jemput-jemput

Bismillah

pengumumam oleh aku kepada kalian...
dengan ini aku menjemput kowang semua utk hadir ke rumah aku pada 17 .12. 2006..adepon jemputan ini adalah berserta ketulusan hati aku..akak aku akan melangsungkan perkahwinan pertamanye dengan jejaka pilihan seumur hidup nye...
so kowang jemput la dtg ek...


wssalam~


p/s..dtg jangan bawak bekas nk tapau ek..lagi satu jgn buat rombongan satu kampong lak..kang x cukup makan...:P

hebat padat~

bismillah...

Doa kesejahteraan atas semua...moga terus berada dalam nikmat keimanan dan islam yg agung..
erm..kali ini aku cuba utk menulis sesuatu yg baru ku perolehi sebentar tadi..perbincangan didalam usrahku..kami berbincangkan beberapa situasi nabi ketika dizamanya dahulu..termasuklah perbincangan berkenaan peristiwa isra' mikraj...
ntah kenapa tetibe kepala hotak aku terpikir beberapa soklan cepu emas..antaranya:

1)apekah rasionalnya peristiwa isra' mikraj ini kerana mmg pada logik akalnye tidak mampu bagi kita utk menerima fakta..seorang manusia mampu utk berjalan "jauh" dalam satu malam sahaja....
2)mengapakah Allah menjadikan peristiwa ini ketika nabi berada di makkah sedangkan pada ketika itu iman ummat islam tidak kukuh dan pasti ada dikalangan mereka akan tertanya2 ttg logiknya islam itu...

dan aku juga terpikir alangkah indahnya kalo kite mampu utk hidup dizaman Ar-rasul dan menjadi sahabat nabi...pasti kite mampu utk memiliki tahap iman yg tinggi...
setelah lama aku terpikir semuanya...aku lontarkan satu persatu soklan aku ini(isra' mikraj)...secara umumnya soklan ini lebih aku tujukan pada ummat islam kala itu bukan keatas nabi Ar-rasul...setelah perbincangan diadakan...jawapan yg memuaskan aku terima...
isra' mikraj dijadikan pada ketika itu bukan lah satu bende yg kebetulan..tapi hakikatnya kejadian isra' mikraj yg ditimbulkan ketika itu adalah untuk melihat sejauh mana tahap keimanan ummat ketika itu.ketika Ar-rasul menceritakan ttg isra' mikraj ini pada masyarakat ketika itu,ade dikalangan mereka yg mengatakan ini adelah satu bende gile dan x masuk akal...dan ade dikalangan ummat islam sendiri murtad setelah mendegar cerita ini..dan ade yg menerima kebenaran cerita ini yg ditunjangi oleh Saidina Abu Bakar As-siddiq...persoalan kedua muncul,ditengah2 islam belum kuat bertapak di makkah,di tambah dengan ancaman Quraisy..akan bertambah lemahlah islam jika ummat islam yg sedia ada "keluar" daripada jamaah ini setelah cerita isra' mikraj ini....

Namun kite lupa seperkara,apekah definasi kekuatan islam itu sendiri...apekah pentingnya kuantiti daripada kualiti???lupakah kite ttg perang2 yg disertai oleh Ar-Rasul...lihat bgaimana dgn kuantiti yg sedikit dalam perang badar tetapi mampu utk meraih kemenangan yg besar....lihat bagaimana kelengkapan yg kurang dalam perang ahzab dgn hnya mengali parit mampu utk mengoncangkan hati2 kafir ketika itu..kualiti lebih memberi jaminan dalam setiap perkara berbanding kuantiti...atas sebab utk melahirkan kekuatan inilah peristiwa isra' mikraj diturunkan ketika itu yang tujuanya adalah utk melahirkan mereka2 yg lebih kualiti dalam menyebarkan islam ketika itu...
lihatlah ketika perang uhud,bilangan tentera uslam yg pada awalnye berjumlah 1000 org berkurang kepada 700 selepas rasulullah menyuruh 300 munafiq balik dari menyertai peperangan kerana mereka sudah pasti tiada "kualiti" yg diperlukan....

