Dari kerana mata

bismillah


"Jangan pandang aku sebegitu! aku takut melihat cara matamu melihat"bicara teman
"Mengapa pula? "soalku meminta penjelasan.
"Cara renungan engkau itu seperti mahu meyelongkar dan memerhati segenap inci tubuh dan pemikiran aku" teman memberi jawapan.

Aku suka melepak dan memerhati org.Aku melihat org melalui pandangan yang berbeza.Aku tak tahu kalau kamu org juga berfikiran melihat seperti aku.Aku suka melihat seseorang dan cuba membayangkan apa yang org itu sedang fikir.Aku melihat seorang yang baik dan soleh pekertinya dan aku berfikir bagaimana dia mampu untuk jadi sebaik itu dan apakah dalam pemikiran otaknya langsung tidak terlintas melakukan maksiat.Aku melihat pasangan couple yang yang tidak sepadan dan aku memikirkan bagaimana si perempuan cantik boleh tertarik pada si lelaki hodoh.Aku juga memikirkan bagaimana mereka-mereka yang jahat dan zalim itu tergamak melakukan perkara begitu sedangkan aku tak sanggup utk melakukanya.Aku kerap membandingkan pemikiran subjek yang aku lihat dengan diri aku sendiri.Aku kadang-kadang apabila melihat seseorang terus memikirkan apakah pemikiranya sama seperti aku? apakah jika aku melihat pohon didepan aku dan dia itu warna hijau lantas dia juga merasakan pohon itu warna hijau?apekah warna hijau yang aku rasa hijau itu sama seperti warna hijau yang dia rasa hijau?
Aku juga tidak mengharapkan kamu org faham apa yang aku cuba sampaikan.Aku rasa entri kali ini terlampau susah untuk difahamkan kerana aku juga masih belum faham.


wallahu a'lam.

5 comments:

hanismi said...

aku paham entri ko aru...sendiri faham la kan..

Anonymous said...

i understand your entry...
as i always do like what you did..

memerhati orang sekeliling dan menafsir pelbagai perkara~

Anonymous said...

mecha: haha..kau mmg jenis yg memahami
anony: =)

-fakhru

dya said...

Salam Razak,
saya suka baca blog ni.
saya adalah org yg takut dengan pandangan org.bukan takut tapi rase tak adil.sebab selalunya bila kita diperhatikan, kita akan di judge oleh org yg memerhati.dan kadang2 org yg memerhati akan judge dari luaran je.they doesn't know what the hell happened to the people they observed yet they make their own conclusion about that person's life.

Saya pun suka tengok org but then again,saya fikir balik, he might seems like a bad person but who knows inside him.and vice versa.
Saya pun ada wonder kenapa orang tu nampak langit tu putih sedangkan saya nampak langit tu biru..

but then again, i may not have an idea what you meant about observing people.

just ignore me if I do.=)

Anonymous said...

dya: 1. Terima kasih kerana menyukai blog ini yg dah semak dan menanti masa utk ditutup. Terkejut ade org reply pada entri yang lama
2. Dalam soal pemerhatian kepada manusia ini tidak dapat nk dinafikan yg kita semua diciptakan dgn berbagai tafsiran dan pemerhatian. ini lumrah alam but then islam dtg kepada kita dgn membawa satu ajaran yang sgt indah termasuk dalam memperkatakan soal ini. Ada org bijak pandai mengatakan kita perlu untuk sentiasa bersangka baik kepada kengkawan kita dan ini merupakan selemah-lemah level dalam berkawan ..:)

thanks again!.

-razak