bismillah

Lewat ini berbagai perkara terjadi.Sem baru yang hanya berusia 1 minggu ini sudah memberikan sebegitu banyak tekanan dan ujian.Kalau dahulu disekolah jika terjadi perkara-perkara tidak best sebegini maka kami akan mengelarkanya "sofa-ul ibtida" yang antara lain membawa maksud "permulaan yang buruk".Bermula tajuk FYP yang direjek diselangi report internship yang masih tidak lengkap dan kereta yang dilanggar lagi, semuanya memberikan tekanan hebat di awal sem ini.



lihat sahaja mereka ini bergembira tanpa tekanan.


Teringat pesan seorang kakak, tekanan semasa stadi hanya sekelumit bila dibandingkan tekanan di tempat kerja.Perlu kuat dan hebat melayan tekanan ini agar diri bersedia menjadi perisai yang kukuh bila menghadapi tekanan yang lebih tinggi.Satu perkara yang menarik bilamana keadaan tertekan menguasai diri,maka diri akan cepat bergantung pada tuhan.Minta bersungguh-sungguh pada tuhan untuk meringankan tekanan ini dan kalau yang lebih hebat itu, sanggup bermunajat bertahajjud di sepertiga malam untuk meminta.Kadang-kadang terasa hipokrit bersama tuhan hanya sekadar pada waktu susah tetapi kadang-kadang terasa elok jika sentiasa didatangi ujian untuk kembali mengigati pada pencipta.Namun yang pasti segalanya ada hikmah tersembunyi.


Membaca berita-berita terkini di saluran alternatif internet kadang-kadang lebih menyerabutkan kepala.Terasa semakin jahaman negara malaysia ini yang seakan-akanya tidak lagi menjadi milik rakyatnya tetapi seperti milik satu kuasa besar yang senang lenang merencanakan seperti apa yang diidamkan.Sekejap-sekejap timbul isu itu dan ini yang nampak seperti sebuah drama terbitan RTM yang sudah maklum rendah ratingya.
Isu menangkap seorang tokoh agama baru-baru ini mendapat reaksi hebat dari media.Bagi aku, aku rase perlu diadakan terlebih dahulu tangkapan-tangkapan yang jelas pasti ajaran sesatnya.Kalau sukar untuk membezakan mana satu ajaran sesat, aku boleh menunjukkanya.Ditempat aku banyak, ajaran sesat yang membenarkan tinggal bersama antara bukan muhrim, bersekedudukan dan melakukan aktiviti seperti pasangan suami isteri itu juga merupakan ajaran sesat yang hebat dan ramai pengikutnya.Ada juga jenis-jenis ajaran sesat yang seperti sudah sebati dalam masyarakat dan mendapat kelulusan untuk disebarkan melalui media masa dan elektronik.Lihat sahaja pakaian ketat yang debomb itu. Ini juga satu ajaran sesat yang tidak pernah diajar oleh nabi ataupun mana-mana imam cuma mungkin ade "imam-imam" tidak bertauliah yang mendapat kelulusan untuk memperlihatkanya di televisyen2 bentuk nyanyian atau lakonan.


Aku rase aku perlu tulis kat sini kepada korang-korang yang membaca untuk kita sama-sama menjadi satu tulang belakang yang hebat untuk negara dan agama tetapi tidak hanya pada bangsa.Ayuh kita membentuk sebuah masyarakat yang bersih dan jelas yang tidak hanya hebat bermain DOTA atau PES tetapi juga hebat bila berbicara dan menganalisa keadaan semasa.Ayuh juga kita menjadi penutup ajaran-ajaran sesat ini.Gunakan apa sahaja cara andai ia tak pernah dihalang oleh agama.


disekiankan dengan sebuah pantun:

Redup wajah cahaya indah,
Terlerai kasih jadi ikatan,
manusia akan berhasil padah,

Andai agama jadi sambilan.


Challo bete.


p/s:Tanpa garam kita tak dapat merasakan manisnya gula.Tanpa tekanan kita tak dapat merasakan manisnya hidup.

2 comments:

...teratai biru... said...

~setuju dgn sedara...

~mentaliti, pemikiran, dan gaya hidup org kita yg turut menyumbang kpd makin gawatnya kes penangkapan ini. sket2 nak melatah...

~ntahla apa puncanya yg membawa kpd wujudnya kes ni.

~memang tahpape...

~haha. tersenyum sinis si musuh2 islam...

~betul kata sedara pasal terlebih dahulu perlunya penangkapan terhadap yg jelas pasti ajaran sesatnya. Perkara2 sebegini spt dipandang enteng oleh org2 kita.
tahap moral dan nilai akhlak yg semakin hari semakin tahpape tu wajar dipeduli. (juga pesanan wat diri sendiri)

notakaki 1: ramai skali yg memarahi org berbuat salah, tp sedikit skali yg menunjukkan jalan yg betul...


notakaki 2: panjang lak komen. haha...

~tumpang lalu bro...
~salam ziarah...

Anonymous said...

salam kembali.Terima kasih atas komen yang panjang dan zirah anda.

owner