ta'ruf di kota singa

Bismillah

Syukur atas tuhan yang mengkhendaki perjalanan pulang dan pergi kami ke kota singapura berjalan lancar.Alhamdulillah.

“Dynamic team intitusi usrah” dibawah ketuanya saudara izuan mustafa bagi aku dikira berjaya menjalankan tugasnya dalam program pada kali ini.Penjelajahan selama 5 hari ke kota singapura dalam merangka dan mumupuk sikap bermasyarakat kepada pelajar universiti multimedia bagi aku cukup menarik dan berkesan.Dengan aktiviti seperti mengajar multimedia di rumah anak2 yatim(darul ma’wa),mencari donation di tengah2 kota singapura,sharing moment bersama drug addict(darul islah) dan beramah mesra dgn org2 tua(darul takrim) bagi aku cukup berharga.Aku tidak mahu berbicara mengenai aktiviti yang dilaksanakan ketika kami di singapura kerana anda boleh membacanya di blog rakan2 lain.seperti blog edry,yus ngan tekong.Cuma aku terpanggil utk menukilkan beberapa perkara yang sangat2 penting.


Berta’ruf


Bilamana diadakan satu perjalanan jauh atau satu program yang memakan masa berhari –hari secara tidak langsung ia merupakan satu masa yang sangat-sangat sesuai untuk anda mengenal rakan anda.Ketika masa yang panjang sebeginilah akan terzahir segala macam perangai yang mungkin selama ini mampu untuk kita selindungi.Lebih-lebih lagi bilamana kita menempuh satu keadaan yang tidak dirancang,satu keadaan sukar,nah ketika inilah akan teruji dimana kesabaran,akan terzahir kemarahan dan terkeluar segala macam perangai2 yang mungkin selama ini kita berjaya sembunyikan.

Ianya bukan sahaja satu sesi untuk kita berta’ruf dengan sahabat dan rakan kita tapi yang paling penting sesi kita berta’ruf bersama diri sendiri.Sejauh mana kemampuan kita dalam memimpin dan sejuah mana kesabaran kita dalam dipimpin.Ketika ini kita akan dapat berkenalan dengan kekuatan dan kelemahan kita.Kita akan mengetahui sejauh mana berkesanya komunikasi kita,sejauh mana penerimaan org terhadap kita dan bagaimana kemampuan berkerjasama kita dalam satu pasukan.Semuanya ini mampu untuk kita kesan pada fatrah ini.

Ukhuwah


Teringat zaman sekolah dahulu bilamana mahu diadakan satu program kelas pasti objektif utamanya ialah “merapatkan ukhuwah”.Walaupun kurang memahami makna sebenar objektif itu tapi kerana seperti sudah menjadi satu objektif yang wajib diletakkan maka ianya tertulis disitu.Bila semakin lama melakukan program seperti ini barulah dapat benar-benar memahami kenapa ianya menjadi objektif yang “wajib”.

Benar,kadang-kadang dengan program sebegini ia akan dihiasi dgn sedikit salah faham,akan deselangi dengan rajuk dan masam muka.Tapi perlu ditekankan bahawa ini adalah satu proses ta’ruf yang pengakhiranya akan merapatkan ukhuwah.Kita akan lebih mengenali rakan kita,kita akan mamahami bila keadaan-keadaan yang rakan kita sukar menghadapinya,kita akan lebih concern tentang sensitiviti rakan kita dan kita akan mengerti bagaimana cara memujuknya.Semua ini adalah satu proses pembelajaran.Pembelajaran dalam kehidupan.Rakan dan kawan adalah individu yang akan selalu berada disamping kita.Atas sebab itu perlu untuk kita belajar “mengenali” mereka.



Abes tuh?


Aku yakin masing-masing sudah mengerti akan peribadi sendiri/rakan dan mungkin akan lebih memahaminya bila melalui perjalanan ini.Cuma kekadang manusia sukar untuk menerima teguran dek kerana tebalnya ego.Menjadi manusia yang hebat bukan mudah,anda perlu sentiasa berani memafkan diri dan berubah.Memaafkan diri atas segala macam keburukan yang dimiliki dan mengubahnya ke arah yang lebih baik.Nah sekarang anda sudah mengerti kan kelemahan dan kekuatan yang anda miliki?Gunakanlah kekuatan anda untuk menampal kelemahan itu.Mustahil anda boleh membuang segala kelemahan diri kerana manusia itu mmg tidak perfect sifatnya.Perjalanan kita lebih jauh,banyak perkara yang sebenarnya perlu untuk kita lakukan.Maksud ku disini perlu SAMA-SAMA kita lakukan,kalaula dek kerana hanya sedikit ini kelemahan kita atau rakan kita dan ianya memberi kesan atas segala usaha yang bakal dilaksanakan,kita telah mengalami satu kerugian yang besar dan program ini boleh diisytiharkan GAGAL walaupun mendapat begitu banyak positive feedback.Tapi jika atas program ini akan melahirkan individu-individu yang lebih kuat ikatan ukhuwahnya dan akan melahirkan satu gerak kerja yang hebat makan program ini diisytihar BERJAYA.

Wallhu a’lam

p/s:song of the sea itu mmg sangat2 menarik dan pengalaman bermalam di luar banglow mmg tak dapat dilupakan!!


2 comments:

Tuan Caracol said...

patut lah...g spore...
nanti ziarah ikhwah indonesia pula... ada banyak cerita yang berbeza juga :p

Musafir said...

salam..
tak cuak ke pegi kota singa? hehe
anyway nice journey akhi. keep the spirit up! jemput ziarah