Fazakkir~


bismillah...

bile bukak balik blog aku kat friendster,aku pon terbace tulisan ini yang aku tulis sendiri..dan aku terkesan dek tulisan aku ini dan aku terfikir utk berkongsi bersama.terlalu bnyak perkara yg aku sendiri tulis dalam tulisan dibawah ini yang mnyedarkan aku kembali.tulisan ini aku tulis ketika aku masih "muda" menjejakan kaki di bumi MMU ini.layankan~


"ku mulakan tulisan ku kali ini dgn lafaz mulia ini atas harapan mudah2han kesemua kita berada dlm lingkugan rahmat dan kesejahteraan daripada pemilik segala kehidupan.. selawat dan salam hnya selayaknya utk junjungan besar Ar-rasul s.a.w.... rakan-rakan dan musuh-musuhku, secara jujurnya aku tdk mempunyai apa2 perancangan didalam otakku utk ku coretkan pada kali ini..yg hadirnya pada tulisan ini hanyalah diatas ape yg aku fikirkan pada ketika ini... aku terpaut pada satu perkara yg dilakukan oleh Ar-rasul s.a.w.. yg mana ianya pernah diungkapkan oleh seorang ustat pada aku yg berbunyi..."nabi dulu ketuk setiap pintu rumah masyarakat mekkah utk menyampaikan kalimah la illa ha ilallah..." allahhhh.. betapa besarnya pegorbanan baginda utk manaekkan kalimah ini berbanding kita...bila terpikir balik,apakah yg pernah kita lakukan kala ini sebenarnya utk mencapai matlamat yg sama seperti baginda....atau mungkin benarkah niat kita selama ini, walaupon kononnya utk mencapai matlamat yg sama??! ingatlah kita sering memaniskan mulut berbicara ttg perkara2 seperti ini namun hakikatnya tiada langsung tindakan yg selayaknya utk merealisasikanya....pelbagai alasan mudah terungkap utk menidakkanya..tepuk dada tnya iman!! sejauh mana kalimah syahadah yg anda lafazkan itu benar2 tertusuk kedalam jiwa kalian??...


ahhh,aku salah...tidak usah berbicara perihal aqidah ini...aurat pun mudah tertanggal...bahasa pon tidak seindah mana...apetah lagi jika dibicara perihal amalan??? anda sendiri nilai dan hakimi sejauh mana kekuatan anda...layakkah anda menjadi ummat nabi muhammad s.a.w???..layakkah anda utk menerima syafaat dari Ar-Rasul ini...??? atau layakkah anda memakai nama ISLAM anda ini?? ingatlah..jika sekalipon tdk mmpu utk anda mengetuk pintu setiap rumah/bilik/dorm..cukuplah sekadar anda menunjukkan kecantikkan islam itu pada attitude anda....cukup sekadar anda pandai menjaga mulut dan perlakuan anda....itu lah perkara yg paling mudah utk aku dan kau lakukan...

sahabat2ku...

Ar-rasul s.aw sebelum menghembuskan nafas yg terakhir hnya terucap dgn kalimah ummati...ummati...ummati...yg membawa mksud ummatku..ummatku..ummaku...pada siapa kalimah ini tertuju??pada siapa yg nabi maksudkan...pada siapa yg nabi ingat ini???pada kita!!.. nabi cukup risau keadaan ummatnya diakhir zaman nanti...kitalah ummat itu wahai sahabat2ku... nah!!betapa sayangnya baginda pada kalian..pada aku...pada kau...pada semua.... tapi sayangnya..kecintaan,kesayangan dan penghormatan kita pada hari ini lebih layak diterima oleh boyfriend..girlfriend..dan yg x sepatutnya...lebih daripada orang yg mencitai kita iaitu ar-rasul s.a.w....

oleh itu kenalanku sekalian...

ketahuilah,kite berada didalam golongan pengakhiran...kita berada pada tahap terakhir pada usia bumi ini..kita adalah ummat akhir zaman...mana lagi tanda2 kiamat yg tidak kelua?? fikirlah sebelum terlambat..jgn bila mata terpejam,dan bila soalan mungkar nangkir terngiang2...baru terpaku...maseh ade masa sahabat..dunia ini jmbatan...jmbatan yg tidak selamanya kukuh...ade mase ia akan runtuh...binalah kekuatan atas jambatan ini utk menyeberang dgn selamat..mudah2han tiada yg antara kita ter'jatuh' kedalam gaung neraka ini..."