nah,kini berbalek pada soklan terakhir aku..alangkah indahnya kalo kite mampu utk hidup ketika zaman sahabat dahlu kala...
namun setelah lama berbincang aku terpikir kembali...zaman sahabat dahulu adalah zaman yg paling perit...zaman ketika islam baru mahu bertapak..bukan setakat ancaman kaum kafir yg perlu dihadapi..tapi yg paling jerih adalah ttg hakikat kebenaran yg perlu mereka fahami..ttg agama islam yg perlu mereka dalami..satu bende yg sgt2 perlu pada kefahaman dan keutuhan iman..mana mungkin mampu mereka terima satu ajaran yg muncul ditgh2 zaman jahililliyah yg amat rendah tamadunye jika tidak bersama kefahaman yg kemas...
nah,bukti2 ini menunjukkan tidak mudah utk kite hidup ketika itu jika kite hnya bersandarkan dgn tahap keimanan kite ketika ini bhkan mungkin kita dikalangan mereka2 yg menolak peristiwa isra mikraj nabi ini....kehebatan sahabat bukanlah satu bende yg mudah utk dibentuk,nabi memerlukan 13 tahun utk mendapatkan aqidah yg jitu sahabat selama berada di makkah...tnya balek diri kite..sudah berapa tahun kite benar2 mengnal islam??sejauh mana nilai iman dan aqidah kite??

p/s..kualiti bini lebih utama dari kuantiti
-------------------------------------------------------------------------------------------------

adeih....kul 2.16 pagik..
kul 9.00 pagi jap gi nk balek umah nk kene pulangkan coleman ali ngan hanis yg aku pinjam masa kat sg conghkak dulu...
ok r..nk gie kua minum jap...haus plak tekak nie tulis pepanjang...

wassalam

tenang lenang~

salam~ bismillah.. kesejahteraan keatas kalian,moga2 sentiasa berada dibawah naungan keredhaan allah s.w.t... hukhuk,dah lama dah sebenarnya x menulis kat blog nie..yg update2 slalu tue just copy jerk dari memana pastu paste kan kat cni... hari sabtu yg lepas,aku ngan beberape dak MMU telah mengadakan rehlah di sg chongkak..for sure aku yg jadi director nye... actually,ianya diadakan bersama,tiada istilah sape lead sape...kitorang dok 2 hari..dok chalet... series mmg seronok...semuanya best...dari tentatif program smpai ke makanya..ye r tentatif program kitorang yg buat..so "adjustable"..agak2 buhsan,main futsal..pastu mandi..pastu makan...tido..

but,utk memastikan program yg diadakan adalah berbeza dari prog2 org lain....kami mengadakan sedikit slot pengisian..pada malam itu kami mengadakan pembentangan "sirah as-syibaie"..bebudak usrah aku yg bentang ternasuk la aku...pembentangan lebih bersifat santai..buat dalam chalet.leh baring2...tapi alhamdulillah,aku merasekan perbincangan cukupo menarik kerana di sertai oleh bebudak lain...dan pada pagi itu kami juga sempat mengadakn qiam bersama...dan sekali lagi alhamdulillah.kesemua dari kami bgun pada pukul 5 pagi u
tk qiam... sebenarya aku amat2 respect kepada mereka2 yg mengikuti rehlah ini..mmg sempoi dan gempaq!!! sebenarnya,series aku agak risau dgn prog ini..sebab bebudak yg ikut bukanlah dari kalangan mereka yg ade backgroud agama..so aku takut kalu aku mengadakan slot2 agama mereka akan terasa buhsan dan maybe nyampah...tapi alhamdulillah semua bertentangan sama skali...so pengajaran aku dapat,"jgn menjustifikasikan sesuatu dgn fikiran yg sempit"

masa utk pulang,model2 pemngkin islam~..hehe

tak dinamakan sg coghkak kalo x de sungai..

senyum....bukti keriangan

ku mgharapkan kite boleh kembali bersama megadakan prog seumpama ini...segalanya insyallah hnya sebgai satu usaha menjalinkan ikatan ukhuwah ini..(terigat membe2 hira'..;((..)

salam~
ini lagi satu kisah menarek aku dapat kat frenster..sori r..aku dh agak malas nk update blog..so mana2 citer menarek yg aku dpt..aku copy jerk...hakhak

Kisah suami memohon untuk beristeri lagi dan
isteri membenarkan, siap beri borang keizinan
bertandatangan lagi...

Dipetik drp yahoogroup.

"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam
seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran
usianya yang kian beranjak.


Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,
sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf
Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi,
bangun lantas menuju
ke
dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air
sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.
Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur. Dahulu, semasa
puterinya

kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik
putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh
yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia
sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu
tadbir kesetiausahaan di
jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau
mampu untuk beri makan
2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat
menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf,
Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan.
Bimbinglah Qis, Qis
perlukan
seseorang yang mampu memimpin Qis," masih
terngiang-ngiang bicara lunak
Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di
rumah. Pagi-pagi,
selesai
solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke
pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah
bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi
Kenyalang benar-benar
menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg.
Tapi, Aliyah nak berjumpa
dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-
sayup suara isterinya. Dia
tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna,
baik
tetapi ahh
hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh
lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah
selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak
dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju.
Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara
yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu
bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia
meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-
dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah
seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan
keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup
diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya
senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,"
terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta,"
masih lembut dia memujuk
Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?" "Takutlah Qis, silap
haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah
bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan
pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan
haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina,
namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak
mengetahui ke mana
Qistina
pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar
Qistina untuk ditemuduga
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah
bermunajat di Masjid
Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia
tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti
keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban
malam dia akan bersama
dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan
kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca
AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina
melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra,
dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu.
Asraf Mukmin anak
Imam
Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air
matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah
terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti
biasa. Tiada kurangnya
layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon
madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox
hensetnya. "Qis minta
maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan
isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis
sehebatnya utk
bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping
sampul besar.

***********************************************************
*************

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna
cokelat yang hampir
saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga
redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah
jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang
calon madu yang begitu
cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia
memang mengalahkan Aliyah
yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg
diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan
dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana,
apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang
pandai dia masak, apatah
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tahu selera Abg
hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau
selera
Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi,
masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, Abg
muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita
semuanya ikut selera ayah
mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-
anak kita. Aliyah
sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah.
Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan
menjadi ibu pada
zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia
mampu untuk mengajar
anak-anak
Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang
beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung...
Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau
diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian
selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih
baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan
berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan
MAS ke Sarawak.Jika
munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan
tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,
lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu
Abg...Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika
Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat
untuk dijadikan isteri
Abg,
pergilah cari wanita yang setanding dengan
Aliyah... Aliyah sayangkan
Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri
yang hebat untuk
Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah
bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ
berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!


moral of the story:cariklah isteri yg bijak dalam setiap "amalanya"..dan pada wanita2 dilua sana,jgn mengurat suami org!!!

sayang ayam~

salam~

erm,kat bawah satu citer yg aku tak tau bg kowang lucu atau tdak..aku dpt dari frenwster..so elok la bg sesape yg tengah tensen ke hape ke kowangh bace cter nie..leh reduce kan kowang nye ketensenan..harap2 nye laa.. bace lah cerite yg berkisar kehidupan seekor ayam dlm menjalani persaingan sesama mereka..=P

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak). Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini : Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku. Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja. Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam. Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer) Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing, Si ayam jalak muda:Set Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter. Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan). Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan. Kenapa????? Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK- HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU" NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...


p/s..jangan lah ada diantara anda semua yg bercita2 utk menjadi seekor "bapak ayam"..

harus tebus~

bismillah..

salam sejahtera keatas sekalian makhluk yg sedang membaca ape yg sedang ape yg aku tulis..mudah2 han segala ape yg dibaca dapat memberi sedidit sebnyak pengajaran ataupon ketenangan ataupon hiburan pada diri2 anda semua..=p

erm..minggu pertama di MMu setelah sem baru dibuka..x bnyak perubahan yg dapat dilihat..semua masih sama..manusianya masih sebegitu juga..bnggunan masih utuh..pokok2 kecil kat tepi banggunan masih menghijau dan melakukan proses fotosintesisnye....
cuma myeb ade segelintir student yg datang dgn semngat baru yg membara utk mencapai kejayaan....mybe semngat itu dtg setelah mendapat result yg kurang memberangsangkan...apepon ALHAMDULIILLAh jikalau semngat itu yg anda miliki..kepada yg berjaya jgn mendongak tinggi ke langgit kerana perjalanan anda masih jauh dan tidak seorang pon yg boleh menyakinkan anda bahwa kejayaan anda pada hari ini akan lebih "cerah" di masa hadapan anda...
cuma..apa yg boleh kite lakukan setakat ini hnya berusaha semampu mungkin dan selebihnya berserah pada ketentuan yg MAHA BERKUASA...

