lidah si anjing gile!!~

Bismillah~


Daripada Abu hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:Barangsiapa yg beriman pada Allah dan hari akhirat , maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah dia diam,barangsiapa yg beriman pada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan jiranya dan barangsiapa yg beriman pada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya.
Diriwayatkan oleh bukhari dan muslim.


Kesejahteraan atas kalian ku doakan...

hadis di atas dipetik daripada koleksi hadis 40 yg dikumpul oleh imam nawawi.aku tidak akan berbicara mengenai memuliakan tetamu atau jiran seperti yg tertulis diatasnya.Tapi ape yg lebih menarik perhatian aku adalah mengenai ayat "falyaqul khairan au liyasmut"...berkata baik ataupun diam.Imam syafie dalam membahaskan hadis berkenaan berkata baik ataupun diam ini menyimpulkan bahawa bilamana seseorang ingin berkata sesuatu hendaklah ia memikirkan tentang kesan yg mungkin terbina diatas apa yg dikeluarkan nya itu.Dan bila hanya saja tiada sesuatu kemudaratan yg terlaksana diatas perkataanya itu,maka barulah diperkatakan.

Ar-rasul yg menjadi ikutan bg aku,kau dan mereka diluar sana sebenarnya telah memberi kita satu garis panduan dalam soal berkomunikasi antara kita.Amat mudah utk mengerti dan menjalankan apa yg diperkatakan oleh baginda..antara kamu berkata yg baik atau diam..rata2 kita hari ini mudah utk membicarakan bahawa aku adalah ikutan ahli sunnah..aku adalah pengikut ar-rasul..Rasul adalah role model aku...tapi sebenarnya ianya lebih sekadar manis dimulut..kata2 seperti itu lebih kite gunakan hanya sekadar untuk memberi satu pandangan yg baik dan manis pada diri kita tnpa sekalipun kita sebenrnya cuba utk memperaktikanya..alasanye mudah..manusia itu lupa dan mudah tergoda..

Apekah tidak pernah ada dalam seharian hidup kita dihabiskan masa dgn benar2 utk mengkaji dan mendalami maksud hadis ini???..aku bercakap bukan kerana aku sudah hebat..dan aku menulis ini juga bukan kerana aku pandai dalam segenap hal dalam hadis ini.cuma aku menulis atas dasar ingin berkongsi dan mudah2 han menjadi peringatan bagi kita yg amat mudah beralasan "aku sudah lupa"...
beginilah...kalo tidak mahu berbicara menganai hadis ini..cuba kita lihat pepatah melayu yg mengatakan"kerana mulut badan binasa"..pepatah ini bukan bermaksud badan akan binasa bilamana mulut kita busuk..bukan juga bererti badan akan rosak bila mulut kite herot ..sumbing atau cacat..tapi atas ape yg dikeluarkan oleh mulut itu..perkataan yg dinukilkan itu!!~....

kekadang kita lupa yg kita berhadapan dgn berbagai org yg sudah tentu lain sikapnya...lain perspektifnya dan lain sesetivitinye...dek atas kealpaan kita itu ..kite menjadikan setiap golongan ini menjadi satu type yg kita jangka akan menerima dan menyukai atas apa yg kite perkatakan..atas dasar inilah hadis ini menjadi satu peringatan bagi kita..agar kita sentiasa berkata yg baik..bilamana perkataan yg mulia itu terkeluar dari mulut kita secara x langsungnya,setiap jenis2 manusia diatas ini akan menerima perkataan tersebut dgn hati yg terbuka..
dan aku merasakan amalan berkata baik ini tidak hnya berfungsi dalam perbualan seharian sahaja..tetapi ianya juga mampu utk kite aplikasikan dalam bidang penulisan atau pon dalam sesuatu perbincangan..berlapang dadalah dalam setiap keteganggan..

Ada pepatah lain yg mengatakan "lidah umpama anjing gila yang bila tidak diawasi akan menerkam"..kowang penah tgk tak anjing gile kat umah amoi2..ataupon kat taman2 sekitar Shah alam.(ade ke??..ahaks)...haa..anjing tuh..kalo kowang dekat die kejar..kowang jauh pon die kejar..die bukan nk main kejar2 ngan kowang..pe jadahnya die nk keja2 tuh..tapi die kejar dengan matlamat utk gigit betis2 kaki kowang yg mulus itu..sbb pe die nk buat cenggitu??sbb die gile..begitu jugalah kata2 yg dikeluarkan oleh kita..bilamana x mampu utk menjaganya..ia akan menuju terus kepada org yg kite tujukan perkataan itu dan bila mana sampai pada nya perkataan itu...ianya akan terus menikam kalbu..perit..sakit..pedas bgt!!~~...dan igtlah,ianya akan meninggalkan parut yg amat sekali sukar utk dihilangkan sekalipon menggunakan teknik rawatan pembedahan plastik...

beginilah mudahnya...agak2 kalo x mampu utk berkata baik..lebih baik kita diam..agak2 kalo rase org sakit hati lebih baik kita diam...dan gak2 kalo mulut tuh lezer baik diam~!!sbb sakit hati dgn org yg mengeluarkan sesuatu yg !#!@#$!$ ini sgt2 perit~~..aku dh rasekanya....


wassalam~

p/s: sesape yg ade terasa yg aku..aku mntap maap..terima kasih!!...


1 comments:

Amir Arshad said...

best entri nih. Perumpamaan lidah anjing gila tu mmg best! Thanks for sharing.