kuatkan iman yang senipis daun bawang ini.Dulu kat sekolah usya bebudak banat ikut celah2 dinding musolla yang ade lubang2 udara tuh je (bukan aku usha tau tapi budak2 junior..haha).Biasalah zaman budak-budak,minda tak matang.haha!

Member!
Berkawan mmg seronok,lebih-lebih lagi kawan yang sekepala tapi aku dah tau bagaimana perjalanan hidup ini.Kawan yang bersama kita hari ini tidak akan kekal selamanya.Dahulu kat sekolah, aku banyak kawan2 yang best dan sekepala.Tapi bila meningkat universiti kawan-kawan tuh dah hilang dan berganti dengan kawan-kawan sekarang ni.Aku yakin, bila habisnya zaman universiti ini,kita masing2 akan mndapat kawan lain di tempat kerja dan yang paling best dapat bini.Ituhlah nanti akan menjadi kawan sejati.:)


habes.tdo.bai bai.

wallahu a'alm