menarik

bismillah


Hari itu hari selasa.Jam menunjukkan pukul 10.30 malam.Inilah waktu-waktu yang aku nantikan ketika shift malam.Jam 10.30 bermakna time untuk aku cabut.Train last pukul 11.01 malam ke subang.Aku terpaksa keluar 30 minit lebih awal untuk memastikan tidak ketinggalan train yang terakhir itu.
Didalam train tidak bnyak yang difikirkan.Sekejap-sekejap mata akan terlelap menahan kepenatan tetapi masih didalam keadaan separa sedar kerana takut-takut terlepas stesen pula.Petugas train kadangkala tidak memaklumkan stesen-stesen yang telah tiba memerlukan untuk aku fokus terhadap situasi semasa.Ketika inilah kepakaran tidur-tidur ayam diaktifkan.Train akan tiba di stesen subang jaya kira-kira 11.30 mlm dan selalunya ketibaan aku akan disambut oleh seorang penjaga parking berketurunan india yang bertugas di sana.

"Bang dah bayar belum tiket" soal petugas itu.

itu soalan biasa yang akan ditanya oleh si mamat nieh.Seperti biasa juga aku selalunya sudah bersedia untuk menjawab pertanyaan itu dengan jawapan yang juga biasa diberikan.

"sudah" balasku ringkas.

"auntie kasi tiket kuning ke putih bang?" soalnya lagi

secara langsung otakku cuba refresh peristiwa pembeliaan tiket jam 1.00 ptg tadi ketika aku membuat pembayaran.Pembayaran akan dilakukan di kaunter tiket dan selalunya akan dijaga oleh seorang auntie yang juga berketurunan india.

"tiket kuning.." jawabku ringkas.

Aku terus berlalu ke kereta iswara BGE 1001 yang menjadi aset berhargaku.Kelihatan juga mamat tadi terus menaiki motor EX5 ke kenderaan lain untuk bertnya soalan yang sama.
Enjin kereta dihidupkan.Dengan lafaz bismillah gear dimasukkan.Tipu jer,kereta aku auto.Pedal minyak ditekan.Tak sampai 5 meter,mamat tuh datang balik dan berhenti di sisi keretaku.

"Bang nak tnya siket la,abang keja apa?"soalnya.

"ooh,sy praktikal je..kerja kat hotel XXXX sebagai XXX" jawabku biasa

Enjin kereta masih dihidupkan dan tingkap dibuka.Badan penat dan mengharapkan untuk mendapat rehat secukupnya.2-3 hari ini tidak dapat tidur yang sempurna.Setiap kali kepala landing diatas bantal terlalu banyak perkara dan imaginasi yang dimainkan.Kadang-kadang jam 3-4 pagi baru dapat melelapkan mata.

"saya sebenarnya ada masalah la" sambungnya dengan tiba-tiba.

Pulak,takkan sampai ke sini aku jadi kaunselor kot.Teringat kembali kisah beberapa individu di MMU yang sering meminta nasihat dan pandangan soal masalah mereka.Walaupun sebenarnya mereka-mereka ini mengetahui yang aku tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah mereka tapi apa yang diperlukan ialah teman berbual dan meluahkan bebanan yang dipikul.Ianya merupakan satu kelebihan bagi orang-orang ini yang aku tidak miliki.Mungkin sudah menjadi rezeki mereka berjumpa aku yang brutal ini.

"oh,apa masalah awak?" soalku pula.

"Saya rasa sunyi,saya rasa hidup saya macam tak bererti..kosong.." balasnya.

"erk.."balasku.

"matikan enjin kereta dulu,abang nk balik awal ke nieh? "soalnya risau.

Ikutkan hati memang nak balik,sudah terbayang keenakkan khalid tidur.Ikutkan badan sudah terbayang tilam.Ikutkan mata sudah terbayang bantal.Bila difikir-fikir layan la sekejap mamat ni,bukan selalu aku bersembang dengan seseorang yang lain peganganya.Enjin kereta dimatikan.Aku keluar duduk diatas bahagian depan kereta.

