ini cerita indah!

bismillah



Adapon kisah ini sememangnya dogeng berlaka.Maksud dogeng itu menurut kamus ciptaanku adalah tidak lain merupakan omongan kosong yang langsung tiada bukti kesahihanya.Lantas atas faktor kedogenganya,para peneliti dan pembaca yang tidak aku pernah kenali sekalian janganla membuang masa untuk melayan nafsu membaca anda untuk terus menjamah perkataan seterusnya ini.

Kisah bermula begini,tercipta la sebuah perkampungan didalam sebuah hutan yang begitu semak dan tebal juga,kedapatan juga bukan hanya manusia sahaja banyaknya disana tetapi haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan yang menghijau warnanya.
Tinggal la pula didalam perkampungan itu satu puak keluarga yang memang tidak disukai ramai.Kebencian terhadap keluarga ini bukan sahaja dapat dilihat pada penduduk kampung hutan tebal itu sahaja tetapi juga pada lembu-lembu di taman dan ikan-ikan di lopak-lopak jalan.
Ade cerita disebaliknya megapa terjadi sebegini situasinya.
Ceritanya begini...

Keluarga ini terhasil dari pergaulan mesra secara halal oleh ibu dan ayah si ketua keluarga dan terlahirla 2 org warisnya.Seorang perempuan dan seorang wanita.Maksudnya dua-dua warisnya adalah bukan lelaki.Adapon sebenarnya jika anda sudah membaca sampai ke tahap ini makanya perlulah anda sedar yang anda sedang dipermainkan oleh tuan empunya blog ini.Bukan niat dihati untuk mempermainkan anda tetapi mmg matlamat asalnya utk mempermainkan anda.sekian terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan click pada status saya!!...

kenangan lampau

bismillah

dok tggu azan subuh pg2 nieh..saje usha2 fotopages aku yg aku rase ade la dekat 2 taun aku x
penah bukak..haha..usha punya usha..ade gmba masa aku ngn geng2 melaka dlu..hahaha...tegok sepam ~

ngn topek lepas smayang jumaat


ngan naim rumate aku 2 taun berturut2


ketika mnjadi penjual untuk biro ekonomi


Menjadi penjual jagong yg hebat dan laris!..haha


ketika gathering biro BE x lama dlu(dh lama dh pon..haha)

tetibe~

salam


razak apsal x update blog?
-busy

razak apsal x update blog?
-x de idea

razak apsal x update blog?
-MALAS !

razak=fakhru (nama yg kian pupus di MMU)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

arinih,
bnyak mnde yg kurang bagus aku buat seperti "terponteng" kelas dan membuang bnyak masa..bnyak juga kerja2 tertangguh.

esok,
harap2 dapat menebus balik segala ketidaksempurnaan hari ini.doakan..

---------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau ditanya apekah pengalaman paling manis dalam idup aku?
-dapat masuk mahad pakai jubah putih,duk dalam halaqah kat musolla dgn peluh2 yang mengalir tepat jam 12 tgh hari di musolla yang hanya mempunyai atap zink yg membara dan dikelilingi oleh membe2 yg sengal dan ustaz yang otai menunggu masa menampar bila hafazan anda tidak lengkap!!...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Angkat tanganmu dan berbicaralah pada tuhanmu,sesungguhnya dia sgt-sgt dekat padamu..berbicaralah ttg apa sahaja padanya,bersembangla apa sahaja..ceritalah mengenai kesusahan belajarmu,ceritalah perihal maksiat dan dosamu,mengadulah mengenai kelemahanmu dan mintalah nasihat mengenai kekalutan cintamu..

ya Allah,
engkau yang maha mendengar segala apa yang tersurat dan tersirat,
engkau yang maha mengetahui apa yang terdetik di hati ini,
engkau yang maha berkuasa atas segala-galanya,
dengarla permintaan hambamu ini sekali ini,
maafkan segala maksiat ku dan kelalpaanku,
permudahkan segala urusan duniaku,
terbitkan kecintaanku kepada mu atas segala-galanya,
kurniakan peluang kepadaku untuk menatap dan memeluk tubuh kekasihmu muhammad s.a.w,
tutupkan peluang-peluang maksiat kepadamu tuhan,
jauhkan aku pada siksaan kubur mu,
hindarkan aku pada neraka jahim mu,
sungguh,aku tak mampu untuk menahan siksamu,


tolong tuhan,perkenankan doa ini kerna engkau yang maha mendengar dan mengetahui.
-amin.

inilah cinta!

bismillah

Kalau ade seorang manusia yang benar2 merindui kita
kalau ade seorang manusia yang benar2 menjaga kita
kalau ade seorang manusia yang benar2 mengambil berat tentang kita
kalau ade seorang manusia yang sanggup berkorban kerana kita
kalau ade seorang manusia yang sanggup di maki kerana kita
kalau ade seorang manusia yang rela di hina kerana kita
dan kalau ade seorang manusia yang mencinta kita

apekah kita tidak mahu mencintainya?
apekah kita tidak mahu merinduinya?
apekah kite tidak mahu menemuinye?



cintailah MUHAMMAD S.A.W

=)

bismillah

Second part of PD,kali nie gamba kerja-kerja menggali terowong bagi memahami perasaan penduduk palestine.Ini bukan penyu ye...
sape nk tgk..tgk..sape x nk tgk jgn bnyak komen..haha








"Pembinaan tembok "



"Gaya seorang penggali yg tekun"


"sekali lagi,gaya yang unggul"



"buat kali ketiga kalinya,gaya yang unggul"



"Jangan igt tangan yg menghayun buayan tidak mampu membuat terowong"







"misi hebat yg siap!"





