sebuah kisah 2

Pada suatu hari..


Setelah penat mencari nafkah dalam sektor kuda longkang,pemuda tersebut pon pulang,Pulangnya hari ini seperti juga hari-hari seblumnya.Hampa,ya itulah perkataan paling tepat untuk menjelaskan keadaan pemuda itu pada hari ini.Kudanya hari ini lemas tengelam dalam arus ciptaan longkang lantas terus melemaskan juga impianya pada hari itu untuk bergelar juara.Bukan tidak pernah berdoa,bahkan hampir setiap kali sebelum permulaan perlumbaan kuda itu die telah berdoa,khusyu’ doanya sehingga mampu untuk menitiskan air mata pada mereka yang melihat atas kelibatnya yang seakan merendah diri memperlihatkan kehinaan apabila meminta susuatu pada yang paling berkuasa.

Tapi sayang penghabisanya tetap sama.Kalah,hampa,terkilan.Kini dirinya kembali diselubungi perasaan dan kesan negetive.Padanya tuhan tidak mengendahkan doanya,padanya juga tuhan tidak sayangnya dan padanya juga tuhan itu seperti sudah tiada dalam kamus hidupnya.Kini pemuda itu tekad,tidak mahu lagi mengharap pada tuhan kerana baginya tuhan itu sudah tidak berkuasa.Kalau tuhan berkuasa,kenapa tidak mahu sahaja diberikan kemenangan pada dirinya.Kenapa diberi kemenangan pada johny “jompet” yang tidak percaya tuhan itu.

Jompet.ya jompet.Terukir senyuman pada bibir pemuda itu pabila teringatkan nama “jompet” yang mereka gelarkan pada johny.Nama jompet itu memang tidak mempunyai maksud tetapi mereka yg berada dalam arena perkudaan ini memberikan nama tersebut pada johny kerana kehebatanya bermain kuda dan kerap pula memenaginya.Lantas mereka gelarkan johny si jompet.Dulu pemuda ini kerap juga bertanya kenapa jompet?kenapa tidak sompet?lompet?ketampet?petpet??kelepet?sepet??yetyet??not yet??..namun tiada siapa yang mampu memberikan jawapanya.Bagi mereka itu adalah nama yang unik seperti juga NILAMKURA,tiada siapa tahu mana asal dan usulnya.

sudah!tidak mahu aku fikirkan pasal jompet tuh lagi.Sakit hati aku.Huh!”bentak suara hati pemuda itu.

Melangkah pemuda ini pulang dengan langkahan yang longlai.Panas hatinya masih membara atas kekalahan terbaru ini.Di seluknya saku seluar,sungguh dalam seluknya kali ini sehingga ke dasar sakunya.

10 sen??!!..cmne nk balik nieh…tmbang bas 50 sen..Adoi la,bertimpa2 malang aku nieh,kalah men judi,nk balik plak x leh.bunuh diri la cmnie”monolog sendirian pumuda ini.

Kini pemuda tersebut sedar,keadaan dirinya amat dhaif.Jangan kata nk membuat tranformasi diri dengan pembedahan plastik yang di impikan,nak balik rumah pon tak lepas lagi.

Tolong!!tolonggg!!tolongggggg!!

Terdengar jelas satu pekikan tidak jauh dari tempat pemuda itu berdiri.Kelihatan seorang minah cun bertudung litup sedang meminta tolong dan kelihatan juga seorang lelaki berlari memegang beg tangan wanita menuju kearahnya dalam keadaan tergesa-gesa dan cuak.

Pemuda itu diam melihat kelibat lelaki yang berlari itu.

“aku mesti tolong minah muslimah nieh!..dia dalam kesusahan”tegas pemuda ini.

Lantas pemuda ini memasang strategi,disembuyikan dirinya disebalik tong sampah besar disebelahnya sambil menanti lelaki si pencuri itu menghamparinya.Ditangan pemuda itu pula kini digengam erat sebatang kayu.

Pencuri tersebut makin hampir,pekikan muslimah itu pula semakin jelas tapi sedikit serak seperti suara seorang kem komandan sebuah program induction camp yang di anjurkan oleh IU yang mungkin kerana anak tekaknya sudah penat.

Dalam saat menunggu kehadiran si pencuri itu,kelihatan dihadapan pemuda ini seekor tikus yang gemuk dan itam bulunya.Betul-betul dihadapan pemuda ini menyorok lokasi tikus itu dikesan.

Adapun ceritanya,pemuda ini bukanlah seorang yang penakot tetapi tikus adalah binatang yang amat dibencinya.Baginya tikus adalah binatang pengotor dan tidak comel.

Dulu pernah pemuda ini memecahkan TVnya kerana rancangan “micky mouse” yang sedang dimainkan ketika itu.Ini sudah cukup untuk membuktikan kebencian pemuda ini pada seekor tikus.

Tanpa menghiraukan niat asalnya untuk membantu si muslimah itu,pemuda ini nekad untuk menukar niatnya untuk membunuh tikus dihadapanya.Dalam kiran 3 pemuda itu nekad untuk memukul tikus itu dengan kayu yang berada dalam gengamanya ketika ini.

Adapon kiraan 3 itu lebih mudah dikira berbanding 4,5,6 atau 10 kerana kadang-kadang pemuda ini kompius mana dahulu antara 5 dan 6 atau yang mana kemudian antara 4 dan 5.Dulu disekolah pemuda ini kerap mendapat markah 0 dalam peperiksaan.Tetapi dia cukup berbangaa kerana baginya dia yang paling hadapan berbading rakanya yang mendapat 100.Baginya 100 itu untuk org bodoh,kerana terlalu bnyak kosongnya.Tetapi dia tidak sedar yang bodoh sebenarnya adalah pemuda itu,dah la bodoh berlagak pandai pula.

Lantas pemuda itu mula membuat kiraan dalam hatinya

1……..2………….3!!!! dengan di iringi suara yang garau dan raut muka yang bengis seperti seorang pemimpin sebuah kelab di MMU,pemuda ini melompat keluar dari tempat persembunyinya sambil mengangkat tinggi kayu di gengamanya.

uuuARGHHHH!!!!..mati ko tikus!! “teriak pemuda itu

Dalam masa yang sama sebenarnya si pencuri tadi sedang menghampiri tempat kejadian dimana pemuda tadi sedang melompat dan menjerit.Apa lagi,terkejut beruk la si pencuri tadi dan melatah la dia..

ooo mak ko!!…tikus mati ko”latah pencuri td

Tiba-tiba……

(cam biasa..bersambung ..x larat nk smbung r..sakit pingang..haha..)


2 comments:

Tuan Caracol said...

kalu dia buat muka 10 sen empat kali, dia dah bley bayar tambang bus. Tapi sayang, dia confuse mengira :p

sambung2!!!

MiszMaryaNe said...

wah! sonok la citer nih,
mantap betul garapan idea penulis,
smbung tau,
terkobar nk tau ending cite die,
hehe..