jual mahal

bismillah




Ade kisah menarik ttg harga barangan yg mahal sekarang.Selalunya barang mahal hanyalah untuk yang berkualiti tinggi.Kalau barang yang berkualiti rendah tapi dijual dgn harga yang mahal maka akan berlakulah satu implikasi negatif pada penjual dan pembeli.Si pembeli akan mempertikaikan mengapa ianya sebegitu mahal yang langsung tidak sepadan dgn kualitinya,si penjual pula akan mempertahankan dengan pelbagai tipu helah untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda.Habisnya,pertelingkahan berlaku tapi barangan ttp tidak laku dijual atas sebab kualiti yang tidak kena pada nilainya.
Adapun mungkin disana akan ade si pembeli yang yang tergoda dan termakan dgn pujuk rayu si penjual.Lantas barangan yang tidak berkualiti ini dibeli tapi mengetahui ianya langsung tidak sepadan dgn harganya.Akan kelihatanlah dikemudian harinya nanti barangan ini sgt tidak tahan lasak dan cepat pulak meragamnya.Kelak pula akan ter"cerailah" antara si barangan dgn si tuan empunya atas ketidakmampuan barangan tadi untuk terus berbakti.

Adepon barangan yang mahal mmg amat sukar untuk dijual kerana harganya yang begitu memuncak tinggi.Pun begitu barangan yang mahal ini begitu indah kualitinya dan ianya hanya layak dimiliki untuk mereka-mereka yang berkemampuan sahaja.Bagi mereka-mereka yang tidak mampu,elokla hanya sekadar melihat sahaja dahulu sambil-sambil menanam azam dan impian untuk memilikinya suatu hari nanti.Ianya bukan tidak boleh dimiliki tetapi perlu untuk persediaan yang hebat dari segi mental dan fizikal untuk mendapatinya.Iya la,barangan sebegini mahal perlu duit yang banyak kan?untuk dapat duit yang banyak kita perlu untuk berkerja dan memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkanya pula.Tetapi setelah memilikinya,kita akan lebih menghargainya kerana ianya barangan mahal dan lambat pulak bercerainya bersama kita kerana kualitinya.Jadinya kita akan lebih merasai kenikmatan membeli dan memilikinya walaupun terpaksa berkorban wang untuk nilai harga yang agak tinggi.

setujukah penyataan diatas?
kalau setuju boleh teruskan pembacaan,kalo tak setuju,baca je la gak..kowang nie bukan jenis yang boleh dihalang nafsu membacanya...haha



Situasi semasa:

"gile poyo minah tuh,bajet cun la" kata razak kepada fakhru "apsal lak ko ckp camtuh beb?" jawab fakhru kepada razak

"tade la,aku saje la sms2 die..ym2 die nk tnya kabar..nak berkenalan..tapi ko tau die bajet cun la..jual mahal ngan aku..die igt die cun sgt?..muka cm batu landasan keta api" terang razak lagi

"
ish ko nieh..barang yang mahal hanya untuk org yang berkemampuan sahaja..bagi aku die bukan jual mahal cuma die mungkin rase ko x cukup "duit" kot nk beli..tapi jgn risau..ko leh cari yg murah2 punya..bnyak sekarang ade" terang fakhru pulak

"ade ke??kat mana?.." soal razak penuh pengharapan

"
hehe..barang murah selalu mudah terdedah dan senang untuk dibelek2 rupanya..sbbnye kalo jatuh pecah barang itu tak mahal untuk diganti" jawab fakhru penuh kepoyoan

"erk..kat tepi2 jalan ade?cmne nk beza ngn yg mahal eh?" soal razak lagi

"mudah!..yang mahal selalunya akan disimpan rapi didalam bekas atau cermin kaca..ianya tidak mudah digapai dan dilihat ..bila sudah dimiliki baru boleh untuk dibuat apa2" poyo fakhru lagi

"ko cte pe..x paham aku..lantak ko la..aku nk g usha awek lain"jawab razak yg sudah boring

...........
.......................................................

p/s:Jual la mahal kerana kualiti yang sebenar dan jgn takut tiada pembeli kerana si pembeli yang bijak perlu masa untuk meneliti dan memerhati.Mahal kerana kualiti yang sebenar sgt berbeza dgn mahal kerana kualiti tiruan.. =)..

Ini kenangan kami..=)



Kelihatan apa dalam gmba ini?...

