bismillah
Alhamdulillah wa syukru lillah. Tiada kata yang lebih layak dan tinggi perlu untuk panjatkan dan halakan selain ucapan terima kasih tidak ternilai kepada tuhan pencipta insan yang telah mengurniakan kepada aku seorang lagi insan yang cukup hebat dan mulia. Terima kasih kepada tuhan pencipta cinta untuk mengurniakan kepada aku cinta seorang wanita solehah yang di dambakan oleh setiap teruna. Terima kasih kepada tuhan yang maha kasih dan sayang kerana melimpahkan dan meminjamkan sedikit kasih dan sayangnya pada seorang isteri untuk suaminya.
Alhamdulillah, tanggal 8 jun yang lalu aku selamat menjadi seorang suami mengalas tanggungjawab mengunung tinggi bagi membentuk seorang isteri menuju jalan ke syurga. Perasaan seusai selesai melafazkan kalimah keramat "aku terima nikah.." begitu mengetarkan hati dan jiwa seorang bujang selama bepuluh tahun seperti aku. Saat terungkap dan terlaksana akad tersebut, saat itu juga aku mngerti mengapa mengalas tugas sebagai suami bukan semudah di sangka. Mencari dan memberi nafkah kepada isteri boleh di anggap mencabar di saat aku masih bergelar seorang mahasiswa namun jauh melangkaui itu memimpin si isteri untuk terus mengimani dan menyelusuri jalan-jalan ke syurga lebih mencabar hakikatnya. Pada tuhan setiap kali doa ku pohon supaya hati kami terus dalam iman, hidup kami terus dalan iman dan mati kami juga terus bersama iman. Moga esok mati kami ke syurga juga di sebabkan iman. amin.
Sejak dahulu ketika masih bujang aku punyai impian, untuk memiliki seorang teman bagi sisa dunia ini yang tidak sekadar cantik rupa tapi jauh lebih penting dari itu punyai hati dan jiwa yang mulia. Subhanallah, aku di kurniakan seorang wanita yang sempurna bagi aku mungkin tidak pada mata orang. Kami masing2 tidak punyai pengalaman bercinta bahkan tempoh bertunang dan berkenalan kami juga di pandang pelik bagi sesetengah pihak. Namun, aku seringkali bermonolog sendirian berdoa supaya bila sudah halal bagiku untuk dia, semoga allah berikan nilai erti cinta dan kasih sebenar pada kami berdua. Alhamdulillah, aku berasa menikmati bagaimana gilanya seorang yang bercinta tapi ianya lebih indah dari itu kerana cinta kami terlaksana ketika hukumnya masih sempurna.
kepada kedua ayah dan emak, tiada lafaz dan kata yang boleh di samakan dan di nilaikan dengan apa yang telah kalian berikan. Moga allah telah menetapkan dan menyediakan ruang syurga untuk kalian berdua di sana. Kepada ayah dan ibu mertua, terima kasih atas kepercayaan dan hadiah ini. Insyallah akan di jaga dengan baik dan sempurna. Pohon doa dari kalian semua.
Kepada isteri tercinta, ingatlah suamimu ini bukan insan sempurna yang punyai diri lengkap semuanya. Perkahwinan ini menyempurnakanya. Saat aku sedang terleka dengan arus dunia, hulurkanlah dahan tanganmu menarikku kembali beringat ke alam selepasnya. Saat aku sedang tertangis duka, berikanlah senyum manismu mengubat hati lara. Saat aku sedang suka gembira, berikanlah jiwamu untuk kita berkongsi bersama. Tidak putus doaku semoga allah terus terusan memberi dan mendatangkan hari-hari gembira dan bahgia buat kita. Insyallah selagi iman menjadi lapisan utama, saat islam menjadi landasan kita dan saat amal menjadi pendinding bersama, akan aku berikan yang terbaik untuk kita. Moga allah berikan kesempurnaan buat kita. Amin
Pohon doa rakan untuk kami kuat dan hebat mengharungi alam perkahwinan ini.
p/s: Terima kasih kerana menerima manusia tidak hensem ini menjadi suamimu. :p
Please,pray for us. :)
13 years ago