Sebuah perjuangan

bismillah

Baru pulang sebentar tadi dari PD barisan tanzim IU 0809.Tak tau nk kata binding camp ke ape ke..tapi yang aku pasti ianya menarik!tahniah atas ukhti qurratu aini atas usahanya ini.Semoga allah membalas setiap niat yang baik yang telah ain lakukan untuk kami.

Jarang sekali blog ini terupdate dgn cerita dari aktiviti2 yang pernah aku sertai dan sangat-sangat jarang aku terus mengupdate apabila kembali dari prog tersebut..cuma kali ini aku rasa cm nk update cepat2 supaya tak ilang idea apa yang aku nk zahirkan.. :)
Aku rase ini kali pertama kami tanzim2 pergi keluar dari mmu bersama-sama..maaf smua sbb aku tak mmpu nk buat sebelum ini sehingga terpaksa menunggu ain untuk melaksanakan utk kita..kelemahaan aku tuh..
Neway takde papepon nk cakap..cuma teringat kata2 abi masa slot pengisian malam tuh,
"Istiqamah dalam perjuangan bila kita benar2 merasakan kesusahan didunia hanya untuk mencapai kesenangan di akhirat"


segila-gila aku pon..aku tau kat mana nk letak dan nk tnggikan agama aku..=p

berigat la kite smua wahai teman-teman tanzimku..manfaatkan apa yang abi cakap tuh..kalo tak rugi kita..berjuanglah kat dunia ini untuk kita mmpu mnjawab pertanyaan allah di alam kubur nanti..laksanakan tugas kita untuk mencegah amar ma'ruf dan nahi mungkar...dan hapuskan "kuman-kuman" yang menganggu kita..hehe

then aku nk mntak maap la kat budak2 tanzim aku kalo spanjang kat pd aku ade buat salah..zul,zack.shah.khair,pjal n khalid..kowang mmg sengal..tp aku bersyukur kat mmu nieh..aku ade jmpa manusia yang macam kowang..segala cerite2 kite dalam bilik smpan sbagai rahsia..hahaha..

kepada muslimat2 tanzim,mntak maaf bnyak2 kalau mungkin ada dalam gurauan2 saya tuh ade melukakan hati atau apa sahaja..kelemahan diri sndiri..jazakallah smua..sy gembira dan seronok!

p/s: nk pegi cameron highland tuh sebenarnya,tapi smua cm x nk jerk..=p
p/s: tanzim2 yang ade ..ingat..ape yang penting?kerjasama!!!..talipon dh berbunyi.......

Maulid~

SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

TEMA:

“WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH”

TARIKH:

14 RABIULAWAL 1430H

(11 MAC 2009)

HARI:

RABU

Benarkah anda mengenali Rasulullah s.a.w?

Benarkah anda mencintai Rasulullah s.a.w?

Yakinkah anda akan terpilih untuk mendapat syafaat Rasulullah s.a.w?

JOM realisasikan kasih dan sayang kita kepada Rasulullah s.aw dengan menyertai beberapa aktiviti menarik yang telah dianjurkan oleh Institusi Usrah Cyberjaya…

ANTARA AKTIVITI:

PERTANDINGAN BERKARYA…

KATEGORI (A) – DESIGN POSTER

KATEGORI (B) – ESEI & PUISI

KATEGORI (C) – KOMIK TAULADAN

SYARAT2 PERTANDINGAN

1) Setiap kategori pertandingan hendaklah berdasarkan kepada tema yang telah disediakan iaitu “WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH”..Maksud tema ialah umat islam yg bersatu-padu mampu membentuk masyarakat muslim yang cemerlang dalam segala aspek kehidupan sama ada dari segi pendidikan,ekonomi,politik mahu pun sains dan teknologi…

2) Para peserta bebas menggunakan sebarang peralatan bagi setiap kategori pertandingan..

3)Para peserta bebas berkarya sebanyak mungkin mengikut kreativiti masing2 dan tiada limit yg ditetapkan...

3) Hasil karya yang comel itu boleh dihantar kepada komiti2 yg bertugas sebelum 10 Mac 2009(Selasa, sblm jam 12 tgh mlm) seperti yg tertera di bawah:

Nama: Muhammad Azroy B. Amir (muslimin)

Ym: ikhwan3107

H/p: 017-3672077

Nama: Nasuha bt Badruddin (muslimat)

Ym: chunnin10

H/p: 019-3663513

Hadiah yg sangat2 lumayan berupa wang tunai menanti anda!!!!!!..

Setiap biro wajib menghantar sekurang2nya seorang wakil drpd muslimin dan muslimat..

Kalau x de boleh import...

MAIN EVENT:

TALK

TAJUK: KAMI MENCINTAIMU YA RASULULLAH

SPEAKER: USTZ ABDUL IRAQI

TARIKH: 11 MAC 2009(RABU)

MASA: 9.00 MLM

TEMPAT : XR 1003

p/s: Kepada ahli2 biro lain yg berminat utk menambah pahala dan meringankan beban saudara2 anda dalam biro BDT dgn menjadi komiti event sambutan maulidurrasul ni, bolehlah segera menghubungi director program spt yg tertera dibawah:

Nama: Muhammad Azroy B. Amir

Ym: ikhwan3107

H/p: 017-3672077