sebuah kisah

Bismillah


AMARAN!!

(Aku awal-awal nasihatkan kowang yang membaca entri ini secara sengaja atau tak sengaja supaya berfikir 2-3 kali untuk meneruskan pembacaan entri ini,bg sesiapa yang merasakan mmpunyai penyakit kenying manis,lemah jantung dan kudis buta..dinasihatkan cepat2 pegi jmpa doktor.Sbb penyakit2 nieh x bleh kita takbleh biakan lama2..mak aku pesan,kalau sakit ..cepat2 chek kat klinik…)

Sesiapa yang x nak dengar nasihatkan aku dan tetap mahu membaca kisah buatan sndiri aku nieh..sila lah..jgn nyesal..begini ceritanya bermula:

Disebuah kampung ade seorang pemuda yang tidak la beberapa ensem tapi tidak la pula buruk sgt rupa parasnya..Cuma sedang-sedang saje juga rupanya.Disebabkan rupa paras yang ala-ala kadar itu,maka market pemuda ini pon tidak la terlalu kencang.maksudnye,tidakla ramai peminatnya(perempuan la) tapi bukan takde tau!Cuma tidak ramai.Lantas pemuda itupun sering bertanya kepada dirinya,kenapalah tidak tuhan ciptakan rupa paras ala shah rukh khan (datuk ) kepada dia atau cukupla sekadar rupa bak brad pitt ke atasnya.Berhari-hari lamanya pemuda ini berfikir sedemikian rupa sehinggalah terlintas dek pemuda itu untuk merubah penampilan dirinya sendiri supaya kelihatan lebih umph~..
Lantas pemuda itupun meyenaraikan beberapa perubahan yang perlu dia lakukan..

1.pembedahan plastik untuk lebih menajamkan hidung yang kalau boleh mampu untuk mengantung “hanger” baju
2.pembedahan plastik untuk lebih mengiurkan bibirnya yang mampu menjeleskan peminat2 angelina jolie
3.pembedahan plastik untuk membuang lemak2 nakal disekeliling badan yang boleh menjinakkan lemak tersebut untuk keluar dari habitat asalnya.
4.menempah gigi palsu yang lebih putih untuk mengantikan ketidaklengkapnya giginya di kala ini akibat dari tabiat tidak mngosok gigi semenjak akil baligh lagi.(tabiat takpa mahasiswa binasa)

Maka setelah melihat akan senarai-senarai perubahan yang perlu dilakukan ini,pemuda tersebut terfikir yang die memerlukan duit yang banyak untuk menjadikan impianya satu realiti.Pemuda itu mengakui yang impianya kini ibarat satu puncak gunung yang begitu tinggi untuk didaki.Namun begitu pemuda ini dibekalkan dengan satu azam dan semangat yang begitu jitu dan mantap yang boleh la kita ibaratkan seperti dua keping kertas yang dilekatkan dek gam gajah yang tidak mungkin dan mustahil untuk dipisahkan.Untuk lebih menaikkan motivasi dirinya,pemuda ini meletakkan satu tema khas bagi perjuangan perubahan dirinya ini,berbekalkan tema “menuju puncak” yang diadaptasi dari sebuah rancangan realiti televisyen tempatan,pemuda ini melangkah gagah.Gagah sungguhya dia demi untuk menjadi seorang individu yang ensem dan mempunyai market yang lebih luas! Itu matlamatnya..jelas dan padu.


Hari berganti hari,minggu berganti minggu,tahun berganti tahun…Duit2 hasil Gajinya dikumpulkan dari bulan ke bulan bahkan duit makanya pon dicatu sehingga kurus kering badanya ibarat pak pie dalam cerita nana tanjung itu.Menyedari yang kerjanya hanya sebagai seorang “abang guard” yang gatal mengacau student2 hot disebuah universiti swasta tempatan tidak mencukupi,maka beliau nekad untuk melaksanakan beberapa kerja lebih masa seperti ber”sport toto” dan berjudi “kuda longkang”.Adepun berjudi kuda longkang itu tidaklah mendatangkan hasil yang lumayan dan lebih bergantung kepada nasib sahaja,namun disebabkan modal yang murah dgn hanya meyediakan satu kapal kertas buatan sendiri(ala-ala budak skola main dlu2 tuh..) yang dikenali sebagai “kuda” dan di letakkan di longkang dikala musim tengkujuh melanda,maka pemuda ini meneruskan niatnya berkecimpung dalam sukan berkuda ini.


Pada suatu hari……



p/s: cerita ini bersambung sbb penulisnya perlu menghadiri kelas Sir Deepak kumar dalam subjek "antenna"..haha..dan boleh jadi cerita ini akan terberhenti disini sahaja..ikut tahap kerajinan penulis cerita ini..kalo berhenti kat sini,kowang pndai2 la imagine ending die..


7 comments:

Anonymous said...

chet,
bikin panas jerk...habiskan2

hanismi said...

hahaha ..
weh aku dh tau ending citer nih!!
tp biar ko citer la..
aku xnk spoil citer yg menarek nih

MiszMaryaNe said...

x kire, x kire,
penulis kena jd rajin jugak,
cpt sambung,
berkobar2 nk tau nih..=p

Anonymous said...

update lah blog!!!

Mohd Fakhrurazi Mohd Yusuff said...

anonymous:maryam:tuan caracol: lek2..cerita akan disambung..cuma bilanya tuh..x pasti lagi..haha

hanis:aku onah cite ke kat ko?..rasenya yg cte nieh..x pnah dipublishkan..hahaha

hanismi said...

wahahaha...ko x citer pon aku tau la ending die camne

Enche' Eyezoodean said...

sambung bang.. sambung...haha..