Mamat tadi terus bercerita mengenai dirinya.Anak sulung dari 3 orang adik beradik.Memiliki sebuah kereta Myvi yang sudah di "renovate" menjadi gempak dan hebat.Juga memiliki 2 buah rumah dan saving 5 angka.Terasa pelik juga mengenai niatnya menceritakan semua perihal ini.

"saya ni bang sunyi,tak rase hepi hidup.Buat semua benda x boleh nak concentrate" luahnya lagi.

"ko sunyi sebab pe?cuba ko cerita betul2.Ko x kawen lagi ke? " soalku lagi.

"haa,ituhla problem saya,saya takde bini.Awek pon x de.Tiap2 hari saya jaga parking tgk couple-couple yang lalu lalang,pilu hati saya" sambungnya

Mendengar ceritanya membuatkan aku terpikir sendiri.Aku pon x de awek,camne la aku advice mamat nieh.Benar,ini bukan kali pertama masalah sebegini aku dengar tapi selalunya bila masalah yang seumpama ini aku dengar dari kawan-kawan seagamaku mudah untuk aku bahaskan.Memperkatakan ttg jodoh dan takdir yang ALLAH tentukan.Tapi kalo bantai cakap kat mamat nieh,mati die nk paham.

"Masalah saya,saya x boleh nak bercakap dengan perempuan.Saya hodoh dan tak cantik.Adik-adik saya semua putih,hendsome,cantik.Diorang ikut muka mak saya.Mak saya mmg cantik tapi bapa saya gelap dan x handsome.Saya ikut muka ayah saya.Saya selalu marah mak saya kenapa lahirkan begini." ujarnya panjang.

"kau tak boleh salahkan mak kau.Ini dah takdir tuhan bagi ko macam nie.Lagipon aku tengok kau takde la buruk sangat.Handsome lagi la dari aku" balasku cuba mengambil hati.

Tergelak mamat tuh bile aku jawab begitu.Dia mengatakan yang aku lagi handsome dan putih.Berbunga jugak la hati aku.Ye la first time dalam hidup org kata aku putih.Mak aku pon kata aku hitam.haha!

"Mak saya selalu suruh saya sembahyang dekat tuhan,tapi saya sudah malas.Buat apa mahu sembahyang?dia x pernah kasi apa saya minta.Dia jadikan saya x cantik" ujarnya.

"kau tak boleh salahkan tuhan,mende yang dah jadi kite tak boleh nak menyesal dah.Apa yang ko boleh buat ialah ko kene usaha mencari org yang ko suka.Jadi x jadi biar takdir yang menentukan" sambungku

"Masalahnya saya sangat segan ooo,abg tnya la auntie yang jaga tiket tuh,die tahu macam mana seganya saya" ujarnya lagi.

"Habes tuh macam mana nak buat kalo ko segan? "soalku

"tak tahula bang,kalau abang nak tahu,untuk muka saya ni,saya habiskan 600 ringgit setiap bulan untuk jadikan putih.Sekarang nie pon abg tgk saya sudah kurus,dulu berat saya 87 kg ooo,kalo abang tak percaya sini saya tunjuk IC saya.Ada sekali tuh polis tengok pon x percaya,die suruh saya tuka buat IC baru" ceritanya lagi.

Die mengeluarkan IC nye untuk ditunjukkan pada aku dengan bersungguh-sungguh.Bercahayakan lampu jalan aku melihat pada bukti itu.Benar,lain sungguh wajah pada IC itu dengan yang ada dihadapan aku sekarang.
Selepas itu kami bersambung cerita mengenai dirinya.Sekali sekala aku selitkan cerita mengenai diriku yang juga hampir sama nasibnya,tidak pernah bercinta seumur hidup.Cumanya mungkin aku sahaja yang tidak pernah mencarinya dahulu.Bagiku bercinta biarlah sekali dan berkekalan.Bercinta juga biarlah kena pada caranya dan orangnya.Biarlah bila sudah pasti bergelar isteri,si isteri akan merasakan cinta yang fresh dari suaminya.Itu janji pada diriku.Semoga Allah memakbulkan.

