lembu

salam

Sudah ke tahun yang 24 aku hidup.Menghirup udara kotor di kota dan nyaman di kampung sudah ku rasa.Melihat perjalanan hidup seorang "syaitan' atau "malaikat" pernah ku tontoni.24 bukanlah sesuatu angka yang jauh sebenarnya.Kajian di negara aku mengatakan penghabis angka ini adalah pada 60 atau lebih sedikit.Ade benarnya.Tetapi ada juga yang sampai ke 100 angkanya.Ini jenis yang jarang dijumpai dan hampir mustahil di alam nyata.Sepanjang dalam menyelusuri angka 24 ini kepekaan otak aku mentafsir juga berbeza.Dahulu hari raya aidil adha atau lebih dikenali sebagai raya korban tidak pernah mempunyai lebih dari maksud "sembelih lembu" pada aku.Pergi ke masjid melihat lembu-lembu menjadi satu acara hiburan bagi aku waktu itu.Ditambah pula acara sembelih leher lembu maka lengkaplah program hiburanya bagi budak sekolah rendah seperti aku.Bermain pula dengan lembu-lembu sebelum disembelih seolah-olah aku lah juara lembu.Siapa yang boleh pergi lebih dekat pada sang lembu maka dialah yang paling berani.Pantang mata melihat lembu yang sedang enak berehat pasti mahu saja diganggu supaya lembu itu agresif tidakkanya.

Begituhla binatang namanya lembu, menjadi korban untuk manusia lebih memahami disebalik peristiwa nabi ibrahim dan ismail a.s.Angka 24 aku kini lebih mendalam mengerti perihal lembu ini.Baru sahaja beberapa bulan yang lepas ade kepala lembu dibawa berarak.Siapa yang membawanya?tidak lain dan tidak bukan manusia yang berotakkan lembu.Ade lagi sekumpulan ramai otak-otak lembu ini yang mampu di kenal pasti.Pergi sahaja ke PWTC seban tahun akan ade perhimpunan beramai-ramai otak-otak ini yang berkorban masa, usia, dan wang untuk bertepuk dan menyanyi mengambil hati si ketua lembu.Menjadi ketua lembu pada lembu-lembu bukan la sesuatu yang mulia kerana lembu itu adalah binatang sahaja tetapi tuhan menyebut yang paling elok dan sempurna ciptaannya hanya saja manusia namanya.Lembu ini tidak mempunyai akal fikiran yang sempurna.Tidak mampu berfikir.Boleh sahaja mendatangkan kecelakaan pada negara.Boleh membunuh pada siapa-siapa sahaja tidak kira warga malaysia ,mongolia atau uganda dan tidak mungkin campur mustahil untuk dibawa ke mahkamah kerana dia hanya se-EKOR lembu sahaja.Mana ada lagi mahkamah didunia yang mendakwa lembu.

Maka kesimpulanya untuk kita menjaga keharmonian negara perlu lah dilaksanakan korban besar-besaran untuk lembu-lembu ini.Bagaimana?kalau lembu yang ade ekor itu perlu dikorbankan hanya pada hari raya aidil adha begitu juga lembu ini,perlu ada masa yang sesuai untuk dikorbankan iaitu pada pemilihan untuk menentukan wakil-wakil di parlimen negara dan dun negeri.Pastikan tiada lembu dan bau-baunya didalam dewan itu kerana boleh menganggu ahli-ahli dewan negara yang lain.


sekian cerita lembu aku pada angka 24

hipokrit

bismillah

Sebuah perumpamaan.Baca dengan teliti dan hati yang terbuka.

Ali si bukan nama sebenar seorang yang susah kehidupanya.Saban hari die ke sekolah yang sejauh 20 kilometer jarak dari rumahnya itu hanya dengan berjalan kaki.Pada suatu hari,entah bagaimana ali mendapat peluang untuk berbasikal ke sekolahnya.Puas ali berfikir untuk membuat keputusan samada mahu menaiki atau tidak basikal itu.Akhirnya ali membuat keputusan untuk teruskan sahaja beralan kaki.Alasanya mudah, dia tidak mahu dikatakan hipokrit menaiki basikal kerana dia memang sudah asal begitu berjalan kaki juga.Dilepaskan sahaja peluang untuk berbasikal ke sekolah yang tentunya akan memberi banyak manfaat kepada.Terus-teruslah ali ke sekolah dengan kaedah lamanya dan tidak maju-maju kehadapan.

Agak mustahil bukan untuk berjumpa dengan sketsa kehidupan begini?Teruskan membaca sketsa dibawah ini pula.Kali ini banyak yang berlaku secara realiti.Konsep yang sama cuma lain caranya.Begini....