1)bg aku mudah, 2 org lelaki yang berkerja keras memasak lebih2lagi yg berkopiah itu dan 2 org perempuan yang berkerja keras me"mandur"..=p..buktinya?Lihat tangan ke dua-dua org wanita tersebut,melekat sahaja di pinggang...haha

2)Lelaki yang berkopiah itu berkerja dgn hati yg ikhlas,lelaki yg di tepi die itu sekdar membantu ketika gamba mahu diambil...buktinya?..lihat sahaja gaya lelaki yg tidakberkopiah itu memegang sudip..seperti acuh tidak acuh sahaja kan?

3)Mee yang digaul oleh lelaki berkopiah itu sedap..buktinya?..bihun itu habis diratah oleh peserta2 mukhayam..=)

entri ini sekadar satu selingan suka dan duka aku dalam berorganisasi,pasti ini akan menjadi salah satu kenangan terindah pernah aku miliki yang pengalaman ini tidak akan dapat diperolehi bagi mereka yang hanya pandai datang ke universiti sekadar mengejar akademik dan pointer nye..juga tidak dapat diperolehi bagi mereka yang tidak jelas mana tujuan berorganisasinya...
Terima kasih smua atas pengalaman yang indah ini juga...

ikhlas dari,
si sepat waris si penyu..=)
------>kaler pink tuh..haha

itu objektifnya

bismillah

Berjalan keluar dari bilik dgn satu matlamat dan objektif utk ke kelas bagi menimba ilmu.Bila sampai di kelas,lecturer mula mengajar dan kita akan duduk mendengar segala apa yang diuntahkan dari pemikiran lecturer dan terus menghadam muntah-muntah itu.Habis kelas,jalan pulang semula ke bilik.Objektif tamat! kita puas! Petang,berjalan keluar dari bilik dengan memakai kasut futsal dgn harapan dan matlamat dapat score goal pada hari itu.Score 2 bijik dan dipilih sebagai man of the match utk kali ke 8 berturut2..Bila petang makin kelam,berjalan pulang ke bilik.Objektif tercapai! kita puas!

---------------------------------------
----------------------------------------------------------
melihat ke arah "objektif"


2 situasi pendek untuk memperlihatkan 2 objektif p
endek yang bilamana dicapai akan kelihatan puas dan hebat meskipon tiada hadiah berupa wang tunai yg akan diganjari.Ianya terhasil dari satu objektif yang benar-benar jelas utk dicapai.Kita yakin itu yang kita mampu capai atas kemahuan yang melonjak-lonjak bak ikan keli di kolam sg lui. Orite tanak smbang bnyak2 pasal objektif pendek2 nieh.Begini,objektif pendek2 ini kite akan selalu nampak dan yakin sebab bendenya dah ade depan mata,maksudnye bende yang dah ade bukti yg pernah kite saksikan.Sebagai contoh,men bola tadi,ianya terbukti jika kita benar2 main dan menyepak bola pada gol menggunakan teknik dan direction bola yang betul ianya pasti GOL!..buktinya,geng2 kita yg buat begitu dh berjaya mnjaringkan gol..

Dan sebenarnya objektif pendek ini ade limitation pada waktunya..sebab tuh nama die pendek..ahaha..
dan kita kene ade satu objektif pnjang yg sama2 kite kene capai..iaitu masuk surga la beb!...ke kowang x nk masuk ?.. ape yang penting ???KERJASAMA...kene kerjasama utk saling igt mengigati..tp masalah sekarang pulak..akan ade org kata,tiada bukti lagi mnunujukkn org akan ke syurga..sbb bukti yg bnyak adelah..bila org mati..akan masuk ke dalam tanah bukan syurga..x kisah la dia ustat ke ape ke..masuk kubur gak.. utk org2 begini aku syorkan kowang bukak balik quran dan hadis..belambak2 tulis yg org baik akan masuk syurga..
Banyak gile bukti ade dalam mukjizat ini



bukti dah ade cumanya kita jerk kekadang terkesan dan terpengaruh dgn suasana dan menyebabkan objektif2 pendek kite melangkaui objektif2 panjang ini.Kekadang plak langsung x pk objektif pnjang ini sbbnya ??kita JAHIL dan BODOH ilmu agama!
pikir2 la sendiri geng..aku pon nk g pikir gak ni eh..challow beteh! wallahu a'lam..

ini cerita indah!

bismillah



Adapon kisah ini sememangnya dogeng berlaka.Maksud dogeng itu menurut kamus ciptaanku adalah tidak lain merupakan omongan kosong yang langsung tiada bukti kesahihanya.Lantas atas faktor kedogenganya,para peneliti dan pembaca yang tidak aku pernah kenali sekalian janganla membuang masa untuk melayan nafsu membaca anda untuk terus menjamah perkataan seterusnya ini.