Hampir sejam lebih lama aku bersembang dengan gopi.Mungkin setelah dia melihat raut wajahku yang agak kepenatan,die mengizinkan aku untuk pulang.Tapi aku yakin perbualan ini bukan terhenti setakat ini sahaja.Pasti banyak lagi perbualan-perbualan yang lain versinya bersama mamat bernama gopi ini.

Di saat aku menulis ini sebenarnya sudah dua kali aku bertemu gopi.Pada semalam hari iaitu hari rabu gopi sedia menunggu ku dan ........(bersambung ke entri ke versi ke 2)


moral of the entri.

1.Ketika gopi menyalahkan tuhanya,aku mengucapkan syukur pada allah kerana agama yang aku miliki ini.Sebagai muslim,kita tidak di ajar untuk menyalahkan ALLAH atas segala keburukkan yang berlaku pada diri kita.Walhal allah sendiri amat menyayangi kita lebih dari ibu kita.

2.Kite perlu menerima segala ketidaksempurnaan atas diri kita dgn satu sikap yang positive dan memikirkan yang segala kejadian yang tidak diinggini pasti mempunyai hikmahnya.Itu la sikap seorang HAMBA kepada tuhanya.

3.Bercinta tidak semestinya mengikut situasi semasa.Bilamana kita melihat kehebatan cinta dengan berSMS dan berchatting pasti kita akan tertarik tetapi yang perlu sentiasa untuk diingati bercinta itu adalah untuk memiliki dan melengkapi sesama sendiri pada suatu hari yang sudah halal bagi kita dan pasangan kita.Tetapi tidaklah terlalu jumud sampai tidak tahu langsung siapa isterinya,berapa adik beradiknya dan lain-lain.Usaha tetap perlu dilakukan tetapi biarlah dengan cara yang betul dan cantik.

4. challow bete.

wallahu a'lam

blog

bismillah

meh aku nk cite satu mende.cenggini...

::kisah dulu-dulu::

Ade sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta.Adepon pasangan kekasih ini adelah lelaki dan perempuan dan bukanla jenis yang songsang hubunganya.Si lelaki adelah seorang yang cool dalam melayari bahtera cinta mereka.Manakala si perempuan tidaklah beberapa cool dan sering kali berfantasi mengenai hubungan mereka.Biasalah,sudah namanya wanita imaginasi jualah yang selalu mengkhayalkan mereka.Si perempuan mempunyai sebuah kereta.Dek kerana cintanya yang teguh dan hangat bak enjin kereta khlalid(bukan nama sebenar) bila enjinya panas,si wanita menampal penuh disekeliling keretanya dengan gamba teman lelakinya itu.Bukan sekadar itu sahaja,habis ayat-ayat cinta dititipkan sekali pada kereta itu.Tidak cukup pada body kereta,nat2 di tayar kereta itu pon habis di hiasnya untuk mengambarkan kesenian dan keghairahan cinta mereka.Adepon menyampah la jiran-jiran rumah sekelilingya melihat teletah si perempuan dan keretanya.Iya laa,org lain pon bercinta juga tapi tiadalah sampai seteruk begini untuk menzahirkanya tambahan pula baru mula bercinta dan berkapel belom lagi sampai ke jinjang pelamin.

Tidak cukup dengan kereta,dirumah wanita tersebut pula kelihatan sebuah bendera besar yang tertera disitu gamba teman lelakinya dibentukkan dengan bentuk "love".Besarnya bendera wanita itu mengalahkan bendera-bendera jiranya yang berbentuk bulan,dacing malah jua roket dan kepala lembu yg sudah kusut masai.Terzahirlah kepenyampahan yang tersangat di hati jiran-jiranya.Bukan kerana cemburu dan jauh sekali jeles walaupun jeles dan cemburu itu sama maksudnye,tetapi menyampah kerana perangai wanita itu yang seperti tidak tahu malu dan tidak mengenal erti kata segan bila memperbesar-besarkan perihal pasanganya.Pon begitu jiran-jiranya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana tau yang itu adalah menjadi hak wanita tersebut untuk mendecokan apa sahaja hak miliknya.Terus-terus la menyampah jiran-jiranya dek perangai wanita itu yang memang tidak pernah makan nasihat dan degil seperti lembu yang bodoh mengajar beruang kutub berenang..

pandangan anda?