Aminah si bukan nama sebenar juga bukanlah seorang manusia yang boleh diketegorikan sebagai seorang muslimah solehah.Pakaian beliau biasa-biasa sahaja semacam org kebiasaanya.Beliau tidak bertudung labuh apetah lagi berniqab bernampakan mata sahaja.Kekadang bajunya ketat dan kekadang longar tetapi selalunya ketat sahaja pakaianya.Pada suatu hari aminah mendapat sedikit ilmu dan kawan-kawanya yang solehah tentang cara pemakaian yang sebenar mengikut ajaran islam.Adapun kawan-kawanya itu tidaklah menyuruh dan memerintahkanya untuk menukar cara berpakaianya cuma memberi satu peringatan umum kepada semua.Aminah pon berfikir secara serius samada mahu menukar cara pemakainya atau tidak.Setelah puas berfikir-fikir, aminah pon mengambil keputusan untuk terus mengekalkan pemakaianya dalam keadaan asal kerana baginya dia tidak mahu dituduh hipokrit hanya kerana berkawan dengan si solehah-solehah ini, die perlu menukar cara pemakaianya.Terus-teruslah aminah berpakaian sebegitu untuk kesekian hidupnya.

kadang-kadang peluang kebaikkan yang secara jelas boleh mendatangkan kebaikkan pada kita kerap sahaja kita lepaskan dengan alasan yang bagi kita cukup kukuh untuk menidakkanya.Maka yang pasti kerugian berpihak pada kita.Jangan sampai bila sudah tiada peluang itu didepan mata baru kita mahu mengatakan yang kita tidak pernah diberi anugerah peluang ini.Fikir-fikirkanlah.



p/s: Kini sedikit berbeza pendapat tentang penangkapan Dr Asri dari apa yang aku tuliskan pada entri lepas.



bismillah

Lewat ini berbagai perkara terjadi.Sem baru yang hanya berusia 1 minggu ini sudah memberikan sebegitu banyak tekanan dan ujian.Kalau dahulu disekolah jika terjadi perkara-perkara tidak best sebegini maka kami akan mengelarkanya "sofa-ul ibtida" yang antara lain membawa maksud "permulaan yang buruk".Bermula tajuk FYP yang direjek diselangi report internship yang masih tidak lengkap dan kereta yang dilanggar lagi, semuanya memberikan tekanan hebat di awal sem ini.



lihat sahaja mereka ini bergembira tanpa tekanan.


Teringat pesan seorang kakak, tekanan semasa stadi hanya sekelumit bila dibandingkan tekanan di tempat kerja.Perlu kuat dan hebat melayan tekanan ini agar diri bersedia menjadi perisai yang kukuh bila menghadapi tekanan yang lebih tinggi.Satu perkara yang menarik bilamana keadaan tertekan menguasai diri,maka diri akan cepat bergantung pada tuhan.Minta bersungguh-sungguh pada tuhan untuk meringankan tekanan ini dan kalau yang lebih hebat itu, sanggup bermunajat bertahajjud di sepertiga malam untuk meminta.Kadang-kadang terasa hipokrit bersama tuhan hanya sekadar pada waktu susah tetapi kadang-kadang terasa elok jika sentiasa didatangi ujian untuk kembali mengigati pada pencipta.Namun yang pasti segalanya ada hikmah tersembunyi.


Membaca berita-berita terkini di saluran alternatif internet kadang-kadang lebih menyerabutkan kepala.Terasa semakin jahaman negara malaysia ini yang seakan-akanya tidak lagi menjadi milik rakyatnya tetapi seperti milik satu kuasa besar yang senang lenang merencanakan seperti apa yang diidamkan.Sekejap-sekejap timbul isu itu dan ini yang nampak seperti sebuah drama terbitan RTM yang sudah maklum rendah ratingya.
Isu menangkap seorang tokoh agama baru-baru ini mendapat reaksi hebat dari media.Bagi aku, aku rase perlu diadakan terlebih dahulu tangkapan-tangkapan yang jelas pasti ajaran sesatnya.Kalau sukar untuk membezakan mana satu ajaran sesat, aku boleh menunjukkanya.Ditempat aku banyak, ajaran sesat yang membenarkan tinggal bersama antara bukan muhrim, bersekedudukan dan melakukan aktiviti seperti pasangan suami isteri itu juga merupakan ajaran sesat yang hebat dan ramai pengikutnya.Ada juga jenis-jenis ajaran sesat yang seperti sudah sebati dalam masyarakat dan mendapat kelulusan untuk disebarkan melalui media masa dan elektronik.Lihat sahaja pakaian ketat yang debomb itu. Ini juga satu ajaran sesat yang tidak pernah diajar oleh nabi ataupun mana-mana imam cuma mungkin ade "imam-imam" tidak bertauliah yang mendapat kelulusan untuk memperlihatkanya di televisyen2 bentuk nyanyian atau lakonan.


Aku rase aku perlu tulis kat sini kepada korang-korang yang membaca untuk kita sama-sama menjadi satu tulang belakang yang hebat untuk negara dan agama tetapi tidak hanya pada bangsa.Ayuh kita membentuk sebuah masyarakat yang bersih dan jelas yang tidak hanya hebat bermain DOTA atau PES tetapi juga hebat bila berbicara dan menganalisa keadaan semasa.Ayuh juga kita menjadi penutup ajaran-ajaran sesat ini.Gunakan apa sahaja cara andai ia tak pernah dihalang oleh agama.


disekiankan dengan sebuah pantun:

Redup wajah cahaya indah,
Terlerai kasih jadi ikatan,
manusia akan berhasil padah,

Andai agama jadi sambilan.


Challo bete.


p/s:Tanpa garam kita tak dapat merasakan manisnya gula.Tanpa tekanan kita tak dapat merasakan manisnya hidup.