wallahu a'lam....

lelaki kuching~



Polis perketat kawalan di sempadan, buru dua suspek culik budak lima tahun

PETALING JAYA: Polis mengetatkan kawalan di semua pintu sempadan dan lapangan terbang dalam gerakan mencari Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang berhampiran rumahnya di Taman Medan, dekat sini, kelmarin serta memburu dua suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, gerakan bersepadu besar-besaran yang bermula semalam itu turut membabitkan langkah mengedarkan poster mangsa dan lakaran wajah suspek ke seluruh negara.


Katanya, satu pasukan khas yang dianggotai bersama pegawai dan anggota polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya juga ditubuhkan untuk menerajui siasatan.

Pasukan itu yang sedang berusaha menjejak dan mengenal pasti dua suspek terbabit berdasarkan lakaran wajah atau fotofit yang diperoleh daripada maklumat saksi, diketuai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad.

Musa berkata, lakaran itu turut diedar kepada media bagi membantu siasatan polis yang dibuat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak daripada penjagaan sah dan mereka yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun.

DICARI: Lakaran wajah suspek diedar Bukit Aman.

"Kita akan bertindak pantas mengesan suspek dan melancarkan gerakan besar-besaran serta berharap saksi kejadian terutama peniaga dan orang ramai tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di IPD Petaling Jaya, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan ibu bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussin dan Suraya Ahmad.

Mereka sebelum itu mendengar taklimat yang diberikan Arjunaidi berhubung kes kehilangan Sharlinie.

Kelmarin, akhbar melaporkan Sharlinie hilang ketika berjalan pulang ke rumah bersama kakaknya di Jalan PJS 2C/11N, Taman Medan, dekat sini selepas bermain di taman permainan berdekatan, pada kira-kira jam 11.30 pagi. Berdasarkan maklumat kakaknya, Sharliena, 8, seorang wanita berambut paras leher dan memakai kasut tumit tinggi mengumpan adiknya dengan gula-gula sebelum menariknya masuk ke dalam kereta berwarna hitam lalu melarikannya.

Mangsa adalah kanak-kanak perempuan kedua dilaporkan hilang dalam tempoh kurang 48 jam di situ, selepas Nur Fatihah Zaidi, 6, dilarikan seorang lelaki bermotosikal ketika bermain di taman permainan Pangsapuri Desa Sepakat, kira-kira enam kilometer dari situ sebelum ditemui ditinggalkan di Wangsa Maju.

Dalam kes Nur Fatihah, lelaki berkenaan dikatakan mengajak mangsa mencari kucing dan burung, sekali gus menguatkan dakwaan suspek mungkin lelaki sama dengan `lelaki kucing' yang mencabul dua kanak-kanak perempuan di Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak pertengahan tahun lalu.

Polis sebelum ini turut melihat kemungkinan kaitan kehilangan Sharlinie dengan kes Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati kira-kira sebulan selepas dilaporkan hilang, dipercayai dilarikan seorang lelaki, September lalu.

Musa berkata, fotofit dua suspek yang diedarkan polis kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan Sharlinie adalah sama dengan lakaran wajah lelaki yang menjadi buruan dalam kes cabul dua kanak-kanak di Kampung Baru.

Katanya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Medan sudah dipanggil bermesyuarat dan beliau sudah meminta Khalid berbincang dengan mereka bagi menempatkan seorang dewasa di taman permainan itu bagi mengawasi kanak-kanak di situ.

Katanya, beliau juga mengesyorkan supaya JKKK di kawasan lain mengambil langkah sama dalam usaha memastikan keselamatan kanak-kanak yang menjadi tanggung jawab bersama polis serta semua ibu bapa.

Sementara itu, Shahrizat berkata, kerjasama semua pihak khususnya orang ramai dan media dalam membantu menjejaki Sharlinie dan suspek amat diperlukan bagi mengelak kes seperti yang berlaku terhadap Nurin Jazlin berulang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes kehilangan Sharlinie boleh menghubungi polis di talian 03-79662184/2177 atau SMS ke Rakan Cop, di nombor 32728.