::kisah sekarang::

Mahasiswa wanita yang cerdik pandai belajar disebuah institusi pengajian tinggi.Sama juga mempunyai pasangan kekasihnya yang juga seorang insan bergelar lelaki.Tapi wanita ini memiliki sebuah komputer bukanya sebuah kereta.Biasalah zaman moden komputer lebih berharga dari sebuah kereta.Sebuah kereta tidak boleh membawa anda jauh merentasi sempadan negara,tetapi dengan sebuah komputer anda boleh ke serata dunia.Kembali dengan cerita tadi,dengan komputer yang dimilikinya dan kemahiran menggunakanya,wanita ini memiliki beberapa kepakaran basic yang diperlukan zaman ini seperti berblogging,berchatting menggunakan YM version 9.0 dan lain.seperti biasa untuk menzahirkan cintanya pada kekasih hatinya,habis entri2 di blog beliau menceritakan kerinduanya,kecintaanya,kasih-sayangnya dan berbagai-bagai lagi ketegori entri yang boleh kita tag nye sebagai jiwang.

Tidak cukup dengan itu,status-status ym nya juga jiwang abes dan cukup memualkan bagi mereka-mereka yang melihatnya lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih solo dan terlajak seperti aku.haha!
Adepon begitu,tidak dapat berbuat apa-apa la teman-temanya walaupon menyampah dek perangai wanita ini yang seperti dalam dunia ini die sahaja yang dikurniakan nikmat cinta.Rakan-rakanya mengakui yang segala macam kaedah yang digunakan wanita ini untuk menzahirkan cintanya itu adalah haknya tapi nk buat cmne nyampah tetap nyampah!

pandangan anda?

::moral of the story::
memang benar bila berbicara mengenai hak,anda mempunyai kuasa mutlak keatas apa yang telah dihakkan pada anda tapi perlu ingat,dunia ini bukan didiami oleh anda seorang,ramai yang lain melihat,membaca dan memperhatikan anda.Tidak boleh kata yang ini kisah anda dan jangan amek pot ttg diri anda sbb anda bukan duduk kat dalam gua yang tiada org lain memerhatikan.Kalo masih berdegil sy nasihatkan mereka yang mempunyai persamaan dalam cerita ini untuk berpindah ke plenet nameck bersama pikolo.

wallahu a'lam.

p/s:Minggu banyak perkara penting yang sukar difahami.kepada Allah tempat bergantung dan berharap..

=)

MUKTAMAR INSTITUSI USRAH BARU SELESAI!!

SELAMAT BERKERJA DAN BERAMAL KEPADA AMIR DAN BARISAN TANZIM BARU!
SEMOGA SENTIASA HEBAT DAN MENJADI MANUSIA GHURABAAA' DI TENGAH KEMUNGKARAN ..

=)



p/s:setiap kali bg ucapan mesti nyesal ade mnde yang dirancang tak dicakap.mungkin kene ade s/u peribadi?..mybe

cahaya

hujung mggu

sabtu lepak mmu.join ice beraking.best!!.walaupon kump aku kalah tp sebenarnya kami menang cuma tak perasan yang kami sudah menang.salah umar.masa abes ice breaking jmpa rasul.rindu aku kat mamat tuh.dia antara membe-membe aku yang aku suka berkawan dan bersembang.mamat nie bercakap nampak jujur dan x hipokrit.aku suka mamat nie.bila sembang ngan dia rase masalah smua ilang.haha!
malam cm biasa mapley.sebelum tu lepak bilik zack dan tiba tiba poxsu J tepon Z dan secara sengajanya Z memberitahu aku ade bersama dia.Automatiknya aku dijemput sama dibelanja roti tampal oleh poxsu.mcm biasa jumpa poxsu kepala otak akan jadi berat dgn ayat-ayat dia.TQ si tua!!
sabtu itu juga aku ponteng keja!

ahad sepatutnya tengah hari aku lepak dengan daod dan ifwan.rindu pada aku katanya.haha!.Ahad itu juga dikabarkan mina masuk hospital.katanya ada masalah darah.tp dia kata dia sehat tp kene tahan wad.ntah smoga cepat sembuh dan cepat keluar wad.bebudak ramai pergi melawat tapi aku x dapat pg pasal aku demam selsema sakit tekak.aku balik umah,mak aku bising-bising suh g klinik.aku kata ok! lepas zohor aku pg.amek duit naek atas bilik.aku tdo.extend pg klinik lepas maghrib.bangun tdo dah pukul 7.memang aku asar pukul 7 cepat-cepat sebelum mak aku lagi bising.amek henset ade mesej.msg semoga sembuh.pelik mana tau aku sakit.tp terima kasih.aku hargai.khalid ngan z tiba-tiba mesej.ntah apa ngarut ntah mamat 2 ekor tuh.lepas smayang maghrib amek kunci kereta pegi klang utama.sampai-sampai klinik tutup.singgah kedai india depan umah aku,beli 4 biji panadol.buka pintu umah mcm biasa mak aku tnya."dokto cakap ape?"aku pon reply:"klinik tutup,panadol sudey!"...mak aku bising lagi.aku jawab:"takpa..bukan H1N1.x yah risau.selsema biasa jerk"

lepak depan tv tgk mentor.nampak mcm x best lepak atas bilik online.tenet umah mcm hape jerk.men game.lepas main game dh boring.try connect tenet balik.dah ok.layan2 blog.baca berita politik.dan secara tiba-tiba terupdate cm apa yang kowang tgh baca ni.sekian entri yang paling mengarut penah aku laksanakan.kowang nak tau sekarang pukul berapa?4.19 minit pagi.dan aku masih x ngntuk.



p/s: aku nasihatkan jgn baca blog aku dalam 2 bulan akan dtg.x de manfaat.
p/s:jangan putus asa atas rahmat tuhan
p/s:kalo tercari-cari apekah kena mengena tajuk entri dengan entri ini.x payah susah cari pasal mmg x de kena mengena langsung.
p/s:Aku suka jerk org komen blog aku,aku x kesah kowang nk mencarut ke nak maki ke ape ke tade hal.tapi tolong jgn gunakan nama org lain untuk mnyamar.x baik dan aku x suka.jgn memalukan org lain.nk melawak,boleh..tapi jgn sampai melampau..cool beb~

challow bete

wallahu a'lam.

gelak

bismillah

salam.

(1)
Dulu masa skola rendah aku tak kuat belaja ,bg aku standard ah budak2 sek ren men2 lagi..sape yg belaja time tuh aku rase mereka tak pndai menghargai zaman budak2..Aku paling suka main bola dan ketika zaman higusan ini perkara paling sedih berlaku ialah bila tak jadi wakil sekolah dalam perlawanan bola sepak.Walaupon ketika itu aku kurus,aku tetap tak dapat jadi wakil sekolah.nampak sgt bukan kerana keadaan fizikal yang mnjadi penghalang tapi skill aku yg x sehebat muallim fairuz mnjadi batu penghalang terbesar.Sedih kot.

sekarang bila pikir2 balik apa yg aku sedih sgt masa tuh mcm x masuk akal..x dpt jadi wakil skola pon sedih..cool la beb

(2)
dlu bila masuk sek men kat bt belah ade jadi satu kes.x silap aku,aku penah kena pggil ngn muallim mat rahim yang mngajar subjek fiqh shafie..g bilik muallim pasal aku men lastik2 yang guna kertas dilipat2 padu sbg peluru.Aku dipanggil ke bilik muallim ngn azwan samit x silap..masa tuh masalah yg aku paling cuak bila muallim kata nk pggil bapak aku dtg sekola.dah terbayang tali pinggang bapak aku yg berkepala besi dan kesakitan yg bakal terhasil bila kulit buaya tali pinggang tuh kene badan aku

sekarang bila pikir2 balik ,msalah tuh dah settle..muallin x panggil pon bapak aku..saje nk cuak2 kan aku...cool la beb