MALAYSIA...
kebelakangan ini terlalu bnyak cerita2 menarek yg berlaku di nagara kita..aku sebagai rakyat negara ini sentiasa mengambil tahu perihal ape yg terjadi...aku sentiasa membuka helaian2 akhbar terbaru utk memberi sedikit sebnyak input semasa...
politik terbaru mengisahkan tentang ADUN pelabuhan klang yg telah membina mahligai nye dikawasan setinggan...dan pembinaan mahligai itu pada dasar nye adalah melanggar beberapa peraturan yg telah di tetapkan...masalah juga timbul apabila kedudakan DATO ZAKARIA dalam ahli majlis KLANG dipertikaikan..bagaimana anak dan menantunye turut sama berada dalam ahli majlis itu..dan berita terbaru mengatakan yg BPR akan menjalankan tugasnya dalam menilai tahap kebenaran yang berhormat ini....
bg aku senang...menjadi yang berhormat bukanlah satu cara utk anda mencapai cita2 utk menjadi senang...ia bukan seperti menjadi doktor...engineer..accountant dan sebngainya yg mampu mendapat pulangan tinggi...
tapi pabila anda telah mnjadi YB anda adalah milik masyarakat..sabagai satu jambatan bag KAMI utk melunaskan segala ape masalah yg KAMI hadapi...perlu diigat..duit yg anda makan gaji itu adalag antara duit hasil titik peluh kami juga!!....

kemasyarakat semakin teruk...siapa yg mampu utk katakan yg kehidupan kite pada hari ini adalah lebih enak dan gembira??...pada hari ini,setiap hari kita adalah amat berbahaya...pencuri+perogol+peragut yg berensat macam nenek bertha(bawang putih bawang merah) sentiasa mencari jalan mengambil peluang atas sedikit kealpaan...kepimpinan PAK LAH keatas malaysia pula semakin dipertikaikan..CHE DET terus menerus mengkritik dasar2 yg dilakukan oleh kerajaan atas pimpinan pak lah...bagi aku kritikan2 mahathir ini merupakan ape yg pernah juga die lakukan ketika menjawat jawatan org no satu negara satu ketika dulu..isu seprerti kebesan akhbar...mengumpul kekayaan..rasuah ..semuanya pernah dilakukan oleh pemerintahan mahathir..mgkin ini salah satu car ALLAH menunjuk kan kembali kesilapan2 yg pernah dilakukanya utk kita sebagai rakyat kembali utk berfikir secara matang...

yeah!!
kalo ade sesiapa daripada kalian sudah smpai ketahap ini membaca tulisan aku....syabas dan tahniah diucapkan kerana snggup utk membaca post yg agak pnjang pada kali ini....

akhir kata:menyambut besday x bererti mnyambut hari tua anda!!!..=p

bias masa~

kucin aku berkata:pe pandang2??nk kene flying cat kick ke!!??


aku kata:weh kucin,x yah la nk buat muka poyo....



kucin aku kata:nah!!aku buat muka poyo betul2....






hakikatnye..aku telah dilanda keboringan melampau..dan telah membiarkan masa aku terus terbias dari meyalurkanya pada haluan yg tepat dan benar.........

sisip angin

salam~

erm..bismillah
laporan aktiviti yg di jalankan oleh aku pada hari khamis,2 nov 06

0630 am:bangun sembhyang subuh setelah dijerkah oleh bapak dan mak aku beberapi kali...

0640-0800am:aku pon tak tau ape aku buat..baring2 pastu dh terang,,matahari dh silaukan mata aku..

0800-1100am:membuang masa didepan komputer chatting+surfing+playing+singing+chingching.....almaklumla..streamyx baru elok..layan la dlu..

1100-11.15am:tepon berdering,"pomen" pertama dtg utk check keta aku yg tersadai kat tepi umah...selang bape minit,pomen kedua datang plak utk repair kete aku yg tersadai kat kedai india smalam...x leh stat masa aku kuar beli kentang utk mak aku masak~

11.15-11.20am:budak belakang umah aku msg(hanis r)..tnya ade LAN tak?ade printer tak?mtah ape2 lagi r..last2 dtg jerk umah aku..ko tgk ape yg ade..ko bntai la guna..sebenarnya dua2 ekor nie tgh kematu buhsan kat umah...x tau nk tonggeng mana dah...

11.20-1.00pm:layan sambung usya tenet ngan bunnis..tgk la ape2 yg patut..pastu kete yg dah dipomen kat tepi umah tadi kene anta servis kat subang plak...so memndangkan arahan dikeluarkan oleh bapak aku..maka terpaksalah diturutinye...melihatkan muka buhsan bun yg tahap timun tuh..aku pon ajak la die...

