jual mahal

bismillah




Ade kisah menarik ttg harga barangan yg mahal sekarang.Selalunya barang mahal hanyalah untuk yang berkualiti tinggi.Kalau barang yang berkualiti rendah tapi dijual dgn harga yang mahal maka akan berlakulah satu implikasi negatif pada penjual dan pembeli.Si pembeli akan mempertikaikan mengapa ianya sebegitu mahal yang langsung tidak sepadan dgn kualitinya,si penjual pula akan mempertahankan dengan pelbagai tipu helah untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda.Habisnya,pertelingkahan berlaku tapi barangan ttp tidak laku dijual atas sebab kualiti yang tidak kena pada nilainya.
Adapun mungkin disana akan ade si pembeli yang yang tergoda dan termakan dgn pujuk rayu si penjual.Lantas barangan yang tidak berkualiti ini dibeli tapi mengetahui ianya langsung tidak sepadan dgn harganya.Akan kelihatanlah dikemudian harinya nanti barangan ini sgt tidak tahan lasak dan cepat pulak meragamnya.Kelak pula akan ter"cerailah" antara si barangan dgn si tuan empunya atas ketidakmampuan barangan tadi untuk terus berbakti.

Adepon barangan yang mahal mmg amat sukar untuk dijual kerana harganya yang begitu memuncak tinggi.Pun begitu barangan yang mahal ini begitu indah kualitinya dan ianya hanya layak dimiliki untuk mereka-mereka yang berkemampuan sahaja.Bagi mereka-mereka yang tidak mampu,elokla hanya sekadar melihat sahaja dahulu sambil-sambil menanam azam dan impian untuk memilikinya suatu hari nanti.Ianya bukan tidak boleh dimiliki tetapi perlu untuk persediaan yang hebat dari segi mental dan fizikal untuk mendapatinya.Iya la,barangan sebegini mahal perlu duit yang banyak kan?untuk dapat duit yang banyak kita perlu untuk berkerja dan memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkanya pula.Tetapi setelah memilikinya,kita akan lebih menghargainya kerana ianya barangan mahal dan lambat pulak bercerainya bersama kita kerana kualitinya.Jadinya kita akan lebih merasai kenikmatan membeli dan memilikinya walaupun terpaksa berkorban wang untuk nilai harga yang agak tinggi.

setujukah penyataan diatas?
kalau setuju boleh teruskan pembacaan,kalo tak setuju,baca je la gak..kowang nie bukan jenis yang boleh dihalang nafsu membacanya...haha



Situasi semasa:

"gile poyo minah tuh,bajet cun la" kata razak kepada fakhru "apsal lak ko ckp camtuh beb?" jawab fakhru kepada razak

"tade la,aku saje la sms2 die..ym2 die nk tnya kabar..nak berkenalan..tapi ko tau die bajet cun la..jual mahal ngan aku..die igt die cun sgt?..muka cm batu landasan keta api" terang razak lagi

"
ish ko nieh..barang yang mahal hanya untuk org yang berkemampuan sahaja..bagi aku die bukan jual mahal cuma die mungkin rase ko x cukup "duit" kot nk beli..tapi jgn risau..ko leh cari yg murah2 punya..bnyak sekarang ade" terang fakhru pulak

"ade ke??kat mana?.." soal razak penuh pengharapan

"
hehe..barang murah selalu mudah terdedah dan senang untuk dibelek2 rupanya..sbbnye kalo jatuh pecah barang itu tak mahal untuk diganti" jawab fakhru penuh kepoyoan

"erk..kat tepi2 jalan ade?cmne nk beza ngn yg mahal eh?" soal razak lagi

"mudah!..yang mahal selalunya akan disimpan rapi didalam bekas atau cermin kaca..ianya tidak mudah digapai dan dilihat ..bila sudah dimiliki baru boleh untuk dibuat apa2" poyo fakhru lagi

"ko cte pe..x paham aku..lantak ko la..aku nk g usha awek lain"jawab razak yg sudah boring

...........
.......................................................

p/s:Jual la mahal kerana kualiti yang sebenar dan jgn takut tiada pembeli kerana si pembeli yang bijak perlu masa untuk meneliti dan memerhati.Mahal kerana kualiti yang sebenar sgt berbeza dgn mahal kerana kualiti tiruan.. =)..

5 comments:

Enche' Eyezoodean said...

nak murah kena gi haji taib la gini kot..
hahahaha...

bunga matahari said...

betul..betul..betul.. ;)

P/s: duit~

Mohd Fakhrurazi Mohd Yusuff said...

din:hahaha..yg tuh kira lelong dah tuh..bersidai tepi jalan..

shu:erm~..ade2 duit nye..tp x jmpa shu lagi..cmne nk kasi..sy pon x smpat..=)

Anonymous said...

Jualan Pembukaan Kedai

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....

wahab said...

jangan jual mahal sgt,nnt dekat2 expired baru terjual =P