(3)
lepas sek men kt bt belah,kitorang smua berpindah ke jeram setelah digoda dgn cerita menarik tahap heaven oleh P.E.Katanya sek tuh cntik,baru siap,leh g mndi laut tiap2 ptg,g jogging pg2 tepi pantai..Masuk2 sana mmg NICE..sek x siap,letrik x de..air pon xde..pantai air mcm kopi cmpur teh o suam..masalah yg paling besar aku hadapi ialah nk pindah sek.tiap2 ari akan terpikir yg nk blah dari sek tuh..sebenarnya rindu tahap gaban kat mak je,tapi bila mmbe2 tanya buat2 kuat kata faktor utama nk pindah sbb sek x cukup sifat.At last,lepak gak kat sek tuh smpai form 5.

sekarang bila pikir2 balik, x de pe pon sbenarnya perasaan tuh,ye la tmpat baru dan aku x spatutnya layan sgt perasaan rindu tuh.Masalah tuh akan setel ngn sndirinya dgn peredaran zaman.last2 aku gembira tahap gaban kat sekolah tuh..

(4)
lepas form 3 masuk mahad.ikut membe2 smua masuk mahad..x nk aku duk form 4 dgn terkontang-kanting sorang2.igt lagi topek ngn nabil join skali kitorang masuk mahad sbb x de geng kat form 4..hehe..masalah paling x leh blah masa tuh ialah setiap pagi nk kena hanta saba' pastu kene buat saba' para kat ust amin.adoila..rase gle2 nyesal aku masuk mahad..kalo x lepas hapalan kene tolak kepala ngn ust amin.seb baik la zaman tuh ngapal quran kat musolla kat tmpat terbuka,so ust amin x de la otai sgt dendaan die.

skarang bile pikir2 balik,masalah tuh kecik je pon..x de la ape sgt yg aku patut takot.smua org lalui jugak mnde yg aku lalui masa tuh.alhamdulillah habes jugak mahad aku selama 2 taun kat sana walaupon aku bukanlah pelajar hebat leh buat syahadah.dpt la tittle AL-HABES..haha

(5)
Form 5 nk amek spm.dgn cikgu fizik yg bertukar-tukar dan subjek fizik yang dicampur aduk dgn cerita perang selama 1 jam menjadikan ia satu masalah besar bg ku.result trial spm x silap aku hnya dapat 2 A dari 12 subjek yg nk di ambil.Down tahap sindrom down.Terasa nyesal kenapa aku x blah dari skola ni dlu.

sekarang bila pikir2 balik,masalah tuh dah setel dah pon dan aku x penah pon pk pasal result trial aku masa skarang nieh..x rase ape2 pon ngn masalah tuh.alhamdulillah result spm yg sbenar x de la gmpak mana tp merasa gak la aku nek pentas amek hadiah spnjang aku duk skola tuh.haha..

(6)
sekarang tgh praktikal,macam2 dugaan allah kasi kat aku masa praktikal..x moleh plak nk cite ape masalah nye..x yah tau sbb tuh bukan subjek utama entri nieh,Tapi biasalah bila masalah dtg ,jd runsing..tiap2 ari duk pikir..motivasi pon x de..down abes!!

sekarang waktu tgh type nieh aku still memikirkan masalah itu dan blom lagi merasakan ia setel.Tapi setelah dipikir2 buat kali ke berapa juta aku pon x sure,aku yakin satu hari nanti masalah yg aku hadapi sekarang nie akan setel dan aku akan tersenyum dan tergelak pada ketika itu.

moral of the story:
1.Masalah itu adalah ujian dan ujian itu diberi pada mereka yang allah tahu kemampuanya utk kita hadapi
2.Tiada mangga yang tiada anak kunci dan tiada masalah yang tiada jalan penyelesaianya.
3.Segalanya mempunyai hikmah cuma perlu bersangka baik pada tuhan.Ya,bersangka baik..itu yang sebenarnya


-challow bete!

wallahu a'lam

smile =)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini