menarik

bismillah


Hari itu hari selasa.Jam menunjukkan pukul 10.30 malam.Inilah waktu-waktu yang aku nantikan ketika shift malam.Jam 10.30 bermakna time untuk aku cabut.Train last pukul 11.01 malam ke subang.Aku terpaksa keluar 30 minit lebih awal untuk memastikan tidak ketinggalan train yang terakhir itu.
Didalam train tidak bnyak yang difikirkan.Sekejap-sekejap mata akan terlelap menahan kepenatan tetapi masih didalam keadaan separa sedar kerana takut-takut terlepas stesen pula.Petugas train kadangkala tidak memaklumkan stesen-stesen yang telah tiba memerlukan untuk aku fokus terhadap situasi semasa.Ketika inilah kepakaran tidur-tidur ayam diaktifkan.Train akan tiba di stesen subang jaya kira-kira 11.30 mlm dan selalunya ketibaan aku akan disambut oleh seorang penjaga parking berketurunan india yang bertugas di sana.

"Bang dah bayar belum tiket" soal petugas itu.

itu soalan biasa yang akan ditanya oleh si mamat nieh.Seperti biasa juga aku selalunya sudah bersedia untuk menjawab pertanyaan itu dengan jawapan yang juga biasa diberikan.

"sudah" balasku ringkas.

"auntie kasi tiket kuning ke putih bang?" soalnya lagi

secara langsung otakku cuba refresh peristiwa pembeliaan tiket jam 1.00 ptg tadi ketika aku membuat pembayaran.Pembayaran akan dilakukan di kaunter tiket dan selalunya akan dijaga oleh seorang auntie yang juga berketurunan india.

"tiket kuning.." jawabku ringkas.

Aku terus berlalu ke kereta iswara BGE 1001 yang menjadi aset berhargaku.Kelihatan juga mamat tadi terus menaiki motor EX5 ke kenderaan lain untuk bertnya soalan yang sama.
Enjin kereta dihidupkan.Dengan lafaz bismillah gear dimasukkan.Tipu jer,kereta aku auto.Pedal minyak ditekan.Tak sampai 5 meter,mamat tuh datang balik dan berhenti di sisi keretaku.

"Bang nak tnya siket la,abang keja apa?"soalnya.

"ooh,sy praktikal je..kerja kat hotel XXXX sebagai XXX" jawabku biasa

Enjin kereta masih dihidupkan dan tingkap dibuka.Badan penat dan mengharapkan untuk mendapat rehat secukupnya.2-3 hari ini tidak dapat tidur yang sempurna.Setiap kali kepala landing diatas bantal terlalu banyak perkara dan imaginasi yang dimainkan.Kadang-kadang jam 3-4 pagi baru dapat melelapkan mata.

"saya sebenarnya ada masalah la" sambungnya dengan tiba-tiba.

Pulak,takkan sampai ke sini aku jadi kaunselor kot.Teringat kembali kisah beberapa individu di MMU yang sering meminta nasihat dan pandangan soal masalah mereka.Walaupun sebenarnya mereka-mereka ini mengetahui yang aku tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah mereka tapi apa yang diperlukan ialah teman berbual dan meluahkan bebanan yang dipikul.Ianya merupakan satu kelebihan bagi orang-orang ini yang aku tidak miliki.Mungkin sudah menjadi rezeki mereka berjumpa aku yang brutal ini.

"oh,apa masalah awak?" soalku pula.

"Saya rasa sunyi,saya rasa hidup saya macam tak bererti..kosong.." balasnya.

"erk.."balasku.

"matikan enjin kereta dulu,abang nk balik awal ke nieh? "soalnya risau.

Ikutkan hati memang nak balik,sudah terbayang keenakkan khalid tidur.Ikutkan badan sudah terbayang tilam.Ikutkan mata sudah terbayang bantal.Bila difikir-fikir layan la sekejap mamat ni,bukan selalu aku bersembang dengan seseorang yang lain peganganya.Enjin kereta dimatikan.Aku keluar duduk diatas bahagian depan kereta.

Mamat tadi terus bercerita mengenai dirinya.Anak sulung dari 3 orang adik beradik.Memiliki sebuah kereta Myvi yang sudah di "renovate" menjadi gempak dan hebat.Juga memiliki 2 buah rumah dan saving 5 angka.Terasa pelik juga mengenai niatnya menceritakan semua perihal ini.

"saya ni bang sunyi,tak rase hepi hidup.Buat semua benda x boleh nak concentrate" luahnya lagi.