Kisah bermula begini,tercipta la sebuah perkampungan didalam sebuah hutan yang begitu semak dan tebal juga,kedapatan juga bukan hanya manusia sahaja banyaknya disana tetapi haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan yang menghijau warnanya.
Tinggal la pula didalam perkampungan itu satu puak keluarga yang memang tidak disukai ramai.Kebencian terhadap keluarga ini bukan sahaja dapat dilihat pada penduduk kampung hutan tebal itu sahaja tetapi juga pada lembu-lembu di taman dan ikan-ikan di lopak-lopak jalan.
Ade cerita disebaliknya megapa terjadi sebegini situasinya.
Ceritanya begini...

Keluarga ini terhasil dari pergaulan mesra secara halal oleh ibu dan ayah si ketua keluarga dan terlahirla 2 org warisnya.Seorang perempuan dan seorang wanita.Maksudnya dua-dua warisnya adalah bukan lelaki.Adapon sebenarnya jika anda sudah membaca sampai ke tahap ini makanya perlulah anda sedar yang anda sedang dipermainkan oleh tuan empunya blog ini.Bukan niat dihati untuk mempermainkan anda tetapi mmg matlamat asalnya utk mempermainkan anda.sekian terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan click pada status saya!!...

kenangan lampau

bismillah

dok tggu azan subuh pg2 nieh..saje usha2 fotopages aku yg aku rase ade la dekat 2 taun aku x
penah bukak..haha..usha punya usha..ade gmba masa aku ngn geng2 melaka dlu..hahaha...tegok sepam ~

ngn topek lepas smayang jumaat


ngan naim rumate aku 2 taun berturut2


ketika mnjadi penjual untuk biro ekonomi


Menjadi penjual jagong yg hebat dan laris!..haha


ketika gathering biro BE x lama dlu(dh lama dh pon..haha)

tetibe~

salam


razak apsal x update blog?
-busy

razak apsal x update blog?
-x de idea

razak apsal x update blog?
-MALAS !

razak=fakhru (nama yg kian pupus di MMU)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

arinih,
bnyak mnde yg kurang bagus aku buat seperti "terponteng" kelas dan membuang bnyak masa..bnyak juga kerja2 tertangguh.

esok,
harap2 dapat menebus balik segala ketidaksempurnaan hari ini.doakan..

---------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau ditanya apekah pengalaman paling manis dalam idup aku?
-dapat masuk mahad pakai jubah putih,duk dalam halaqah kat musolla dgn peluh2 yang mengalir tepat jam 12 tgh hari di musolla yang hanya mempunyai atap zink yg membara dan dikelilingi oleh membe2 yg sengal dan ustaz yang otai menunggu masa menampar bila hafazan anda tidak lengkap!!...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Angkat tanganmu dan berbicaralah pada tuhanmu,sesungguhnya dia sgt-sgt dekat padamu..berbicaralah ttg apa sahaja padanya,bersembangla apa sahaja..ceritalah mengenai kesusahan belajarmu,ceritalah perihal maksiat dan dosamu,mengadulah mengenai kelemahanmu dan mintalah nasihat mengenai kekalutan cintamu..

ya Allah,
engkau yang maha mendengar segala apa yang tersurat dan tersirat,
engkau yang maha mengetahui apa yang terdetik di hati ini,
engkau yang maha berkuasa atas segala-galanya,
dengarla permintaan hambamu ini sekali ini,
maafkan segala maksiat ku dan kelalpaanku,
permudahkan segala urusan duniaku,
terbitkan kecintaanku kepada mu atas segala-galanya,
kurniakan peluang kepadaku untuk menatap dan memeluk tubuh kekasihmu muhammad s.a.w,
tutupkan peluang-peluang maksiat kepadamu tuhan,
jauhkan aku pada siksaan kubur mu,
hindarkan aku pada neraka jahim mu,
sungguh,aku tak mampu untuk menahan siksamu,


tolong tuhan,perkenankan doa ini kerna engkau yang maha mendengar dan mengetahui.
-amin.