::sesapa yang ade ank kecil ..jaga2 la ngn lelaki kuching ini.sgt berbahaya orgnya.

satu ke sepuluh~

bismillah


Langkahan pertama membawa kepada yang ke seterusnya.Bukan terus memejam mata berjalan tapi berserta panduan.Cukup sudah panduan yg ditinggalkan tapi cuma kekadang manusia itu seperti roda imanya,ketas kebawah keatas semula dan adakala kerap pula putaranya kebawah.

3.04 pagi.Jarum terus berputar.Memang benar ia tidak pernah menunggu atau tertungu.Siapa bijak,masa miliknya dan siapa yang kurang peka masa meninggalkan.Dan benar juga sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali bagi yg beramal dan saling peringati.Aku sedang cuba yang ini.Nah mari membuat langkahan satu supaya tidak terbatas segala perlakuan dek kerana masa yg dibazirkan sedang ajal semakin pasti mendatang namun amal kurang memberi perisai dalam persoalan.ya!!persoalan kubur maksudku



Anda yang membaca,aku ingin mnyampaikan ape yg terdaya utk ditulis sedang sendiri tidak pasti akan kemampuan dalam pengamalan.Iman itu perlu diperlihatkan dalam amalan.Lemah amalan belum tepu iman itu.Sungguh sukar mencapai iman yg tepu tetapi perlu langkahan satu utk yg kesepuluh itu~



Jadinya manusia memang diselangi emosi.Disertakan sekali dek akal dalam mengawasi.Perlu pintar dalam mengawal agar nanti mudah bagi akal menjangkau.Kekadang dgn emosi, cinta manusia lebih dari sang pencipta sedang mulut bijak berkata tapi hati belakang kira.Bila ini tercipta,punah akal dalam tugas pengawalan.Terjadi perlakuan tanpa sempadan,laki dan perempuan bersekedudukan,baju kecil dan sendat menjadi perwatakan namun terlilit kemas tudung kepala,mungkin jenis "aurat" baru sedang diperkenalkan .Perlu mulakan langkahan yang satu untuk kembali memperbaiki tugas akal~



Bila berbicara soal tujuan penciptaan,khalifah dunia jawapanya,jawapan yang hanya perlu dihafal sedikit dari ceramah ustaz.Kelihatan org sebegini jenis banyaknya yang gagal akademiknya.Agama itu cara hidup,perlu diterapkan dalam setiap masa,jangan hanya berkata ketika ceramah dan tazkirah sahaja.Dalam pelajaran,pergaulan,pakaian,permakanan dan segalanya wujudkan ia.Bukankah tertulis dalam quran itu "masuklah kedalam islam keseluruhanya".Masih lagi memerlukan langkahan satu supaya anda org yang ngerti tidak mencipta fitnah pada agama~


Ketika melihat org berserban,bertudung litup,memakai seluar panjang ketika bersukan dikatakan alim.Di sindir pula ustaz,ustazah.Mengapa yg dituntut perlu disiniskan bahkan yang membuat dosa beramai-rami pula soraknya.Anda ini mungkin tidak percaya tuhan kerana tidak mengikut amalan dan panduan.Merah muka menahan marah bila dikata tidak percaya tuhan,tepuk kepala bagi akal berjalan,mana agama anda diletakkan?.Bagai masuk syurga riangnya pabila berdamping bersama pasangan tanpa akal terfikir akan neraka padahnya.Yang terlibat perlu langkahan satu dalm perubahan,yang melihat perlu langkahan satu dalam menjelaskan~



Manusia memang sebegini sikapnya,termasuk aku yang tidak terlepas dari apa yg diperkatan .Aku adalah manusia.Kalian yang membaca juga manusia mustahil haiwan.Guna akal dalm pengawalan.Ingat tuhan dalam setiap perlakuan.Agama itu bukan sekdar pakaian.Masa itu sebagai satu peringatan yang akan tercipta saat kematian.Jangan sesal kemudian baru terdesak membuat amalan.Jaga iman Jaga amal... :)



-Maaf andai ada yang tidak memahami entri ini.Maaf juga atas kasaran bahasa.Maaf juga andai terluka.



3.46 pagi,

6 Januari 2008
Multimedia Universiti.