Celiklah~

Bismillah~


Layan kan dahulu klip video ini:...




.."Malulah kalian!!"..

-Aku amat terasa perkataan yg dipanculkan ini..seolah2 ia menuju terus pada diriku sendiri..menunjukkan kelemahan atas diriku sendiri..menunjukkan yg aku ini bacul..ape yg aku mampu lakukan atas kesedihan budak ini??



Mmg satu perkara yg amat memalukan ketika anak kecil ini menangisi kehilangan bapanya yg entah di mana tuah nasibnya sebaliknya kita mampu masih bergembira dan bergelak ketawa.Lebih memalukan bila mana gelak tawanya kita itu di susurkan lagi dgn kemaksiatan yg parah dilakukan.Sangat memalukan juga bilamana kita tidak berasa walaupon sedikit kesedihan yg dialami budak ini.
Kekadang kite akan berkata seraya berdoa :"Ya Allah berilah pertolongan pada mereka2 ini"..
tapi malangnya..doa kita ini hnya terpalit hanya sesaat.Gahnya doa kita itu hnya untuk seketika.Sekejap kemudian kita akan terus berendam dlm kehidupan dunia..sebentar kemudian juga kita akan berpegangan tangan bersama "yg tersayang"..dan terus..terus..menerus dalam dunia kita sendiri..
Anda lihat wajah budak itu,dan anda bezakan wajah yg seumur itu di sekeliling anda..apa yg mereka sedang lakukan??sudah pasti sedang bergelak ketawa..bersuka riang dan kalau pun ade yg bermuram ,mungkin kerana tidak mendapat aiskrim atau barang permainan kesukaan meraka...
pernahkah anda semua berfikir,mengapakah ada perbezaan antara "wajah" mereka-mereka ini??..owh,pernah??..sekalipon anda telah berfikir,tnyakan pula pada diri anda,apakah yang telah anda lakukan pada wajah2 yg muram itu??


Sedarlah kengkawan ku,
Tidak mustahil wajah2 disana yg muram itu akan kita alami disini tidak lama lagi..Sedarkah anda yg kini kehidupan kita saling tidak tumpah sebijik seperti zaman jahilliyah pada zaman sebelum kedatangan islam dahulu..dgn arak yg diminum seperti air masak,dgn zina yg mudah dilakukan dan diperolehi..(nabi bersabda:tndanya kiamat sudah hampir itu,pabila kamu akan mendapati org berzina mudah diperolehi di tepi2 jalan)...dgn pembunuhan yg dilakukan seolah2 tiada harga sesebuah nyawa itu...dan macam lagi perkara2 jelik yg menjadi kebanggaan kita pada hari ini..
Banggakah anda dgn maksiat yg dilakukan kini?bangga sangatkah mempunyai awek/balak yang cumil??seksi??hensem??tegap??leh pegang2 sesuka hati??leh teroka mana2 suka??...kalo anda bangga,silalah tunjukkan kebangga anda itu di hari penghabisan kelak..lihat sama ada pada hari itu,ia nya mampu utk memberatkan timbangan kebaikkan anda..Kita akan lihat juga samada ianya menjadi satu kebnggaan pada diri anda atau tidak lebih sekadar membuka satu jalan ke neraka ALLAH..
Aku bukan nak menghina atau mengherdik..tapi kita pada hari ini seolah tidak lagi mahu hidup beragama..bila bagi nasihat tidak mahu didengar..bila diajak berbuat baik..di cacinya pula..anda seolah2 menepikan kekuasaan tuhan yg mampu membalas setiap perbuatan terkutuk anda itu..adakah anda terfikir ttg kekuasaan tuhan yg telah memusnahkan kaum terdahulu..tuhan yg sama yg telah memusnahkan firaun dan yg telah memusnahkan namrud??...inilah tuhan yg sama yg maha pedih azabnya yg mampu menurunkan azabnya pada kita...

Ingatlah..dunia ini hanya jambatan akhirat..bertahan lah dgn nafsu anda..hnya utk sementara...raikanlah nafsu anda itu dgn jalan yg sebetulnya..berubahlah sebelum terlambat..terlalu bnyak kejadian2 yg ALLAH telah tunjukkan pada kita seolah2 memberi satu " tarikh " utk kita bersedia..ianya menunjukkan yg dunia ini sudah semakin dipenghabisanya...berubahlah sementara pintu taubat ini masih terbuka...



andai yg terluka dek kerana penulisan ku kali ini..mohon maaf dipinta..aku menulis atas dasar inginkan satu perubahan pada diri sendiri dan juga sekelilingku..

wassalam~

6 comments:

yussamir bin yusof said...

bagus artikel kali ini,,keep it up bro..tapi apa2 hal noni milik aku tau,,,huhuhuhu(this is inner joke k)..k bagus

-FakhruRazi- said...

kihkih...tenkiu bro..moga terus kita di landasan yg tepat..noni aku punya(cont. from yus inner joke)

z*hr*h said...

my fevret.. setiap kali dengar pun meremang2 bulu roma...aku kopi dan pasta okeh...tenkiyu!

-FakhruRazi- said...

kopi..pasta??..apekah ituh..

z*hr*h said...

copy n paste

-FakhruRazi- said...

lorgh...bahasa omputih di mesia kan rupanya..sila2..no hal..;)