"ko sunyi sebab pe?cuba ko cerita betul2.Ko x kawen lagi ke? " soalku lagi.

"haa,ituhla problem saya,saya takde bini.Awek pon x de.Tiap2 hari saya jaga parking tgk couple-couple yang lalu lalang,pilu hati saya" sambungnya

Mendengar ceritanya membuatkan aku terpikir sendiri.Aku pon x de awek,camne la aku advice mamat nieh.Benar,ini bukan kali pertama masalah sebegini aku dengar tapi selalunya bila masalah yang seumpama ini aku dengar dari kawan-kawan seagamaku mudah untuk aku bahaskan.Memperkatakan ttg jodoh dan takdir yang ALLAH tentukan.Tapi kalo bantai cakap kat mamat nieh,mati die nk paham.

"Masalah saya,saya x boleh nak bercakap dengan perempuan.Saya hodoh dan tak cantik.Adik-adik saya semua putih,hendsome,cantik.Diorang ikut muka mak saya.Mak saya mmg cantik tapi bapa saya gelap dan x handsome.Saya ikut muka ayah saya.Saya selalu marah mak saya kenapa lahirkan begini." ujarnya panjang.

"kau tak boleh salahkan mak kau.Ini dah takdir tuhan bagi ko macam nie.Lagipon aku tengok kau takde la buruk sangat.Handsome lagi la dari aku" balasku cuba mengambil hati.

Tergelak mamat tuh bile aku jawab begitu.Dia mengatakan yang aku lagi handsome dan putih.Berbunga jugak la hati aku.Ye la first time dalam hidup org kata aku putih.Mak aku pon kata aku hitam.haha!

"Mak saya selalu suruh saya sembahyang dekat tuhan,tapi saya sudah malas.Buat apa mahu sembahyang?dia x pernah kasi apa saya minta.Dia jadikan saya x cantik" ujarnya.

"kau tak boleh salahkan tuhan,mende yang dah jadi kite tak boleh nak menyesal dah.Apa yang ko boleh buat ialah ko kene usaha mencari org yang ko suka.Jadi x jadi biar takdir yang menentukan" sambungku

"Masalahnya saya sangat segan ooo,abg tnya la auntie yang jaga tiket tuh,die tahu macam mana seganya saya" ujarnya lagi.

"Habes tuh macam mana nak buat kalo ko segan? "soalku

"tak tahula bang,kalau abang nak tahu,untuk muka saya ni,saya habiskan 600 ringgit setiap bulan untuk jadikan putih.Sekarang nie pon abg tgk saya sudah kurus,dulu berat saya 87 kg ooo,kalo abang tak percaya sini saya tunjuk IC saya.Ada sekali tuh polis tengok pon x percaya,die suruh saya tuka buat IC baru" ceritanya lagi.

Die mengeluarkan IC nye untuk ditunjukkan pada aku dengan bersungguh-sungguh.Bercahayakan lampu jalan aku melihat pada bukti itu.Benar,lain sungguh wajah pada IC itu dengan yang ada dihadapan aku sekarang.
Selepas itu kami bersambung cerita mengenai dirinya.Sekali sekala aku selitkan cerita mengenai diriku yang juga hampir sama nasibnya,tidak pernah bercinta seumur hidup.Cumanya mungkin aku sahaja yang tidak pernah mencarinya dahulu.Bagiku bercinta biarlah sekali dan berkekalan.Bercinta juga biarlah kena pada caranya dan orangnya.Biarlah bila sudah pasti bergelar isteri,si isteri akan merasakan cinta yang fresh dari suaminya.Itu janji pada diriku.Semoga Allah memakbulkan.

Hampir sejam lebih lama aku bersembang dengan gopi.Mungkin setelah dia melihat raut wajahku yang agak kepenatan,die mengizinkan aku untuk pulang.Tapi aku yakin perbualan ini bukan terhenti setakat ini sahaja.Pasti banyak lagi perbualan-perbualan yang lain versinya bersama mamat bernama gopi ini.

Di saat aku menulis ini sebenarnya sudah dua kali aku bertemu gopi.Pada semalam hari iaitu hari rabu gopi sedia menunggu ku dan ........(bersambung ke entri ke versi ke 2)


moral of the entri.

1.Ketika gopi menyalahkan tuhanya,aku mengucapkan syukur pada allah kerana agama yang aku miliki ini.Sebagai muslim,kita tidak di ajar untuk menyalahkan ALLAH atas segala keburukkan yang berlaku pada diri kita.Walhal allah sendiri amat menyayangi kita lebih dari ibu kita.