1.00-2.00pm:baru nk mndi..pagi td lupa yg x mndi lagik..arghh,biase rmndi lewat..baru la BUJANG sket...tak remaja r mandi awal...pastu semnyang zohor..makan tgh hari sket..then chow gie subang!!

2.00-4.00pm:kami berada didalam kerata menuju ke klang(bun nk gie maybank)..pastu gie subang..pastu lepak dgn penuh buhsan di bengkel kete tersebut sehinggalah siap~


........adeih penat plak aku nk naip nie..rehat jap r.......





4.00-6.00pm
:lepas abes selesai hal2 kete..bun nk gie tgk bank kat kompleks plak..aku pon bawak la..jenjalanla kitorang cm pasangan bhgia...uhuk..uhuk...pastu trus balek...

6.00-7.00pm:mandi2+solat..gie surau(ehem!!)..pastu makan mee mak aku masak utk berbuka td...(mak aku je r pose..aku tunggu seru)..=P...

7.00-7.45pm:usya2 tv...buhsan~~~~~

7.45-8-15pm:amek akak aku kat klang..nie mmg aktiviti rutin aku...mmg tiap2 ari aku amek die..

8.15-10.15pm:menonton dan bergelak ketawa ngan lawak apek dlm citer "lady boss"..lawak gle..whaahaha..x suspek lgsung r!!

10.15-kini pm:aku tulis yg kowang tgh dok bace niela..tapi tika kowang tgh bace nieh,takkan aku tgh tulis kan??mustahil la..pikir2 laa..mungkin masa kowang tgh bace nih..aku tgh tdo ke..tgh tahajjud ke..bace quran ke..=P


so..kowang x yah la tiru aktiviti2 kurang sehat aku tuh..kowang rncangla aktiviti kowang sendirian..."kalo takot dilambung ombak,jgn menonton filem ong-bak"...(aku blur~~)...



raya-rayi-rayu-rayo-rama-rama....

salam~

wah2,dah lama tidak ku update blogku ini...iyolah,mana nak sempat..kate raye,kenelah balek kg...so taun nie,aku beraya kat melaka..ikut apaku punya kg..tapi dok 2 hari jerk..pastu aku menjelajah ke penang pulak...

erm raya kali ini seperti raya2 yg sebelumnya..seperti biasa..persiapan raya mmg sederhana sahaja...sepasang baju raya berwarna biru garis2...selua pon kaler blue black...pastu baju kurung warna kuning..eh silap baju melayu...baju kurung x leh pakai smpin kang..kene pakai tudung mawi!!

erm..tapi aku ade bende nk citer sket...kala kite tgh gumbira nie..x semua org sebernaya gumbira..
erm..aku ade sedare..umur die lebey kurang darjah 5 r...pompuan..die nie..mak die meninggal selepas beberapa bulan melahirkan die..so pendek kata..mmg die x penah la tgk muka mak die..die nie mmg agak rapat ngan family aku..slalu dtg umah aku..tdo umah aku..sbb akak aku nagn bapak aku suka layan die..aku nie bab bebudak2 nie kureng sket...
so dipendek kan cerita...malam raya tue..masa aku nk tdo die dtg la kat aku..smbang2 remaja..
aku pon layan la die selaku awek aku..eh...silap lagi selaku bebudak pompuan cm lain2...
citer nye citer..die pon kata kat aku...

nisa':abg fakhru,nisa kan sedih tau bila dgr takbir raya...
aku:laa..napa pulak?...
nisa':ye r,org kata bila takbir raya,semua org kat kubur dah kene seksa balek...nanti mesti mak nisa' kene skali..
aku:isy,x de r...mana de..tue semua tipu..nisa x yah la sedih2 ek..nisa kan ade ayah..ade sepupu2 nisa...semua sayang kat nisa tau..
nisa':abg fakhru bestla..ade ayah ngan mak..nisa x penah tgk muka mak nisa tau!
aku:erm..yer2..(tergamam kali pertama)
nisa':abg fakhru...nk tnya soklan leh tak?
aku:yer..leh2
nisa':org kata..syurga tue terletak bawah kaki ibu kan...
aku:a'ah
nisa':abestuh..kalo nisa x de emak cmne nisa nk masuk syurga..mak nisa dh mati...
aku:erm....(tergamam buat kali kedua)...



esoknya..lepas smayang raya..aku gie ziarah kubur maklang aku(mak nisa')...raya kali ini sekurang2 nya memberikan aku sedikit perngajaran...x semua org bernaseb baek seperti kita..dan JGN RAYA TANPA RIA