subuh hari

bismillah


Hari itu rumah bujangku dan khalid dikunjungi oleh sahabat-sahabat tanzim 08/09.Zack,khair,shah dan pjal dtg menziarahi kami dengan tangan kosong.Mereka-mereka ini hanya membawa perut yang kosong dan mengimpikan aku dan khalid akan memenuhkan perut mereka.Tetapi jangkaan mereka meleset kerana dapur kami memang sudah lama tak berasap,yang tinggal hanya tong gas yang telah dicabut hosnya, telur yang sudah hampir beberapa bulan tidak digunakan,meggi perisa ayam yang sudah expired dan bawang-bawang yang sudah hampir tumbuh daunya.

Sehabisnya kami semua decide untuk ke mapley berdekatan untuk mengisi perut.Niat dihati hendak belanja semua yang dtg,tapi bila bukak dompet tgk-tgk ade 5 ringgit.Semasa balik kerja petang sebelum itu,memang aku tggalkan duit ngam-ngam untuk beli tiket komuter untuk keesokannya yang berharga 3.60 sen.Jadinya aku diamkan sahaja niat tuh dan dengan harapan derang yang berniat untuk belanja aku.haha.
Hampir ke jam 1 pagi lebey aku rase baru kami selesai makan.Masanya untuk balik.Zack dan khair akan terus balik ke cyber manakala si pjal dan shah pula akan bermalam dirumah bujang aku dan khalid.Ketika mahu balik tetibe si mamat zack dtg kat aku sambil menghulurkan wang rm 10 kat aku.Katanya die tak ingat apa tapi dia rasa macam ade hutang dan dah lama nk bayar kat aku.Bila aku menolak dia tetap nak kasi,so aku pon meneriama sahaja.Lagipun memang dalam dompet aku sekarang cukup-cukup ade 3 ringgit dan syiling sket untuk tambang komuter esok.

Keesokan paginya,dengan muka yang mengantuk tahap dewa aku bangun jam 5.30 pagi dan bersiap terus ke stesen komuter di subang.Selalunya train paling awal sampai jam 6.15 pagi.Seperti biasa aku ke kaunter tiket automatik disebabkan kaunter manual belum ade penjaganya.Tangan terus menekan butang "kl sentral" seterusnya "pergi balik" dan masukkan duit sebnyak rm 3.60 sen.Setelah aku yakin duit sebanyak 3.60 sen dimasukkan,aku menuggu tiket keluar.Tunggu punya tunggu tak keluar tiketnya tapi skrin di mesin menunjukkan aku perlu memasukkan rm 1.00 ringgit lagi.Aku yang mamai ketika itu terus memasukkan seringgit lagi walaupun aku yakin aku sudah memasukkan duit yang cukup untuk ke kl sentral.
Selang beberapa ketika, tiket pon keluar.Sekali aku tengok bukan tiket pergi balik ke kl sentral tapi ke klang.Aku yang tengah mengantuk terus segar bugar.Kelam kabut aku,nk pegi kl sentral macam mana kalo dah tiket ke klang.Nampak sgt aku tersalah tekan butang kl sentral td gara-gara tak cukup tidor.Duit dah takde nieh,nak cucuk ATM memang tak bukak lagi dan x sempat nk carik ATM tgh-tgh pagi nie.Alih-alih teringat duit rm 10 yang diberi oleh zack malam sebelumnya itu.Alhamdulillah segalanya dipermudahkan pada pagi itu.

Moral of the story.

Cerita ini ringkas dan sekali pandang seperti tiada apa yang best untuk dikongsi.Tetapi sebenarnya sebelum aku ke stesen komuter pada pagi itu,sumpah tak tipu aku ade terfikir mungkin ade hikmah allah beri duit rm 10 kepada aku malam td melalui zack sbb mamat zack ni tetibe bg duit,ntah bila die hutang aku pon x sure,aku yg bnyak utang die ade la.Bila sampai kepada masalah yang aku hadapi pagi itu rase macam nak menjerit ucap terima kasih kuat-kuat kat Allah bagi penyelesaian yang aku x nmpak sebelum itu.Benarlah disetiap perkara yang berlaku ade hikmahnya cuma kita perlu bersabar untuk melihat dimana perancangan indahnya kerana Allah itu sebaik-baik perancangan.
Marilah kita sama muhasabah diri untuk sentiasa bersangka baik dalam setiap ujian perit yang allah sediakan kerana semuanya pasti ade hikmah yang begitu indah tersembunyi disebaliknya.

challow bete!

wallahu a'lam

4 comments:

Anonymous said...

sebnarnya Jak..aku tau hg ada prob n perkara akan berlaku tuu..tu yg aku saja ja kasi duit kat hg..harharhar...:))


p/s-ahha..korang wat pa ni smpai hg x cukup tido razak..ish2x...nasib baik la aku ngan kaer blik..klu tak..hurrmmmm...ahahahaah...:))

~mmmeeeooowww~

Anonymous said...

derang ganggu aku untuk bermimpi yg indah-indah zack..haha

-fakhru

fAizAL(^^,)izWaN said...

ape plak..
kitorg terganggu dgn turbo khalid kot!!!

Matcool Kawanku said...

moral of d story:

relax.. xcukup duit drive sampai Opis aje.