2.Kite perlu menerima segala ketidaksempurnaan atas diri kita dgn satu sikap yang positive dan memikirkan yang segala kejadian yang tidak diinggini pasti mempunyai hikmahnya.Itu la sikap seorang HAMBA kepada tuhanya.

3.Bercinta tidak semestinya mengikut situasi semasa.Bilamana kita melihat kehebatan cinta dengan berSMS dan berchatting pasti kita akan tertarik tetapi yang perlu sentiasa untuk diingati bercinta itu adalah untuk memiliki dan melengkapi sesama sendiri pada suatu hari yang sudah halal bagi kita dan pasangan kita.Tetapi tidaklah terlalu jumud sampai tidak tahu langsung siapa isterinya,berapa adik beradiknya dan lain-lain.Usaha tetap perlu dilakukan tetapi biarlah dengan cara yang betul dan cantik.

4. challow bete.

wallahu a'lam

12 comments:

linaBaGai said...

:)

Anonymous said...

Assalamualaikum Akhi Fakhru ;)

Hehe selalu sangat aku kacau ko nyer blog ni dengan komen2 yang tah ape2. Tapi aku nak kacau gak :-p

Asal eh kebelakangan ni ko asyik post entry ade kaitan ngan pompuan eh? Dah ade calon eh? "Cahaya Agama" ke? Hehe.... gurau je.

kan betul aku cakap ko ni mempunyai ciri2 idaman wanita solehah. Berkawan biar beribu, Bercinta dan berkahwin biar satu dan kekal di dunia dan di akhirat. Aku suke moto ko yang ni. InsyaAllah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. " Q. S Al-Baqarah : 216

Bagusla setiap entry ko. Mesti ade moral of the story. Teruskan.

Anonymous said...

lina: ;)

Akh: enta mmg hebat syeikh..haha.ituhla kekadang aku pon pelik apsal kebelakangan ni entri bnyak mengenaik cinta tp jgn salah paham,aku cuba nk smpaikan perkara yang realitinya mmg zaman kite duk sebuk dgn cinta ini.Buat plak,bnyak peristiwa2 yang berlaku berkenaan hal ini..jadinya berkongsi saja la.. =)

-fakhru

Anonymous said...

hhaha..aku tau sbb apa..mgkin hang dah nk jd ustaz @ cikgu ek?..hahahhaahha...



~Pujangga Super Power Kembali~

aNfaLafNa said...

agak laa..nih musti dh jumpe si cahaya?ehem3~ :p

mcm phm je ape yg si pujangga bajet super power tuh nk sampaikan..haha :p

Anonymous said...

pujangga a.k.a Zack lelaki kucing: ang jaga2 sket zack,ni kes berat nieh..jgn libatkan aku..hahaha..

anfal: haih budak aspuri sorang nieh,lain yg kite nk sampaikan lain plak yang die paham..cahaya la apa la..budak aspuri..budak aspuri..x de nye jumpa pape la anfal..=p


-fakhru

aNfaLafNa said...

hahaha..insyaAllah phm la ape yg nk disampaikan tuh.
tp xde nk jugak!sape suh bg bhn tuk dijadikan gussip?haha :p
ape kes la saye jd dak aspuri jugak nih?adeyh~

p/s: tp ye agak menarik enrty kali nih :D

crimsonskye said...

Ahahha, siap ada cliffhanger tu... TBC!

Tapi kalau ikutkan logik gopi yg kata dia ikut muka ayah dia yang gelap dan tak handsome tu, jadi macam mana mak dia yang putih dan lawa tu terpikat ngan ayah dia? Heh.

Ada kekuatan diri pada semua org. Semoga gopi menemuinya!

naskin said...

salam..

waaaaa.1st time ain x skip masa bace artikel kt blog ni. terharu. sob sob sob byk point yg ain suke! keep it up!

p/s: buktikan yg dgn menjadi org terpencil, kita bukan menjadi jumud!

Anonymous said...

anfal: sy x penah sediakan bahan tuh nye..anfal dan kengkawan aspuri yg rajin mncari tanpa disuruh..=p

bbah: mybe mak gopi suka jenis yg cmtuh..haha..bg sy gopi sngaja mencari alasan untuk melemahkan lagi dirinya yg sudah semakin lemah dan tak bermotivasi.

NaskinSakuraChan: terima kasih la ye sbb berjaya abeskan tnpa gangguan peparu..hah!

-fakhru

suka saya said...

Bestnya...

budak aspuri yang baek :) said...

:) best
walaupun bc entry yg lmbt sebulan.. huhu