kembali

bismillah


Terasa janggal untuk memulakan semula tulisan di blog ini setelah lama berehat. Hidup ini mmg sukar dijangka. Kadang - kadang kita merasakan sesuatu itu mudah untuk di lakukan tetapi sebaliknya terjadi dan kadang-kadang pula terasa susah untuk dilaksanakan namun penyudahkan terasa mudah. Inilah hidup yang diciptakan Allah. Kalau tiada iman di dalam jiwa pasti natijah buruk melanda. Indah dan sempurna hidup kalau semuanya di "reflect"kan pada pencipta.

Pernah atau tidak kita sentiasa berlapang dada dgn tuhan maha pencipta bila mana apa yang terjadi atas diri adalah sesuatu yang tidak diingini? Pernah atau tidak kita terfikir segala kesusahan yang menimpa adalah kerana kasih sayang tuhan pada kita lebih dari pada makhluknya yang lain. Indah sahaja hidup kalau kita mempunyai sifat cemburu pada tuhan bila mana terlihat kawan-kawan lain lebih diberi perhatian oleh NYA. Maka kita usaha dan berterima kasih kerana DIA masih mengigati kita untuk kembali kepadanya bila sesuatu terjadi. Sekali lagi iman sahaja yang menjadi pembeza. Ujian tuhan itu memperlihatkan kasih sayangnya pada kita.

Bila malam menjelma dan tatkala katil menjadi hamparan kita, pernah atau tidak kita memikirkan soal kematian yang tidak pernah menunggu masa?. Bagi yang bersembahyang, persoalan yang muncul ialah sejauh mana ianya di terima . Bagi yang tidak bersembahyang, lagi perlu menjawab begitu banyak persoalanya. Ayuh manusia, dunia sudah semakin tua. Kita sudah semakin jauh mengembara sehingga lupa asal usulnya. Kenikmatan dunia dirasa sehingga menutup segala arahan agama. Kita sebenarnya bukan tidak tahu atau lupa tetapi kita tidak mengerti tujuan hidup dunia. Sekali lagi iman menjadi pembeza.

sekian. insyallah update lain akan menyusul. Ini sebagai penyusun kata.

0 comments: