Alhamdulillah~

bjBantu SAR: Kerjasama PAS-Umno di K'tan
Muda Mohd Noor | Jul 15, 08 4:42pm

Kementerian Pelajaran telah meluluskan peruntukan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat (SAR) di Kelantan, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ia merupakan langkah permulaan ke arah mewujudkan kerjasama PAS-Umno.

hishammuddin hussein 00Hishammuddin berkata, kerjasama antara kedua buah parti Melayu-Islam itu adalah penting demi kepentingan perpaduan Melayu dan agama Islam.

sehubungan itu, katanya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan hadir sendiri untuk menerima bantuan tersebut tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat exco pergerakan Pemuda Umno di ibu pejabat parti ini Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

"Dalam hal yang munasabah, dalam hal orang Islam dan orang Melayu kita tidak terbelenggu dengan isu yang sempit.

Terang isu semasa

"Bagaimanapun, Pemuda PAS jangan mengambil kesempatan dengan sikap tidak konsisten langsung dalam persoalan bangsa dan agama," katanya.

Sementara itu, Pemuda Umno, kata Hishammuddin menyokong penuh peralihan kuasa dari perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tetapi, kata menteri pelajaran itu, ini bukan bermakna orang tidak boleh bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti Disember ini.

"Pemuda Umno tidak boleh menghalang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada bertanding dalam pemilihan parti kerana hak pertandingan ada dalam perlembagaan parti," katanya.

Bagaimanapun, katanya, Pemuda Umno akan memastikan peralihan dalam parti berjalan lancar.

Hishammuddin berkata, Pemuda Umno akan turun ke bawah untuk menerangkan isu-isu semasa termasuk isu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli-ahli parti itu.

Katanya, pada peringkat awal, ia membabitkan Terengganu, Kelantan dan Pahang dan dijangka bermula minggu ini.




p/s:Jgn sempitkan pemikiran politik..antara pas dan umno pasti ade satu titik persamaan..dek atas titik persamaan itu yang perlu utk dipergagahkan...

1 comments:

mecHANISm said...

bile pendidikan dipolitikkan