Syabab musafir kasih

bismillah


Baru sahaja selesai membaca sebuah novel islami yang berjudul "syabab,musafir kasih".Perlu diakui yang aku bukanlah seorang yang mempunyai hobi yang hebat dalam membaca meskipon mempunyai berbagai jenis buku tapi x semunya pernah aku habiskan.Kebanyakkanya terkandas di tengah jalan.:)


maaf,gmba ini tidak akan kelihatan dalam novel "syabab musafir kasih".harap maklum.




Novel islami ini aku mengambil masa sehari suntuk untuk menghabiskanya.Boleh jadi kerana keingginan yang kuat untuk aku mengetahui kesudahan cerita yang dicipta oleh novelis ini.Mungkin disitu terbit kekuatan untuk aku menghabiskanya.Pun begitu,terdapat juga kekurangan dalam novel ini,jalan cerita yg agak berterus terang tidak dapat memberikan perasaan ingin tahu yang lebih mendalam.Terdapat perbezaan yang ketara dari segi penulisan untuk dibandingkan dgn novelis lain yang lebih senior dan terkenal berbading novelis muda ini(macam la aku selalu baca novel)haha...
Novel ini agak sarat dengan dgn petikan-petikan hadis dan juga ayat al-quran yang aku kira cukup baik disesuaikan dgn jalan ceritanya dan secara tidak langsung mengajar pembaca untuk memahami maksud sesuatu hadis dan ayat al-quran itu dgn mudah dan jelas.Salah satu hadis yang agak menarik perhatian aku ialah:

"Kasihilah orang yang engkau kasihi sekadarnya kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau benci.Bencilah orang yang engkau musuhi sekadarnya kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau kasihi" -riwayat tarmizi


Sedikit sinopsis Syabab merupakan seorang anak yatim yang tidak bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yang kurang kefahaman islamnya.Atas kerana kurangnya didikan agama dan ditambah dgn kasih sayang seorang ayah menjadikan syabab seorang budak yang nakal.Syabab sering dipandang hina oleh masyarakat kampung dan dilayan sebagai seorang budak miskin dan hina.Dalam pada itu muncul Nur mumtazah,seorang mahasiswi universiti yang membela syabab dan memberi perangsang kepada anak yatim ini untuk mengejar cita-cita.Nur mumtazah sering kali menasihati syabab dan mengajarnya perihal agama.Nur mumtazah melihat ada potensi besar pada syabab untuk menjadi seorang DAEI yang hebat atas kecekalan dan kenakalan anak yatim ini....selebihnya..kowang baca sendiri...=p

p/s: sapa nk pnjam leh gtau..mnde baik kene kongsi~..:)

3 comments:

zliah said...

hehe
dah baca dah buku ni.
ada gak buku ni kat umah~

Mohd Fakhrurazi Mohd Yusuff said...

oo..kamu tuh mmg kuat membaca~..hehe

Yenna said...

erm...syabab...honestly baru 3/4 page aku baca... airmata aku menitis.. sedih tuh.. bagi aku citer dia mmg menarik.. lain dr novel² sblm nih.. mmg menepati n menyentuh hati aku.. :p