Minggu ini alhamdulillah di beri kesempatan oleh tuhan untuk melawati tok ayah yang sakit sejak beberapa bulan lepas di hospitak KPJ perda, pulau pinang.
Usia tok ayah bukan lagi muda, sudah 91 tahun kata emak. Tok ayah orangnya pandai menjaga makan dan kuat bersenam. Beberapa tahun sebelum ini kami begitu bangga melihat keadaan kesihatan tok ayah. biarpun sudah tua, dia masih gagah mengangkat cangkul dan sabit. Namun kuasa Allah maha agung, hanya beberapa minggu selepas tok ayah mengadu sukar utk bercakap, tok ayah terus sukar menelan makanan dan akhirnya terlantar sakit. Tok ayah hanya mampu mengerakkn tanganya sahaja dan bila mahu berkomunikasi, sebatang pen dan kertas
menjadi mediumnya.
Melihat keadaan tok ayah di hospital menerbitkan sedikit keinsafan. Kalau aku di situ apa yang perlu aku fikirkan? saat tubuh bukan lagi menjadi satu kekuatan apa lagi yang boleh dilakukan.Subhanallah, kuasa allah itu maha besar aku yakin dan pohon didoakan agar dimudahkan urusan kami sekeluarga terutamanya tok ayah dan mak lang yang setia menjaga tok ayah.
Pagi ini, bersama mak dan ayah ke sambutan jubli perak tadika islam puchong. Rancangan asal, diminta untuk memberi sedikit ucapan selaku bekas pelajar di tadika tersebut namun tidak tahu di mana kesilapanya, perancangan sedemikian tidak berlaku. Melihat adik - adik tadika riang berlari mengamit memori lampau. Ketika masih bertadika suci dan indah semuanya. Tidak pernah terfikir untuk mengumpul wang, mencari rezeki atau berkahwin. Sudah lebih kurang 20 tahun sistem tadika ini aku tinggalkan dan sesakali cuba berka
ta kepada diri, selama 20 tahun selepas aku keluar tadika ini apa yang mampu aku sumbangkan pada guru-guru itu? ya, setiap huruf dan nombor yang cikgu perkenalkan akan aku smpaikan dan manfaatkan dengan niat mudah-mudahan mengalir pahala yang berterusan.
4 hari yang penuh makna, melawat atauk yang sakit di mamah usia tua mendatangkan keinsafan dan melihat kanak-kanak riang mengamit memori indah dan suci dahulukala.